Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, July 13, 2011

Cari Kawan Minum Beer senang, cari kawan Makan Nasik susah..

Dulu, Gua ramai kawan. Masa tu kaum-kaum Gua cakap yg Gua power. Minum Beer Ber jug-jug pun Gua steadi. Gua bangga gile. Awek-awek yang suka tunjuk pangkal payudara pun suka duk tenggek atas paha. Gua bapak punya suka hidup dalam hedonisme. Gua rasa Gua lah yg paling terer.

Pada satu hari, Gua duduk diam-diam kat hujung katil. Gua pandang ke arah cermin di bilik. Gua nampak ada seorang lelaki yg serupa Gua. Mukanya keroh. Seperti ada suatu kuasa jahat  yg mengusainya. Seperti ada sesuatu perkara yg besar menjadi bebanannya. Gua tenung lama2 lagi wajah lelaki itu. Tiba-tiba wajah itu berubah. Sangat hodoh dan menakutkan. Lantas ia keluar dan menerkam Gua...

Gua tersedar ...Azan subuh berkumandang. Sedap suara bilal yang laungkan azan tu.Tiba-tiba Gua teringat yg satu ketika dulu, Gua juga selalu melaungkan azan  Isyak dan Subuh di surau depan rumah di kampung. Gua jadi sayu.

Gua bangun. Gua pandang cermin di bilik Gua. Gua nampak ada seorang lelaki serupa Gua. Tidak berbaju, berseluar jeans Levi's lusuh dan wajahnya seperti memikirkan sesuatu. Seperti ada sesuatu perkara yang besar yang menjadi bebanan fikirannya. Gua tenung lagi wajah lelaki itu lama-lama.Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah.Sangat hodoh dan menakutkan. Lantas ia keluar dan menerkam Gua ...

Gua tersedar...Azan Zuhur berkumandang. Sedap betul suara bilal yang melaungkan azan itu. Tiba-tiba Gua teringat yang pada suatu ketika dulu, Gua juga selalu melaungkan azan bila masuknya waktu Zuhur dan Asar di surau yang terletak di hadapan rumah Gua di kampung.Gua jadi sayu...

Gua bangun. Gua pandang cermin di bilik Gua. Gua nampak ada seorang lelaki serupa Gua. Tidak berbaju, berseluar jeans Levi's lusuh dan wajahnya seperti seorang orang yang sepuluh hari tak makan. Seperti menanggung penderitaan kebuluran yang sangat lama. Gua tenung lagi wajah lelaki itu lama-lama.Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah.Sangat hodoh dan menakutkan. Lantas ia keluar dan menerkam Gua ...

Gua tersedar...Azan Asar berkumandang. Sedap betul suara bilal yang melaungkan azan itu. Tiba-tiba Gua teringat yang pada suatu ketika dulu, Gua juga selalu melaungkan azan bila masuknya waktu Asar dan Maghrib di surau yang terletak di hadapan rumah Gua di kampung. Gua jadi sayu...

Gua bangun. Gua pandang cermin di bilik Gua. Gua nampak ada seorang lelaki serupa Gua. Tidak berbaju, berseluar jeans Levi's lusuh dan wajahnya seperti seorang Abid yang mendapat ilham Ladunni.Seperti seorang pendita yang mendapat pencerahan Abadi. Gua hampiri cermin itu dengan lebih dekat. Wajah Lelaki yang serupa dengan Gua itu semakin cerah berseri-seri. Dengan tidak disangka-sangka dia berkata
" Pergi Solat Asar " . Gua tergamam sepertimana lelaki di dalam cermin itu tergamam..

Gua panik. Hati Gua cuak, tubuh gua bergoncang. Pantas Gua masuk ke bilik mandi. Gua ambil wuduk dan tunaikan  Solat Asar 4 Rakaat. Masa Solat Gua rasa sgt syahdu.Setiap rukun Gua tunaikan dengan penuh gerak rasa dan laku. Selepas memberikan salam kepada 'Raqib' dan 'Atid' Gua mengangkat kedua belah tangan yg banyak noda, memohon keampunan pada Allah yg maha esa.Berharap agar DIA mengampunkan dosa2 Mak dan Abah serta berikan mereka balasan syurga.Gua tak perasan, dalam kesyahduan petang asar itu rupanya ada setitik cecair berwarna kristal telah jatuh dari mata.

Lepas solat Asar Gua selongkar dapur. Atas meja makan ada sebungkus Nasi Goreng mamak yg sudah sejuk. Siapa punya Gua tak tahu.Mungkin Abang Gua punya. Gua masukkan nasik dalam pinggan dan makan seorang diri di dapur. Sunyi , kelam dan gelap.Tapi Gua berada di dalam ketenangan yg tak pernah di rasa.

Masa Gua suapkan nasik ke mulut,
Gua cari awek yang suka tunjuk pangkal payu dara -  Takde.
Gua cari kaum-kaum yang selalu cakap Gua power - Takde
Gua cari Lelaki yang berada di dalam cermin di satu sudut yang berbeza..
Ya, di situ dia rupanya...
Alhamdulillah, Dia masih ada. Tersenyum memegang sepinggan Nasik .
Semakin berseri-seri wajahnya.

No comments: