Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, July 26, 2010

Sweet Weird Memory :Gua BerCerita Tentang Seorang Budak Lelaki di Chow Kit Road......Kota Langit









Chow Kit Road Kota Langit....


Disuatu petang saat gua baru balik dari office menungang motosikal, Gua melewati Jalan Chow Kit Kota Langit.Niat hati gua nak singgah Masjid Kampung Baru untuk Bersolat Maghrib tapi memandangkan waktu Maghrib masih agak lambat lagi tiba-tiba gua rasa macam nak usha kasut-kasut Vintage di satu bundle yang terletak di belakang pasar Chow Kit.Pada petang yang bersejarah itu,Gua dipaparkan dengan satu drama kecil yang sangat menarik,yang mana ianya memberikan kesan yang sangat dalam di dalam jiwa gua. Seorang budak lelaki yang berumur lebih kurang sepuluh tahun dengan sangat tangkasnya menyelit-nyelit dan mencilok-cilok motosikalnya di tengah-tengah kepadatan kenderaan yang sedang berhenti di lampu Isyarat Merah.Sampai di satu tebing jalan dia berhenti dan memparkirkan motosikalnya.


Dengan membawa bungkusan yang cukup banyak yang diletakkan di dalam bakul motor Honda Cup EX-5 birunya, dia dengan ramah dan selambernya menyapa akrab setiap orang yang ada di pinggir-pinggir jalan dari penjual surat khabar , Tukang sapu jalan, Homeless sehinggalah ke Anggota Polis yang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di situ. Bungkusan-bungkusan yang terdapat di dalam bakulnya diedarkan kepada setiap orang yang disapanya.Dalam hati gua bertanya, bungkusan apakah yang diedarkannya itu dn kenapalah Abang Polis ni tak saman atau marah budak kecil ni bawak motor di tengah-tengah keriuhan Chow Kit Road ini.


Pemandangan ini membuatkan gua tertarik untuk mengetahuinya dengan lebih jelas. Fikiran gua masih lagi tidak henti-henti memikirkan dan membayangkan apa yang diberikan oleh si budak kecil tersebut dengan bungkusannya, apakah dia berniaga?
“kalau dia berniaga mana mungkin seorang Homeless menjadi pelanggan tetapnya atau…??,

Untuk membunuh curiosity, gua mengekori budak kecil tersebut sehingga sampai diseberang jalan , setelah itu gua terus menyapa budak itu untuk diajak berbual-bual.

" Dik, boleh abang tanya sikit”?
Tanya apa Bang?
Takdelah, Abang cuma nak tahu je, adik bagi bungkusan apa kat diorang tu.Abang tengok adik bagi kat semua oarang yang adik tegur.Dari tukang sapu, orang merempat sampailah ke Pakcik Polis tu pun adik bagi bungkusan tu..
oh… itu bungkusan nasi dan sedikit lauk bang, Kenapa ye abg tanya?
Oh.. tidak! , abang Cuma tertarik cara kamu edarkan bungkusan itu, macam kamu sudah biasa dan cukup akrab dengan mereka. Dah kenal lama ke dengan mereka?


Lalu ,budak kecil ini mulai bercerita...

“Dulu ! saya dan mak saya sama seperti mereka bang hanya duduk merempat kat Chow Kit ni. Setiap hari hidup hanya mengharapkan belas kasihan orang, dan abang pun tahukan hidup di KL ni memang suasah kalau takde rumah dan merempat, dulu kami sering tak makan, waktu siang hari kami kepanasan dan waktu malam hari kami kesejukan lebih lagi pada musim hujan kami sering ditimpa hujan, apabila kami ingat balik waktu dulu, kami sedih sangat , tapi Bang satu hari mak terjumpa dengan seorang kawan lamanya.Kawan lama mak yang datang dari Indonesia.Kawan lama mak ni menyewa sebuah rumah dan mengajak kami tinggal bersamanya.Setelah itu kawan mak saya membuka warung nasi padang dan mak membantu kawannya di warung nasi tu,dan sejak dari saat tu kehidupan keluarga kami mula berubah.

Maka dari itu mak selalu mengingatkan saya bang, bahawa masih banyak orang yang susah seperti kami dulu , jadi kalau saat ini kami diberikan rezeki yang cukup , kenapa kita tidak dapat berkongsi dengan mereka.

Mak selalu cakap hidup harus bererti kepada banyak orang.Sebab pada saat kita kembali kepada Sang Pencipta tidak ada yang kita bawa, hanya satu yang kita bawa iaitu Kasih kepada sesama kita serta Amal dan Perbuatan baik kita , kalau hari ini kita boleh mengamalkan sesuatu yang baik buat banyak orang , kenapa kita harus tunda.

Karena menurut mak umur manusia terlalu singkat , hari ini kita memiliki segalanya, namun satu jam kemudian atau besok kita mati apa yang kita bawa?.


Gua tersenyap dan terpaku dengan apa yang gua dengar dari mulut budak 10 tahun.Kata-kata budak lelaki ini sangat menusuk hati, saat itu juga gua rasa macam menjadi orang yang tidak berguna, bahkan gua rasakan gua ni tidak lebih dari selonggok sampah yang langsung tak ada gunanya,jika dibandingkan dengan adik kecil ini.

Gua yang selama ini merasakan yang gua ni orang hebat dengan pendidikan dan jawatan yang tinggi, namun kali ini, gua merasa lebih naif dari anak kecil. Gua malu dan sangat malu. Pada masa tu juga gua merenung sedalam-dalamnya ke ruang diri.

Yah.. Tuhan, Ampuni aku, ternyata kekayaan, kehebatan dan kedudukan tidak mengantar aku kepada Mu.Hanya Kasih yang sempurna serta Iman dan Pengharapan kepada Mu lah yang dapat mengiringiku untuk mendapat keredhaanmu.

Terima kasih adik kecil, kamu umpama malaikat yang menyedarkan gua dari tidur panjang yang nyenyak.....

Sejak dari hari itu gua sering menemani adik kecil ini mengedarkan bungkusan-bungkusan makanan kepada golongan Homeless di sekitar Chow Kit dan pada waktu lapang gua akan bawa adik kecil ni menikmati keriangan zaman kanak-kanak yang tak pernah dia dapat sebelum ini mcm budak-budak bandar yang lain...dan Kami, sering berkongsi pengertian tentang hidup ini antara satu sama lain...

Dan.. Sejak dari saat itu juga gua mula memahami dan menyelami kehidupan manusia-manusia dan insan-insan yang berlegar-legar di lorong-lorong gelap di Kota Langit ini.Ada di antara mereka yang mempunyai hati yang sgt putih dan ada juga di antara mereka yang sentiasa menunggu peluang orang-orang yang baik hati untuk ditipu dan dipergunakan...Oleh itu gua harus bijak menapis yang mana hitam dan yang mana putih..Yang mana yang patut gua dekati dan yang mana yang harus gua jauhi...namun gua tak pernah bosan ke sana. Mungkin pada sesetengah orang Lorong-lorong itu hanya tempat untuk kita meniggalkan ataupun menjejaki dosa...tapi bagi gua    lorong itu mampu memberikan pahala yang tidak terkira banyaknya jika kita mampu mengertikannya....

Sewaktu gua menjadi Lecturer di MSU Shah Alam...Gua cuba berkongsi apa yang gua lihat dan apa yang gua rasa mengenai kehidupan Chow Kit Road ini dengan pelajar-pelajar yang mengambil paper gua iaitu Introduction to sociology. Gua berikan mereka tugasan akhir tahun iaitu " care For The Homeless" agar mereka tahu bahawa ada golongan yang di luar sana hidup di dalam satu keadaan yang tak pernah mereka bayangkan. Gua sangat berbangga dengan pelajar2 yang menyiapkan tugasan yang gua berikan itu. Dari segi kualiti kertas kerja dan pembentangan mereka amat mengkagumkan. Tapi adakah mereka benar-benar insaf ataupun menyedari tentang cerita kehidupan ini bukan lah seperti dongeng cinderella gua tak mampu untuk tafsirkan....Namun begitu projek " care For The Homeless " tetap gua ingat sebagai salah satu projek student gua yang hebat...


Gua masih berdiri di Kota Langit....Hari ini 26 JULY 2010, gua rasakan bagaikan ada satu harapan baru untuk golongan-golongan merempat ini. Headline Akhbar THE STAR dan NST mampu membuatkan senyuman terukir di wajah gua....

"ONE STOP CENTRE FOR THE HOME-LESS "

Akhirnya....Apa yang gua juangkan selama ini mendapat perhatian mereka yang berada di atas..Terima kasih kalian yang di Atas...Gua berikan Ibu Jari ke atas untuk kalian semua :) ...

Gua...Teruskan ......                                                                                  
                                                                           


Seorang Homeless yang baru bangun tidur di Taman KLCC










Seorang pakcik tua yang kami temui seakan hilang arah ditengah keriuhan Chow Kit Road
 

                           
















Di saat kita lena di atas tilam empuk..                              

Drug addict Homeless - Nyata dia sendiri yang mengundang derita..namaun dia tetap harus di bela.Selagi dia bernama manusia..







Manusia sanggup membunuh jika lapar....












Sebab itu kadang-kala sesetengah golongan merempat ini tidak mahu menerima makanan daripada kita lantaran sifat ego sebagai manusia...walaupun merempat kononnya mereka masih ada harga diri...

Thursday, July 22, 2010

Monolog: Bila gua rasa menyampah....

the thinker Pictures, Images and Photos

Benda kecik mcm tu nak besar-besarkan buat ape lah kan? nak melakukan jualan akhbar...hmm..daripada pantau Jersey Man.United ni..baik pantau org yang tak solat Jumaat kat KLCC tu...Pantau Org Islam yg minum arak dlm pejabat2 VVIP kerajaan...Pantau baju2 muslimah yg pakai baju mcm tak pakai baju....Rasanya ramai lagi yg pakai jersey Man.Utd ni antaranya punyai akidah yang lebih kuat daripada mereka yang pakai jubah dan berserban....rasanya takde siapa pun yg memuja syaitan.Red Devil bagi peminat Islam Man.Utd ialah Raksaksa Jahat Merah..metafora kepada kegerunan...for the sake of the sportmanship....takde kena mengena dengan puja setan...kadang2 kan..gua jadi menyampah dgn akhbar tabloid Malaysia ni punyer Headline....Lebih "sampah " daripada headline majalah "Mangga"...Carilah isu yg lebih bagus utk diletakkan di paparan muka akhbar...

MANCHESTER UNITED Pictures, Images and Photos

For me, Promoting the devil is not by wearing the Man.Utd kit.....Ulamak yang sebenar harus melihat Maksiat yg lebih besar di Malaysia..RASUAH, JUDI, ARAK, HEDONISME......Stop looking at something so tiny like this....almost 20 years the Malaysian’s Muslim wear The Man.Utd kit...so far, we still don't have or hear any SATANIC MAN.UTD CHURCH/SOCIETY in our country….

Ada jugak yang keluar akhbar tunjukkan SEJADAH LUCAH.Kononnya corak yang ada di atas sejadah tu menyerupai org sedang bersetubuh…KEPALA HOTAK lu!!!! Masa Solat sempat plak lagi lu bayangkan mcm-macam.Org kusyuk dlm solat takkan fikir apa-apa pun masa solat kecuaLI ALLAH.Boleh plak lu ckp mcm ni

“ Semasa pakcik rukuk, baru pakcik perasan yang corak di atas sejadah ini serupa mcm org sedang bersetubuh “

Memangg Horn lah lu pak cik…….Sebenarnya kepal otak lu yg bayangkan benda-benda tu semua.Bila tunjukkan kat dalam akhbar, gua tengok dan teliti betul-betul pada penelitian gua sikit pun takde menyerupai apa yg lu cakap tu..Memang Horn lah lu Pakcik…Banyaklah lagi contoh….Gua malas nak cerita.

Bagi gua Akhbar Tabloid yang ada kat Malaysia ni memang sampah…..Lebih-lebih lagi paparan headline mereka.Lebih jijik daripada Penthouse ataupun Playboy….Daripada org tak tahu…paparan yang mereka buat tu menyebabkan semua orang jadi tahu..malahan ia jadi lebih popular pulak selepas pendedahan tu…Memang Horn Lah.Cuma layak jadi bungkus nasik lemak je.Mana lah otak Orang Melayu ni nak maju.Surat khabar tabloid makin banyak..buku-buku hebat nak jumpa satu pun susah.Nasiblah Sasterawan-saterawan Negara masih ramai yg hidup lagi…kalau tak..hmm.Itu pun boleh bilang berapa ramai Orang Melayu yang baca buku Sasterawan Negara.Hmm.Kalau buku Harry Potter tu..sanggup tunggu kedai buku belum bukak dan beratur pagi-pagi.Konon-konon nak dapatkan cetakan yang pertama...Hmm,Jelik betul bagi gua.

Novel-novel Melayu pun makin byk tapi malangnya nilai isinya masih lagi sampah….susah nak jumpa novel melayu yang betul-betul transparent.Susah nak jumpa penulis melayu yang betul-betul neutral semasa menulis.Kalau tulis novel cinta tu…Jiwang macam lahanat.Kalau tulis novel seram plak…kurafat macam lahabau…Kalau tulis novel tentang hidup plak..hmm, watak-watak yang diwujudkan dalam cerita mampu membuatkan gua nak termuntah membacanya…

Pay it Forward Pictures, Images and Photos

Bila lah nak keluar lagi buku-buku daripada orang melayu yang boleh merubah pemikiran masyarakat yang ada pada hari ni…Gua kagum dengan penulis buku Pay It Forward…CATHERINE RYAN HYDE.Walaupun beliau ni wanita Yahudi, gua masih kagum dengan novel beliau ni.Bukan sahaja bukunya diangkat menjadi filem malahan sebab buku ni jugak terciptanya satu yayasan yang mengambil idea daripada isi kandungan buku- yang ditulisnya ini iaitu Pay It Forward Foundation.Satu yayasan yang dibentuk untuk menggalakkan masyarakat berbelas kasihan antara satu sama lain.Itu belum lagi gua cerita berapa raminya org dah jadi jutawan buat sebab mengaplikasikan konsep PAY IT FORWARD ni dalam pelan-pelan pemasaran dan perniagan MLM...

Malay Dilema Pictures, Images and Photos

Malay dilemma juga mampu menjadi satu naskah yang gua kagumi.Dr.M berkata dan menulis atas kebenaran pada waktu itu.Bayaran yang harus diperolehinya di atas kebenaran itu ialah ISA dan buku itu telah diharamkan jualan dan pengedarannya.Tapi pada hari ini buku itu berubah persepsinya dan dianggap sebagai masterpiece Melayu….

Ntahlah….tiba-tiba plak gua rasa bengang selepas membaca artikel tentang HARAM memakai baju Man.Utd. Kalau Kit yang berlambang Salib tu mmg gua akui, sebagai org Islam kita tak boleh meletakkan salib di badan.Tapi macam dah takde isu ataupun benda lain yang nak diketengahkan oleh wartawan pulak.Negara kita hari ini sedang bertungkus lumus untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani yang memahami antara satu sama lain, ada pulak wartawan bangang yang keluarkan isu bodoh macam ni.Tulislah isu-isu yang jitu sikit.Pandang dunia daripada mata burung…bukan dari dalam tempurung…

Gua teruskan………

Monday, July 19, 2010

PAY IT FORWARD - TERUSKAN.....



Saat terlintas keraguan apakah mungkin perbuatan baik yang kecil dan sederhana yang kita lakukan kepada orang lain akan mampu mempengaruhi kehidupan mereka, mungkin Film “PAY IT FORWARD” mampu untuk menjadi pendorong dan memberikan kita semangat untuk selalu dan tidak jemu-jemu membuat dan memberikan kebaikan kepada orang lain.

Ia berkisah tentang seorang budak lelaki yang berumur 8 Tahun bernama Trevor yang mendapat idea daripada projek individu kelas sosiologinya. Gurunya menggesa setiap pelajar di dalam darjahnya untuk memilih satu kerja sosial yang mampu mereka buat sebagai kanak-kanak berusia 8 tahun.Trevor berfikir jika dia melakukan kebaikan kepada tiga orang disekitarnya, lalu jika ke tiga orang tersebut meneruskan kebaikan yang mereka terima itu dengan melakukan kepada tiga orang lainnya dan begitu seterusnya, maka dia yakin bahawa suatu saat nanti dunia ini akan dipenuhi oleh orang-orang yang saling mengasihi. Dia menamakan idea tersebut:

“PAY IT FORWARD”

Rule #1 It has to be something that really helps people.
Rule #2 Something they can't do by themselves.
Rule #3 I do it for them, they do it for three other people.

Dipendekkan cerita, Trevor memutuskan bahwa tiga orang yang akan menjadi bahan eksperimennya adalah ibunya sendiri (lonely alcoholic single mother), seorang pemuda Homeless yang selalu dilihatnya dipinggir jalan dan seorang teman sekelas yang selalu dibuli oleh sekelompok pelajar-pelajar nakal.

Eksperimen pertama pun dimulakan : Trevor merasakan bahawa Ibunya sangat kesepian, tidak mempunyai teman lelaki yang baik untuk berkongsi rasa, Ibunya juga telah telah menjadi seorang wanita kaki botol. Trevor berusaha menghentikan ketagihan ibunya dengan mengosongkan isi botol minuman keras yang ada dirumah mereka setiap kali dibeli oleh ibunya, dia juga mengatur rancangan supaya ibunya berkenalan dan menjalinkan hubungan dengan guru sosiologinya.

Si Ibu yang melihat si anak yang begitu menyayanginya menjadi terharu, saat Si Ibu mengucapkan terima kasih, Trevor berpesan kepada ibunya:
“PAY IT FORWARD, MOM”

Si ibu yang terkesan dengan apa yang dilakukan oleh Trevor, terdorong untuk meneruskan kebaikan yang telah diterimanya itu dengan pergi berjumpa ibunya (nenek si Trevor)-(seorang wanita Homeless), hubungan mereka telah rosak selama bertahun-tahun dan mereka tidak pernah bertegur sapa, kehadiran ibu Trevor untuk meminta maaf dan memperbaiki hubungan diantara mereka membuat nenek Trevor begitu terharu, saat nenek Trevor mengucapkan terima kasih, Ibu Trevor berpesan :
”PAY IT FORWARD, MOM”

Si nenek yang begitu gembira kerana puterinya mahu memaafkan dan menerima dirinya kembali, dia meneruskan kebaikan tersebut dengan menolong seorang pemuda yang sedang ketakutan kerana dikejar oleh segerombolan orang kerana mencuri. Si nenek menawarkan pemuda itu untuk bersembunyi di dalam kereta si nenek, ketika para pengejarnya sudah pergi, si pemuda mengucapkan terima kasih, si nenek berpesan : “PAY IT FORWARD, SON”.

Si pemuda yang terkesan dengan kebaikan si nenek, terdorong meneruskan kebaikan tersebut dengan memberikan gilrannya di Hospital kepada ayah seorang gadis kecil yang sedang sakit serius untuk lebih duhulu mendapatkan rawatan, ayah si gadis kecil begitu berterima kasih kepada si pemuda ini, si pemuda berpesan kepada ayah si gadis kecil :
“PAY IT FORWARD, SIR”

Ayah si gadis kecil yang terkesan dengan kebaikan si pemuda, terdorong meneruskan kebaikan tersebut dengan memberikan keretanya SECARA PERCUMA kepada seorang wartawan TV yang keretanya rosak pada saat genting untuk meliputkan suatu acara, saat si wartawan berterima kasih, ayah si gadis berpesan:
”PAY IT FORWARD”

Si wartawan yang begitu terkesan terhadap kebaikan ayah si gadis, bertekad untuk mencari dari mana asal usulnya istilah “PAY IT FORWARD” tersebut, jiwa kewartawanannya membuatkan dia untuk mencari dan menyelidiki kisah ini bermula dari ayah si gadis, pemuda yang memberikan giliran kepada ayah gadis sakit itu, nenek Trevor, Ibu Trevor, sehinggalah kepada si Trevor yang mencipta idea konsep tersebut.

Terkesan dengan apa yang dilakukan oleh Trevor, Si wartawan mengatur agar Trevor tampil di Television supaya orang ramai dapat berfikir dengan apa yang telah dilakukan oleh anak kecil ini. Saat tampil di Television, Trevor mengajak semua penonton yang sedang melihat rancangan tersebut untuk BERSEDIA BERMULA DARI DIRI MEREKA SENDIRI UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN KEPADA ORANG-ORANG DISEKITAR MEREKA AGAR DUNIA INI MENJADI DUNIA YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN BELAS KASIHAN.

Namun usia Trevor sangat singkat, dia mati akibat ditusuk pisau saat dia ingin menolong teman sekolahnya ( Eksperimen 3) yang selalu diganggu oleh kaki-kaki buli di sekolah.Selesai pengebumian Trevor, Si ibu sangat terkejut melihat ribuan orang datang dan berkumpul di halaman rumahnya sambil meletakkan bunga dan menyalakan lilin tanda SAMA berduka cita terhadap kematian Trevor. Trevor sendiripun sehingga ke akhir hayatnya tidak pernah menyedari bahawa ideanya itu memberi kesan yang sangat besar kepada ramai orang lain untuk belajar mengenal erti KEBAIKAN.

Mungkinkah saat kita menikmati kebaikan Tuhan di dalam hidup kita, dan kita bertanya kepada Tuhan bagaimanakah cara untuk kita mengungkapkan rasa terima kasih kepadaNya, jawapan Tuhan mungkin hanya sesederhana ini:

“PAY IT FORWARD to OTHERS around YOU (Teruskanlah itu kepada orang lain yang ada disekitarmu)”

Teruskan.....

http://wwww.memoirofcharlieverona.blogspot.com

Link to : http://www.payitforwardmovement.org/

Wednesday, July 14, 2010

Berangan 6, Si Air Mata

Selayaknya gua sangat berbangga apabila memberitahu kepada teman-teman yang bertanya tentang dari manakah asal dan kampung gua.Gua berasal dari sebuah kampung yang tersohor satu Malaysia dengan keenakkan Ikan Bakar yang dimakan bersama nasik lemak daun pisang iaitu Kampung Umbai Melaka.Ternyata keenakan ikan bakar di Kampung Umbai ini memang tidak boleh disangkal lagi kerana ia merupakan salah satu destinasi pilihan Santapan Majlis Raja-Raja Malaysia. Hmm, jika teman-teman ingin mencuba gua dengan terbuka hati menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong teman-teman ke sana.

Selain daripada Medan ikan bakar Umbai, di sini terdapat juga peninggalan Sejarah seperti Makam waris Kesultanan Johor iaitu Makam Sultan Ali , Jeti Feri ke Pulau Besar yang kaya dengan Sejarah mistik dan Lagendanya,Jeti Anjung Batu yang dahulunya pernah menjadi tempat persinggahan Sultan Mahmud Shah semasa melarikan diri daripada ancaman Alfonso di Al-Buqaque,serta sebuah kampung yang sangat unik telahpun diberikan taraf HOMESTAY oleh Majlis Pelancongan negeri Melaka iaitu Kampung Berangan 6.

Kalau gua spesifikkan lagi kini Umbai merupakan sebuah Mukim yang mempunyai 5 buah kampung yang terdiri daripada Kampung Berangan 6, Kampung Seri Minyak, Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai dan Taman Pahlawan. Mukim Umbai ini pula terletak di dalam DUN Serkam.

Teratak buruk keluarga gua terletak di Kampung Berangan 6 umbai iaitu di jalan Bakti.Oarng-orang kampung panggil kawasan di kejiranan gua sebagai orang Pulau Berani.Mungkin sebab orang-orang di kejirana gua ni Pendekar-pendekar agaknya dulu.

Kampung Berangan 6 Umbai ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jika Teman-teman pernah menonton Filem Mamat Khalid iaitu Man Laksa lebih kurang begitulah senarionya.Golongan-golongan belia dan golongan-golongan veteran kampung masing2 ada agenda yang tersendiri, itu belum diceritakan lagi betapa hebatnya penduduk kampung gua ni berpolitik.Sepertinya jika geran kampung gua ni diberikan kepada individu2 tertentu, kampung gua ini sudah lama dipajakkan kepada Kapitan-kapitan China yang kaya seperti yang berlaku kepada Kampung2 di Chow Kit KL dahulu.

Kata arwah atuk, kampung ini diberi nama Berangan 6 kerana dahulunya terdapat Enam Batang Pokok Berangan yang besar di Jalan utama kampung ini. Oleh itu penduduk-penduduk kampung bersetuju untuk memberikan nama kampung ini bersempena nama pokok2 itu. Jika teman-teman tidak tahu bagaimanakah rupa pokok berangan itu cukuplah teman2 mengenali buahnya iaitu buah berangan ataupun Chessnut yang sangat enak dimakan bila digoreng dgn biji kopi.Aroma baunya pasti akan membangkit rasa lapar sesiapa sahaja yang menghidunya.

Kata atuk , leluhur keluarga gua iaitu moyang gua bernama Barima@Babok. Barima anak kepada Mah Kasim. Pak Ngah gua yang mengkaji tentang Susur galur keturunan gua bercerita ,Mah Kasim ini adalah orang berketurunan Bugis asli dan dikatakan beliau adalah antara individu-individu yang membuka kawasan kampung dari Teluk Mas sehinggalah ke kawasan Umbai.  Hasil dari kajian Pak Ngah dengan rakan-rakannya daripada Persatuan Penulis Selangor dan Melaka, Mah Kasim ini merupakan salah seorang Panglima yang mengiringi 7 Raja Bugis yang berkuasa di Nusantara pada satu masa dahulu. Namanya tertera di dalam Salasilah dan waris walak Kerabat Di raja Selangor. Arwah atuk pernah juga bercerita dulu. Katanya dia tak boleh pergi ke Kota Tinggi. Jika ke sana maka dia akan muntah darah akibat daulat Sultan Mahmud ke atas cucu-cicit Megat Sri Rama. Arwah atuk juga sangat mahir dengan kitab Tajul Muluk ataupun lebih dikenali dengan nama Kitab Bintang Tujuh di kalangan orang2 Bugis. Banyak kisah-kisah yang menarik yang gua dapat dengar dari Arwah atuk dulu..



Baru-baru ini semasa gua pulang ke kampung melawat mak dan abah, abah bercerita tentang pergolakan politik di kampung.Abah selaku JKKK kampung selalu bercerita tentang isu-isu politik kampung dengan gua. Abah pernah menggesa gua pulang ke kampung dan memulakan career politik gua di Melaka, namun gua masih belum bersedia untuk itu walupun pada dasarnya gua sudah mula memanjangkan cable dan network gua dengan beberapa nama besar dalam lapangan politik di negeri Melaka.

Abah bercerita tentang terdapatnya satu agenda daripada beberapa individu yang tak berpuas hati dengan kepimpinan kampung hari ini  iaitu agenda untuk memecah belahkan kampung Berangan Enam ini.Lantaran kalah dalam perebutan kerusi untuk mendapatkan jawatan Ketua UMNO cawangan Umbai, maka golongan yang kecewa ini menubuhkan satu cawangan baru yang diberi nama cawangan desa Berangan Enam. Pada dasarnya memanglah baik ditambahkan lagi cawangan UMNO di negeri Melaka, tetapi apa yang membimbangkan di sini ialah Cawangan yang baru ditubuhkan itu berada di dalam satu kawasan kampung yang sama dan sempadanan serta ahli-ahlinya pula terdiri daripada orang-orang kampung yang sama. Hal ini merumitkan dan membimbangkan veteran-veteran dan golongan2 yang serius memikirkan tentang perpaduan orang kampung.

Gua secara peribadinya sangat menolak gerakan memecah belahkan orang kampung ini kerana bagi gua apa yang sudah ada pada hari ini sudah pun cukup baik. Arwah Tun Ghafar Baba adalah individu yang merintis UMNO cawangan Umbai ini. Sejarahnya cukup besar dan panjang. Nilainya cukup tinggi kerana cawangan ini boleh dikira sebagai cawangan yang terawal ditubuhkan di Negeri Melaka.

Mungkin ada sesetengah mereka yang akan berkata gua tidak layak utk bercakap ttg isu ini kerana gua tidak menetap di kampung, tetapi secara logik akalnya benda ini sangat mencarut. Dengan alasan ahli UMNO Cawangan Umbai sudah terlalu ramai, maka mereka ingin mewujudkan satu lagi cawanagan baru bagi memudahkan urusan pentadbiran sedangkan jika dilihat bila ada majlis ataupun upacara peringkat kampung hanya orang yang sama sahaja yang akan muncul.Sekali lagi gua katakan semua ini adalah pekerjaan mencarut dan tiada agenda lain disebaliknya kecuali gilakan kuasa.

Gua tak mahukan apa-apa.Cukuplah bila gua pulang ke kampung, gua dapat lihat dan rasakan bahawa kampung gua masih lagi seperti kampung gua yang gua kenal yang mana kampung gua terkenal dengan tradisi masyarakat yang masih lagi ambil tahu hal orang lain.Walaupun kadangkala hati terasa sayu bila tidak lagi kelihatan kanak-kanak bermain teng-teng, kalah panjang, dan Bola Pot di halaman-halaman rumah kampung.Gua tidak mahu kampung gua akan menjadi seperti nasib Anjung Batu yang kini telah dijualkan tanahnya kepada syarikat pemaju.Pada hari ini, jika gua ingin pergi ke Anjung Batu gua harus membayar cukai pintu dan cukai parking.Sangat menyedihkan kerana satu masa dahulu ditulah gua dan rakan-rakan sekampung dengan bebasnya mencari Kepah, belangkas dan kerang.Di situ jugalah tempat kami berseronok-seronok mandi di Pantai Siring dan Lopak air di tengah-tengah hutan pokok bakau dan distu jugalah tempat kami mengumpul buah nipah dan minum airnya sepuas-puas hati.

Tiba-tiba gua rasa mengidam nak makan Mee kari yang paling enak di Asia Tenggara iaitu mee kari warung Pakcik Samah Leman. Bagi gua tiada sebarang Mee kari pun dapat menandingi kelazatan Mee kari warung Pakcik Samah Leman ini.Begitu juga dengan mee goreng warung Ucu Sani dan nasik Lemak Nenek Timah arwah Tok Said iaitu ibu kepada cikgu Silat Gerak Tepat gua iaitu Abg Aziz Mat Said.Semua ini adalah juadah yang takkan gua missed bila gua pulang ke kampung.


Hmm, sejujurnya Gua tak tahu nak sampaikan bagaimana rasa hati ini apabila gua bila bercerita tentang kampung.Mungkin dengan sajak Hasil Nukilan Pak Ngah gua ni (Mahad Abu Bakar- Penulis bebas) ini mampu membantu menterjemahkan apa yang gua rasa ketika ini.....

Berangan 6, Si Air Mata

Berangan 6 si air mataku
diolah budi pada awalnya
pada miliknya
sarat muatan dalam hiba
hari-harinya dalam derita

Berangan 6 lorong air mataku
anaknya setia senja ladang ke subuh
segenap dakap akan dibawanya

Berangan 6 Si anak lara
mengertikah ia subuh ke senja

Berangan 6 si anak jelita
mengalir suci daerah sendiri
mengertikah ia sejarah lagi

Berangan 6 bumi bertuah
bilakah cahaya luah melimpah

Oh Berangan 6
Selama ini tangisku dalam dadamu

Anjung Batu airnya biru
dahulunya tempat mencari kerang,
merundung sayu jiwa menderu
buah hatinya diambil orang.....

Teruskan...

Tuesday, July 6, 2010

Suatu Masa Dahulu.....

Setiap antara kita ada kisah zaman remaja yang indah untuk dikenang. Zaman remaja adalah satu zaman experimental ataupun satu zaman bagi kita untuk mencuba segala-galanya dalam mencari hala dan identiti yang akan di bawa untuk meneruskan kelangsungan kehidupan pada pentas seterusnya.Bila gua ingat dan kenang kembali pengisian zaman remaja gua sememangnya banyak kisah klasiknya. Gua membahagikan zaman remaja gua pada tiga chapter yang berbeza.


Chapter pertama ialah sewaktu gua berusia 13-15 tahun.Chapter gua mengenali apakah yang dimaksudkan dengan persahabatan...maka ia akan bermula di suatu tempat yang di beri nama SMKA Sultan Muhammad :) .Di sinilah gua mengenali hidup bersaudara dan berkongsi pengalaman awal hidup bersama, tinggal di bawah bumbung yang sama, makan nasi yang datang dari kawah dan periuk yg sama, dan bersolat dan meminta keampunan dari Allah bersama-sama..Pendek kata segalanya kami lakukan bersama-sama.dan di sinilah gua mengenali beberapa nama yang hingga ke hari ini bila gua mengingati mereka senyuman akan terukir secara semulajadinya..

Chapter dua pula sewaktu gua berusia 15-17 tahun.Ia adalah sebuah chapter di mana gua mula mengenali apakah itu perasaan yang dinamakan Sayang dan hidup terbelenggu dengan perasaan ingin memiliki...dan segala cerita dan perasaan itu bermula di suatu tempat yang di beri nama SMK Dang Anum...Di sinilah tempat gua mula berubah menjadi seorang remaja lelaki yang mula sedar bahawa untuk menjadi seorang yang hebat bukanlah pada kehebatan kita menumbuk muka orang ataupun memberikan tendangan padu maut pada sesiapa yang membangkang.Seorang gadis comel telah membukan hati gua untuk menelaah buku dan belajar dengan cara yang betul. Gadis comel itu seakan menjadi sumber semangat gua untuk rajin ke sekolah ( pada ketika nota ini ditulis, gadis comel ini sudah pun berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya..hehehe).Ternyata kecomelannya memang banyak merubah karakter gua.Dari seorang budak lelaki yang sangat brutal dan jiwanya yang selalu memberontak bertukar menjadi Mat Bunga di sekolah yang sememangnya terdapat banyak sangat bunga... dan pada ketika itu gadis comel itu menjadi simbol bunga yang senantiasa menyegarkan semangat gua untuk ke sekolah... :)

Chapter tiga adalah sewaktu gua berumur dalam lingkungan 17-19 tahun. Hmm..ini adalah chapter yang boleh dikatakan rumit di dalam menjalani kehidupan remaja gua. Terlalu banyak keputusan penting yang harus gua fikirkan. Dan segalanya bermula di sebuah tempat yang dinamakan SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob. Di sinilah tempat gua mula menanamkan satu cita-cita bahawa gua harus memaksa diri gua untuk bergerak ke depan. masa untuk gua mencipta sesuatu yang baru.masa untuk gua berhenti daripada berfantasi dari anganan untuk menjadi Sang Hero kepada semua orang.

**SMKA Sultan Muhammad.....

Tahun 1996 adalah tahun di mana Gua mula menjadi seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad...Dengan impian besar untuk menjadi seorang peguam syariah pada suatu hari nanti, SMKA sultan Muhammad adalah satu sekolah yang paling sesuai utk gua gilapkan potensi diri.
Bukan mudah untuk memasuki sekolah ini kerana ia merupakan salah satu sekolah yang menjadi idaman ibu bapa menghantar anak mereka.

Hari pertama gua dihantar oleh abg long gua dan mak.Abg long gua merupakan bekas murid SMKA ini juga jadi Sekolah ini banyak sentimental valuenya pada Abg Long. Pada hari pendaftaran Abg Long sempat bertemu dgn beberapa orang ustaz yang masih dia kenali, antaranya Ustaz Pardon.Abg long begitu mengkagumi Ustaz Pardon tanpa diketahuinya yang adik bongsunya ini bakal menjadi pelajar yang paling dikehendaki oleh Ustaz Pardon...

Gua ditempatkan di sebuah dorm yang bernombor 31. Arghh, gua dapat katil bahagian atas.Gua sememangnya sgt benci dgn katil atas. Di bawah katil gua adalh seorang pelajar yang bernama Sharin Azim.Budak air molek dan satu yang paling gua tak boleh lupa tentangnya adalah tahi lalat di atas bibirnya...Gua masih boleh mengingati nama-nama rakan satu dorm gua semasa tingkatan 1 di Sultan Muhammad..antaranya ialah Ajeem. Nazri, Muiz, Ijan, Arwah Wan ikan dan yang lain gua lupa...

Gua pendekkan cerita....SMKA Sultan Muhammad adalah satu tempat di mana gua menjadi Budak Setan. Gua adalah salah seorang individu yang paling dikehendaki dan dibenci oleh warden-warden kerana sikap liar gua yang sukar utk dikawal. Gua lah raja Fly, supplier rokok, kaki pukul, kaki ugut dan kaki merampas....Ustaz Ibrahim, Cikgu Mortar, Ustaz Joe, dan yang paling gua tak boleh lupa ialah Cikgu Husen..beliaulah individu yang bertanggungjawab membakar Kasut Airwalk gua yang berharga RM300.00 yang  baru beli seminggu. Kasut gua dibakar di tapak perhimpunan dan upacara pembakaran itu menjadi hiburan percuma pada perhimpunan hari Isnin...Sebabnya, gua kantoi ada lighter dalam poket seluar dan kasut Airwalk yg gua pakai tu berwarna hitam :) ...

Kelas tingkatan yang paling gua suka adalah semasa gua di tingkatan 2 Bukhori. Bagi gua inilah pengalaman yang paling sempoi yang pernah gua alami. Kelas Tingkatan yang paling Gangster di Sultan Muhammad.Mana taknya..semua Setan ada dlm satu kelas..kesian pada alim ulamak yang ada dlm kelas pada masa tu..mcm Fadli Samin, Azlan, Ghaffar..

Gua sekelas dgn Syahril Sengeh, Lokman Kuda, Arip Monyet, Hairi Ayam wuruk, Tongko dan nama2 ni mmg pecah kepala dalam kelas mahupun asrama..muka-muka yang mati pun mereka berani...Paling gua tak boleh lupa bila cikgu Husin nak cubit Sengeh punyer TUUUUUTTTT sebab dia kantoi mancis dlm seluar :) ..hahaha!! kesian Sengeh pada masa tu....Dan pada masa tu jugak gua, Arip Monyet, Sengeh membodohkan diri dengan melekukkan dagu menggunakan duit syiling panas..akibatnya kami dituduh ingin membuat tatoo di sekolah..Cikgu Husin siap tampal artikel lagi...

Kalau gua nak ingat balik, terlalu byk kenangan indah zaman kenakalan remaja gua di Sultan Muhammad. Pernah juga gua, Arip monyet dan Sengeh fly di bulan puasa..ponteng puasa di Jeti Mahkota Parade..org pergi sekolah kami pergi menjala ikan..hahaha!!!

Kalau nak ingat berapa kali gua kena belasah dengan senior...hmm, tak terkira..dan berapa kali jugak gua belasah senior balik gua tak terkira..yang pastinya pada waktu itu gua tak pernah kenal erti perasaan takut pun. Terkadang gua sedih jugak.Gua rasa mcm semua yg gua buat jadi kesalahan walaupun gua cuba berubah jadi seorang pelajar yang baik. Warden-warden mcm tak bagi peluang kat gua.Tapi kawan2 sentiasa back-up dengan apa yg gua buat....


(Sultanated 96 di majlis perkahwinan Sengeh@Syahril Azmi)

Nama-nama yang gua tulis ini tak mungkin gua lupakan dalam hidup gua..Jay Paing,Arwah Taufik Mansur, Jaafar Jenon, Ecam Malik, Syahril Azmi Sengeh, Arip Dewa Monyet, Lukman Kuda,Hairi Bahrim Hayam Wuruk, Wan trasher,G-man Shit, Fazil Jamlin@Tongki, Wak dol, Bukhori Alias, Khairulazmi Naga, Najib Sulaiman, Botak@ Amirullah, Ainuddin RAHIM, Benai, Kiyaw, Farid KASIM, Fahrul Ibrahim, Meran, Mamat, kateng, Barok, Jamil, Iskandar Salleh,Kabe, Azmer Raos dan beberapa nama lagi yang cukup untuk gua simpan dalam hati...Gua tak pernah kesal kenal lu orang malahan gua rasa sgt bersyukur sebab diberi peluang utk berteman dengan kalian walaupun 3 tahun saje gua dapat bersama kalian...


* SMK Dang Anum......


Di sini....February 1998 bermula sebuah cerita. Kisah cinta Uda dan Dara.hahaha!! Blah lah..Cinta lah sgt.Tapi yang pastinya , di sinilah bermulanya lahir perasaan sayang gua pada seorang gadis. Gadis yang banyak merubah halatuju hidup gua..dari seorang pengamuk kepada seorang Mr.Cool Guy..hahha! COOL LAH SGT.Tanpa disedari oleh gua..gua dipanggil Mat Jiwang oleh students2 yang lain.Mana taknya berkepit dgn awek je kat sekolah. Masa di Sultan Muhammad semuanya pelajar lelaki, jadi jiwa ganas gua sgt sesuai dieksperimentalkan di sana..

( SMK Dang Anum yg banyak Bunga .. :) )

Bila berpindah ke Dang Anum yang byk bunga...gua mula mengeksperimentasikan jiwa halus gua..tapi gua hadkannya pada seorang gadis..sebenarnya bukan gua hadkan..terpaksa hadkan..hahaha!!! takut sang gadis hilang lantaran kecurangan.

Terus terang gua katakan, masa di Sultan MUHAMMAD MMG GUA TAK BELAJAR LANGSUNG.Result gua sgt hancus.Satu perkara yang menarik, sewaktu di Sultan Muhammad gua adalah pelajar yang sentiasa duduk di kelas yang tercorot, tapi bila dipindahkan ke Dang Anum, tiba-tiba gua ditempatkan di kelas pelajar2 paling pandai di sekolah tu...hahaha!! Jadi lu bayangkanlah..Culture kelas gua sgt membosankan.Kelas 3 Anngerik tu mcm sgt berlawanan dengan jiwa gua..semua org serius je study sedangkan masa gua di sultan Muhammad semua org susun kerusi di belakang kelas dan tidur berdengkur...dan oleh kerana itu, nak tak nak gua kena follow culture kelas 3 Anggerik tu..walaupun dalam hati meluat gile..hahaha!! tapi budak2 kelas tu baik2 walaupun ada segelintir daripada merteka mcm perasan best sgt..hahaha!! Gua lebih senang bercampur gaul dgn budak 3 Cempaka. Satu, mungkin sbb budak2 kelas tu kepala gile2..dua, buah hati gua duduk dalam kelas tu..so hari2 gua melepak di kelas 3 Cempaka...Habuannya, hari2 gadis itu membawakan gua bekalan makanan dan kami breakfast bersama-sama di dalam kelas....aktiviti itu kekal sehingga kami Tingkatan 5..Huhuhu!!!

Gua pendekan cerita di Dang Anum...Tingkatan 4 Gua masuk kelas  4 Dana. Dua subjek yang paling gua benci iaitu Matematik dan Prinsip Akaun.Bukan kerana gua bodoh..tapi kerana gua ade problem dgn cikgunya.Cikgu matematik gua racict manakala cikgu Prinsip Akaun gua, setiap kali dia pregnant dia jadi meluat tengok muka gua.oleh itu akibatnya, gua menjadi individu yang dibenci tanpa sebab..kesian gua..Menjadi Penghuni kelas Dana sangat Best sbb ada member2 yang giler2 kepalanya..Arwah Taufik Mansor, Jaafar Jennon, Siti Nora, Salila Isnin, Konnyer, Komeng, Dijah, Ciput dan lain2.Oleh kerana terlalu happy duduk di kelas tu....Tingkatan 4 gua buang masa begitu saja..

Tingkatan 5 gua ingat nak belajar sungguh2 sbb SPM akan menjelang. Tapi semangat jadi luntur bila dapat tahu Cikgu Math gua yg racist tu jadi guru kelas gua..Arghh penderaan mental bagi gua...So,mcm biasa bila sampai waktu Math gua takkan ada di kelas.gua pi tidur di surau ataupun melepak di pondok blakang APIDA...Yang buat tak best lagi, Cikgu Prinsip akaun gua pregnant lagi masa gua form 5..so skali lagi gua menjadi individu yang dibenci tanpa sebab...tak tahulah kenapa.entah2 anak-anak dia rupa gua kot..

Perjalanan cerita di Dang Anum sentiasa ada dia.Gadis yang menjadi peneman gua tak pernah jemu.dari form 3 sampailah gua form 5.dia sentiasa beri gua semanagt belajar.Hantar gua balik rumah dengan keretanya.Hantar gua training bola sepak dan sentiasa bawak bekal makanan utk gua breakfast ataupun lunch.Gua takkan lupa setiap detik tu.Macam yang gua ckp..gadis tu umpama simbol pemberi semangat untuk gua berada di sekolah....

( Selamat Pengantin Baru Gadis..... )



Satu peristiwa yang tak mungkin gua lupakan di Dang Anum.30 hb August 2000. Mungkin selama 2 tahun gua simpan sahaja Naga di dalam badan gua, orang2 lain mula memijak kepala.Naga gua mengamuk apabila gua dicabar oleh sekumpulan pelajar2 se tingkatan dgn gua yang perasan dialah Otai kat Dang Anum tu.Kata mereka gua berlagak dan selalu melebihkan budak2 China di sekolah tu. Gua memberi satu jawapan yang sgt simple yang membuatkan mereka menyerang gua secara beramai-ramai.jawapan gua " Sekolah ni, bukan Bapak korang yang punyer " ...

Mereka terlupa yang mereka sedang menyerang waris keturunan LAKSMANA BENTAN...akibatnya bila Naga dah keluar dari tubuh gua....5, 6 orang tergolek dan seorang daripada mereka menerima 6 jahitan di mata kerana penumbuk gua mengkoyakkkan kulit kelopak matanya...Kami dibawa ke balai...kalau kakak gua tak datang balai pd hari tu, sure gua akan tidur dlm lokap hari tu.Gua digantung sekolah seminggu walaupun bukan gua yang cari hal..Sangat adilkan hukuman sekolah tu? hehehe! Seminggu selepas peristiwa tu..segerombolan Gengster2 Merlimau tunggu gua di luar pagar sekolah dengan buku lima yang dibuat menggunakan spoket motor..bodohlah kalau gua redah..jalan selamat, gua telefon gadis gua..suruh dia hantar gua balik naik kereta..Hmm..Dang Anum :)


Dang Anum juga menemukan gua dengan dia.....Dia yang begitu bermakna dalam hidup gua pada hari ini...Dia yang memberikan rasa yang tak pernah gua rasa sebelum ini...dia yang pernah gua layangkan sepucuk surat nakal utk berkenalan tanpa pengetahuan Gadis gua ketika itu...Kini Dia menjadi Destinasi 500 hari gua....

Hidup ini sememangnya menarik misterinya....






* SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob.......

Di sini cita-cita dan azam gua bentukkan...setelah mengalami kekecewaan dengan keputusan SPM yang agak hampeh, gua meneruskan perjuangan untuk STPM.Gua kuatkan tekad yang gua akan jadi LAWYER suatu hari nanti. Hati sangat sesal bila dapat tahu yang kwn2 di Sultan Muhammad ramai di anatar mereka dah pogress ke Diploma dan Matrikulasi, ada juga yang buat Asasi utk ke Oversea..tapi gua masih berbaju Uniform Sekolah lagi..

Lantaran itu, gua tak menoleh ke belakang lagi.Berbekalkan azam yang tinggi gua rempuh je ape yg ade depan mata utk berjaya dapat result yg gempak.Bila gua rasa bosan dgn suasana kelas gua akan ponteng sekolah dan lepak di rumah study sendiri....Alhamdulillah, result gua tak mengecewakan...
Tapi rezeki tu mmg sebenarnya Allah yang tentukan...Gua tak dapat sambung LLB utk jadi LAWYER..Gua sambung belajar di USM untuk menggilap potensi diri menjadi Historian and Politician...
Gadis itu menjadi satu impian utk kekal bersama..tapi sayangnya impian itu didustakan...
Gua tinggalkan impian itu di bel;akang dan gua mulakan impian baru di menara Gading..Dan Di menara Gading dua tiga kali gua pernah jatuh tersungkur..tapi gua dah jadi kuat..gua bangun dan bangkit menjadi bertambah gagah....

Hidup ini Indah..Begitu Indah..










Ini bukan penamatnya.....

Teruskan.....

Thursday, July 1, 2010

Ber....Lagu Rasa

Hmm..Pukul 4.30 pagi mata belum lagi kantuk. Tahajud selesai sudah.Cuba untuk tidur kembali tetapi gagal.Ahh.. Apakah ini kesan kopi cap kapal api yang gua minum banyak sangat mlm tadi ataupun terlalu byk benda yang berlegar dalam kepala gua. Bulan ini bulan yang banyak membawa cerita dan banyak memberi rasa. Rasanya tak perlu untuk gua jelaskan setiap rasa yg gua rasa..tetapi yang pastinya setiap rasa hadir dengan berbagai-bagai cerita yang boleh membawa sedikit erti dalam hidup..

Ada orang suka bercerita tentang si polan dan si polan. Ada pula orang suka bercerita tentang Kemegahan, dan ada juga orang suka bercerita tentang hiburan tanpa batasan. Gua juga suka bercerita. Gua suka bercerita tentang kehidupan. Bukan secara khasnya kehidupan gua sebaliknya kehidupan yang lalu dan muncul di hadapan gua lantas kehidupan itu menjadi sebahagian dan watak dalam cerita kehidupan gua.

Langkah kaki kadang membuat pahala..kadang-kadang juga terlepas melangkah membuat dosa. Lumrah manusia acapkali terlupa bila senang dapat dirasa. Tetapi selagi kita masih menyedari yang kita telah melakukan dosa, dan rasa kesal dgn dosa yang ada...rasanya masih belum gelap dan hitam lagi hati untuk kembali kepada fitrah sebenar. Gua mencari diri dan kemudian menyimpan satu harapan moga diri itu mendapat redha...Rasa canggung menjadi begini bila mengenangkan kisah silam yang gelap dan sangat busuk lakunya.

Pagi yang hening sepi ini sangat sesuai untuk mencari ilham bermadah. Lantas sambil merenung ke dalam diri di hadapan cermin yang gua gantungkan di dinding bilik, termuncul satu melodi di dalam kepala. Melodi yang begitu menarik untuk gua lagu kan..Kemudian, mungkin apabila gua berikan bait-bait kata yang indah..mungkin ianya akan sesuai untuk gua Berlagu rasa...Gua capai gitar Kapok Hafis di depan mata. Gua cuba mendapatkan tuning yang sempurna. Lantas gua zahirkan melodi yang bermain di kepala dengan petikan gitar kapok Hafiz yang menjadi peneman gua di pagi hening ini..Gua dapatkan pensil di atas meja dan gua capai kertas putih bersaiz A4 yang diletakkan di atas meja komputer...Gua mula menerosok jauh ke dalam ruang rasa untuk menghasilkan satu lirik yang mampu berikan satu rasa kepada siapa sahaja yang mendengarnya...Akhirnya ia muncul dan menjadi satu naskah di hadapan mata...Gua menyatukan Kata dengan Melodi untuk menjadikannya suatu yang Indah bila di dengar oleh Sang Telinga..Maka inilah hasilnya..

Berlagu Rasa....

Dengan beg sandang celoreng hijau
Sehelai Levi's lusuh dan kemeja hitam
membawa hati emas impian besar
ku tuju ke Kota Langit idaman

Aku budak kampung yang main lumpur
Tak pernah terfikir kan jadi  kotor
Di Kota Langit lain ceritanya
tanpa 'RM' hidupkan derita.....

AKu mencipta satu cerita
kisah hidup di tengah kota
tanpa terbayang kan bertemu cinta
Untuk aku mula merasa

Tiba-tiba engkau muncul
bawa rasa yang penuh rahsia
halatuju makin bermakna
bila cintanya memberi arah....

Rasanya...gua akan mula menulis lirik kembali selepas ini. InsyaAllah, gua akan recordingkan semua lagu yang ada dalam simpanan gua setakat ini..Bukan untuk sesiapa, tapi untuk gua, untuk dia..dan untuk semua sama-sama merasa....Rasa apa? Tepuklah dada, tanyalah selera ....

Teruskan.........