Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, November 22, 2010

Seksanya menjadi Si Tuah, Malangnya Menjadi Si Jebat ...

Sehingga ke hari ini apabila gua melihat kembali lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,
dan Allahyarham Nordin Ahmad di dalam Filem Hang Tuah dan Hang Jebat, pasti akan ada cecair kristal yg bergenang di kelopak mata.

Segalanya adalah tentang Pengorbanan, Kesetiaan, Kecintaan, Keadilan, Kenegaraan, dan Kemuliaan di dalam memartabatkan kepercayaan adat Bangsa.

Apabila kita bercerita tentang Ceritera Tuah dan Jebat, kita masih terkongkong di dalam persoalan yg klise
" Siapakah yg benar,Si  Tuah yg benar ataupun Jebat yng benar ? ".

Memberikan pengadilan moral pada Si Tuah kerana sanggup menikam saudaranya sendiri sehingga mati, semata-mata menunaikan titah Sultan melalui pengadilan di zaman kita adalah satu kesilapan yg sering ramai lakukan.. Tuah hidup di zaman di mana pantang Melayu menderhaka. Penderhakaan Orang Melayu terhadap raja telah dianggap lebih besar dosanya daripada meninggalkan Solat 5 Waktu pada zamannya. Jika ingin dibandingkan dengan zaman ini, samalah apabila disebut sahaja ISA pasti ada beberapa individu yg menggelarkan diri mereka pejuang akan bergetar lututnya. ISA di Malaysia lebih digeruni daripada hukuman di akhirat. Oleh itu tidak hairanlah lebih ramai org berarak dan berhimpun untuk memansuhkan Hukuman ISA daripada berarak dan Berhimpun untuk Mengkaji Semula isu Hukuman MURTAD.

Jgn juga disalahkan Si Jebat kerana menderhaka kepada Sultan. Tindakan Jebat betul pada akalnya cuma apa yg dilakukannya melampaui zamannya. Zaman di mana Raja Berkuasa Mutlak tiada istilah "Raja adil Raja disembah, Raja Zalim Raja di sanggah".Apa yg ada hanyalah "Daulat Tuanku". Oleh kerana itu, misi Si PENDERHAKA yg pertama iaitu Si Tuah di sokong oleh teman-temannya yg lain iaitu Kasturi, Lekir dan Lekiu. Jgn terperanjat jika gua katakan Tuah adalah Penderhaka yg pertama. Alasannya jika dia tidak menderhaka, masakan dia dapat dapat hadir ke Istana Sultan untuk membunuh Si Jebat.Bukankah dia sudah dijatuhkan huuman bunuh ? Jika dia benar-benar seorang hamba raja yg paling setia, pasti dia akan menolak cadangan Mamak bendahara untuk menyembunyikan dia di Hulu Melaka. Bersembunyi di Hulu Melaka bermakna melanggar titah Sultan. Melanggar titah Sultan bermakna dia dianggap MENDERHAKA!

Pada zaman dan era globalisasi yg semakin mencabar ini, kita masih bermain dan dibayangi dengan jelmaan watak2 Si Tuah dan Si Jebat. Terpulanglah pada kebijaksanaan akal untuk melakonkan mana satu watak yg dirasakan lebih diterima oleh masyarakat yg semakin hidup di dalam kecanggungan. Ataupun jika hanya ingin duduk diam dan suka diperkudakan kita juga boleh memilih menjadi watak marhaen biasa.Bersorak bila melihat ada org yg menang dan kalah. Ataupun jika kekayaan dunia yang menjadi idaman, dan boleh hidup gembira di dalam kebusukan kita juga boleh melakonkan watak Si Kitul dan Si Mandeliar.

Jika lu org tanya gua, watak manakah yg akan gua bawakan...Jawabnya ;

-Gua mahu jadi Sang Adi Putera yg bertapa di Atas Gunung Ledang Sana, tersenyum sinis melihat porak peranda anak-anak muridnya -

Teruskan....

2 comments:

Verdict said...

mahu jadi puteri gunung ledang.


tak tahu nak olah bagaimana. cumanya terpegun dgn kebolehan baca minda kot.

ya.

Fontonk said...

mahu jadi diri sendiri yang hidup dizaman kesultanan melaka,

menyaksikan gelagat pentadbiran, sambil bertapa bersama di putra.