Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, June 5, 2011

ABAH : Orang Bawahan Yang Atasan


 Gua orang kampung. Nama Kampung Gua Desa.Berangan Enam. Pada asalnya nama kampung Gua, Kg.Solok Berangan Enam. Oleh kerana orang2 kampung Gua malu nak mengaku mereka orang solok, jadi mereka suruh Pengerusi JKKK kampung Gua tukar nama Solok Berangan Enam menjadi Desa Berangan Enam.Mungkin dengan menukar nama Solok ke Desa, mereka berasa lebih 'Cool ' dan lebih 'urban' .

Gua bukan datang dari Golongan atasan. Gua bukan anak Pengerusi JKKK, Ketua kampung, Tok Sidang, Pengerusi Belia 4B ataupun anak Tauke Kedai di kampung. Gua cuma anak orang bawahan di mana abah Gua hanyalah seorang Penjual ikan secara kecil-kecilan.

Pada asalnya, dulu Abah berniaga ikan di Pasar Besar. Tapi meniaga di sana ikan selalu tak laku. Abah kata pembeli2 ikan di pasar lebih suka membeli ikan daripada Tauke Cina. Mereka kata ikan Cina lebih baik dan murah. Walaupun pada hakikatnya harga ikan dan ikan yg dijual oleh Abah sama je mcm peniaga2 Cina yg lain. Oleh sebab ikan selalu tak laku, jadi Abah mengambil keputusan untuk berpindah tempat berniaga.Abah dengan selambernya membuka meja dan payung di depan pintu masuk Kg.Jawa.

Kg.Jawa adalah satu tempat membeli belah yg paling popular bagi golongan bawahan mcm kami. Alhamdulillah, bila Abah berniaga di sana ikan byk laku.Bila ikan banyak laku Abah dapat roling modal dan dapat bagi mak duit belanja dapur lebih skit. Bila mak dapat duit belanja dapur lebih sikit mak  akan beli lauk2 yg sedap2 utk masakkan kami. Bila kami makan lauk sedap2 yg di masak oleh mak, kami adik beradik jadi Happy.kadang2 untuk buat Gua lebih happy, mak akan bagi Gua 20 Sen. Bila Gua dapat 20 Sen Gua akan beli ais Krim Malaysia kat rumah Pak Andak.

Tapi berniaga pintu masuk Kg.Jawa mengundang satu masalah bagi Abah. Bila 'Geng Baju Biru' Datang, Semua ikan2 Abah akan kena angkut. Mereka cakap,  Abah berniaga secara tak sah kerana tak mohon lesen menjaja di situ.Jadi, kalau Abah balik dengan muka masam kami akan faham apa yg telah berlaku. Pernah satu ketika, ikan2 Abah diangkut semua oleh Geng Baju Biru sampai Abah takde modal langsung utk meniaga. Bila Abah tak meniaga maknanya Kami takde duit. Bila kami takde duit maknanya Mak akan meminimakan perbelanjaan rumah degan seminima yang mungkin. Oleh itu biasanya kami akan makan nasik lauk ikan masin dgn tempe sahaja.Kalau sehari mungkin sedap. Tapi kalau 2 minggu makan lauk yg sama, pasti kami akan jadi  'lebih hepi daripada biasa'.

Walaupun Abah penjual ikan, tapi Abah tak pernah jadi Selfish. Seluruh hidupnya dia dedicate utk kami sekeluarga. Abah akan buat apa saja utk bagi pendidikan yg sempurna kepada kami adik beradik.Abah disokong oleh seorang wanita hebat.Wanita Hebat yg menjadi Isteri Abah dan Ibu kami ini sependapat dengan Abah. Mereka percaya bahawa hanya pendidikan yang tinggi sahaja yang akan merubah status quo seseorang. Oleh itu, walau susah macam mana pun hidup, kebajikan untuk pendidikan kami takkan pernah mereka abaikan.
Mana tumpahnya Kuah kalau tak ke nasi -Abah Gua yg paling kacak sekali :)

Abah takkan libas tali pinggang kulit dia kat belakang badan Gua bila Gua tarik Tocang Rambut anak Cikgu Hashim.Abah takkan sebat Gua dengan kayu bila Gua cium pipi anak perempuan Pengerusi JKKK.Abah takkan tengking Gua sampai terkujat bila Gua cucuk mata Si Hisham Dolmat dengan Lidi, Abah takkan mengamuk dengan Gua bila Gua dihantar ke balai polis sebab pecahkan muka Si Halim Hamid. Tapi ...Abah pasti akan bagi Gua tali pinggang kulit, kayu, Tengking Gua sampai terkujat dan bagi Gua Amukan Jebat Derhaka kalau Abah dapat tahu yang Gua ponteng sekolah atau ponteng Mengaji di rumah Ustazah Sapiah Sujak.Kata Abah 'Itu adalah tanggung jawab Gua sebagai Anak'

Bila Gua kena sebat dengan Abah, Gua takkan menangis depan dia. Sebab Gua tahu Abah tak suka tengok Budak Lelaki menangis. Tapi bila Abah takde, senyap2 Gua akan sorokkan diri di belakang dapur dan nangis tersedu-sedu. Bukan sebab sakit, tapi sebab sedih.  Biasanya Mak akan datang mendamaikan hati Gua. Walaupun masa Abah sebat Gua, mak adalah orang yang paling bersungguh menyokong tindakan Abah.Mak akan cakap "Abah pukul sebab Abah Sayang " - Lepas tu Mak mesti akan bagi Gua satu pantun yg Gua hanya akan dengar selepas Gua kena sebat dengan Abah.

Anak Cina tocang tercacak
Pakai Baju Koyak Rabak
Kalau tak dengar cakap Mak Bapak
Di kaki lima badan tercampak

Biasanya bila Mak habis bagi Gua pantun tu Gua akan cakap "Mak, takde pantun lain ke? Asyik pantun ni je"
Pastu Mak Gua kan jawab balik " Satu Hari nanti Ali fahamlah pantun ni "

Berkat ketabahan ,kesungguhan dan kasih sayang Abah dan Mak Gua berjaya genggam segulung ijazah dari sebuah  IPTA. Namun, zaman Gua adalah zaman yang sangat mencabar. Segulung ijazah saje memang tak cukup untuk membuktikan diri bahawa kita ni bagus. Kemahiran insaniah yang tinggi saje yg mampu menjamin utk rembat kerja yg bagus. Oleh kerana Gua banyak habiskan masa dengan melibatkan diri dengan berbagai jenis manusia, jadi Gua berjaya develop Kemahiran Insaniah yg boleh tahanlah bagusnya. Jadi Gua mudah utk dapat kerja yg bagus2 dan Gaji yg berpatutan lah dengan pemegang ijazah.

Bila dah dapat keje yang bagus2, maka Gua mudah usung Makwe2 yg cun. Biasanya Makwe Cun yg Gua usung ni semua datang dari keluarga yang  makan nasik pakai sudu. Gua selalu ingatkan diri Gua, walau dengan sape pun Gua bergaul, Gua takkan jadi Orang lain. Gua akan cakap dengan makwe2 ni dari mana asal usul Gua. Gua cakap dengan diorang yang Gua ni Orang kampung.Asalnya datang dari satu keluarga yang duduk di rumah papan beratap nipah di tepi sawah. Gua ckp yang Abah Gua adalah Penjual Ikan. Tapi malangnya takde sorang pun yang percaya. Diorang cakap " Charlie, i tell you what, U boleh masuk Raja Lawak tau " .Sumpah....Bila Gua dengar diorang cakap macam tu, tiba2 Gua rasa mcm Lahanat sangat. Sebab, Org sekaran Lebih Susah sangat ke nak percaya Cerita yg Benar daripada percaya cerita bohongan.

Hari ni, walaupun Gua dah ada career, pergi kerja pakai tali petai, sarung baju designer brand, serta semburan wangi dari Kota London, Gua masih menganggap diri Gua tergolong di dalam golongan bawahan. Mungkin 30 tahun dahulu, orang yg macam Gua ni akan dianggap  sebagai golongan Menengah atas, tapi percaya atau tidak, zaman ini untuk menjadi Golongan Menengah atas , Gua mesti kena ada sebiji Ferari dan sebijik rumah Banglo atau Super Condo di Bukit Tunku. Gua masih lagi Golongan Bawahan yang tinggal di atas level 13 Menara 'O' dan memandu Satria 1.6 Tahun 2003.

Bagi Gua, Abah dah Mak dah berjaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai Ibu bapa. Tapi Gua, Gua masih gagal tunaikan tanggung jawab sebagai anak pada Abah dan Mak seluruhnya. Bukan sebab Gua takde Ferari ataupun Banglo di Bukit Tunku, tapi sebab Gua tak tahu nak explain macam mana kat Abah dan Mak tentang apa sebenarnya pengertian "Kejayaan di dalam Hidup " , bilamana gua rasa Ferari dan Rumah Banglo di Bukit Tunku itu bukanlah ukuran kejayaan yang sebenarnya.

Tika ini, Gua cuma yakin dan pasti bahawa tanggung-jawab seorang anak kepada Ibu bapa tu takkan pernah berakhir.Walaupun satu hari nanti mereka akan menyahut seruan ilahi. Namun, selagi mereka ada di depan mata, Gua akan cuba mengembirakan Mak dan Abah, walaupun dengan cara Orang bawahan yang tinggal di Level 13 Menara 'O'. Gua harap mereka faham, kenapa Gua jadi Lelaki yang sebegini. Bukan Gua terlalu taksub dengan falsafah hidup, Cuma...Bagi Gua hidup itu sebenarnya lebih besar daripada melakukan sesuatu yang hanya menjadi tanggapan dan ketetapan yang orang lain tentukan.

No comments: