Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, June 14, 2011

Sambutan Hari Jadi

Semalam Gua solat Zuhur di Surau Universiti. On the way nak pergi Surau Gua lalu depan Student Lounge. Gua dengar bunyi bising.Hilai tawa student lelaki dan perempuan memenuhi ruang lounge. Macam gembira sangat bunyinya. Gua usha apa yang mereka buat.

Rupa-rupanya mereka sedang meraikan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka. Bermain baling-baling tepung ke muka, baling-baling telur mentah, baling-baling kek dan simbah-simbah air. Mereka mempamerkan wajah kegembiraan bercampur kebodohan dan ketidakpedulian.

Gua...

Terfikir, kenapa budak-budak sekarang ni peghak sangat?

Terfikir, mesti penat makcik2 Cleaner nak cuci bilik ni nanti.

Terfikir, mesti students lain yg nak guna bilik ni nanti akan rasa loya tengok telur2 mentah yg pecah bersepah di lantai dan meja.

Tiba-tiba, 
Gua jadi meluat. Gua jadi menyampah.

Gua terus ke Surau. Gua berdoa agar Allah buangkan semua penyakit hati dan kebodohan.

No comments: