Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, October 26, 2010

Gua bercerita tentang : Kerajaan, Projek Mega, Kemiskinan dan Rakyat . . .

Selesai  sahaja pembentangan budget 2011 yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (DSNTAR) cerita yang paling panas di kedai kopi ialah berkenaan dengan Menara Warisan 1Malaysia. Tidak kira samada di Starbucks atau Cofee Bean, Old Town Kopitiam mahupun di Warung Kopi Pak Ngah Samah semua pakar2 ekonomi kedai kopi membahaskan tentang pembaziran yang akan dilakukan oleh kerajaan di dalam menjayakan projek mega yang bernilai 5Billion ini.

Pakar-pakar ekonomi kedai kopi berasa tidak puas hati jika pendapat mereka tidak di dengar umum, maka mereka melanjutkan perbincangan mereka di laman-laman sosial yang popular ketika ini. Dgn satu tentangan mengatakan bahawa projek ini tidak lain dan tidak bukan hanya membazir dan menambahkan kekorupan yang sudah sedia berlaku di dalam negara.

Di dalam menjayakan projek mega ini DSNTAR mengatakan bhw kerajaan meletakkan tanggungjawab merealisasikan perancangan ini di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) .PNB akan bertanggung mencari investor dan modal-modal pelaburan luar dan dalam negara bagi menjadikan impian Kerajaan BN ini satu kenyataan. Jadi melalui pelan pelaburan ini tidak ada kaitan langsung dgn dakwaan yang mengatakan projek mega ni hanya akan membazirkan wang rakyat. Malangnya berapa ramaikah rakyat di Malysia ini yang benar2 memahami perana PNB di dalam memacu ekonomi negara ? Ketidak fahaman ini menjadikan hasrat Kerajaan BN untuk perlaksanaan projek mega ini sebagai satu perkara yang tidak masuk akal bg golongan-golongan yang hanya memandang sesuatu perkara dari luar kotak.

Hal ini mengingatkan gua dengan idea Tun Dr. M untuk membina jambatan Pulau Pinang dahulu. Ramai mengatakan bahawa Dr.M adalah seorang yg gila dan suka membazirkan wang negara. Lihat pada hari ini. Betapa idea gila Dr.M itu menjadi satu keperluan yang paling penting bagi memacu ekonomi di Pulau Pinang.

Benar jika kebijakan mengurus ekonomi negara tidak di ambil serius, projek mega ini akan mendatangkan malapetaka yg besar bagi Kerajaan BN. Jika dilihat dari sisi golongan-golongan marhaen sederhana seperti gua ini, projek ini mungkin tidak akan dapat memberikan kesan yang besar di dalam kehidupan seharian gua sebagai rakyat Malaysia. Tetapi jika dilihat dari sudut dan ruang lingkup yang lebih besar, projek ini mampu membawa satu dimensi baru di dalam peningkatan ekonomi negara terutamanya di dalam bidang hartanah. Lihat sahaja betapa melonjakkannya nilai hartanah di sekitar KLCC Petronas Twin Tower. Hasil daripada pembinaan satu menara byk pelabur2 dari luar datang untuk melabur di dalam bidang hartanah dan perhotelan di Sekitar KLCC.

Bagi sebuah negara yang sedang giat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, langkah drastik di dalam memacu kekuatan ekonomi negara haruslah ditekankan seiring dengan usaha membina masyarakat yang makmur. Oleh itu kadar kemiskinan di dalm negara haruslah di ambil serius oleh Kerajaan. Kerajaan seharusnya meletakkan keperluan rakyat sebagai agenda utama di dalam menguruskan dan mentadbir sebuah negara. Bagi rakyat yang tinggal di dalam sebuah negara yang sedang giat mencapai status negara maju pula, mereka haruslah lebih berdaya saing di dalam merebut peluang-peluang ekonomi yang terbuka di dalam negara. Kemiskinan tida mungkin akan berlaku jika rakyat di dalam negara bangun dan bingkas mencari dan menggunakan peluang-peluang yang ada. bak kata pepatah org2 tua "Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia ". Lihat sahaja betapa banyak peluang pekerjaan yang ada di Malysia ini. Masalahnya rakyat Malaysia sememangnya memilih utk bekerja. Mereka lebih rela peluang2 itu diisi dan diambil oleh rakyat2 asing. Hasilnya rakyat Malaysia seperti merempat di dalam negara sendiri.

Peranan Pembangkang di dalam negara amatlah penting supaya rakyat akan terus terbela. Pembangkang berperanan sebagai pihak yang membuat 'Check and Balance'bagi segala tindak tanduk Kerajaaan di dalam negara agar kerajaan berhati-hati di dalam membuat sesuatu keputusan.Namun begitu, Kedegilan untuk berubah dan mempersiapkan diri menjadi rakyat bg sebuah negara maju hanya akan mengakibatkan rakyat Malaysia terkebelakang. Globalisasi tidak mungkin dapat dielakkan lagi. Perancangan ratusan tahun yang dibuat oleh Masonic believer berjaya menyerap di dalam ideologi masyarakat dunia. Apakah silapnya?  Silapnya kegagalan cendiakiawan Islam pada zaman terdahulu di dalam melihat dan menterjemah Masterpieces Ibnu Khaldun ( Muqaddimah)  lebih agung daripada Masterpieces Adam Smith ( Wealth Of Nation) di dalam merencanakan hala tuju masyarakat Islam mengharungi masa depan.

Gua hanya Marhaen sederhana yang memandang sesuatu dari mata burung. Harapnya tidak terperangkap di dalam tempurung. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam apa yang gua harapkan hanya satu.
Harapnya Malaysia menjadi sebuah negara Maju yang menjadi contoh terbaik bagi negara-negara Islam yang lain di dunia.

Teruskan.....I am proud to be Malaysian.

Thursday, October 21, 2010

Inilah Kesan daripada Lebih 150 Juta Kali menonton : PUTERI GUNUNG LEDANG (KETAGIHAN BERBAHASA)

Tiada siapa perlu lakukan apa yang bukan kemahuan hatinya.
-Hang Tuah-

Cinta dan restu tak boleh dipaksa.
-Hang Tuah-

Kalau nak menurut, biar berakal. Kalau menurut, biar pintar.
-Hang Tuah-

Hanya mutiara, jika digilap, mutiara jualah cahayanya yang bersinar.
-Datuk Bendahara-

Bagaimana beta nak tahu,mana manik atau mutiara? Adakah pada wajahnya? Atau lebih mendalam tenungannya? Dan yang lebih utama lagi, adakah si manik tahu yang dianya manik?
-Sultan Mahmud-

Mutiara tetap mutiara. Andainya manik seperti diri patik ini, walaupun digilap haus, ia tetap malap jua.
-Datuk Setia-

Pura-pura mencari ayam, ekor mata di anak orang.
-Tun Teja-

Gusti Puteri: Kekandaku Teja, besar hati adinda dengan kesedian kanda menemani adinda.
Tun Teja: Kandaku Retno, kehadiran dinda adalah untuk menilai gerhana kita yang sebenarnya.
Gusti Puteri: Gerhana itu alami. Dan pasti akan terjadi. Hanya budi luhur yang bisa mengatasinya.

Air setempayan dicedok sekayu. Dapatkah siram api di gunung?
-Tun Teja-

Apa mungkin seorang gadis seperti adinda ini bisa melukai Laksamana Melaka yang tersohor?Atau jiwa kanda kentar disentuh adinda?
-Gusti Puteri-

Setiap orang punya impian. Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini. Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati.
-Gusti Puteri-

Hang Tuah: Seluruh nusantara kanda mencari ketenangan, kanda bertemu cinta di bumi Jawa.
Gusti Puteri: Sekecil burung kedidi adinda terbang ke hati kekanda. Mengharapkan cinta yang menggunung.
Hang Tuah: Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari.
Gusti Puteri: Adinda anggap sebagai janji.

Hang Tuah: Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda.
Gusti Puteri: Adinda bersumpah. Jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama. Bernafas pada udara yang sama.
Hang Tuah: Belayar berbelok-belok. Sauh dibongkar di tempat tenang. Yang tinggal hati tak elok. Yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama.

Gusti Puteri: Apa dengan tongkat, rajawali kembali?
Hang Tuah: Demi cinta, tiada gunung terlalu tinggi.
Gusti Puteri: Kini kita sama-sama dipuncaknya. Bagai mimpi rasanya kekanda berkata-kata cinta kepada adinda.
Hang Tuah: Suaramu membuka hatiku yang merindu. Kini kurasa deruan angin menusuk dada.
Gusti Puteri: Mengapa cinta adinda diuji sebegini jauh, kekanda?
Hang Tuah: Kanda lupa cinta dinda seagung maya.
Gusti Puteri: Kalau cinta kekanda, bukan semesta luasnya?
Hang Tuah: Masih kecil berbanding cinta dinda.
Gusti Puteri: Tetapi kekanda kemari juga.
Hang Tuah: Laksana insan haus dahaga, bertemu air satu telaga.

Biar seribu tahun air mengukir batu, tetapi Tuah tetap Tuah.
-Gusti Puteri-

Hamba bersumpah. Selagi Tamingsari tenggelam di dasar sungai ini, hamba tidak akan kembali.
-Hang Tuah-

Putera beta, atau tanah Jawa? Semua ini peritnya seperti menelan hempedu. Bagai racun menusuk kalbu. Tetap, ia bukan penghalang!
-Sultan Mahmud-

Pengorbanan demi cinta adalah indah. Dan pengorbanan demi negara adalah mulia. Tapi apalah ertinya bekorban dengan tangan berlumur darah manusia yang tidak berdosa. Apa tuanku sanggup melakukannya? Mungkin masih kurang jelas bagi tuanku kalau permintaan saya sebetulnya satu penolakan.
-Gusti Puteri-

Kamu lupa yang bumi Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, diatas tanah
yang kamu pijak ini, seMelaka sakitnya dirasa. Pilu beta dengar hirisan katamu itu.
-Sultan Mahmud-

Kamu akan berseorangan. Di puncak Ledang sahaja. Tidak boleh dipandang sesiapa sesudah subuh kelak. Nescaya dia yang memandang, beta sumpah. Hilang nyawa bermuntahkan darah!
-Sultan Mahmud-

Sesungguhnya, kanda cintakan dinda.
-Hang Tuah-

Kuhinakan diriku sendiri untuk merungkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas kurasakan. Namun akan menjadi bekal sepanjang zaman.
Aku juga mencintaimu, Tuah.
-Gusti Puteri-

Thursday, October 14, 2010

Gua dan Blogger (Bidadari Besi Kecil Yg Besar Pandangannya)


Gua boleh diketegorikan sebagai seorang lelaki yang susah untuk memuji pemikiran sesorang individu jika gua belum benar-benar mengenali sang pemikir. Pada gua tahap pemikiran manusia ini tiada batasnya kecuali melibatkan perkara-perkara yg telah dibataskan oleh agama seperti RUPA BENTUK ALLAH dan beberapa hal lain yang jika kita fikirkan boleh menggegarkan aqidah jika kita tidak benar-benar mempunyai asas tauhid yg kuat. Gua suka berfikir dan suka bersama dengan individu-individu yang gemar berfikir.Sebab itu gua mengambil keputusan untuk terus berkecimpung dan mencari rezeki di dalam bidang akademik agar gua sentiasa rasa hidup dengan ilmu dan pemikiran dan dapat bergaul dengan mereka yang sentiasa ghairah dengan penjelajahan ilmu dan berfikir. Pastinya aktiviti berfikir itu seharusnya diarahkan kepada satu aliran pemikiran yg membawa kebaikan kepada Sang Pemikir. Utk duduk berbual dan berfikir ttg perkara-perkara yg remeh temeh ataupun mengumpat tt dia dan dia adalah taboo bg gua.

Selain daripada membaca buku-buku, jurnal-jurnal dan majalah-majalah yang boleh meletopkan pemikiran, gua juga gemar membaca blog-blog yang terdapat " di dalam jaring" . Selain daripada singgah dan kadang-kala traffic di blog-blog hebat seperti Anwar Ibrahim ,Dr Mahathir Mohamad , Minda Tajdid Dr.Maza, Tukar Tiub dan beberapa nama lain lagi, kini gua juga sedang mendekati sekumpulan penulis-penulis blog muda yang rata-rata umur mereka sekitar 18-22 yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Blogger Picisan " .

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang penulis-penulis blog muda ini ialah tentang gaya bahasa penulisan mereka di dalam blog. Ada di antara mereka yang sgt bijak berbahasa dan sangat pandai menyusun bahasa sehingga apabila membacanya kita merasakan seperti mereka ini tidak layak untuk berada di dalam lingkungan umur yang sebegitu muda. Ada kekaguman melintas tatkala membacanya. Ada juga di antara penulis-penulis blog muda ini menulis dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat memualkan. Sepertinya bahasa Melayu itu adalah satuu bahasa yang sangat jelik bunyinya dan sangat tidak santun rupanya. Penulis-penulis muda ini mencipta istilah-istilah baru yang gua sendiri tak pernah dengar dan tidak pernah lihat baik di dalam kamus Dewan mahupun di dalam kamus Oxford ataupun Mariam Webster. Istilah itu hanya akan difahami oleh golongan-golongan yang mengalami ketagihan menulis blog sahaja.

Membaca blog seseorang penulis blog itu umpama membaca aliran pemikiran mereka. Sedikit sebanyak melalui hasil penulisan mereka gua seakan dapat membaca dan membayangkan sikap dan tingkah laku penulis di dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ada juga yang menyatakan tentang teori escapism. Mereka mengatakan penulis-penulis blog ini adalah golongan escapism. Benar ataupun tidak ianya terserah pada penulis blog itu sendiri. Benar, ada di antara mereka tidaklah sehebat watak yang mereka cipta di dalam blog. Seumpama ada satu alter ego yang diwujudkan. Jadi untuk merealisasikan impian untuk menjadi seseorang yang mereka impikan, mereka mencipta watak hebat dan alter ego itu di dalam setiap penulisan mereka. Tetapi seseorang pembaca blog yang berfikir, pasti akan dapat membezakan samada seseorang penulis blog itu terperangkap di dalam escapism ataupun itu sememangnya hasil rupajiwa mereka sendiri.

Sememangnya membaca, berfikir dan menulis itu adalah passion gua. Gua akan rasa sangat bodoh kalau gua rasa gua tidak ada sesuatu yang penting untuk difikirkan. Gua akan rasa kosong kalau tiada satu buku hebat yang dapat menemani gua. Gua akan rasa resah jika gua tak dapat menulis ataupun melontarkan idea tentang sesuatu yang gua fikirkan. Gua akan rasa usang jika tiada teman yang mampu menggegarkan kepala otak gua dengan persoalan-persoalan di dalam kehidupan.

Sedar tak sedar dah 27 tahun Allah memsubsidikan Oxigen untuk gua. Gua pun tak tahu adakah gua ni termasuk di dalam ketegori manusia-manusia yang melewahkan subsidi Allah ataupun menggunakannya pada haknya. Rasanya banyak juga subsidi-subsidi Allah yang telah gua bazirkan. Semoga Allah terus mengarahkan aliran pemikiran gua untuk memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri gua dan insan-insan yang berada di dalam bulatan hidup gua.

Teruskan....