Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Friday, January 7, 2011

KARAM SINGH WALIA HINA ORANG MELAYU ?

Gua rasa confirm Karam Mabuk..Tapi dalam hal ni dia dah minta Maaf. So maafkan je lah..Tak perlu nak provok dan panjang-panjang kan cerita. Mat- Mat rempit ni je yg lebih-lebih...At least he's a real man..Man enough to make a confession of his mistake.

 Orang mabuk tak pandai menipu... So dia mmg mengaku yg ada ckp org Melayu kurang pintar dan bukan  dtg dari Indonesia ataupun Malaysia. Memaafkan lebih baik daripada menghukum...Tak perlu nak panjang-panjangkan cerita kononnya org melayu semua terhina. Patutnya org2 Melayu kat situ yg perlu rasa hina kerana bersikap bongkak dan sombong. Sedangkan Tuhan pencipta makhluk pun masih MENERIMA KEMAAFAN DAN TAUBAT mengapa tidak kita makhluk yg hina dina ini?

 Mungkin Sajak daripada Sasterawan Negara Usman Awang ini cukup sesuai gua tujukan buat Mat-Mat Rempit yang kononnya bangun untuk mempertahankan maruah Melayu ni..Harap Lu org boleh fahamkan pada setiap rangkap yg gua highlight kan....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:


“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya

1 comment:

ZieSakura said...

betul2,melayu yg patut rasa malu sbb bongkak dan sombong..