Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, December 14, 2010

SURAT KEPADA KETUA MENTERI MELAKA

Salam dato' seri Mohd Ali Rustam iaitu Ketua Menteri Melaka

Peruntukan memajukan pelancongan negeri Melaka mencecah puluhan Juta Ringgit boleh diadakan bila-bila masa sahaja.Mendengar khabar di dada-dada akhbar dan media massa baru-baru ini Melaka mencapai status negeri Maju. Hmm, dan dengar khabarnya juga tak lama lagi Hard Rock Cafe ciptaan Yahudi itu pun akan membuka cawangannya di Melaka. Tahniah ...Dato Seri.

Tetapi Saya tertanya, tiadakah peruntukan untuk memperbaiki dan menurap JALAN untuk penduduk di kampung saya iaitu Kampung Berangan Enam Umbai Melaka yang hidup segan mati tak mahu nampaknya.Dengan lebih tepat mengikut bahasa orang Melaka, Jalan di kampung saya mcm CELAKE saja rupanye. Penuh dengan lubang2 dan tebing jalan yang tinggi.Apabila hujan lebat keadaan ini boleh menyebabkan banjir. Selaku anak kampung yang merantau di Kota, dan pulang ke kampung sekali sekala, keadaan ini sangat menyakitkan hati dan mata saya. Bagaimana pula lah agaknya org kampung saya yang menghadapinya hari-hari.


Buat pengetahuan Dato Seri Org Kampung saya majoritinya dah menjadi ahli UMNO SEUMUR hidup.Wajarkah mereka dilayan dengan sebegitu rupa?

Saya tertanya-tanya lagi. Tiadakah peruntukan untuk kemakmuran rakyat? ataupun peruntukan memang sengaja lambat diagihkan? Satu patern yg saya selalu perhatikan APABILA DAH DEKAT MUSIM PILIHAN RAYA baru lah semua jalan di kampung2 di perbaiki dan diturap kembali. Adakah penduduk kampung hanya dapat mengecapi keselesaan sewaktu pilihanraya menjelma sahaja? Jika Dato Seri benar seorang JUARA RAKYAT saya harap benar Dato Seri dapat menjawab pertanyaan MARHAEN BIASA seperti saya ini.

Sekian,

Yang benar,

Sang Bohemian

No comments: