Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, June 14, 2011

Cerita tentang Sebuah Kampung dan Tembikai

Pada satu masa dahulu, ada satu perkampungan yang mana masyarakatnya  yang tidak pernah keluar dari kampung mereka. Mereka hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah pentadbiran seorang Tok Ketua dan penasihatnya iaitu Tok Moh.Tok Moh adalah orang yang paling berpengaruh di dalam kampung itu. Tok Moh adalah Ketua bagi adat Istiadat. Apa saja yang dikatakan oleh Tok Moh pasti akan dipercayai oleh masyarakat kampung.

Pada suatu hari, sebiji buah tembikai telah tumbuh di dalam sebuah kebun milik salah seorang petani di kampung itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat sesuatu yang pelik seperti buah tembikai itu.Rupanya seperti Telur Raksaksa. Dia ketakutan dan berlari memberitahu kejadian itu kepada Tok Ketua. Tok Ketua dan sekalian Orang kampung datang ke kebunnya untuk melihat kejadian pelik yang dikatakan oleh petani itu. Tidak ada seorang pun di dalam kampung itu yang pernah melihat buah tembikai termasuk To Ketua. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri.Apakah benda yang tumbuh di kebun petani itu. Dengan segera mereka memanggil Tok Moh. Mungkin Tok Moh sahaja yang tahu apakah benda yang pelik yang berupa seperti telur raksaksa itu.

Tok Moh datang ke tempat kejadian. Tok Moh juga tidak dapat memberikan jawapan apakah benda pelik itu. Namun Tok Moh memberikan amaran dan nasihat bahawa benda itu adalah sesuatu yang sangat bahaya dan boleh mengancam keselamatan penduduk kampung. Dia memberitahu orang kampung bahawa ia akan membesar dan membahayakan nyawa. Oleh itu mereka telah mengarahkan beberapa orang pemuda kampung untuk berkawal di kebun milik petani itu agar dapat memantau perkembangannya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengusiknya. Sebermula dari hari itu, sepanjang masa kebun itu menjadi tumpuan penduduk kampung. Mereka berkumpul beramai-ramai untuk melihat sendiri benda pelik yang tumbuh di dalam kebun petani itu.

Pengembara

Pada suatu hari, seorang pengembara telah sesat ke kampung itu.Pengembara itu kehabisan air minuman. Tekaknya berasa sangat dahaga. Kebetulan beliau telah lalu di tempat penduduk kampung berkumpul. Beliau bertanya pada salah seorang penduduk kampung apakah yang menjadi tumpuan mereka. Penduduk kampung itu menunjukkan buah tembikai yang tumbuh itu. Pengembara itu berasa hairan. Mengapa penduduk kampung ini semua seakan pelik dan takut sekali dengan buah tembikai itu. Dalam hatinya berkata, jika aku membantu mereka pasti aku akan disukai. Tanpa berfikir panjang, beliau terus memasuki kebun itu dan berteriak kepada semua orang yang ada. Beliau menarik buah tembikai itu tangkai dan mengangkatnya dan berkata

" Saudara saudari sekalian, ini adalah buah tembikai. Ia sejenis buah-buahan yg boleh di makan. Apa yang kamu semua takutkan.Lihat ini "

Pengembara itu memotong buah tembikai itu dengan pisaunya dan terus memasukkan sepotong tembikai ke mulutnya. Apabila melihat tindakan Pengembara itu seluruh penduduk kampung menjadi panik. Salah seorang daripada mereka belari menuju ke rumah Tok Moh untuk memberitahu akan kejadian itu.

Tok Moh datang dengan kuncu-kuncunya. Tok Ketua juga ada bersama. Tok Moh terus menuju ke arah pengembara yang sedang menikmati buah tembikai itu. Tok Moh berkata

" Hey Pengembara, apa yang sudah engkau lakukan?"

" Owh, saya cuma ingin memberitahu pada penduduk di sini bahawa ini ialah buah tembikai. Dan ia boleh di makan "

Tok Moh berasa marah dan terancam. Beliau terus mengarahkan orang-orang kampung menangkap pengembara itu. Pengembara itu di tangkap dan diikat tangannya.

" Lihat orang kampung semua, Jika benda yang sebegini bahaya pun orang ini boleh makan, apatah lagi kita ini. Orang ini mesti lebih bahaya daripada benda ini. Kita mesti bunuh orang ini "

Kata-kata Tok Moh itu disambut dengan sorakan orang kampung. "Kita bunuh dia! kita bunuh!

Malang sekali nasib pengembara itu. Sangkanya dengan memberitahu kepada oarang kampung bahawa benda itu adalah buah tembikai yang boleh dimakan, dia akan menerima penghargaan, sebaliknya dia telah dibunuh oleh orang kampung....

Bersambung ...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: