Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, April 18, 2012

CRY FREETOWN - Bersyukurlah Jika anda adalah Warganegara Malaysia

CRY FREETOWN adalah sebuah Dokumentari yang dihasilkan oleh Samura Sorious iaitu seorang Photo Journalist yg berasal daripada Seira Leone.

Pada tahun 1997 beliau amat terkejut dgn keganasan yg melanda negaranya. Atas dasar kemanusiaan dan keberanian beliau telah memutuskan untuk membahayakan nyawanya dengan merakamkam semua keganasan dan pemberontakan yg berlaku di dalam Negaranya pada pita video dgn harapan agar masyarakat Dunia dapat membantu mengatasi konflik berdarah ini.

Terbukti Kamera samura menjadi satu Kuasa yang sgt hebat. Dengan bantuan produksi daripada CNN dan Insight News televisyen di London, Samura telah berjaya menghasilkan sebuah dokumentari 30 minit yg sgt menyayat hati dan berjaya mendapat perhatian luas masyrakat dunia.

Sierra Leone, yang bermaksud "Gunung Singa," adalah sebuah negara yg mempunyai kira-kira empat juta orang penduduk di bahagian pantai Barat Afrika, di mana kedudukannya terletak di antara Guinea dan Liberia.

Ia telah berada dalam genggaman pertempuran dalaman, perebutan kuasa utk memonopoli kawasan melombong berlian dan kuasa politik lebih sedekad yang lalu.

Kali pertama Dokumentari samura disiarkan di CNN ialah pada bulan Januari tahun 2000. Samura telah menarik perhatian masyarakat dunia dengan dokumentari yg dihasilkannya sehingga ianya telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah berprestij Dupont Silver Baton Awar.

No comments: