Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, April 18, 2012

TIPS UNTUK MENJADI LELAKI BERKUALITI : 20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

 1. MENINGGIKAN SUARA MCM WRESTLER
Walaupun dikurniakan suara sepert Tripple H,  tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak payahlah Geng :) .Makwe2 memang menyampah dengan Kaki tengking ni.


2. MAIN KAYU TIGA ,EMPAT, DAN LIMA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.Percayalah, perempuan lebih rela hidup dgn penagih dadah yg setia daripada hidup dengan CEO yang suka main kayu tiga.

3. SUKA ‘CUCI MATA’ PAKAI SABUN BREEZE
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa makwe cantik dan seksi confirm mata tu .... Hmm, walaupun Makwe kat sebelah. Bagi Lelaki, tidak salah kalau sekadar mencuci mata :). Tapi bagi golongan Makwe, hati mereka terguris kerana Lu seakan tidak menghormati dirinya.


4. MENGONGKONG TAHAP GABAN
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri Makwe dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus dia yg tentukan, nak keluar pi berak pun kena repot dulu.Itu Sakit Geng.Sakit..

 5. EGO JENAMA LEGO
Ego dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Ego membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan termasuklah dalam bab memimpin kaum wanita. Ego tak salah Beb, tapi biarlah kena pada tempatnya. 

6. MENIPU MENGALAHKAN TEAM ITALIAN JOB
Masalah yang ketara apabila ada yang suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
Berterus-teranglah kerana perempuan lebih menghormati Lelaki yang memiliki sifat berterus-terang.

7. PERASAN BEST MENGALAHKAN PIAN CECUPAK
Mostly, lelaki cepat perasan terutamanya jika depa ni berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Ada yg tanpa segan silu mengaku depa lah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Hakikatnya, majoriti wanita suka pada Lelaki yg besederhana dalam segala hal.

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI BAGAIKAN LION KING
Dalam semua hal lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Pada depa, pendapat depa adalah yg paling benar dan muktamad. 


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Perempuan ni  sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar Lu mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang perempuan itu ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA SAMPAI TAHAP KENA PAKAI TONGKAT
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa kan ? Sampai Makwe nak pergi kerja  pun Lu cemburu, tu dah jatuh tahap Sakit Jiwa Beb...

11. MATA DUITAN, RAMBUTAN DAN SETAN
Depa ni digelar  ‘lelaki spedo’. Depa tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.Contohnya "Sayang bagi i pakai duit RM10,000, Nenek sedara Jiran I punya kucing Parsi nak jalani pembedahan kanser payudara.Kesian I tengok.Atas rasa tanggung-jawab sesama Islam, boleh kan kita tolong dia ? .Padahal duit tu dia nak bawak Makwe lain pi holiday di Phuket :)

12. TERLALU KOMITED TERHADAP KERJAYA MENGALAHKAN RAJA GULA
Susah juga kalau jadi Lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Bukanlah tidak boleh mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama makwe Beb. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa makan roti canai banjir dengaa Makwe Lu dan cuba lupakan segala hal berkaitan kerja.Sekali-sekala Lepas waktu kerja, jalan2 di Taman Tasik Titiwangsa makan Gula-gula kapas pun okay jugak :)


13. PANAS BARAN MCM API NERAKA
Seseorang makwe  akan jadi Fobia apabila dapat Pakwe yang panas baran. Pantang silap sikit, confirm dapat maki dan lempang.Ada yg up sikit dapat penendang. Perempuan , kalau setakat kena tengking depa boleh belah lagi, tapi kalau dah sampai sepak terajang..Sendri mau ingatlah Beb.

14. KAKI MEROKOK KALAHKAN BUDAK GEMUK DI INDONESIA
 Ini satu lagi sifat yang melemaskan Makwe. Bila berasap kalahkan Naga.Sampai baju-baju Makwe pun dah bau asap rokok. Dalam kereta dgn Makwe pun nak merokok. Dalam sehari adakalanya habis 3 kotak rokok.Bila Makwe tegur, confirm Makwe akan dimadukan.Hehehe!

15. PENGOTOR MACAM FAIZAL TAHIR DALAM IKLAN SG MEN
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari yg Depa ni pengotor. Contohnya dalam hal meludah atau membuang kahak merata-rata. Hisshh!!! Keji. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai Odorono, tak gosok gigi sebelum tidur dan bangun tidur dan macam-macam lagi lah sampaikan badan berbau macam kerbau pendek pun depa tak sedar.Come on Geng ...Mamat Nigeria yg datang Malaysia ni dapat peluk makwe Malaysia sebab tunjuk gigi putih depa je.



16. GELOJOH  MACAM LAHABAU
Ada jugak spesis Pakwe yang baru kenal 5 minit dah berani nak pegang Buah Susu makwe.Hati2 lah bila jumpa spesis Lahabau mcm ni.Kalau jumpa...Semburkan Pepper Spray  atau cucukkan dengan High heal je kat mata dia.

17. TERLALU PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan Dating semata-mata nak pi main bola  ataupun menonton EPL bersama kawan-kawan.  Sekali-sekala bolehlah Geng,. Tapi kalau selalu sangat, makan hati jugak Makwe Lu. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya kan? Makwe pun kena pentingkan jugak.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
 Orang cakap, bila ada depan mata kita tak nampak.Bila dah hilang baru lah kita sedar yg dia berharga.
Tak ramai Pakwe yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan Makwenya. Ada juga yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun sedar. Walaupun Lelaki dan perempuan memang berbeza dari biologi dan Emosi itu tak bermakna Lu tak perlu belajar utk menghargai.Cubalah menghargai apa yg makwe kita buat seperti memberinya hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali Makwe Lu cuba berbuat sesuatu untuk Lu.


19. PUTAR BELIT MENGALAHKAN PEGUAM BELA
Lelaki memang ada satu kepakaran iaitu memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah.Hehehe!  Bagi Lelaki, putar belit ini tak salah asalkan Makwe dia mempercayai alasan tersebut dan depa akan terlepas dari kesalahan sendiri. Bohong Sunat lah Tu.Hahaha! Percayalah, jika Lu pernah bohong makwe Lu, satu hari nanti pasti Makwe Lu akan bohong Lu balik :) .Hukum Karma Beb..

20. SUKA KONTROL MACHO MACAM FAHRIN AHMAD
Perghhhh! Ada spesis Lelaki yang seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri Lu macho kerana definisi macho pada makwe2 ni mmg berbeza-beza. Sekiranya Lu rasa diri Lu macho, tetapi pada mata makwe anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna jugak kan Beb :) .

No comments: