Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, April 17, 2012

PTPTN =Pelajar Tak Patut Tentang Najib

Gua berpendapat,menukarkan Pinjaman PTPTN kpd biasiswa adalah satu idea yang baik.Namun begitu pihak Pakatan Rakyat tidak seharusnya melemparkan tuduhan melulu dgn mengatakan sebahagian besar Dana PTPTN hanya diberikan kepada kroni2 BN yg mengusahakan kolej2 swasta. Bagi Gua, Kenyataan seperti itu agak tergesa-gesa sifatnya. Kita harus mengakui bhw sejak PTPTN diperkenalkan, peluang rakyat Malaysia mendapatkan pendidikan tinggi semakin luas krn wujudnya kemudahan pinjaman yg sgt mudah dan longgar.Gua pasti, sewaktu ibu-bapa dan pelajar2 menerima wang pendahuluan PTPTN, ayat pertama yg diucapkan ialah "syukur ada PTPTN ". Ramai dari kalangan ibu-bapa pelajar2 yang mendapat tawaran belajar ke IPTA/IPTS tidak lagi perlu bergolok-bergadai utk mencari wang pendahuluan dan yuran pengajian bagi menghantar anak2 mereka belajar ke peringkat yg lebih tinggi.Percayalah, ini kenyataan...tidak ramai org melayu sanggup membuat pelaburan untuk education anak2 mereka. Jika tiada PTPTN, kilang2 di Malaysia pasti meriah dgn rakyat tempatan seperti lewat tahun 80-an dahulu.   

Dengan wujudnya PTPTN, ramai juga usahawan2 baru muncul untuk mencuba menerokai bidang pendidikan tinggi negara. Kolej2 swasta tumbuh dengan begitu pesat.Kemunculan kolej2 swasta ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pelajar2 untuk mendapatkan program-program di pusat pengajian tinggi malah ia  juga berjaya membuka byk peluang pekerjaan kpd rakyat Malaysia. Selain itu, kemasukan pelajar2 dari negara luar turut meningkatkan EDU-Tourism di Malaysia. Tanpa disedari rakyat Malaysia sudah ada yang mampu menubuhkan sebuah Universiti swasta yang bertaraf antarabangsa.   

Soal yuran pengajian kolej swasta tinggi adalah perkara biasa. Di mana-mana negara di dunia perkara yang sama juga berlaku. Ia bersesuaian dgn service dan kemudahan yg diberikan oleh pengusaha2 kolej2 swasta.Sebenarnya yuran pengajian tinggi Swasta di Malaysia masih rendah jika hendak dibandingkan dgn negara2 jiran yg lain. Namun begitu tidak dinafikan.Ada juga pemilik2 kolej2 swasta yang bersikap tidak bertanggung-jawab. Ada pengusaha yang tidak menyediakan kemudahan dan service yang tidak berpatutan dgn nilai bayaran yuran yang di ambil. Pendidikan tinggi dijadikan sebagai perniagaan semata-mata bukan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kpd para pelajar.Namun tindakan pemantauan sentiasa dijalankan. Pihak MQA dan MOHE  akan memastikan bahawa pengusaha2 kolej swasta seperti ini tidak bertindak sewenang-wenangnya. Garis panduan dan undang-undang telah dikuatkuasakan.   

Jujurnya, Gua akan sokong jika PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa...Seperti yg Gua katakan, ia adalah satu idea yg baik. Tetapi persoalannya, jika Kerajaan PAKATAN RAKYAT berjaya mengambil alih Putrajaya ...Mampukah Biasiswa diberikan kepada kesemua calon2 yg layak utk meneruskan pelajaran ke IPTA/IPTS tanpa melihat kepada keputusan yg sgt cemerlang ? Apakah implikasi kepada perbelanjaan negara jika cadangan ini dilaksanakan?  Apakah nasib kpd average students yang menjadikan kolej Swasta sebagai pilihan mereka setelah gagal ke IPTA? Mampukah kerajaan PAKATAN RAKYAT membantu pengusaha2 Kolej swasta untuk meneruskan perniagaan mereka dan memastikan ianya terus berkembang ?

Gua yakin ...Jika PAKATAN RAKYAT berani menawarkan janji seperti ini kepada rakyat Malaysia, pasti mereka sudah memikirkan tools dan cara untuk menjayakan janji ini. Tapi jika ianya gagal, Percayalah,PAKATAN RAKYAT tidak mungkin akan berpeluang untuk mewarisi Putrajaya untuk penggal berikutnya, berikutnya dan berikutnya ...   

Anyway , Kepada Mahasiswa2 yg pernah Guna duit
Pinjaman JPA/ PTPTN untuk upgrade HP Camera sebab nak tengok Video 3GP bogel, Berfoya-foya clubbing dgn Makwe, Check in Hotel dgn Makwe, sewa kereta utk bawak makwe jalan2 atau buat projek basahkan seat kereta, belikan bf hadiah seluar dalam utk Birthday,Bagi pinjam duit kat BF yg takde kerja,beli legging utk buat BF Stim, beli make up MAC untuk ngorat mamat smart kat campus, ataupun beli DSLR utk nampak cool..JGN Jadi Hipokrit utk turun berdemo menjerit-jerit....  Gua Lempang Lu nanti.

No comments: