Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, August 16, 2010

Gua bercerita Tentang Buang Bayi .....

Jantan : Sayang , i promise you..whatever happen in future i will be responsible. Now i want you to be mine...I dont want anyone else come between Us. ....

Innocent Girl : Yes Syg..U can do anything to me.I AM ALL YOURS...

( valentines Day / New Year Eve/ Merdeka Eve - late night famous loving couples quotes)

7/8/9  Month Later...............

Kes buang bayi catat peningkatan

2010/08/17

KUALA LUMPUR: Ketika gejala buang bayi hangat diperdebatkan di kalangan masyarakat, perangkaan kes pembuangan bayi mencatatkan peningkatan dengan penemuan mayat bayi perempuan dalam beg galas di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, kelmarin, adalah bayi ke 65 yang dibuang tahun ini.

Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun ini, 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.

Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.

“Kes buang bayi menunjukkan peningkatan kebelakangan ini. Ia membabitkan pasangan rakyat tempatan, malah dilakukan warga asing.

“Pada tahun ini saja, 21 orang ditahan atas kesalahan membuang bayi yang mana enam sudah dituduh dan dua dijatuhkan hukuman,” katanya di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Mohd Bakri berkata, polis mempertimbangkan menyiasat kes buang bayi mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307.

“Peguam Negara memberikan kenyataan (buang bayi diklasifikasikan kes bunuh jika menyebabkan kematian). Ketua Polis Negara juga mengeluarkan kenyataan sama sebelum ini,” katanya.( BERNAMA)

Hmm.. 3 kali gua berhadapan dengan keadaan di mana ada di antara teman-teman gua nak buang baby dalam perut dan 3 kali tu,Alhamdulillah gua berjaya selesaikan.Gua bawak diorang jumpa mak bapak masing-masing dan berterus terang bahawa nasik dah jadi bubur..mereka harus dinikahkan.Jika tidak pasti anak di dalam perut akan lahir menjadi seorang anak yang yang tidak ber BIN ataupun ber BINTI. Walaupun pada hukumnya anak-anak ini hanya boleh di berikan BIN ataupun BINTI Abdullah...
Malangnya tanpa gua sedari seorang daripada teman yg sgt baik dgn gua telah pun 2 Kali buang baby dalam perut .Beratus kali dah GUA sekolahkan, tapi  ia tetap berlaku.Apakah dayanya seorang teman selain daripada melarang dan menegah.Pada hari ini teman gua itu masih mampu tersenyum, bersuka ria, berfoya-foya dan berpesta sakan di dalam kelab-kelab besar di Kota Langit utk mengisi jiwa kosongnya...

Terkenang suatu masa dahulu Gua juga pernah menjadi Komuniti Temasya dan Pesta itu..Tapi Alhamdulillah...ada sedikit cahaya keinsafan terbias lalu membuatkan gua terfikir utk merubah menjadi seorang lelaki yang lebih suci dan kembali kepada Fitrah...Harapnya dikuatkan segala keyakinan dan azam yg diberikan.

Bagi gua membuang bayi di tepi sungai, longkang, tong sampah, atapun di mana-mana pun dosanya sama saja bagi mereka yang buat ABORTION tanpa sebab...Masa bercinta memang semua fikir nak sedap..tapi bila dah jadi budak dalam perut..kaget dan hilang segala kewarasan fikiran. Sangat menyedihkan..ada pasangan yang berkahwin..bertahun-tahun tunggu nak dapatkan zuriat.Tapi Allah tak berikan lagi.Tapi yg dah dapat ni..campak baby dalam sungai mcm campak plastik sampah...Membuang plastik sampah ke dalam sungai itu adalah satu dosa...inikan pula membuang bayi yang tidak berdosa.Ianya adalah dosa yang akan membebankan seluruh masyarakat...

Agaknya sape yang punya salah ye?

Benarkah Bahan tontonan remaja menjadi punca utama berlakunya tindakan buang bayi ni?

Ataupun ruang kebebasan yang keluarga berikan menyebabkan remaja  hilang kawalan diri ?

Ataupun mungkin masyarakat kita ni dah hampir BER-EVOLUSI lalu mengubahkan rupa bentuk mereka menjadi Spesis baru yang lebih hina daripada segala kejadian yg hina?

Modernization + Urbanization = Moral Deduction --->> Funeral Of Moral

Cuba hayati dan insafi ini....Siapakah yang lebih Hina? Baby Dumpsters ataupun Haiwan?



Sesungguhnya Kita ada kuasa...kita ada kuasa untuk mengubah keadaan ini.
APAKAH KUASA YANG KITA ADA?

kita angkatkan tangan dan berdoa kepada Allah semoga MALAPETAKA ini berhenti....Kita hentikan semuanya bersama...Itulah senjata dan Kuasa kita.

Let's raise our hands and make Do'a

Like the Prophet taught us And with one voice...
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

"Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi pegangan bagi setiap urusanku. Perbaikilah duniaku yang di situlah urusan kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang ke sanalah aku akan kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan, dan jadikanlah kematianku sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan."


Teruskan....InshaAllah.





10 comments:

The Poyo Me said...

bukan penduduk kota langit jer bro...
kalau duduk sekolah agma pun buat gak.

ah, nafsu itu memang wujud dan tak dapat dihalang.

sebab tu lah zaman mak bapak kita, umur 14-15 dh kahwin.

maklumlah parents tau time tu anak2 dah menggigil nak belaian manja pihak jantina satu lagi.

salam ramadan, by the way.

Si Bohemian said...

Salama Ramadhan Brother...

Benar..nafsu tidak mengenal batas waktu, tempat dan jantina :)

Melampiaskan nafsu dan menundukkan nafsu adalah 2 perkara yg berbeza :)

Org terdahulu lebih hebat berfikir daripada generasi kini yang kononnya Urban dan modern...

Hakikat yg tak mampu diubah...

URBANIZATION AND MODERNIZATION = MORAL DEDUCTION...

God Speed you brother...InshaAllah..

fiQ Froz said...

aku mcm nak menangis je baca entry kau ni..rasa kesian..rasa mrh..rasa risau..rasa mcm2..sampai rasa nangis je mampu...

kalau boleh selamatkan kawan2 kita..slamatkanlah agar mereka x tergolong dlm golongan pembunuh....

Si Bohemian said...

Brother Fiq Froz,

Dalam hati gua dah lama menangis bro...

Kita selamatkan sama-sama...

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us And with one voice...
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Arena said...

Salam bro,
Aku memang tak leh tengok berita-berita gini dekat news. Confirm nangis. Gila kesian baby2 tuh, tergamak buang cam tu jek, kat longkang, kat kolong, kat tong sampah. Adoi tulis, pon rasa nak nangis.

dunia akhir zaman..

Fiq said...

satu je aku nk tye

gamba kissing dlm

http://kotalangit.blogspot.com

tu gamba lu ke?

Si Bohemian said...
This comment has been removed by the author.
Si Bohemian said...

Fiq....biarlah jadi persoalan.Gua tak mampu utk menjawab soalan tu..maybe that guy is the old version of me....

Like i said....i am not a plain good guy who came from University Al-AZhar. I am the man who living in the dark before.

Searching for the lights to light his journey....

-cahaya- said...

sorry menyampuk....semua benda ni tak kan terjadi lau kita semua pandai jaga diri panadai fikir baik dan buruk sebelum buat sesuatu...and the most important thing semua ni takkan terjadi lau kita lebih dekat dengan tuhan berbanding dengan syaitan...
to you si bohemian->semua manusia pernah melakukan kesalahan dan kesilapan..even seorang ustaz pun pernah melakukan kesilapan...kita manusia yang tak terlepas dari godaan syaitan...tapi yang penting adakan kita sedar kesilapan kita atau tak...dan kita kena kuatkan diri tuk berubah..rite???buat demi diri sendiri dan ALLAH..bukan demi manusia lain...aku doakan kamu bahagia n diberikan kesihatan yang baik

Fiq said...

bagus lah. semua manusia deserve second chance. grab it tight.

pokoknya kita yg buat pilihan.