Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, December 23, 2010

Gua Bercerita Tentang : Kejujuran Si Homoseksual Azwan Ismail dan Kesesatan Syiah....

Isu Azwan Ismail:
Orang Islam beriman dengan Allah. Berpandukan Al-Quran adn As-Sunnah.
Bukan pada Hak Asasi Manusia yg dibentuk melalui Pakatan Protocol Of Zion yg tercipta pada tahun 1901 di Geneva.Tanpa kita sedari Human Right pada hari ini sekan mengatasi Hukum Al-Quran dan As-Sunnah.

Jika Si Homoseksual Azwan Ismail benar-benar tidak mampu untuk melawan gejolak pertentangan perasaan di dalam batang tubuhnya, dia tidak perlu untuk menjadi terlalu jujur dengan merakam pengakuannya dan memuat naikkannya di dalam Youtube. Dosa dan Pahala bukan Allah sahaja yg tahu..Org Islam telah pun diberi panduan Al-Quran dan As-Sunnah juga akal untuk membezakan dosa dan Pahala...Jujur dengan belenggu perasaan sgt bahaya kerana Perasaan kita itulah menjadi tempat bergayutnya Sang Lucifer.Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa..Jadi Ikut Al-Quran dan As-Sunnah....Gua juga berfikiran Liberal.Tetapi hukum tetap Hukum.

Isu Syiah yg duikatakan Sesat:


Cukup dengan lirik Dari Lagu Tanya Sama itu Hud-Hud dari Sifu gua ini untuk mentafsirkannya :

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh..
Tiga Puluh....

Uhh.Sang Algojo....Uh..Nanti Dulu!

Fikirkan...

Gua cuma Sang Bohemian yg selesa dengan Vintage Blue Jeans dan Plain White T..Bukanlah seorang Mufti. Everything is just My 2cents Thought.

Teruskan....

Tuesday, December 21, 2010

Bidadari Besi Mencipta Sejarah...

Post ni khas ditujukan untuk Seorang gadis 
yang sedang struggle belajar mengejar impiannya menjadi seorang Doktor perubatan. 
Gadis itu gua panggil dengan nama Bidadari Besi 
dan dia memanggil gua dengan gelaran Cikgu walaupun gua tidak pernah mengajarnya secara formal. 
Dia bukanlah teman istimewa gua. Namun dia ada keistimewaannya. Bidadari Besi adalah seorang Gadis yang gua kenal melalui dunia blogger ini. Gua tidak pernah jemu membaca post yang terpapar di paparan muka blognya. Penulisannya boleh gua katakan unik dan tinggi nilai bahasanya. 
Dia sangat pandai mengait dan menyulam bahasa.
Hari ini gua menerima sepucuk Poskad dari Zagazig Egypt. 
Poskad ini diterbangkan jauh oleh Si Bidadari Besi.
Bidadari Besi mencipta satu sejarah hari ini.
Sejarah yg kecil di dalam hidup gua.
Namun ia tetap masih layak dipanggil sejarah.
Mengapa gua katakan dia mencipta Sejarah ?
Kerana sepanjang 27 tahun gua hidup
inilah kali pertama gua menerima sepucuk Poskad dari seseorang teman yg berada di perantauan.
Walaupun berpuluh-puluh teman-teman gua yg ada di overseas
tapi ni lah kali pertama gua terima sepucuk poskad dari seberang laut.
Tersenyum gua sorang-sorang.Rasa kelakar pun ade gak.
Sebenarnya, bukan poskad itu yg menjadi kiraannya...
But the thoughts that's count..
Terima Kasih di atas ingatan Bidadari Besi.
Semoga Tuhan memudahkan perjalanan kamu untuk menuntut ilmu di sana.
Semoga Ilmu yang dituntut menjadi bekalan untuk mencipta masa depan.
InshaAllah bila hampir tiba hari bahagia gua dgn Phoenix nanti, akan gua layangkan Kad jemputannya untuk kamu di Zagazig.

Teruskan...

Diamlah Bangsat ....Bagi betis mahu peha.

 
Boleh berikan saya 5 naskah novel 'INTERLOK' dengan segera. Saya ingin memberikannya kepada kawan2 saya yg meringkuk di dalam penjara kerana disyaki membunuh Dato Sosilawati dan rakan - rakannya. Mereka Sungguh bosan di dalam penjara. 
Oh, tambah dua (2)naskah lagi untuk bapa2 ayam yg saya gajikan untuk menjaga Call girl2 saya. Sekurang-kurangnya mereka faham 'Pariah' tu maksudnya apa. Pastikan naskah-naskah itu sampai kepada mereka dengan segera. Jika tidak sampai kepada mereka saya akan bakar novel itu di hadapan bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Benar
T.M
P/S : Lu Byk bising lah T.M

Monday, December 20, 2010

Untuk gadis-gadis yg pernah Aku Cintai...

To all the girls i've loved before, 


from the Bottom of my purest heart, 


I must confess to some I know 


I should have been a better man. 


I will also feel I can say this with all honesty, 


It was the love of past that has made me the man I am now 


and I always tried my best to make every woman 


that has ever been in my arms feel as though she was a queen. 


Wish only that I could tell everyone of them 


what they have and still mean to me.





Thursday, December 16, 2010

TEROPONG FILEM :Warkah Untuk Brader Mamat Khalid Yang Berseni. Hantu Kak Limah Balik Rumah

Salam Abg Mat,

Gua memperkenalkan Karya2 filem Parodi Abg Mat seperti Man Laksa, ZKP, Estet dan Terbaru HKLBR pada teman-teman saya yg bukan berbangsa melayu, ramai di kalangan mereka memuji karya Abg Mat dgn mengatakan bahawa nilai seni Parodi filem Abg Mat ternyata punyai kelas yg tersendiri. Bukan Parodi bodoh semata-mata seperti yang dihasilkan oleh sesetengah pengarah-pengarah Melayu hari ini. Minta maaf gua katakan, Pada pandangan gua lawak2 Parodi Filem2 Senario selepas Senario Lang Buana arahan Abg Mat amat menjengkelkan dan benar-benar meloyakan. Tapi peliknya Filem2 inilah yang meletop kutipannya di Panggung. 

Kekecewaan Abg Mat dengan kutipan Filem Estet juga gua rasai. Pada pandangan gua Estet adalah satu filem yang punyai nilai seni dan unsur pengajaran di dalam masyarakat Malaysia yang tinggi. Gua dapat memahami apa yg cuba di sampaikan oleh Abg Mat. Tapi sayang sekali rakyat Malaysia masih belum pandai untuk memilih Filem yang hebat untuk di tonnton.Rakyat Malaysia masih lagi terkongkong dalam kepompong wajah komersil di dalam filem. Gua agak kecewa apabila melihat jumlah kutipan yang diperolehi oleh Estet selepas tamat period Wajib Tayang. Dalam hati Gua berkata, Sekali lagi Rakyat Malysia gagal mentafsirkan sebuah garapan filem yang baik.Mungkin juga waktu tayangan yang tidak sesuai dan promosi yang kurang tidak membantu melakukan filem ini di panggung.

Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) adalah satu lagi Filem Parodi yang hebat. Tahniah Abg Mat. Watak Usin dan Pak Jabit mmg sgt menarik dan lontaran2 skripnya penuh dengan makna2  yang tersirat.Gua sentiasa berharap agar Abg Mat menghasilkan Byk lagi filem2 bukan semata-mata untuk meraih keuntungan sebaliknya sebagai satu medium untuk merubah pemikiran masyarakat. Kerana filem yang jujur merupakan satu gambaran yang sebenar di dalam satu masyarakat.

Tahniah Abg Mat.

P/S : Bagi Gua SKRIP Puteri Gunung Ledang Abg Mat adalah salah satu Magnum Opus di dalam Industri Filem Melayu.


Tuesday, December 14, 2010

SURAT KEPADA KETUA MENTERI MELAKA

Salam dato' seri Mohd Ali Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka

Peruntukan memajukan pelancongan negeri Melaka mencecah puluhan Juta Ringgit boleh diadakan bila-bila masa sahaja.Mendengar khabar di dada-dada akhbar dan media massa baru-baru ini Melaka mencapai status negeri Maju. Hmm, dan dengar khabarnya juga tak lama lagi Hard Rock Cafe ciptaan Yahudi itu pun akan membuka cawangannya di Melaka. Tahniah ...Dato Seri.

Tetapi Saya tertanya, tiadakah peruntukan untuk memperbaiki dan menurap JALAN untuk penduduk di kampung saya iaitu Kampung Berangan Enam Umbai Melaka yang hidup segan mati tak mahu nampaknya.Dengan lebih tepat mengikut bahasa orang Melaka, Jalan di kampung saya mcm CELAKE saja rupanye. Penuh dengan lubang2 dan tebing jalan yang tinggi.Apabila hujan lebat keadaan ini boleh menyebabkan banjir. Selaku anak kampung yang merantau di Kota, dan pulang ke kampung sekali sekala, keadaan ini sangat menyakitkan hati dan mata saya. Bagaimana pula lah agaknya org kampung saya yang menghadapinya hari-hari.


Buat pengetahuan Dato Seri Org Kampung saya majoritinya dah menjadi ahli UMNO SEUMUR hidup.Wajarkah mereka dilayan dengan sebegitu rupa?

Saya tertanya-tanya lagi. Tiadakah peruntukan untuk kemakmuran rakyat? ataupun peruntukan memang sengaja lambat diagihkan? Satu patern yg saya selalu perhatikan APABILA DAH DEKAT MUSIM PILIHAN RAYA baru lah semua jalan di kampung2 di perbaiki dan diturap kembali. Adakah penduduk kampung hanya dapat mengecapi keselesaan sewaktu pilihanraya menjelma sahaja? Jika Dato Seri benar seorang JUARA RAKYAT saya harap benar Dato Seri dapat menjawab pertanyaan MARHAEN BIASA seperti saya ini.

Sekian,

Yang benar,

Sang Bohemian

PERJANJIAN SETAN BIK MAMA


Looking forward to shoot my 1st Indie Film with the title "Perjanjian Setan Bik Mama" I need an actress ,a women age between 45 to 55 to play the role of BIK MAMA.She must be Fat and short, big ass, evil look, and the most important thing she know how to sing  "If Tomorrow never comes ".



Friday, December 10, 2010

Capitalist Licking Good

KFC Holdings (M) Bhd which recorded an income of more than RM1.83 billion in the 1st 9 months of this year, hopes to by year-end, open 38 KFC restaurants throughout the country at an investment of RM45 million.'HMM..BUT THIS CAPITALIST IS STILL PAYING RM 4.00 PER HOUR FOR THE CREW, WHAT A RUBBISH!

Saturday, December 4, 2010

Kapitalis Kapitalis Kapitalis....

Government Statement : The prices of Ron95 and diesel have increased by 5sen per litre while liquefied petroleum gas (LPG) and sugar will go up by 5 sen per kg and 20sen per kg respectively.
 My statement : A genuine democracy is an active, growing, progressive force responsive to the will of the people. Hmm, i think this is the gift for those who voted them in Galas and Batu Sapi..
 
Ape lah sangat kesan kenaikan harga petrol, gula dan Gas memasak kepada tokey2 besar, Pak-pak menteri, Pengarah-Pengarah Urusan Sayarikat GLC, Tan Sri- Tan Sri, Dato- Dato, dan Kroni-Kroni ampu kanan ampu kiri. Makan minum mereka, minyak kereta mereka semuanya ditanggung beres. Segalanya dijaga rapi. Agaknya tidak pernah duduk makan di meja makan rumah sendiri. Maklumlah , menjadi tetamu VVIP pastinya segalanya sudah diaturkan.
 
Tetapi bagi marhaen yang masih lagi menanti gaji hujung bulan untuk berasa seronok, kenaikkan harga petrol, gula dan gas ini membebankan. Sekali lagi, mengapa harus dibodohkan rakyat dengan membezakan negara kita dengan negara Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Mereka bukan negara pengeluar minyak.Kata Pak Idris Jala, pengurangan subsidi Kerajaan ini akan dapat menyelamatkan negara daripada bebanan hutang dan kebankrupan. Apa yg telah berlaku kepada Greece menjadikan negara berhati-hati dgn kedaan ekonomi semasa lantas menubuhkan PEMANDU untuk meneliti semula dan merencanakan pembangunan ekonomi negara.
 
Persoalannya mengapa subsisi rakyat yang harus dipandang dan dipertikaikan.Benarkah subsidi yang rakyat terima selama ini yang menjadi beban kepada kerajaan?  Mengapa tidak dilihat dan titik beratkan kepada perbelanjaan mengurus dan mengurangkan pembaziran yang berleluasa di dalam kerajaan. Mengapa setiap kali sesuatu pembaharuan dan eksperimen hendak dilaksanakan rakyat yang akan menjadi Lab rat ? Mengapa rakyat yang harus menanggung beban di saat kerajaan menjanjikan kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat ? Mengapa rakyat terus tertekan dengan kesusahan tetapi kapitan-kapitan besar Cina, India, dan Melayu Bangsawan berdekah-dekah riang memegang botol champange meraikan keuntungan ?
 
Generasi Y sebenarnya sedar dan tidak bodoh.Ini Kapitalis. Mahu tak mahu Kami harus mengakuinya. Hidup di dalam era Kapitalis dan negara yang menyokong kapitalis akan sentiasa membuatkan hati kami berkudis. Tiada apa yang boleh mengembirakan hati Si Kapitalis selain daripada Keuntungan dan kekayaan dan kalau boleh mereka ingin Magis yang dipunyai oleh Raja Midas.Demokrasi yang diberikan kepada rakyat dilacurkan dengan jayanya. Separation Of Power yang seharusnya menjadi Badan Pengawal juga dilacurkan degan murahnya. Jadi, harus bagaimana untuk kita hidup jika keadaan semakin hari semakin menghimpit?
 
Gua teringat masa gua kecil dulu. Bila berangan-angan menjadi dewasa, gua terbayangkan gua dah menggenggam segulung ijazah dan mempunyai pekerjaan yang setaraf dengan kelayakkan gua. Dan bila gua dah dapat pekerjaan tu, gua mampu hidup mewah dan bahagia. Tapi mengapa kini, bila gua benar-benar dah dewasa dan memperolehi ijazah yg gua idam-idamkan, gua hanya mampu tersenyum kambing bila mengingatkan angan-angan semasa gua kecil.The truth is, Reality bites. Kata mereka, jika rajin belajar dan rajin bekerja kita akan dapat hidup senang. Hmm..percayalah, itu hanya kata-kata penyedap hati. Untuk mencapai kebahagiaan  di dalam realiti kehidupan hari ini sebenarnya memerlukan lebih daripada belajar rajin-rajin dan bekerja kuat-kuat. Gua tidak pernah menganggap orang Melayu ini malas. Buktinya, cuba lihat di restoren2 KFC di seluruh Malaya ni. Lihat betapa ramainya org2 Melayu yang rajin bekerja. Tetapi gaji mereka masih lagi RM 4 satu jam. Jika mereka bekerja 12 jam setiap hari selama sebulan gaji mereka hanya RM 1440 dan jika ditolak EPF dan Socso gaji mereka hanya akan tinggal RM1200. Adakah RM 1200.00 Cukup untuk membahagiakan seseorang pekerja yang hari2 bekerja selama 12 jam? Adakah BEKERJA SELAMA 12 JAM ITU TIDAK CUKUP RAJIN ? Dan apabila hujung tahun, KFC HOLDING dgn bangganya akan mengumumkan keuntungan tahunan mereka yang mencecah billion ringgit. Tetapi, pekerja masih dibayar RM 4 satu jam. Bukankah itu KAPITALIS YANG SANGAT BANGSAT!!!!
 
Hmm..Gua masih berfikir. Sampai bila agaknya  mereka akan membiarkan Kapitalis melacurkan demokrasi dan memperkosa ekonomi negara ?
 
Fikir...fikir..fikir......
 
Teruskan....