Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, February 12, 2013

Menyingkap Sejarah Jemaah Mat Motor Negeri Melaka

Sebelum muncul perkataan Mat Rempit, pemuda-pemuda yang bermotosikal digelar Mat Motor. Gelaran Mat Motor adalah satu gelaran yang power bagi seorang Pemuda.Ia tidak sejahanam gelaran Mat Rempit. Biasanya pemuda2 yang digelar Mat Motor ini hensem-hensem belaka, berani mati dan menjadi kegilaan makwe-makwe cun. Dulu nak beli kereta mahal. Jadi Lu jgn terperanjat lah ramai Brader2 yg Kerja Bank yg memilih untuk menjadi seorang Mat motor.

Gua masih terbayang betapa indahnya scene balik kerja di hari Jumaat. Pada hari Jumaat biasanya makwe-makwe cun akan pakai baju kurung atau baju kebaya ke tempat kerja. Masa ni lah Lu org akan tengok betapa machonya Mat-mat motor datang ambik makwe2 diorang balik kerja, kemudian dengan baju kurung dan baju kebaya tu lah jugak makwe2 cun berbody lentik ini akan menenggek di atas RxZ pakwe masing-masing.Legend beb..legend.

Gua membesar di dalam sebuah kampung yg tak berapa jauh dgn Bandar Melaka. Brader-brader dlm kampung gua memang Rok dan power. Selain aktif di dalam kegiatan Rok and Roll, brader2 kat kampung gua juga aktif di dalam scene Mat Motor ni. Masa gua kecik dulu, selain bercita-cita nak jadi Pemandu Kereta F1 dan Peguam, gua juga bercita-cita untuk menjadi Mat Motor yang Hensem. Ini semua kerana pengaruh brader2 mat motor yang hensem2 di kampung gua.

Scene Mat Motor di Negeri Melaka mmg tak kurang hebatnya. Dulu setiap mat-mat motor akan meronda dengan group.Setiap group akan diberi nama. Antara nama-nama group budak2 motor yang paling power di negeri Melaka seperti, BUDAK ROMA, BUDAK BCR (Belasah Corner Racing), BUDAK ZORRO, BUDAK LEKIR, BUDAK PEPSI, BUDAK RADEN, BUDAK MINNA dan BUDAK CHARLIE.
Nama-nama group motor ini biasanya diambil daripada nama-nama bengkel motor power yg diorang hantar ataupun gabungan daripada perkataan. Litar Lumba haram yg paling popular di negeri Melaka ialah Litar Highway Peringgit, Litar Jalan Klebang dan Litar Tanjung Kling dan Litar Ayer Keroh. Port lepak yang paling ramai ialah Medan Selera Klebang, Restoren Mamak Brahim belakang Hotel Ramada, dan Asam Pedas Semabok.

Bersambung....(Bergantung pada kerajinan)

Tuesday, February 5, 2013

Orang Miskin

Dalam mana-mana majlis keramaian orang Melayu
Orang-orang kaya pasti akan diberi layanan istimewa. 
Meja makan khas, pinggan khas, lauk pauk khas.
Orang-orang miskin 
makan dalam pinggan polistrin pun takpe.
Duduk makan tepi longkang pun suke. 
Org Miskin jgn byk minta! 
Dengar dan ikut saja.
Org Miskin mana ada hak utk bersuara!
  
Orang Miskin dilarang sakit! 
Kementerian Kesihatan menanggung belanja yg banyak membeli ubat-ubatan.
Jangan bebankan Menteri dan Kerajaan 
Asyik mahu memikirkan masalah orang Miskin sekelian.

Anak-anak orang Miskin 
kena belajar pandai-pandai.
nasib boleh berubah bila dah pandai
Nanti boleh jadi orang kaya. 
Bila dah kaya nanti barulah boleh bersuara
dipandang mulia.
Boleh jadi angkuh.
Boleh Jadi YB. 
Boleh Jadi VIP.
Boleh dapat AP. 
Boleh banyak bini.
Boleh Bangga diri...
Barulah lengkap kitaran hidup nanti.

Hang Jebat merampas Istana Melaka. 
Dia sembelih ayam itik lembu kambing Raja 
mahu bagi makan pada orang-orang miskin dan papa.
Lepas Si Miskin dan Si papa dah kenyang
Tuah pun sampai ke Istana. 
Si Miskin dan papa dengan bangga 
menolong Si Tuah bunuh Si Jebat.
dalam hal melupakan jasa baik sahabat
Orang Miskin memang hebat...

Falsafah Brader Beger #17

Brader Beger cakap, cinta itu satu kemanisan yg perlu jjuga dirisaukan...
Jika terlebih manis ia akan meracuni tubuh Seperti diabetes.

31 January Yg ke 30

Alhamdulillah...
Setahun lagi umur gua bertambah.
Allah masih kasihkan gua.
Diberikan lagi subsidi nyawa ...
Supaya gua dapat terus berjuang utk hidup. 

30 tahun lalu, di bangunan ini gua dilahirkan. 
Mak ckp, suara nyaring tangisan gua memenuhi segenap ruang Labour room.
Sepatutnya, hari ini gua sudah berada di Jogjakarta.
Mmg itulah yg dirancangkan sejak tahun lalu.
Menyambut ulang tahun kelahiran yg pertama sbg suami di sana. 
Tiket flight sudah gua beli...Semuanya sudah sedia. 
Tapi kita cuma merancang,tuhan yg tentukan.
Bapak mertua gua jatuh sakit.Gua dan Phoenix balik Melaka utk menguruskan segalanya.

Hari ini agak aneh, 
perasaan bercampur baur.
Ulang Tahun kelahiran gua yg ke30, 
gua berada di Wad ENT Hospital Besar Melaka. 
Gua sedar, begitu besar kasih Allah kpd gua. 
Melihat pesakit2 di wad mengingatkan gua, 
betapa kematian itu sgt lah dekat.

Terima kasih kpd sahabat2 yg gua sayangi, 
yg tak lupa mengucapkan selamat ulang tahun kpd gua lagi.
Semoga kita semua berada di dalam kasih Ilahi.

31 January 2013

Bendera Parti Iblis

Sehelai bendera parti saiz biasa, harganya lebih kurang dlm RM5...
Ni gua kira harga yg paling murah.
10 x5 dah 50. 

100x5 dah 500. 
1000x5 dah 5000.

Belanja bagi 1000 helai bendera parti, 

boleh menampung perbelanjaan sebulan 5 keluarga org miskin.

Lu org tengok bila kempen Pilihanraya bermula nanti, 

tak kira parti Kaper ke, parti Islam ke...
Semua Parti akan membazir mcm Iblis.

BR1M Najib Razak

RM500 punya pasal...
Ramai juga yg sanggup menjatuhkan maruah dengan mengaku jadi Orang Miskin. 
Orang Miskin yg sebenar yg tidur tepi jalan, berumah dalam semak tu boleh pergi mati. 
Org Miskin yg ada kereta berspotrim RM5000 sepasang nak pi ambil duit dulu.

Komunis VS Demokrat

Komunis kata depa betul.Berjuang utk Kesamarataan. 
Kapitalis yg mencengkam harus digulingkan.
Demokrat pun kata depa betul. 
Kuasa dan kebebasan adalah rakyat. 
Setiap warga berhak mencipta kekayaan dan kebebasan.
Tapi, 
berapa ramai komrad yg punya matlamat setulus Guevara? 
Diberikan pangkat Menteri di Cuba tapi memilih utk berjuang dan mati di Bolivia...
dan berapa ramai pula demokrat yg berjuang seperti Mandela? 
Walau dihumban berpuluh tahun dlm penjara namun asa semangat perjuangan x pernah berubah.

Rumah Pertama

Bila berhadapan dgn situasi ingin Membeli sebuah rumah di Lembah Klang,
walaupun memiliki tangga gaji Master degree pun Lu org akan rasa seperti orang Miskin 
yg merempat di Tanah sendiri...

Falsafah Brader Beger #16

Brader Beger cakap, Wanita yg sedang bercinta sentiasa bersedia untuk menjadi Pejuang...
Tak caya? 
Lu try lah kacau Pakwe dia..

BR1M 2013

"Seramai 7.3 juta orang Miskin di Malaysia yg terdiri drpd pelbagai golongan menerima bantuan RM500.00. Sy berharap mereka dapat menggunakan duit itu sebagai modal awal untuk membuka perniagaan stesen minyak agar kehidupan MISKIN mereka boleh berubah"

 "2013 kita masih ada Lagi 7.3 juta rakyat miskin. Lebih kurang 28% drpd total population...2020 tujuh tahun je lagi.Saya berharap dgn bantuan RM500 ini, rakyat miskin semua dapat merubah negara kita menjadi sebuah negara MAJU"

Falsafah Brader Beger #15

Mmg ada segelintir manusia berOTAK yg suka share post yg nyata mempunyai unsur Fitnah, provokasi, dan sentimen perkauman tanpa berfikir menggunakan OTAK...
Jadi, Lu jgnlah OTAK sgt.
Mmg dah tertulis bukan semua makhluk yg berOTAK,
mampu berfikir menggunakan OTAK.
Sebab itu MAMAT KHALID parodikan Zombie2 Kampung Pisang suka makan OTAK.