Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Friday, July 22, 2011

Team Bola Sepak Tepuk Malaysia

Gua tak tahu samada permainan ni cuma ada di Malaysia, ataupun juga ada di setiap negara-negara membangun di mana terdapat golongan marhaen berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membeli set meja Fosball ataupun Permainan Video Nintendo.

Permainan yang Gua maksudkan ini ialah "Permainan Bola Sepak tepuk".
Masa Gua kecik-kecik dulu, Gua nak sangat main table foosball dan Game bola Sepak Nintendo.Tapi mak dan abah gua tak mampu nak belikan. So Gua dgn Abg Gua kerat kotak ubat nyamuk, gunting bentuk 4 segi tepat dan lipatkan ditengahnya .Kemudian kami lukiskan nombor jersey dgn nama pemain. Pintu gol pula kami buat daripada oragami  sampan kertas. kami lipatkan di kedua -dua hujungnya maka jadilah pintu gol. Bola nya pula biasanya kami gunakan kertas timah rokok. Kami gentelkan kertas timah itu sehingga menjadi buat sepert bola. kadang-kadang kapur tulis papan hitam sekolah juga turut menjadi material utk dijadikan bola :). Untuk padang bola, biasanya kami gunakan permukaan yg rata seperti meja tulis dan lantai. Kami akan lukiskan kawasan permainan dengan kapur tulis.

Permainan akan berlangsung selama 5 MINIT. Pasukan yg menjaringkan gol paling banyak dalam tempoh itu maka dia lah yg akan menjadi pemenang. Pasukan yg kalah akan di denda iaitu dahinya akan ditepuk oleh pihak yg menang dengan menggunakan pemainnya sendiri.


Permainan ini sangat terkenal semasa Gua berada di darjah 4. Gua selalu menjadi penganjur perlawanan di dalam kelas. Sehinggakan semua budak-budak kelas Gua jadi ketagih untuk bermain pemainan ini. Guru kelas kami iaitu Cikgu Anita, selalu kehairanan apabila melihat kapur tulis di dalam kelas terlalu cepat sangat habis.Tidak seperti biasa.Yang dia tak tahu, kapur tulis di dalam kelas itu adalah penyumbang utama kepada keseronokan bermain permainan bola sepak tepuk kami.


Ini ialah salah satu nostalgia zaman kanak-kanak Gua. Apabila kita dewasa, sukar untuk kita memahami kegembiraan dan zaman riang kanak-kanak. kadang-kadang apabila kita bersendiri, kita selalu berangan-angan untuk kembali ke alam riang itu dahulu.Hidup ceria tanpa tekanan. Apa yg kita cuma fikirkan ialah bermain bersama teman-teman. 

No comments: