Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, June 28, 2011

Pasar Chow Kit dan Uniqlo

Gua pergi Pasar Chow Kit. Gua beli sotong segar. Gua masak sotong berempah.
Makan dengan nasik beras wangi diimport dari Selatan Siam. campur dengan kicap manis Cap Kipas Udang. Perah sedikit dengan limau kasturi. Pecalkan dengan cili padi dan hirisan bawang merah.Berulamkan kacang botol.Ternyata Gabungan ini, berjaya menghilangkan ghairah gua pada tubuh Fasha Sandha buat seketika.Gua lebih ghairah makan nasik.


Gua pergi Chow Kit. Masuk Lorong Haji Taib 2. Gua singgah di setiap deretan kedai bundle. Gua cari kemeja Uniqlo. Dalam wallet cuma ada tiga keping not berwarna merah. Gua target Gua dapat bawak balik 5 Helai kemeja Uniqlo. Tapi kali ni Gua pelik. Tanda harga di leher kemeja2 Uniqlo yg bergantung di deretan bundle menunjukkan bahawa Gua hanya dapat membawa pulang sehelai sahaja.

CELAKA ! Takkan sebab Uniqlo dah bukak Store dekat KL Plaza dan KLCC Towkey2 bundle pun nak main harga.

Gua bakar bundle2 kat sini nanti ...

3 comments:

Adinda said...

Sotong lu buat gua lapar

Brader Burger said...

:) Lu pandai masak?

Anonymous said...

wa lapar!!!