Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, December 21, 2010

Bidadari Besi Mencipta Sejarah...

Post ni khas ditujukan untuk Seorang gadis 
yang sedang struggle belajar mengejar impiannya menjadi seorang Doktor perubatan. 
Gadis itu gua panggil dengan nama Bidadari Besi 
dan dia memanggil gua dengan gelaran Cikgu walaupun gua tidak pernah mengajarnya secara formal. 
Dia bukanlah teman istimewa gua. Namun dia ada keistimewaannya. Bidadari Besi adalah seorang Gadis yang gua kenal melalui dunia blogger ini. Gua tidak pernah jemu membaca post yang terpapar di paparan muka blognya. Penulisannya boleh gua katakan unik dan tinggi nilai bahasanya. 
Dia sangat pandai mengait dan menyulam bahasa.
Hari ini gua menerima sepucuk Poskad dari Zagazig Egypt. 
Poskad ini diterbangkan jauh oleh Si Bidadari Besi.
Bidadari Besi mencipta satu sejarah hari ini.
Sejarah yg kecil di dalam hidup gua.
Namun ia tetap masih layak dipanggil sejarah.
Mengapa gua katakan dia mencipta Sejarah ?
Kerana sepanjang 27 tahun gua hidup
inilah kali pertama gua menerima sepucuk Poskad dari seseorang teman yg berada di perantauan.
Walaupun berpuluh-puluh teman-teman gua yg ada di overseas
tapi ni lah kali pertama gua terima sepucuk poskad dari seberang laut.
Tersenyum gua sorang-sorang.Rasa kelakar pun ade gak.
Sebenarnya, bukan poskad itu yg menjadi kiraannya...
But the thoughts that's count..
Terima Kasih di atas ingatan Bidadari Besi.
Semoga Tuhan memudahkan perjalanan kamu untuk menuntut ilmu di sana.
Semoga Ilmu yang dituntut menjadi bekalan untuk mencipta masa depan.
InshaAllah bila hampir tiba hari bahagia gua dgn Phoenix nanti, akan gua layangkan Kad jemputannya untuk kamu di Zagazig.

Teruskan...

No comments: