Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, July 18, 2011

Topeng ....

Engkau tahu yang sebenarnya dirimu tidaklah secantik mana. Engkau juga tahu kewujudanmu tidaklah sebegitu penting seperti mana yang kau rasa. Namun Kau sentiasa cuba membuktikan kau WUJUD di mata semua. Kau tahu ada di antara mereka yang suka. Tidak kurang juga ada yang mencela. Engkau tahu bahawa dirimu tak pernah runsing dengan apa yang mereka nak kata. Yang kau tak tahu sebenarnya Engkau sudah pun terpecah menjadi DUA.

Engkau  keliru dengan watak mana yang harus kau bawa. Kadang-kadang engkau seperti Rabiatul Adawiah.Si Gadis suci yang sangat tinggi makrifat cintanya. Kata-kata kau semuanya  berfalsafah cinta pada Sang Pencipta. Jiwa kau begitu terpelihara. Bagaikan tiada satu titik noda pun yang pernah mencemarnya.

Tapi, kadang-kadang kau berubah rupa. Kau menjadi gadis Gypsy yang bebas dan lepas.Kau bogelkan iman kau dengan dunia. Kau lupa segala falsafah cinta. Kau lupa Dia sedang memandang dari atas sana. Kau tahu yang kau sedang melakonkan watak-watak sementara. Kau begitu gembira dengan permainan topeng muka. Kau tahu nafsu kau bersorak ria bila topeng dibuka. Yang kau tak tahu ada makluk Tuhan yang dijadikan daripada cahaya sedang sibuk menulis  lakonanmu di bahu kiri sana.

Kadang-kadang bila engkau sendiri kau bertanya. Aku mahu apa sebenarnya ? Jalan ke Syurga ataupun Neraka?

No comments: