Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, May 30, 2011

Man.Utd Dan Perdana Menteri Bhutan

Gua adalah penyokong Setia Man.Utd. Bukan Penyokong fanatik.Menjadi Fanatik dan setia adalah dua hal yang berbeza. Penyokong Setia adalah penyokong yang akan senantiasa berada di belakang sesuatu yang disokongnya walaupun berada di dalam apa keadaan sekalipun.Penyokong setia biasanya akan memberikan satu gambaran yang baik pada sesuatu yang disokonginya  Penyokong Fanatik pula adalah penyokong yang selalu mendatangkan masalah kepada sesuatu yang di sokongnya.


SENARAI PENYOKONG2 SETIA DAN FANATIK PILIHAN GUA

Penyokong Setia :
1. Gua - Man.Utd  (Tetap bersama walaupun tewas memalukan di tangan Barcelona- Tak gesa pun tukar Coach mcm Penyokong2 Chelsea, Liverpool dan Arsenal) Keh! keh!keh!

2. Azizah - Anwar Ibrahim (Tetap bersama dan setia menyokong perjuangan walaupun suaminya dituduh, Peliwat, Penzina, Penipu dan lain2 PE)

3. Mah- Jib ( Ahli Politik Bhutan ini adalah pasangan sehati sejiwa. Walau apa pun yg berlaku, Jib sentiasa menyokong Suaminya Mah di dalam kerjaya politiknya di Negara yg terletak di tengah2 banjaran HiMalaya ini, Even, If Tomorrow never comes ) Keh!keh!keh!

Penyokong Fanatik :
1. Bakar Stadium -Penyokong Kelantan. Bakar Bendera -Penyokong N9 ( Bila Bola sepak negerinya maju, maka moral penyokong fanatik  bola sepak negeri ini juga mula maju macam Barbarian)

2. Holigans - England ( Bila Depa tengok bola sama-sama di Negara d
epa, elok je. Sopan santun tepuk tangan.Tak perlu pun bina pagar kawat tinggi-tinggi.Tapi bila Depa mai tempat oghang len.SIAPLAH. Tembok batu pun depa boleh runtuhkan. Kebanyakkan Holigans ni terdiri daripada geng ARA SKINHEAD dan Budak2 MOB)

3. PERKASA -Braheng Ali  ( Walaupun Braheng Ali suka lompat-lompat, dan tikam-menikam, geng2 PERKASA ini tetap akan berada di belakang beliau untuk mengangkat replika keris)

Baru-baru ini, Gua membaca akhbar Rasmi Negara Bhutan iaitu Bhutan Tribune melalui online. Bhutan Tribune online  melaporkan bahawa Perdana Menteri mereka iaitu Lyonchen Jigmi Y. Thinley adalah Penyokong setia Man.Utd. PM mereka telah bersama-sama menonton perlawanan Akhir di antara Man.Utd dan Barcelona di Banjaran Himalaya bersama-sama dengan warganegara belia Bhutan. Bhutan Tribune melaporkan lagi bahawa PM Mereka amat kecewa dengan kekalahan Man.Utd.

Gua tersenyum kambing sewaktu membaca akhbar Bhutan Tribune

Oleh itu Satu hal yang tidak boleh ditidakkan, Gua yakin bahawa - GUA DAN PERDANA MENTERI BHUTAN turut berkongsi rasa sakit hati dan bengang sewaktu menyaksikan Shot Pedro, Messi dan Villa membolosi Gawang Man.Utd.

Owh, walaupun PM BHUTAN sokong Man.UTD, Gua tetap setia dengan Man.UTD....Amacam ?

Gua memang Penyokong Setia bukan ? Keh!keh!keh!

INDAH KAN BANDAR BHUTAN ? TAPI SAYANG. KEINDAHAN INI TAKKAN KEKAL LAMA. DENGAR CERITA PERDANA MENTERI BHUTAN TELAH MENGARAHKAN DATO' BANDAR BHUTAN IAITU ROJO NING CHOK  UNTUK MENOLAK SEMUA RUMAH2 INI AGAR MEREKA DAPAT MEMAJUKAN PROJEK " GREATER BHUTAN "





Thursday, May 19, 2011

Hidup Jadi KUTU lagi Best

Dulu, masa Gua mula2 sampai KL,Gua menumpang duduk Rumah Kakak Gua di Sekolah Teknik (ERT) Setapak -Dengan berbekalkan segulung ijazah yg pointernya boleh lah cari makan, Gua cakap dalam hati, dalam masa 2 Tahun Gua akan sukses dan ada kerjaya yg menjamin masa depan- dah beli rumah Gua sendiri, kenyataannya sampai la ni, rumah LEGO pun Gua takdek.Cuma kerjaya je yg Gua rasa Gua dah ade.Dengan kerjaya Gua sekarang ni Gua rasa berani lah jugak nak pi meminang anak dara orang.

Tiba-tiba hari ini Gua rasa-Hidup Jadi KUTU BERAHAK JUAL BERGER Separuh masa lagi best daripada hidup terkejar-kejar tiap2 pagi. Pakai baju kemeja semat-semat dengan tali petai di leher dan pakai kasut kulit kilat-mengilat ni kadang-kadang rasa meluat juga.
Kata Org Penang rasa "Macam Haram "

Apa yg paling best dengan hidup sebagai KUTU BERAHAK tolak habuk ni bila time lapar.Kadang2 tu satu sen pun duit takdek nak makan nasik. Masa tu lah rasa nasik adalah makanan yg paling best di dunia. Kalau takdek duit sangat Gua akan pi Pelita Nasik Kandar.Buat Projek makan Free. Berkali-kali jugaklah Gua makan nasik kandar Pelita tak bayar.Lepas makan Ca Alip But. Tapi Bila Gua dah ada Sen, Gua akan datang balik dan cakap dengan mamak yg jaga cashier kat Pelita tu, yg muka macam Osama Laden tu "Hari tu Lupa lah nak bayar " Keh! keh!keh!

Selama Gua jadi KUTU kat Penang dulu, Gua tak pernah lah lagi sampai Kais Tong sampah :).Agak-agak rasa kebulur tahap dewa sampai, dan hati tak berapa kering nak Projek kat Pelita Gua akan telefon Izwan (Kwn baik Gua di Penang). Mcm biasalah, Gua harapkan nasik kandar je-Tapi Wan akan bawak Gua Soru kat Hotel Lima Bintang punya kelas.Wan memang kawan yg baik hati.He's my 'Bromance' kata Mat Salleh Urban :)

(Status - Gua Rindu dengan Zaman Rock&Roll Jadi KUTU SEPENUH MASA di PENANG )













Gua dan Joe -Masa ni Gua tolong Joe buat Bisnes Betulkan kasut dan Jual kasut Vintage di Wangsa Maju