Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, April 18, 2012

# Second Thought

Dulu, masa kecik2 Gua bercita-cita nak jadi F1 Driver..Tapi bila masuk sekolah Menengah baru Gua sedar yg cita2 Gua tu, hanya mampu dimiliki oleh anak2 Millionaire mcm Alex Young atau Si Fairuz anak tokey MOFAZ.

So, Gua tukar cita-cita. Kerana terlalu minat dengan Indiana Jones jadi Gua pasang angan2 nak jadi  Ahli arkeologi.Gua dapat sambung buat BA(Hons) di USM dalam bidang Sejarah dan ada jugaklah belajar arkeologi sikit2. Tapi disebabkan Gua hidup di Malaysia, yg mana ia adalah sebuah negara yg tak nampak akan signifikannya Bidang Arkeologi, maka tak ke mana lah Ijazah Gua dalam bidang tu.

Pernah juga Gua berangan-angan mahu merantau ke Luar Negara.Pasang angan nak pi Egypt. Gua fikir, kalau dapat jadi Kuli batak Si Zahi Hawass  pun Gua dah puas hati.Tapi biasalah, sebagai anak jati Melayu Kampung, pendapat menjaga hati ibu-bapa itu adalah sesuatu yg lebih dominan di dalam pemikiran jadi Gua simpan sahaja niat Gua dalam hati..

Dan sekarang ...Gua sedang meneruskan hidup mencari duit makan nasik,beli rokok dan belanja Makwe tengok wayang dgn melibatkan diri di dalam bidang akademik...Sepenuh masa.

Menjadi KUTU separuh masa...

Terfikir balik ...Memang Ini ke yg Gua nak buat dalam hidup ?

No comments: