Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka ka ? Kah Kah Kah!



CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Apa manisnya MERDEKA
mulut dikunci, tangan diikat, dan pena akan dipatahkan bila ia menari ligat
Apa ertinya MERDEKA
media massa cuma boleh melaungkan kebenaran di sebelah pihak sahaja
Apa santunnya MERDEKA
malam sambutannya hanya kedengaran hiruk-pikuk jeritan yang tak punya  rasa
Apa nilainya MERDEKA
Jalur gemilang megah berkibar tapi jati-diri bangsa jatuh melepar

Apa rasanya MERDEKA
bangsanya tak kenal Sejarah
Apa mulianya MERDEKA
ada lagi bayi kecil menjerit hiba di longgokan sampah
Apa ceritanya MERDEKA
Sang Haruan masih makan anaknya
Apa luhurnya MERDEKA
Si Melayu sudah segan nak berbahasa ibunda
Apa gemilangnya MERDEKA
Si Kitul dan Si Mandaliar sahaja yang Kaya Raya
Apa gembiranya MERDEKA
 tanah nenek moyang rupa-rupanya sudah tiada

Manis........MERDEKA!!!
Erti..........  MERDEKA!!!
Santun.......MERDEKA!!!
Nilai..........MERDEKA!!!
Rasa.........MERDEKA!!!
Mulia........MERDEKA!!!
Cerita.......MERDEKA!!!
Luhur....... MERDEKA!!!
Gemilang.. MERDEKA!!!
Gembira... MERDEKA!!!

Ohh..Mungkin mereka memang benar-benar sudah Merdeka.....

Teruskan....

4 comments:

Fyz Feliz said...

"Apakah santunnya MERDEKA jika pada malam sambutannya hanya kuat kedengaran hiruk-pikuk jeritan yang tak punya rasa?"

Langsung tak paham ape relevan bunga api dan countdown2 tu...

Si Bohemian said...

Pesta...layaknya Pesta yang di ajar oleh Sang Penjajah.

Fiq said...

papa hishamuddin kata, kita kena rombak balik semula.cari gali identiti negara bangsa.

kalau identiti pon diciplak, mana nak bertahan rasa manis masam masin merdeka tu.

macam perkahwinan, jika awalnya start dengan penipuan mana mungkin mampu bertahan.lama kelamaan bercerai-berai :)

Si Bohemian said...

Bidadari Besi...

PLato kata...warga negara yang baik dihasilkan daripada keluarga yang baik.

Alim-Ulamak Kata..Keluarga yang baik dihasilkan daripada ibu bapa yang baik....

Rasanya, Ibu bapa yang baik seharusnya membekalkan anak-anak mereka tentang sejarah ketamadunan bangsa dan agama. Bukan hanya meletakkan tanggungjawab itu pada guru sejarah yg mkn gaji...

Tapi malangnya..berapa ramaikah ibu bapa yang ada pd hari ni sedar dan ingin ambil tahu tentang sejarah ketamadunan bangsa dan agama?Mereka lebih bangga menyogokkan anak2 dengan Tom Tom Bak Uncle Aznil dan Pondok2 Abg Nabil...

Pi scan facebook profile org2 Melayu....tengok di ruangan 'politic view' dan buat survey...berapa ramai yg tulis " Errkk I hate Politics " tanpa mereka sedar yang Org Melayu cuma ada kuasa politik.Itu pun di ambang maut...

Wallahu Alam..