Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, December 16, 2010

TEROPONG FILEM :Warkah Untuk Brader Mamat Khalid Yang Berseni. Hantu Kak Limah Balik Rumah

Salam Abg Mat,

Gua memperkenalkan Karya2 filem Parodi Abg Mat seperti Man Laksa, ZKP, Estet dan Terbaru HKLBR pada teman-teman saya yg bukan berbangsa melayu, ramai di kalangan mereka memuji karya Abg Mat dgn mengatakan bahawa nilai seni Parodi filem Abg Mat ternyata punyai kelas yg tersendiri. Bukan Parodi bodoh semata-mata seperti yang dihasilkan oleh sesetengah pengarah-pengarah Melayu hari ini. Minta maaf gua katakan, Pada pandangan gua lawak2 Parodi Filem2 Senario selepas Senario Lang Buana arahan Abg Mat amat menjengkelkan dan benar-benar meloyakan. Tapi peliknya Filem2 inilah yang meletop kutipannya di Panggung. 

Kekecewaan Abg Mat dengan kutipan Filem Estet juga gua rasai. Pada pandangan gua Estet adalah satu filem yang punyai nilai seni dan unsur pengajaran di dalam masyarakat Malaysia yang tinggi. Gua dapat memahami apa yg cuba di sampaikan oleh Abg Mat. Tapi sayang sekali rakyat Malaysia masih belum pandai untuk memilih Filem yang hebat untuk di tonnton.Rakyat Malaysia masih lagi terkongkong dalam kepompong wajah komersil di dalam filem. Gua agak kecewa apabila melihat jumlah kutipan yang diperolehi oleh Estet selepas tamat period Wajib Tayang. Dalam hati Gua berkata, Sekali lagi Rakyat Malysia gagal mentafsirkan sebuah garapan filem yang baik.Mungkin juga waktu tayangan yang tidak sesuai dan promosi yang kurang tidak membantu melakukan filem ini di panggung.

Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) adalah satu lagi Filem Parodi yang hebat. Tahniah Abg Mat. Watak Usin dan Pak Jabit mmg sgt menarik dan lontaran2 skripnya penuh dengan makna2  yang tersirat.Gua sentiasa berharap agar Abg Mat menghasilkan Byk lagi filem2 bukan semata-mata untuk meraih keuntungan sebaliknya sebagai satu medium untuk merubah pemikiran masyarakat. Kerana filem yang jujur merupakan satu gambaran yang sebenar di dalam satu masyarakat.

Tahniah Abg Mat.

P/S : Bagi Gua SKRIP Puteri Gunung Ledang Abg Mat adalah salah satu Magnum Opus di dalam Industri Filem Melayu.