Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Saturday, November 29, 2008

Aku Dan Sesuatu

2.45 a.m....Ketika ramai manusia sedang lena dibuai mimpi-mimpi yang indah waktu ni,Gua masih berada di Old Town Kopitiam Jalan Yap Kwang Seng. Gua tak tahu kenapa sehari dua ni hati gua rasa begitu tak tenteram..sgt tak tenteram..walaupun 2 hari yang lepas gua telah pun menerima kemaafan daripda seseorang yang telah gua hancurkan hatinya dengan teruk sekali tetapi hati gua masih tak tenteram.....Gua cuba mencari jawaban di atas ketidakteraman hati gua ni..tapi tetap tidak gua temui...

Walaupun tempat ini dibingari dengan gelak tawa pengunjung-pengunjung yang datang,tapi gua masih merasakan betapa kosong dan sepinya hati gua pada tika ini. Gua rasa macam ada sesuatu perkara yang besar yang akan berlaku dalam hidup gua dalam tempoh terdekat ni. Ini lah perasaan yang gua rasa satu ketika dulu sewaktu gua jatuh terjunam dalam mencari hidup di Penang dulu dan sekali lagi persaan yang serupa datang mencabar....Adakah gua yang melankolik ataupun memang ada sesuatu yang akan berlaku...

Hari ni...Gua ketinggalan utk menikmati matahari pagi..bila matahari dah berda tepat di atas kepala baru gua membuka mata mengucapkan salam kepada alam. Gua terus capai telefon bimbit gua..Satu SMS daripada isteri kawan baik gua Achik gua terima..Achik dan Ewa nak mintak tolong gua untuk bawa mereka ke klinik sebab nak dapatkan injection Hepatitis untuk baby comel mereka berdua iaitu "Rosa Musliha". Hari ni genap umur Rossa sebulan. Sejuk sangat hati gua bila gua lihat wajah suci anak angkat gua yang tak kan mengerti betapa banyaknya dugaan yang ditempuhi oleh ibu dan ayahnya sebelum dia lahir melihat dunia. Gua rasa gua lah orang yang paling layak untuk menceritakan kepda Rossa bila dia besar nanti betapa peritnya perjalanan hidup ibu dan ayah dia untuk membina mahligai bahagia.Tapi yang pasti gua takkan biarkan hidup Rossa sia-sia selagi gua ada di dunia ni. Melihat Rossa membuatkan gua sedar betapa panjangnya lagi perjalanan hidup yang perlu gua lalui...

3 hari lepas ada seseorang cakap gua masih tak bergerak daripada kenyataan. Dia cakap hidup gua masih berkisar pada satu titik yang bergerak. Dia cakap gua seperti tak dapat menerima kenyataan yang ditentukan untUK GUA..Gua membenarkan semua kata-katanya..sedikit pun gua tidak menidakkan..gua hormati segala pernilaian yang dia buat pada gua dengan hati yang terbuka. Gua digelar "PENJAHAT CINTA"....Dia kata gua takkan dapat merasa cinta kerana gua terlalu banyak merosakkan "CINTA" ...Gua akui,memang banyak cinta yang gua persiakan..dan banyak hati yang gua hancurkan...Tapi hakikatnya makin banyak cinta yang gua hilang...semakin matang dua dalam menilai kehidupan..dan semua cinta yang gua khianati..akhirnya mereka menemui kebahagiaan yang sejati..

Layang-layang takkan dapat terbang tanpa angin...Gua adalah angin..Angin yang akan menerbangkan layang-layang..
Tidur takkan lengkap jika tiada mimpi...Gua adalah mimpi-mimpi indah yang melintasi Sang Perawan yang sedang Kesepian..Tapi ada satu layang-layang yang mengatakan gua tak mampu untuk menjadi Angin yang menerbangkan layang-layang..sebaliknya gua adalah angin jahat yang memusnahkan layang-layang...Gua juga bukan mimpi-mimpi indah yang melintasi sang perawan kesepian...sebaliknya gua dalah mimpi-mimpi ngeri yang mengejutkan sang perawan yang sedang beradu...

Mahu saja gua katakan...Gua adalah Sang Arjuna yang mencari kesempurnaan dalam bercinta..tapi siapakah Gua? Layakkah gua mendapatkan kesempurnaan cinta jika gua sendiri tak pernah sempurna? Gua mudah mengatakan cinta..tapi sgt sukar melakukan cinta..ARGHH!!
Gua sangat penat menjadi Pencinta...

Sebenarnya..Gua sudah memiliki satu cinta yang amat Agung..tapi cinta agung yang sgt sukar untuk gua kawal...Cinta Agung yang sentiasa membuatkan gua rasa seperti mau mati..Andainya gua bisa mengerti sepenuhnya sekeping hati Seorang wanita yang mencintai gua separuh mati..pasti takkan gua buat dia melara hati..

Ya..dia sedang melara hati...Gua berdoa gar hatinya sekukuh tembok besi agar cinta dia pada gua takkan mati...

Gua janji gua kan belajar untuk menjadi angin yang menerbangkan layang-layang...Gua janji gua akan menjadi mimpi-mimpi indah yang menemani lena Sang Bidadari..

Teruskan....

Monday, November 17, 2008

Monolog Sang Pangeran


Dari kecik sampailah skang gua selalu berangan nak jadi kaya-raya.Tapi masa jadi budak kecik dulu kaya yang macam mana gua tak pernah tau.Yang pasti pada masa tu gua ingat kalau gua ade sebiji rumah Banglo yang ada swimming pool,sebijik kereta sport, dan sebijik Superbike dah boleh dikira kayalah.Gua selalu cakap dengan kawan-kawan gua,bila umur gua dah 25 nanti gua akan ada semua tu.....Seorang kawan gua masa kecik dulu pernah ckp,Walid namanya " Kalau kita kaya nanti cepat lupa diri" budak-budak pun dah boleh fikir hal-hal yang macam tu..

Pada satu malam...gua melepak sorang-sorang di Luna Bar.Mata gua terpaku pada pasangan kekasih.Bangsanya Melayu tetapi agamanya Gua tak pasti.Tapi yang pasti Si Dara sangat Jelita.Dara atau tidak itu pun gua tak pasti.Agak-agak dalam awal 20an umurnya.Boleh gua ketegorikan Sebagai Ratu.Sang Terunanya pulak pada pandangan gua pasti sudah mempunyai anak teruna yang sebaya dengan gua...

Kepalanya memancarkan sinar di bahagian tengah,perutnya seakan terkena santauan busong danbulat seperti ada bola di dalamnya dan rupa parasnya pulak..haha!! macam Lembu Jantan nak mengawan tapi lembu betina datang bulan.Gua tersenyum sendiri.Pengadilan moral cuba gua elakkan.Tapi biasalah walau macam mana kita nak elakkan pun pengadilan moral terhadap seseorang...sikit sebanyak terlintas jugak.Hati kecil Berkata,Si Dara Jelita pasti takkan memandang si Teruna Berperut Bola jika S i Teruna tidak menyediakan suppliment Card yang mempunyai credit Limit RM50 K dan sebuah RX8 beserta Service apartment yang menghadap Menara Kembar.Bagi Sang Teruna Berperut Bola, apalah sangat dengan pelaburan yang sebegitu jika dibandingkan dengan nikmat yang dirasa selepas malam menjelma...Sang Dara Jelita pula mungkin ada menyimpan rahsia..mungkin malam untuk Si Teruna Berperut Bola dan bila siang menjelma Sang Dara Jelita akan mula menghubungi Teruna Impian yang lain..Kerana Waktu siang Sang Teruna Berperut bola sibuk dengan urusan menjaga hartanya...

Ah..Terlalu jauh Gua membuat telahan...
Tapi itulah hakikat yang Gua pandang setiap hari di depan mata...Kerna si Dara Jelita yang gua perhatikan pernah cuba bermain mata.Gua saja yang tak mahu jatuh dalam perigi buta kerana gua tau banyak sangat kaca dan duri yang berbisa yang mampu membuatkan gua binasa.

Malam-malam gua di Kota Langit memang sentisa menarik ceritanya.Kaya...Ramai yang jadi buta dan lupa bila sudah kaya.Gua tak boleh nak nafikan hakikat tu.Memang sukar nak jadi diri kita sendiri bila kita dah jadi makin kaya.Perasaan Bongkak,angkuh dan tinggi diri tu adalah sahabat karib yang pertama yang akan cuba mendekati kita bila kita dah kaya...Sikit sebanyak itu yang gua sedang rasa..Daripada seorang budak kampung yang takde apa-apa jadi seorang yang dicari oleh sebilangan orang-orang penting di tengah kota Langit.Moga Ringgit takkan membebankan kehidupan Gua.Demi Ringgit!! Sesungguhnya ramai Insan berada di dalam Kealpaan.Hahaha!!!

Semoga hati gua kuat melawan godaan-godaan pelesit di Kota.Gua masih belum benar-benar Sampai....Tapi perjalanan gua untuk ke situ sudah makin hampir.Hala tuju gua dah semakin jelas.Hampir ke tempat yang di tuju.Semoga Cahaya daripada Langit akan menyinari perjalanan gua untuk ke situ walaupun gua hanya sekali sekala mengangkat tangan untuk memohon kepada pencipta Langit.Gua benar-benar perlukan kekuatan,kebijaksanaan dan ketabahan waktu ini...

Teruskan...


sesat di kuala lumpur
dosa dan pahala bercampur
tapi kita perlu hidup
kita perlu terus hidup

terima kasih tuan dan nyonya
doa sejahtera kami pohonkan
pada tuhan maha kuasa
tuhan maha kuasa
mungkin..

kita kan temui kebahagiaan di kuala lumpur
dan mungkin kita akan kecewa
mungkin
kita akan jadi kaya dlm lumpur
mungkin kita akan terpedaya..
mungkin kita akan terpedaya
mungkin ada jalan di kuala lumpur
jalan bahagia

mungikin kita akan kecewa
mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
dan mungkin kitakan terpedaya
mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
mungkin kita lupa pada asalnya...
mungkin kita lupa pada asalnya...

Wednesday, November 5, 2008

Budak Kelantan

Semalam, gua sempat untuk meluangkan masa gua menonton filem baru yang di arahkan oleh Azizi Chunk iaiti BUDAK KELANTAN.Ternyata garapan beliau tidak mengecewakan gua. bagi gua dia berjaya menyampaikan sesuatu daripada filem beliau. Dari jalan cerita,skrip dan watak yang diketengahkan berjaya disampaikan dengan baik cuma dari sudut sinemaphotography bagi gua ada terdapat sedikit kekurangan.

Filem Budak Kelantan mengisahkan paparan hidup sebenar budak-budak Kelantan yang datang merantau ke Kota Langit Kuala Lumpur untuk mencari erti sebuah kehidupan. Terdapat dua watak utama di dalam filem ini iaitu JAHA watak antagonis yang memainkan watak seorang budak kelantan yang menjalani kehidupan secara SESAT di Kota Langit dan Buchek seorang Mahasiswa UM yang masih menganggur yang sedang mengharungi realiti sebenar kehidupan di Kota Langit. Filem ini adalah mengenai pilihan yang kita buat di dalam hidup. Buchek membuat pilihan untuk mendekati JAHA temannya sejak kecil dengan harapan JAHA akan kembali ke pangkal jalan. Banyak sisipan kisah gelap JAHA yang diketahui oleh Buchek apabila beliau mendekati JAHA.

Gua amat terkesan bila menonton filem ni. Kisah hidup JAHA mengingatkan gua kepada seorang budak Kelantan yang pernah gua kenal di Kota Langit ni iaitu Joe.Rosakkan anak dara orang,Jual perempuan,ubat batuk,pil kuda,berjudi, bergaduh adalah aktiviti yang dia buat. Sebijik macam watak JAHA dalam filem BUDAK KELANTAN ni.Watak Buchek pulak tak ubah seperti rakan sekampus gua iaitu JALI.Walau kat mana pun dia pergi solat 5 waktu tak pernah dia tinggalkan.
Yang pastinya apa yang dipaparkan dalam BUDAK KELANTAN memang realiti kehidupan di Kota Langit.

Lagu Dikir "ANAK TUPAI" dari Halim Yazid yang melatari filem BUDAK KELANTAN NI membuatkan hati gua sayu sangat.Tiba-tiba gua teringat kenangan-kenangan indah di USM masa tahun 1 DULU.Gua sememangnya rapat sangat dengan BUDAK-BUDAK Kelantan,tapi sayang tak lama...

Friday, October 31, 2008

Why Women Sometimes Only Want To Be Friends

Baru-baru ni ..ade sorang kawan Gua yg tengah frust tonggeng tanya gua beberapa soalan . .
Kenapa hubungan gua bole jadi dingin ?
Kenapa Gf gua macam tak happy je bila keluar atau jumpa dgn gua?
Kenapa Gf gua mcm takde minat je lagi dengan gua?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Ini problem biasa bagi ramai kaum lelaki. Ia bukan sahaja terjadi kepada golongan social retard  malah turut boleh berlaku kepada elaki-lelaki yg gemar bersosial.

Senarionya, masa bulan pertama dan kedua dapat Makwe, dunia memang indah .Setiap hari senyum naik sampai ke telinga. Tapi   lepas 5-6 bulan...Org Melaka kata,
"GAHAP"!

Anyway, THINK about it for a moment dude. Mula-mula perhubungan semua lelaki ingin tunjukkan pada seseorang perempuan yang mereka DIFFERENT dari lelaki lain. Mereka akan cuba berlagak confident, cheeky, very romantic dan semua scene romantik yang mereka tengok dalam movies akan dipraktikkan kepada si dia. But then it all went wrong. Akhirnya Si dia mulai bosan setelah melihat apa yg cuba Lelaki itu lakukan nampak terlalu klise. They suddenly change. The guy became too clingy and called her too often. And  maybe they started paying her compliments like "You're eyes are so beautiful and bla bla bla." dan  tanpa pengetahuan lelaki, di dalam hati  Si gadis berkata ..   (ooh Crap !! it is so fuckin lame)

Maka apabila sampai ke tahap tiada modal lagi untuk menunjukkan kelainan, ramai lelaki akan mula menggunakan taktik invite dinner di restaurant High-End dan cuba bersikap sensitif dengan membelikan Si gadis sejambak bunga. Dan ia pastinya akan menjadi kemuncak kepada segala kegagalan di dalam perhubungan!

Anyway, whatever pun yang Lu buat, Lu tetap akan gagal untuk mendapatkan Gadis Ranking 10,
if you dont know what is the secret of making women like to be with you. ..
Dude ...Basic Skills is, You need to make the ladies crazy and always want you. This means she wont be able to control the way she feels about you (whateva or whoever the Gadis is kita sebagai lelaki jgn sesekali membiarkan tindakan kita dipegang oleh oleh mana2 gadis).

Seorang lelaki yang hebat ialah seorang yang sukar untuk diramal.UNPREDICTABLE.
The trick of keeping a woman INTERESTED to you in a relationship is simple. Don't go back to your old predictable ways, it will just make her look elsewhere. A Man will do what A Man has to do.Do your own movies lah. Dont try to be another Jack Dawson or Takeshi Kanishero in Turn Left Turn Right.

Percayalah, untuk menjadi Quality Man tidak susah.
Seorang lelaki yg berkualiti tidak akan terhegeh-hegeh lagi di hadapan seorang gadis yang meninggalkannya.
Seorang Lelaki sejati akan tetap dengan segala keputusan yg mereka lakukan.
Seorang lelaki sejati  harus bijak mengawal keadaan lebih2 lagi apabila keadaan itu melibatkan
hubungan perasaan dgn perempuan.
It's not an Ego statement but sebagai lelaki jangan jadi terlalu typical dan mudah dijangka.
Contohnya, Bergayut setiap hari-hari melalui phone sehingga 2-3 Jam...Just want to talk about "YOUR CAR" .Percayalah....Ia tidak akan kekal lama.

Untuk buat gadis ranking 10 tangkap lentok sama Lu, Sebenarnya Lu tak perlu memiliki Ferrari Spider ataupun BMW 7 Series pun .Serious... Sebab gua sendiri pernah buktikan.
Apa sebenarnya  yg Lu kena buat ?
Pertamanya, Lu kena tahu dulu apa yg Lu mahukan dalam hidup.
Keduanya , Lu tanya diri Lu sendiri. Gadis mcm mana yg berhak untuk menemani Lu berjalan meniti perjalanan hidup. Apa yg seseorang lelaki mahukan ialah seorang perempuan yg boleh memahami mereka dan menerima mereka seadanya. Cubalah belajar untuk lebih menghargai diri sendiri sebelum cuba utk menghargai orang lain. Insya Allah , jika lu faham dan berjaya buat, Lu akan
gadis jumpa ranking 10 tu. Kita boleh lihat ramai lelaki yg frust tertongeng-tonggeng apabila gagal dlm satu perhubungan.Tindakan itu salah. Lu tidak seharusnya menjadi melankolik dalam bercinta. Cinta itu kenyataan. Seorang Lelaki haruslah bersikap yakin dan tegas utk menyatakan cinta. Bukan terbang dan hilang entah ke mana kerana bermain-main dgn perasaan yg sering berdusta.

P/S : Dah lah Geng..Jgn frust lama-lama.

Saturday, October 18, 2008

Meredah Kota Langit


Kota langit pada hari ini tetap seperti dirinya.Sesak,kabut dan penghuni penghuninya ramai yang seperti terlupa apakah tujuan sebenar dan pengertian dalam pengembaraan hidup di sini.Di sini, segalanya bergerak dengan kekuasaan Ringgit.Dan seperti biasa,DEMI RINGGIT sesungguhnya ramai manusia berada di dalam kerugian...kadang-kadang bila kita fikirkan kembali apakah hidup ni semata-mata untuk menjadi mesin penggerak sesuatu sistem yang kita sendiri tak pernah tau ke manakah hala tujunya.

KLCC.
Gua menghayunkan langkah yang agak longlai menyusuri deretan-deretan butik2 yang mempamerkan barangan-barangan yang harganya mampu untuk menampung 3 keluarga miskin untuk hidup selama sebulan. Di dalam keadaan diri gua yang masih agak mendung, gua cuba untuk mendamaikan segala apa yang gua rasakan dengan melihat telatah manusia di Menara Kembar yang menjadi Kebanggaan Penghuni Kota Langit lantas terpanggil melabuhkan punggung untuk menghilangkan lelah di Sebuah Kafe yang menjadikan Ikan Duyung sebagai logo kafenya.Selepas mendapatkan Today's brewed Bijian Kopi dari Guetamala yg dipesankan daripada Awek Barista yg mempunyai iras Hunny Madu, Gua duduk di satu sudut di kafe Duyung itu sambil memikirkan apakah yang akan terjadi untuk chapter hidup gua yang seterusnya.

20 Minit gua disitu tanp seorang teman pun untuk berbcara. Naskah Dance, Dance, Dance karya Haruki Murakami menjadi peneman gua sementara waktu. Agak dark jalan ceritanya.Tiba-tiba gua terpandang akan sepasang mata yang rupa-rupanya sudah lama memerhatikan gua. Gua seakan dapat merasakan sesuatu daripada pandangan itu.Bahasa tubuh dan renungan mata itu seakan cuba menyampaikan sesuatu.Sepanas mungkin pemilik mata itu cuba untuk membangkitkan auranya supaya dapat menarik perhatian gua.Sang Gadis...Tidaklah buruk juga. Persembahan gayanya nampak mahal dan bergaya. Berseorang juga rupanya. Mungkin bosan kerana tiada teman untuk berbicara.Malangnya takde satu perasaan teruja pun yang muncul pada waktu ni.Gua hanya mampu untuk melemparkan senyuman pahit.Sungguh, untuk ketika ini gua memang langsung takde perasaan untuk apa-apa. Perasaan tak selesa mula mendatangi. Gua pantas bangun dan berlalu meninggalkan kafe ikan duyung. Gua bosan diperhatikan seperti bahan tontonan.Penat sungguh melayan perasaan...

Destinasi pada hari ini langsung tak pasti.On the way meninggalkan kafe,gua terserempak dgn nerves Preety Ugly.Gua singgah di mejanya dan bertanya ape perkembangan terbaru.Nerves cakap everything slow lepas ashraf kawen.They all more to buat kerja dalam studio.Jadi Sound Tech untuk album artis lain.Nerve sound gua,dia cakap Loloq masuk icu sebab pendarahan dalam otak....gua gerak lepas 10 minit berbual dgn nerves..gua bosan.Tiba-tiba teringat KinoKuniya..gua panjat escalator dan terus ke sana..apa lagi..sambar je buku ROME gua terus cari port untuk baca..agak lama lah gua lepak sana.Lebih kurang sejam.Lepas puas baca buku free,gua gerak keluar..gua sempat buat lawak dgn Guard yang jaga pintu depan..gua cakap muka macam Amir KHAN..Senyum lebar mamat BANGLA TU.. .

Kat luar hujan lebat sangat.Langit ni pun seakan mengerti apa yang gua rasa waktu ni...Terima kasih hujan..Gua rindu bau hujan di Kota Langit...Berpusu-pusu orang bergasak keluar daripada Petronas Tower.Balik dari office..begitulah suasananya setiap kali jarum jam tepat menunjukkan pukul 6.30pm...yang perempuan-perempuan menunjukkan reaksi muka yang cemas.Yang lelaki pulak masing-masing tunjuk muka malas...yang pastinya muka-muka yang gua pandang hanya membuatkan gua tersenyum sorang2...Itulah manusia.Wajah kan mencerminkan segalanya...Dan wajah gua pulak pada waktu ni..langsung takde perasaan.Perasaan gua dah hilang semalam.Tapi InsyaAllah,pulih lah ni nanti...

Kota Langit...gua masih gagal untuk mencabar lu..tapi gua takkan patah hati.Takkan putus asa.Gua yakin,bintang gua di langit pasti akan bergemerlapan satu hari nanti.Bersinar terang mendahului bintang-bintang yg lain di angkasa raya.Walaupun Bintang gua itu adalah bintang yang paling jauh.Gua yakin,gua mampu..sebab,gua ada DIA...........

KL, TUNGGU!!! GUA CABAR LU!!!

Charlie Verona: 29-01-2008 (Al-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ROSLI KHAMIS (LOLOQ)

Thursday, October 16, 2008

Pangeran Kayangan

Alkisahnya maka tersebutlah satu masa, adanya seorang pahlawan KAYAN yg mengidap satu penyakit yg boleh mmbawa maut.kerna tahu beliau akan mati bila2 masa saja,beliau tiada sikit pun rasa takut kepada maut beliau sentiasa memainkan peranan turut serta dalam peperangan.Beliau akan terus BERJUANG,&terus BERJUANG!
Sehingga akhirnya pihaknya memperoleh kemenangan.Namun beliau msih juga hidup lagi.
Oleh krn keberniannya telah mmberikan sumbangan besar tehadap kemenangan pihaknya,panglima beliau PANGERAN LABU begitu mengguminya sehingg beliau memutuskan utk menaikkn pangkat dan menganugerahknnya dgn pingat kehormatan & keberanian.
Akan tetap dihari penganugerahan,beliau kelihatan murung & sedih sahaja.apabila ditanya apakah sbbnya beliau bermurung,soldadu yang berani itu menjawab
"aku mengidap penyakit yg bole mmbawa maut dan aku akan mati tidak lama lagi"
Bagaimana mungkin sang panglima akan membiarkan soldadu seberani itu mati begitu saja?
Lalu dia mendapatkan para tabib yg terbaik utk mengubati soldadu itu sehingga akhirnya dia sembuh sepenuhnya.
Tetapi sebermula dari saat itu,soldadu yg sebelumnya begitu berani tidak lagi dapat dilihat dibarisan hadapan pertempuran.Beliau akan sentiasa menjauhkan dirinya dari segala bahaya dan berusaha sedaya upayanya utk melindungi nyawanya dari mempertaruhkannya seperti dahulu!
SEDAR AKAN KEADAAN INI, SANG SOLDADU PUN BERJUMPA SEMULA DGN TABIB2 AGUNG YG PERNAH MERAWATNYA.. DIA BERKATA:
"TIADA ALASAN LAGI HIDUP DI DUNIA TANPA ERTI PERJUANGAN. AKU TIDAK MAHU HIDUP SEBAGAI SAMPAH, LEBIH BAIK AKU MATI BERDARAH SEBAGAI SEORANG PAHLAWAN MENURUT TURUTAN MOYANGKU.. AKU MOHON AGAR APA JUA UBAT YG TELAH KO PERBUATKANUNTUK KU DAHULU - AMBIL SEMULA.. BIAR AKU MENJADI MANUSIA SEMULA, MANUSIA MENURUT KETETAPAN LELUHURKU.. AKU TIDAK TAKUT AKAN KEMATIAN, KEMATIAN ADALAH MASA TENANG BAGIKU.."
SANG TABIB TIADA PILIHAN, DIA MENARIK SEMULA SEMANGAT YGTELAH DIA PUJAKAN UNTUK SANG PEMBURU...
"AKU BERIKAN KEHIDUPAN UTK MU, TP KAU PILIH JALAN MATI, BUKAN UTK MAUT TTP UTK TRUS HIDUP AGAR TRUS KEKAL DI HATI, DI JIWA DAN DALAM HIDUP KETURUNANMU – SBG SEMANGAT YG TAK MGKIN PUNAH.."
SETELAH BEROLEH SEMULA PENDIRIAN LAMANYA, SANG SOLDADU MELIHAT KE LANGIT YG MENDUNG DAN BERKATA,
"LIHAT, SEDANGKAN SYURGA JUGA MENYEBELAHI AKU"
(hujan dlm bahasa perang membawa maksud 'syurga menyebelahi pihak kita', dewa dewi menyokong kita, perlindungan dan kemenangan akan kita dapati)
HARI YG SANGAT ELOK UNTUK MATI..."
SANG SOLDADU MENGHUNUS PEDANG NYA, MELIBASKAN MATANYA KE LANGIT DAN MENYEBUT MANTERA PERANG
"SEDANGKAN DEWA2 LAGI TAKUTKAN MATA PEDANGKU, APATAH LAGI KAU BANGSA LAKNAT MUSUHKU?"
SESIAPA SAHAJA PUN PASTI AKAN BERDARAH JIKA MENGHALANG LANGKAHKU, DEWA DEWI MU SEKALIPUN..."

Rembang sunyi senja itu bercampur pekikan perang dan rengekan pedih pahlawan musuh yg tertewas di tangan Sang Pangeran Kayangan ( Pahlawan manusia yg mencabar dewa2 kayangan )
MENURUT CERITANYA, SANG SOLDADU TIDAK MATI OLEH PENYAKITNYA, DIA MATI OLEH MATA PEDANG LAWANNYA...
Hari ini, setiap kali musim menuai telah habis, satu muara anak sungai di kampungku, berbunyi dgn rentak sape,gong dan tawak dimainkan oleh desir bayu dan angin lalu......
" JANGANLAH TAKUT BAHAWA HIDUPMU AKAN BERAKHIR, TTP TAKUTILAH BAHAWA IA TIDAK AKAN BERMULA "

All the best MY FRIEND Ron!!!!

Pangeran Langit

Atas Kepala Aku adalah Langit
Di bawah kaki aku juga langit
Jika aku tak mampu untuk terbang ke Langit
Aku akan menapak mengelilingi Kota Langit

Aku Pangeran Langit

Aku memanah rembulan dan jatuh di kakiku..
Aku bersembunyi di balik punggung bayang-bayang kejayaanku sendiri..
Aku dihinakan dunia namun menyihirnya dengan kutukan abadi..
Aku meninggalkan sesuatu yang menjadi mutiara bagi pemimpinya..
Aku diangkat para dewa, namun bungkuk takzimku menampik

Maka, tanggalkan selempang merah kirmizi
kebesaran dibahu kala bertemu akanku
Dan makilah dirimu yang berlaku bodoh dihadapan sang Pangeran
Hingga tampak olehmu,
aku yang sedang menghinakan diri dihadapan WAJAH CAHAYA

Pangeran Langit
Akan mencantas Kepala Siluman-Siluman
Berbesar Kepala Di Kota Langit
Tika Pedang Cahaya Menggigil
Meminta santapan darah Siluman
Untuk kembali menyilaukan mata...

Wednesday, October 15, 2008

Bintang Paling Jauh

Bintang paling jauh...mungkin itu lah yang paling sesuai untuk gua ungkapkan tentang diri gua pada waktu ni.Walaupun ia sentiasa bersinar tapi tak ramai yg mampu untuk melihat sinarannya...sebab terlalu jauh pada mata yang melihatnya...cuma pada empunya mata-mata hati yang dapat memberikan pengertian apakah erti sinaran bintang paling jauh...namun begitu,bintang paling jauh masih terus bersinar di bawah Kota Langit..Mungkin satu hari nanti sinarannya akan mampu untuk melimpahkan cahaya gemilangnya kepada seluruh Kota..

Entahlah...kenapa pada waktu ni hati gua rasa lara sangat.Macam ada sesuatu yang gua hilang.Tiba-tiba rasa kehilangan dan rasa hampa yg teramat sangat..tapi tak tau nak dikatakan dari mana dan apa punca wujudnya perasaan yg macam ni.Dah cukup lama gua tak rasa macam ni...kali terakhir gua rasa macam ni pada August 2006.Dalam hati tertanya tanya..apa yg gua hilang sebenarnya ni..Lepas termenung seminit dua, gua rasa gua dah dapat jawapan monolog gua....Gua dah hilang semangat ke?Tapi takkan mudah sangat gua nak hilang semangat kan...takkan tak dapat satu benda yg gua nak, gua dah nak hilang semangat..sedangkan banyak sgt lagi benda dalam dunia ni yg masih gua belum explore...banyak lagi jalan kehidupan yang masih belum gua jumpa..

Tapi memang lah..Susah nak tempuhi Kedewasaan..macam2 perkara yang nak dibuat memerlukan satu pertimbangan yang cukup kukuh.Setiap satu keputusan yang akan kita buat pada waktu ni akan merubah hampir seluruh kehidupan ..Contohlah, KAHWIN....kadang kadang bila gua tengok member2 sebaya gua ramai yang dah kahwin,hati terasa gak nak kahwin..tapi bila fikirkan tentang life gua skang..pergghhh...masak sape yang kawen dgn gua...pasti airmata yang jatuh cukup untuk dipersembahkan meminang Puteri Gunung Ledang...Gua takde ape pun waktu ni...tiba tiba plak gua rasa gua takde pape..sedangkan dulu gua rasa macam gua ada satu dunia.Kenapa setiap kali kita rasa kita hilang seseorang,kita rasa macam kita hilang satu dunia ek? ataupun gua je yang melankolik..entahlah.Tapi yang pastinya waktu ni gua rasa sepi sangat-sangat.Gua rindu sangat dengan life kat Island dulu..Life kat Kota langit ni buat kan gua rasa Kosong dan sepi dalam keramaian...

Kaki gua bisa belum cukup jauh lagi melangkah.Gua lebih suka menapak daripada terus terbang.Biar gua tau macam mana sakitnya kaki bila tersepak batu.Biar gua tau betapa panasnya bahang matahari membakar Wajah.Biar gua rasa betapa dinginnya peluh membasahi tubuh...Kalau bole gua nak bawak org-org yang gua sayang melangkah sama-sama...tapi gua tak punya banyak masa lagi.Kalau boleh gua nak belari.Berlari dan terus berlari.Kemana saje arahnya.Macam Forest Gump.Kadang-kadang kan beb...Gua lupa macam mana nak jadi diri gua yang dulu.Sebab dah terlalu lama gua tak jadi diri gua yang dulu..Diri yang sepatutnya gua jadi...." BINTANG YG MEMAGAR BULAN"TERUSKAN.................

Mukadimah


Bismillah..
Ketika kita mulai berjalan mungkin jalan yang kita lewati lurus-lurus saja, seterusnya mungkin menurun dan kitapun masih asyik menikmati perjalanan ini, tapi ketika kita dihadapkan pada jalan yang berbengkanag bengkok....masa tu barulah rasanya ingin menghentikan perjalanan ini atau mungkin membatalkannya...

Yah..memang manusia, kalau sudah "terhantok baru terngada", baru sedih...cuba kalau dia jalan di jalan yang lurus-lurus saja....mungkin tidak akan pernah nak fikirkan akhkir dari perjalanan ini..Kira-kira begitu lah hidup, kadang kita merasa sangat sedih, penat, dll. Seandainya hidup ini umpama perjalanan, ingin rasanya kita menghentikannya.....

Kehidupan dan perjalanan memang mirip yang membezakan adalah perjalanan mana yang bisa kita "pilih", walaupun memang tergantung kepada keperluan...

Tapi hidup harus terus dijalani, dan untuk beberapa hal kita harus memikirkan "bekal" yang sudah kita miliki.Biasanya kita mula hanya tersedar bila bekal yang kita punyai benar-benar kurang, pada perjalanan yang sudah sampai pada penamatnya....

Perjalanan pun masih sangaaat jauuuh....seakan semua usaha ....belum selesai nih ....
Teruskan.........