Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Saturday, December 4, 2010

Kapitalis Kapitalis Kapitalis....

Government Statement : The prices of Ron95 and diesel have increased by 5sen per litre while liquefied petroleum gas (LPG) and sugar will go up by 5 sen per kg and 20sen per kg respectively.
 My statement : A genuine democracy is an active, growing, progressive force responsive to the will of the people. Hmm, i think this is the gift for those who voted them in Galas and Batu Sapi..
 
Ape lah sangat kesan kenaikan harga petrol, gula dan Gas memasak kepada tokey2 besar, Pak-pak menteri, Pengarah-Pengarah Urusan Sayarikat GLC, Tan Sri- Tan Sri, Dato- Dato, dan Kroni-Kroni ampu kanan ampu kiri. Makan minum mereka, minyak kereta mereka semuanya ditanggung beres. Segalanya dijaga rapi. Agaknya tidak pernah duduk makan di meja makan rumah sendiri. Maklumlah , menjadi tetamu VVIP pastinya segalanya sudah diaturkan.
 
Tetapi bagi marhaen yang masih lagi menanti gaji hujung bulan untuk berasa seronok, kenaikkan harga petrol, gula dan gas ini membebankan. Sekali lagi, mengapa harus dibodohkan rakyat dengan membezakan negara kita dengan negara Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Mereka bukan negara pengeluar minyak.Kata Pak Idris Jala, pengurangan subsidi Kerajaan ini akan dapat menyelamatkan negara daripada bebanan hutang dan kebankrupan. Apa yg telah berlaku kepada Greece menjadikan negara berhati-hati dgn kedaan ekonomi semasa lantas menubuhkan PEMANDU untuk meneliti semula dan merencanakan pembangunan ekonomi negara.
 
Persoalannya mengapa subsisi rakyat yang harus dipandang dan dipertikaikan.Benarkah subsidi yang rakyat terima selama ini yang menjadi beban kepada kerajaan?  Mengapa tidak dilihat dan titik beratkan kepada perbelanjaan mengurus dan mengurangkan pembaziran yang berleluasa di dalam kerajaan. Mengapa setiap kali sesuatu pembaharuan dan eksperimen hendak dilaksanakan rakyat yang akan menjadi Lab rat ? Mengapa rakyat yang harus menanggung beban di saat kerajaan menjanjikan kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat ? Mengapa rakyat terus tertekan dengan kesusahan tetapi kapitan-kapitan besar Cina, India, dan Melayu Bangsawan berdekah-dekah riang memegang botol champange meraikan keuntungan ?
 
Generasi Y sebenarnya sedar dan tidak bodoh.Ini Kapitalis. Mahu tak mahu Kami harus mengakuinya. Hidup di dalam era Kapitalis dan negara yang menyokong kapitalis akan sentiasa membuatkan hati kami berkudis. Tiada apa yang boleh mengembirakan hati Si Kapitalis selain daripada Keuntungan dan kekayaan dan kalau boleh mereka ingin Magis yang dipunyai oleh Raja Midas.Demokrasi yang diberikan kepada rakyat dilacurkan dengan jayanya. Separation Of Power yang seharusnya menjadi Badan Pengawal juga dilacurkan degan murahnya. Jadi, harus bagaimana untuk kita hidup jika keadaan semakin hari semakin menghimpit?
 
Gua teringat masa gua kecil dulu. Bila berangan-angan menjadi dewasa, gua terbayangkan gua dah menggenggam segulung ijazah dan mempunyai pekerjaan yang setaraf dengan kelayakkan gua. Dan bila gua dah dapat pekerjaan tu, gua mampu hidup mewah dan bahagia. Tapi mengapa kini, bila gua benar-benar dah dewasa dan memperolehi ijazah yg gua idam-idamkan, gua hanya mampu tersenyum kambing bila mengingatkan angan-angan semasa gua kecil.The truth is, Reality bites. Kata mereka, jika rajin belajar dan rajin bekerja kita akan dapat hidup senang. Hmm..percayalah, itu hanya kata-kata penyedap hati. Untuk mencapai kebahagiaan  di dalam realiti kehidupan hari ini sebenarnya memerlukan lebih daripada belajar rajin-rajin dan bekerja kuat-kuat. Gua tidak pernah menganggap orang Melayu ini malas. Buktinya, cuba lihat di restoren2 KFC di seluruh Malaya ni. Lihat betapa ramainya org2 Melayu yang rajin bekerja. Tetapi gaji mereka masih lagi RM 4 satu jam. Jika mereka bekerja 12 jam setiap hari selama sebulan gaji mereka hanya RM 1440 dan jika ditolak EPF dan Socso gaji mereka hanya akan tinggal RM1200. Adakah RM 1200.00 Cukup untuk membahagiakan seseorang pekerja yang hari2 bekerja selama 12 jam? Adakah BEKERJA SELAMA 12 JAM ITU TIDAK CUKUP RAJIN ? Dan apabila hujung tahun, KFC HOLDING dgn bangganya akan mengumumkan keuntungan tahunan mereka yang mencecah billion ringgit. Tetapi, pekerja masih dibayar RM 4 satu jam. Bukankah itu KAPITALIS YANG SANGAT BANGSAT!!!!
 
Hmm..Gua masih berfikir. Sampai bila agaknya  mereka akan membiarkan Kapitalis melacurkan demokrasi dan memperkosa ekonomi negara ?
 
Fikir...fikir..fikir......
 
Teruskan....
 
 
 
 
 
 
 


3 comments:

abid_PM said...

Kapitalis babi!

Verdict said...

bak kata cob nobbler

kitalah mangsa rogol kapitalis..

bezanya kita dgn mangsa rogol yang lain..antara kita rela diroghol berkali2..!

lawan tetap lawan!

Brader Burger said...

Lawan, org yg membiarkan diri mereka dirogol tanpa melawan itu dayus...