Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, May 30, 2011

Man.Utd Dan Perdana Menteri Bhutan

Gua adalah penyokong Setia Man.Utd. Bukan Penyokong fanatik.Menjadi Fanatik dan setia adalah dua hal yang berbeza. Penyokong Setia adalah penyokong yang akan senantiasa berada di belakang sesuatu yang disokongnya walaupun berada di dalam apa keadaan sekalipun.Penyokong setia biasanya akan memberikan satu gambaran yang baik pada sesuatu yang disokonginya  Penyokong Fanatik pula adalah penyokong yang selalu mendatangkan masalah kepada sesuatu yang di sokongnya.


SENARAI PENYOKONG2 SETIA DAN FANATIK PILIHAN GUA

Penyokong Setia :
1. Gua - Man.Utd  (Tetap bersama walaupun tewas memalukan di tangan Barcelona- Tak gesa pun tukar Coach mcm Penyokong2 Chelsea, Liverpool dan Arsenal) Keh! keh!keh!

2. Azizah - Anwar Ibrahim (Tetap bersama dan setia menyokong perjuangan walaupun suaminya dituduh, Peliwat, Penzina, Penipu dan lain2 PE)

3. Mah- Jib ( Ahli Politik Bhutan ini adalah pasangan sehati sejiwa. Walau apa pun yg berlaku, Jib sentiasa menyokong Suaminya Mah di dalam kerjaya politiknya di Negara yg terletak di tengah2 banjaran HiMalaya ini, Even, If Tomorrow never comes ) Keh!keh!keh!

Penyokong Fanatik :
1. Bakar Stadium -Penyokong Kelantan. Bakar Bendera -Penyokong N9 ( Bila Bola sepak negerinya maju, maka moral penyokong fanatik  bola sepak negeri ini juga mula maju macam Barbarian)

2. Holigans - England ( Bila Depa tengok bola sama-sama di Negara d
epa, elok je. Sopan santun tepuk tangan.Tak perlu pun bina pagar kawat tinggi-tinggi.Tapi bila Depa mai tempat oghang len.SIAPLAH. Tembok batu pun depa boleh runtuhkan. Kebanyakkan Holigans ni terdiri daripada geng ARA SKINHEAD dan Budak2 MOB)

3. PERKASA -Braheng Ali  ( Walaupun Braheng Ali suka lompat-lompat, dan tikam-menikam, geng2 PERKASA ini tetap akan berada di belakang beliau untuk mengangkat replika keris)

Baru-baru ini, Gua membaca akhbar Rasmi Negara Bhutan iaitu Bhutan Tribune melalui online. Bhutan Tribune online  melaporkan bahawa Perdana Menteri mereka iaitu Lyonchen Jigmi Y. Thinley adalah Penyokong setia Man.Utd. PM mereka telah bersama-sama menonton perlawanan Akhir di antara Man.Utd dan Barcelona di Banjaran Himalaya bersama-sama dengan warganegara belia Bhutan. Bhutan Tribune melaporkan lagi bahawa PM Mereka amat kecewa dengan kekalahan Man.Utd.

Gua tersenyum kambing sewaktu membaca akhbar Bhutan Tribune

Oleh itu Satu hal yang tidak boleh ditidakkan, Gua yakin bahawa - GUA DAN PERDANA MENTERI BHUTAN turut berkongsi rasa sakit hati dan bengang sewaktu menyaksikan Shot Pedro, Messi dan Villa membolosi Gawang Man.Utd.

Owh, walaupun PM BHUTAN sokong Man.UTD, Gua tetap setia dengan Man.UTD....Amacam ?

Gua memang Penyokong Setia bukan ? Keh!keh!keh!

INDAH KAN BANDAR BHUTAN ? TAPI SAYANG. KEINDAHAN INI TAKKAN KEKAL LAMA. DENGAR CERITA PERDANA MENTERI BHUTAN TELAH MENGARAHKAN DATO' BANDAR BHUTAN IAITU ROJO NING CHOK  UNTUK MENOLAK SEMUA RUMAH2 INI AGAR MEREKA DAPAT MEMAJUKAN PROJEK " GREATER BHUTAN "





No comments: