Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, June 2, 2011

Ceritera Phoenix 2 : Hari Bangkitnya Phoenix Dengan Chinta

Ini bukan kisah cinta. Bukan juga kisah lara. Bukan juga kisah yang boleh meng 'spark' kan amukan jiwa.
Ini cuma kisah Seorang Rokes yang tersedar dari asyiknya lena. Phoenix Sakti membangkitkan segalanya.

Walaupun Rock, namun Gua juga ada jiwa. Bila Gua ada jiwa maka pasti Gua akan ada cerita.
Gua ada cerita tentang  wanitanya wanita. Adam ada cerita tentang Hawa Wanita. Ibrahim ada cerita pengorbanan wanita. Musa ada cerita Ibunya wanita. Nuh ada cerita tentang ingkarnya wanita. Ayub ada cerita tentang rapuhnya hati wanita. Daud ada cerita tentang menakhluk wanita. Sulaiman ada cerita tentang kebijaksanaan wanita. Isa ada cerita tentang sucinya wanita dan Muhammmad S.A.W juga ada cerita tentang siapakah wanita.

Wanita. Kemampuan mereka sangat hebat. Mereka boleh mencairkan hati lelaki yg sekeras besi kersani dan raksa asli menjadi Summi Jelly yg lekat. Di dalam diri lelaki hebat adanya Naga Sakti. Di dalam diri wanita hebat, adanya Sang Phoenix Abadi.

Phoenix

Phoenix adalah burung Lagenda sakti yang membakar dirinya setiap 1000 tahun sekali dan 1000 tahun kemudiannya dia akan bangkit dari abu. Ceritanya dia berdiam di puncak Gunung Mahameru.Melihat dunia kita dari atas sana.

Untuk bertemu Phoenix, seseorang itu perlu bertapa di Gua Batu Hampar Pulau Besar Melaka. Apabila genap 40 hari 40 malam maka seorang Pendita Sakti akan muncul dan menurunkan ilmu sakti kepada pertapa. I lmu itu dikenali dengan nama Ajian Sakti KarmaWarjoko. Hanya mereka yang memiliki ajian sakti karmawarjoko sahaja yang dapat terbang ke puncak Gunung Mahameru. Phoenix tidak datang kepada orang sebarangan. Sebaliknya hanya mereka yang benar-benar Hebat sahaja yang layak berdamping dengan Phoenix.

Sebenarnya 10 Tahun lepas, Gua memang sudah bertemu dengan Phoenix. Pada waktu itu Gua tidak tahu lagi bahawa ia adalah Phoenix. Pada sangkaan Gua ia hanyalah burung burung biasa. Phoenix ini terbang dari bumbung  Rumah Seri Kandi Melayu iaitu Dang Anum. Sewaktu dia terbang betul-betul dekat dengan Gua, barulah Gua sedar bahawa Seri dan Aura Phoenix ini sehebat Aura Biru Nila kepunyaan Ji Fat. Terpana Gua sewaktu melihatkan auranya.

Gua cuba memikat Phoenix ini seperti memikat burung-burung biasa. Berumpankan buah-buhan manis dan kekacang. Hmm..Masakan Phoenix mahukan buah-buah dan kekacang. Phoenix terbang pergi. Tetapi peliknya sempat menoleh Gua di belakang. Kata bijak pandai, kalau sesuatu yang pergi kemudian menoleh semula di belakang, itu satu petanda yang baik. Sebermula dari saat itu, Gua sering berharap dan berdoa agar Gua akan mendapat peluang sekali lagi bertemu dengan Phoenix.

10 tahun berlalu. Setelah tamat bertapa di Pulau Mutiara, Gua berjaya memiliki Sakti Keramat penunduk Dewa . Untuk menuntut jurus hikmat ini, Gua harus menewaskan Seekor Naga.Naga itu menjaga buah pala yang akan menjadi ramuan sakti peningkat tenaga. Gua harus memiliki Buah Pala itu. Sebelum bertarung dengan Sang Naga Gua mesti melalui Jambatan Bata yg 17 batu jauhnya, Ianya satu pengembaraan yang sukar digambarkan. Namun berkat kegigihan dan kesabaran akhirnya Gua berjaya menyempurnakan perguruan Gua selama Tiga tahun setengah..Sepatutnya Tiga tahun sahaja, tetapi disebabkan Gua berat hati mahu meninggalkan Pulau Mutiara, Gua extend setengah tahun.

Setelah diberikan Bai'at daripada Pendita Guru, akhirnya Gua meninggalkan Pulau Mutiara. Pesan akhir Pndita Guru. JANGAN LUPAKAN NASI KANDAR. HANYA DENGAN MAKAN NASIK KANDAR SAHAJA 'SAKTI KERAMAT PENUNDUK DEWA' DAPAT DIKEKALKAN.

Pesan Guru Gua simpan ketat.Gua terus menuju ke Kota Langit. Kota Langit adalah satu utopia abadi. Kerana Gua tahu. Di sana pasti Gua akan berpeluang bertemu kembali Sang Phoenix. Gua yakin dan percaya. Dengan Sakti Keramat Penunduk Dewa yang Gua ada, kali ini Phoenix pasti akan menjadi milik Gua.Lagipn, Kota Langit juga punyai banyak resource untuk Gua terus mengekalkan kuasa ini. Kata Pendita Guru, di Kota Langit ada NASIK KANDAR KUDU. Untuk menambah kuasa dan menjadi lebih Rokes, Gua boleh ke sana.

Di pendekkan cerita. Pada satu hari, Gua masuk ke alam Facabuka. Alam Maya yang menempatkan jutaan manusia yang entah dari mana asal usulnya.  Betul kata orang, kalau jodoh tak ke mana. Dalam jutaan manusia di alam Facabuka, Gua bertemu dengan Sang Phoenix.  Namun pertemuan itu hanya seketika. Sang Phoenix hanya terbang sekilas di depan mata. Bila di risik-risik tahu lah Gua bahawa Phoenix kini tidak berdiam lagi di Gunung Mahameru. Dia kini berdiam di Puncak tertinggi di Kota Langit iaitu di dalam Menara Kembar Menjulang Tegak. Phoenix menjaga hasil utama kekayaan Kota Langit iaitu Emas Hitam yang hanya boleh dijumpai di dasar laut dan kunci untuk menjumpai emas hitam terdapat di dalam Menara Kembar Menjulang tegak, Dan rupa-rupanya kunci itu dijaga oleh Phoenix.

Sebermula dari saat itu, Gua mula mencari peluang bagaimanakah cara untuk Gua bertemu dengan Phoenix di Menara Kembar Menjulang Tegak....

Ini bukan kisah cinta. Cerita ini tentang wanita. Tapi cinta dan wanita itu sering muncul dalam cerita.
Adam ada cerita tentang Hawa.Ibrahim ada cerita Siti Hajar dan Sara. Musa ada cerita tentang Asiah. Nuh ada cerita tentang ingkarnya wanita. Ayub ada cerita tentang rapuhnya wanita. Daud ada cerita tentang menakluk 1000 wanita. Sulaiman ada cerita tentang Balqisnya. Isa ada cerita tentang redha dan tawadduknya Maryam dan Muhammmad S.A.W juga ada cerita tentang siapakah wanita.

Wanita sememangnya banyak cerita.Percayalah. Wanita boleh mencairkan hati lelaki yg sekeras besi kersani dan raksa asli menjadi Summi Jelly.

Hari ini 3 June 2011. Sebenarnya ia adalah hari di mana Phoenix bangkit dari Abu. Tapi bukan untuk ke 1000 kalinya, tapi....Untuk yang ke 27 kalinya.


PHOENIX - SELAMAT HARI JADI .TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN AKU RASA INI.


TERUSKAN....

2 comments:

ReD said...

nice entry. I can feel that she is so special and not to doubt that she's so beautiful. hehe..

well, perlu fikir mendalam utk menafsir bahasa sir yg tinggi ni but I do understand it.

Happy Birthday Phoenix! ^__^ v

Brader Burger said...

Thanks Hidayah