Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, July 31, 2011

Wanita

Lagu ini Gua tujukan untuk Mak Gua, Kakak Gua, Gadis Gua, dan mana-mana wanita yang pernah bangun untuk masakkan Gua nasik untuk bersahur, Masakkan Gua nasik untuk berbuka puasa, dan belanja Gua makan Nasik. Sekian Terima Kasih Selamat Berpuasa....

 

Syaitan yg bertopengkan Lelaki kacak

Brandon Boyd, Mike Einziger,Ben Kenney ,Chris Kilmore dan Jose Pasillas adalah ahli kumpulan  "Syaitan yg bertopengkan Lelaki kacak yang telah diutuskan oleh Kerajaan Iblis untuk menggoda dan menyesatkan wanita "
Sidang Media di Kolumpo

Friday, July 22, 2011

Awek Hand Bag Louis Vuitton dan Awek Peta Dunia Kuno

Ex-GF Gua dulu selalu tanya soalan mcm ni, 
"Sayang, U rasa berapa harga hand bag LV yang baru tu" 
Gua senyum, Kopi tanpa Gula :).
GF Gua yg skang ni pulak, selalu tanya soalan yang jenis ni, 
"Sayang, macam mana  Orang-orang dulu boleh mampu lukis peta dunia sedangkan Amstrong jejakkan kaki di bulan pada 1969. 
Gua senyum, Kopi terlebih gula :).

Team Bola Sepak Tepuk Malaysia

Gua tak tahu samada permainan ni cuma ada di Malaysia, ataupun juga ada di setiap negara-negara membangun di mana terdapat golongan marhaen berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membeli set meja Fosball ataupun Permainan Video Nintendo.

Permainan yang Gua maksudkan ini ialah "Permainan Bola Sepak tepuk".
Masa Gua kecik-kecik dulu, Gua nak sangat main table foosball dan Game bola Sepak Nintendo.Tapi mak dan abah gua tak mampu nak belikan. So Gua dgn Abg Gua kerat kotak ubat nyamuk, gunting bentuk 4 segi tepat dan lipatkan ditengahnya .Kemudian kami lukiskan nombor jersey dgn nama pemain. Pintu gol pula kami buat daripada oragami  sampan kertas. kami lipatkan di kedua -dua hujungnya maka jadilah pintu gol. Bola nya pula biasanya kami gunakan kertas timah rokok. Kami gentelkan kertas timah itu sehingga menjadi buat sepert bola. kadang-kadang kapur tulis papan hitam sekolah juga turut menjadi material utk dijadikan bola :). Untuk padang bola, biasanya kami gunakan permukaan yg rata seperti meja tulis dan lantai. Kami akan lukiskan kawasan permainan dengan kapur tulis.

Permainan akan berlangsung selama 5 MINIT. Pasukan yg menjaringkan gol paling banyak dalam tempoh itu maka dia lah yg akan menjadi pemenang. Pasukan yg kalah akan di denda iaitu dahinya akan ditepuk oleh pihak yg menang dengan menggunakan pemainnya sendiri.


Permainan ini sangat terkenal semasa Gua berada di darjah 4. Gua selalu menjadi penganjur perlawanan di dalam kelas. Sehinggakan semua budak-budak kelas Gua jadi ketagih untuk bermain pemainan ini. Guru kelas kami iaitu Cikgu Anita, selalu kehairanan apabila melihat kapur tulis di dalam kelas terlalu cepat sangat habis.Tidak seperti biasa.Yang dia tak tahu, kapur tulis di dalam kelas itu adalah penyumbang utama kepada keseronokan bermain permainan bola sepak tepuk kami.


Ini ialah salah satu nostalgia zaman kanak-kanak Gua. Apabila kita dewasa, sukar untuk kita memahami kegembiraan dan zaman riang kanak-kanak. kadang-kadang apabila kita bersendiri, kita selalu berangan-angan untuk kembali ke alam riang itu dahulu.Hidup ceria tanpa tekanan. Apa yg kita cuma fikirkan ialah bermain bersama teman-teman. 

Wednesday, July 20, 2011

Pada Sebuah Ketentuan: Bukan bogel sebarang bogel

Lelaki Bohemian yang paling terkenal  dan paling sexy di Kolumpo ini telah meriliskan bukunya ..Sila dapatkan di pasaran.


"Pada Sebuah Ketentuan "-Ayam Fared   
















Ayam Fared yg Gua kenal "Beliau lebih rela berbogel dengan kebenaran daripada berpakaian dengan kepalsuan"

Monday, July 18, 2011

Topeng ....

Engkau tahu yang sebenarnya dirimu tidaklah secantik mana. Engkau juga tahu kewujudanmu tidaklah sebegitu penting seperti mana yang kau rasa. Namun Kau sentiasa cuba membuktikan kau WUJUD di mata semua. Kau tahu ada di antara mereka yang suka. Tidak kurang juga ada yang mencela. Engkau tahu bahawa dirimu tak pernah runsing dengan apa yang mereka nak kata. Yang kau tak tahu sebenarnya Engkau sudah pun terpecah menjadi DUA.

Engkau  keliru dengan watak mana yang harus kau bawa. Kadang-kadang engkau seperti Rabiatul Adawiah.Si Gadis suci yang sangat tinggi makrifat cintanya. Kata-kata kau semuanya  berfalsafah cinta pada Sang Pencipta. Jiwa kau begitu terpelihara. Bagaikan tiada satu titik noda pun yang pernah mencemarnya.

Tapi, kadang-kadang kau berubah rupa. Kau menjadi gadis Gypsy yang bebas dan lepas.Kau bogelkan iman kau dengan dunia. Kau lupa segala falsafah cinta. Kau lupa Dia sedang memandang dari atas sana. Kau tahu yang kau sedang melakonkan watak-watak sementara. Kau begitu gembira dengan permainan topeng muka. Kau tahu nafsu kau bersorak ria bila topeng dibuka. Yang kau tak tahu ada makluk Tuhan yang dijadikan daripada cahaya sedang sibuk menulis  lakonanmu di bahu kiri sana.

Kadang-kadang bila engkau sendiri kau bertanya. Aku mahu apa sebenarnya ? Jalan ke Syurga ataupun Neraka?

Friday, July 15, 2011

Budak Kongsi Gelap Double Seven (77)

Sudah seminggu Gua ditugaskan di Campus Sunway. Terus terang Gua cakap,Gua sangat boring. Pertama sebab Gua kena bangun lebih awal daripada biasa.Kedua sebab pagi-pagi lagi Gua dah kena berhimpit-himpit dalam Komuter dengan warga KL yang sgt Internasionale. Masuk train Gua bau Dunhill Desire. Bila Gua keluar, Gua akan berbau hamis macam anak buaya yang baru ditetaskan ibunya.

Di office Sunway, Gua buat muka malas. Walaupun task bertimbun-timbun tak siap. Betul lah, kalau hati dah tak suka, buat apa pun semua rasa tak best. Kejap-kejap Gua keluar pi pam oksigen. Tak pernah jadi dalam sehari Gua boleh habiskan 14 batang rokok.Sejak kena buat kerja di Sunway, rokok adalah kawan yg paling setia dengan Gua.

Gua selalu hilangkan boring dengan berasap di depan satu office Pinjaman Wang Berlesen. Senang cerita Office Along.Member2 Office Gua cakap, itu pejabat Along. Geng Double Seven punya. Selama semiggu dah Gua lepak berasap kat situ,Office ini gelap dan selalu berkunci, tapi hari ini ia terang benderang dan kelihatan ada kelibat 2,3 orang di dalamnya.

Sedang Gua khayal mencemarkan bumi ini dengan gas2 monoksida dan karbon dioksida, dan memendakkan jangka hayat kehidupan Gua sendiri, seorang remaja lelaki Melayu keluar dari dalam office Along itu.Gua kira umurnya dalam 17 ke 18 tahun.Dia memakai T-Shirt berwarna Merah berlengan senteng untuk tunjukkan Tatoo anak Naga di lengan kirinya. Tanpa sebarang ucapan salam ataupun sapaan horma dia memberikan isyarat tangan untuk meminjam pemetik api . Gua pandang muka dia. Hati Gua panas. Setakat ni Gua tak pernah jumpa lagi spesis makhluk yg kurang ajar macam ni .

Gua buat muka tongong tanpa memperdulikan kewujudan dia di sebelah.
" Bro, Lu tak nampak ke Gua nak pinjam Lighter? "
Gua senyum sinis  dan pandang tepat ke mata dia.Gua padamkan puntung rokok di tong sampah. Untuk menyejukkan hati Gua yang dah makin panas, Gua buka langkah balik ke Office.

Tiba-tiba dia tahan gua,
" Bro, Lu Lebih lah. Gua mintak elok2 Lu tunjuk besar pulak kat Gua ni ?"

Gua memang malas nak melayan anak babi yang baru belajar menyondol-nyondol.Walaupun Gua memang panas hati dengan perangai rude budak ni, tapi Gua cuba control seboleh mungkin.

Gua teruskan niat Gua masuk office semula. Hati cakap, kalau  budak ni tahan Gua lagi, Sure muka dia akan ber-cop tapak kasut Gua. Pergi mampus lah dengan Lu punya Double Seven.Ingat dengan Tatoo anak Naga kat Lengan tu, Lu dah dapat lesen untuk kurang ajar dengan orang. Papa Double Seven pun boleh hormat orang, ini kan pulak Anak babi yang merah macam Lu.....

Hari tu, anak babi tu berjaya membuatkan mood Gua kacau bilau.Untuk seketika waktu, Gua tak berhenti-henti berfikir -Kenapalah Budak2 Melayu hari ni dah jadi macam Anak2 Nigger di kawasan Harlem dan Bronx...Salah ibu mengandung ke atau salah bapak yang bagi makanan Haram ?

Thursday, July 14, 2011

'Adik' Yg bersaiz BoB

Gua ada seorang anak buah.Dia berumur 10 tahun,Seorang kanak-kanak lincah yang bersaiz BOB. Gua panggil dia Adik.
Gua sangat suka letakkan pipi Gua on his belly fat. Sebab setiap kali Gua letakkan pipi gua di situ, pipi Gua akan  rasa sejuk dan nyaman.
Bila Gua tanya 
"Adik, dalam ni ada apa? 
"Ada Nasik, Paksu " Jawab adik dengan spontan.
Isi perut Gua selalu terbarai apabila mendengar  jawapan dari adik.
Gua rasa, kumpulan Sepah yang menang Maharaja Lawak tu pun tak mampu nak  buat lawak spontan mcm tu.

Minggu Lepas Gua balik rumah mak di kampung untuk meraikan hari pertunangan abang Gua.
Adik juga ada di kampung. Gua panggil dia duduk berbual dengan Gua di sofa. 
Sambil mengusap-usap perut adik yang mengening, sejuk,dan lembut Gua tanya tentang kemajuan dan prestasi pelajaran semasa.
DIa kata okay. Gua tanya lagi
"Adik bila nak berkhatan?"
Dia jawab
"Bulan 11 ni Paksu "
"Okay lah, lepas ni boleh lah adik cari GF"
Adik mencebik bibir. dia balas
"Adik tak nak GF,Adik nak Abah je "
Hahaha..Gua faham sangat dengan jawapan Adik.Daripada kecik memang tak boleh berenggang dengan Abah dia iaitu Abang Ngah Gua.Bagi Adik, Abah adalah dunianya.
"Adik, Cuti sekolah hari tu, sekolah takde buat aktiviti apa-apa ke? "
"Ada Paksu " Jawab adik
" Buat apa? "
"Majlis Solat Hajat "
"Owh...Adik buat solat HAJAT tak ? "
"Buat Paksu "
"Adik mintak hajat apa? "
" ADIK MINTAK DOA SUPAYA ALLAH BAGI ADIK KURUS " 
Jawapan ikhlas daripada Anak buah Gua  yg berumur 10 tahun ini  membuatkan Isi Perut Gua terburai untuk kesekian kalinya...


Yg mana satu Adik ? Hehehe!

Wednesday, July 13, 2011

Cari Kawan Minum Beer senang, cari kawan Makan Nasik susah..

Dulu, Gua ramai kawan. Masa tu kaum-kaum Gua cakap yg Gua power. Minum Beer Ber jug-jug pun Gua steadi. Gua bangga gile. Awek-awek yang suka tunjuk pangkal payudara pun suka duk tenggek atas paha. Gua bapak punya suka hidup dalam hedonisme. Gua rasa Gua lah yg paling terer.

Pada satu hari, Gua duduk diam-diam kat hujung katil. Gua pandang ke arah cermin di bilik. Gua nampak ada seorang lelaki yg serupa Gua. Mukanya keroh. Seperti ada suatu kuasa jahat  yg mengusainya. Seperti ada sesuatu perkara yg besar menjadi bebanannya. Gua tenung lama2 lagi wajah lelaki itu. Tiba-tiba wajah itu berubah. Sangat hodoh dan menakutkan. Lantas ia keluar dan menerkam Gua...

Gua tersedar ...Azan subuh berkumandang. Sedap suara bilal yang laungkan azan tu.Tiba-tiba Gua teringat yg satu ketika dulu, Gua juga selalu melaungkan azan  Isyak dan Subuh di surau depan rumah di kampung. Gua jadi sayu.

Gua bangun. Gua pandang cermin di bilik Gua. Gua nampak ada seorang lelaki serupa Gua. Tidak berbaju, berseluar jeans Levi's lusuh dan wajahnya seperti memikirkan sesuatu. Seperti ada sesuatu perkara yang besar yang menjadi bebanan fikirannya. Gua tenung lagi wajah lelaki itu lama-lama.Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah.Sangat hodoh dan menakutkan. Lantas ia keluar dan menerkam Gua ...

Gua tersedar...Azan Zuhur berkumandang. Sedap betul suara bilal yang melaungkan azan itu. Tiba-tiba Gua teringat yang pada suatu ketika dulu, Gua juga selalu melaungkan azan bila masuknya waktu Zuhur dan Asar di surau yang terletak di hadapan rumah Gua di kampung.Gua jadi sayu...

Gua bangun. Gua pandang cermin di bilik Gua. Gua nampak ada seorang lelaki serupa Gua. Tidak berbaju, berseluar jeans Levi's lusuh dan wajahnya seperti seorang orang yang sepuluh hari tak makan. Seperti menanggung penderitaan kebuluran yang sangat lama. Gua tenung lagi wajah lelaki itu lama-lama.Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah.Sangat hodoh dan menakutkan. Lantas ia keluar dan menerkam Gua ...

Gua tersedar...Azan Asar berkumandang. Sedap betul suara bilal yang melaungkan azan itu. Tiba-tiba Gua teringat yang pada suatu ketika dulu, Gua juga selalu melaungkan azan bila masuknya waktu Asar dan Maghrib di surau yang terletak di hadapan rumah Gua di kampung. Gua jadi sayu...

Gua bangun. Gua pandang cermin di bilik Gua. Gua nampak ada seorang lelaki serupa Gua. Tidak berbaju, berseluar jeans Levi's lusuh dan wajahnya seperti seorang Abid yang mendapat ilham Ladunni.Seperti seorang pendita yang mendapat pencerahan Abadi. Gua hampiri cermin itu dengan lebih dekat. Wajah Lelaki yang serupa dengan Gua itu semakin cerah berseri-seri. Dengan tidak disangka-sangka dia berkata
" Pergi Solat Asar " . Gua tergamam sepertimana lelaki di dalam cermin itu tergamam..

Gua panik. Hati Gua cuak, tubuh gua bergoncang. Pantas Gua masuk ke bilik mandi. Gua ambil wuduk dan tunaikan  Solat Asar 4 Rakaat. Masa Solat Gua rasa sgt syahdu.Setiap rukun Gua tunaikan dengan penuh gerak rasa dan laku. Selepas memberikan salam kepada 'Raqib' dan 'Atid' Gua mengangkat kedua belah tangan yg banyak noda, memohon keampunan pada Allah yg maha esa.Berharap agar DIA mengampunkan dosa2 Mak dan Abah serta berikan mereka balasan syurga.Gua tak perasan, dalam kesyahduan petang asar itu rupanya ada setitik cecair berwarna kristal telah jatuh dari mata.

Lepas solat Asar Gua selongkar dapur. Atas meja makan ada sebungkus Nasi Goreng mamak yg sudah sejuk. Siapa punya Gua tak tahu.Mungkin Abang Gua punya. Gua masukkan nasik dalam pinggan dan makan seorang diri di dapur. Sunyi , kelam dan gelap.Tapi Gua berada di dalam ketenangan yg tak pernah di rasa.

Masa Gua suapkan nasik ke mulut,
Gua cari awek yang suka tunjuk pangkal payu dara -  Takde.
Gua cari kaum-kaum yang selalu cakap Gua power - Takde
Gua cari Lelaki yang berada di dalam cermin di satu sudut yang berbeza..
Ya, di situ dia rupanya...
Alhamdulillah, Dia masih ada. Tersenyum memegang sepinggan Nasik .
Semakin berseri-seri wajahnya.

Tuesday, July 12, 2011

Gua, Bersih 2.0 dan Perjuangan Rakyat Negara Nasik


Gua hanya seorang Marhaen kacak yang suka makan nasik. Kecerdasan Gua tak lah sehebat mana. Mungkin lebih sedikit sahaja daripada Mighty Joe Young. Kadang2 Gua berfikir pakai kepala otak.Kadang2 Gua berfikir pakai kepala lutut. Tapi biasanya Gua lebih suka berfikir pakai otak kepala lutut kerana otak kepala lutut Gua lebih mudah dikawal. Jika Gua berfikir pakai kepala otak, Imaginasi Gua memang sangat susah untuk di kawal.

Dah hampir sebulan Negara kecoh dengan isu BERSIH 2.0. Macam2 cerita dan provokasi. Tidak kurang juga ramai yang semakin berani keluar untuk memperjuangkan emansipasi.

Di sini Gua nak explain kat kawan2 Gua yg tanya, kenapa Gua mengambil keputusan untuk menyokong BERSIH 2.0. Terus terang Gua katakan, parti2 Politik tidak memberikan kepentingan kepada Gua, apatah lagi di dalam mempengaruhi cara Gua berfikir. Di sini Gua jelaskan beberapa persoalan tentang BERSIH 2.0 yg bermain di dalam otak kepala lutut Gua.

1. Jika polis kawal dengan baik, kesesakan lalulintas dapat dikawal dan tak lama. Selepas serah memorandum, orang bersurai.

2. Perhimpunan lalu membuktikan peserta tak merusuh kalau polis tak kacau sembur-sembur air.

3. perhimpunan bersih yang lalu berjaya menunjukkan cubaan media (rtm dan tv3) untuk menipu perhimpunan tak dapat sambutan. (dalam waktu tengah hari gitu la). Pada hal berpuluh ribu turun KL. Nampak benor bohongnye...

4. Negara kerugian berbilion ringgit. Hujjah dangkal. Pelancong domestik / pelancong tempatan yang datang menjayakan bersih boleh menjana ekonomi dalam beberapa jam. Kalau ye pun pelancong kurang datang, pelancong domestik yang datang ramai mengejut tu boleh cover semula. Tak la rugi mane pun.

5.Bisnes courier/penghantaran, pemandu teksi, peniaga barang kemas, travel agent tak rugi besar mane pun kalu perhimpunan lancar. Janji tiada provokasi, polis tak kacau, tak sekat. Perhimpunan bersih dulu tak dengar pun laporan kedai barang kemas dipecah masuk semasa tuntutan bersih. Jalan sesak dan ditutup lebih kurang 3-4 jam je. tak sampai pun sehari. Kalau lame tu, polis sengaja tutup jalan buat sesak sebab taknak orang pegi demo.

6. Mengapa kerajaan takut sangat orang tuntut pilihanraya bersih. Terasa ke selama ni main kotor masa pilihanraya? Kalau betul ok, benarkan je.

7. Mengapa SPR "bo layan" banyak laporan berkenaan undi pos, berpuluh-puluh orang dalam satu alamat mengundi, dan banyak lagi? Lepas tu sibuk kata takde komen tak molek.

8. Mengapa tak mahu guna dakwat kekal? Sedangkan terbukti efektif elak orang mengundi dua kali. SPR ada masalah buat pilihan? Dulu umum, kata elok buat macam ni. Tak lama lepas tu tarik balik, kata tak elok pulak. Lidah bercabang!

-9. Demonstrasi bukan budaya kita. Baik! lepas ni hentikan semua demonstrasi termasuk yang dianjurkan oleh parti pemerintah. boleh??

10. Ada kenyataan di surat khabar utama yang bengong. menyertai demonstrasi bersih adalah haram di sisi islam (menurutnya kata ilmuan islam). saranan supaya selepas ini, tiap-tiap hari surat khabar tulis besar-besar bahawa membuka aurat itu haram. berzina itu haram. minum arak itu haram. bekerja dan mengiklankan arak itu haram. judi itu haram. terlibat dengan judi itu haram. terlibat dengan riba itu haram.
ini bukan kata ilmuan Islam, ini maksud dari firman Allah dalam Quran.
sila tulis dan paparkan di muka depan setiap hari.

boleh buat utusan dan berita harian?

11. kalau selama ni SPR tak telus, macam mana PR boleh menang banyak negeri? Hujjah dangkal juga. Pelajar IPT tahun 1 pun boleh fikir. Ramai rakyat makin muak dengan kerajaan sekarang. Penipuan yang dibuat tak mampu dah nak lawan dengan undi kepada PR yang makin banyak tu. Kalau takde main kotor, silap-silap dah tumbang BN.

Bagi sesiapa yg membaca post Gua ni, terpulanglah kepada Lu orang bagaiman untuk mentafsirkannya. Gua hanya percaya bahawa, Rakyat itu adalah a part of Democracy government. Jadi Rakyat mempunyai hak untuk bersuara di dalam memperjuangkan hak mereka.

Sekian, Gua lapar..Gua nak pi makan nasik..Gua hiburkan Lu org dengan Lagu 'Rasa Sayang Hey' yang Brother Nik Jidan mainkan dan dipowerkan oleh Lelaki Bohemian yg suka makan nasik yg pakai topi kebun dan kaca mata hitam tu ...

Assalamulaikum