Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, November 1, 2010

MONOLOG UNTUK ABAH DAN MAK ...

Gua rasa sangat beruntung sebab dianugerahkan seorang Mak dan Abah yg sanggup berkorban ape saje untuk anak-anak.Walaupun Mak dan Abah tak berpeluang untuk sekolah sampai ke sekolah menengah pun,tapi mereka berjaya mendidik kami adik beradik dengan nilai hidup yang cukup tinggi.Sewaktu dalam masa membesarkan kami adik beradik leher dan tangan mak tak pernah ade perhiasan emas ataupun perak apakan lagi intan ataupun permata. Bagi mak semua tu tak penting selain daripada bagi ilmu dan berikan pendidikan yang sewajarnya untuk anak-anaknya.Cuma cincin belah rotan tembaga penghias jari manis Mak sebagai lambang dan tanda Mak adalah kepunyaan Abah.

Mak seorang wanita yang cekal. Seorang wanita yang hebat yang sentiasa berada di sisi Abah. Pada mak cuma pendidikan saja yang boleh merubah status dan kehidupan seseorang. Jadi Mak tak mahu kemiskinan menjadi warisan.Disiapkan kami adik-beradik dengan pemikiran bahawa pendidikan adalah segalanya. Gua tak boleh lupa betapa teruknya gua di sebat dengan tali pinggang kulit abah sebab gua kantoi tak pi mengaji di rumah Ustazah Sapiah Sojak. Mak pernah cerita, ada org kampung cakap dgn Mak. "Kenapalah kau hantar anak-anak kau sekolah jauh2 tu ? Tak sekolah tinggi pun boleh hidup jugak" Tapi kata Mak hidup dengan berpendidikan sememangnya berbeza dgn hidup sebagai org yang tidak mempunyai pendidikan. Walaupun Mak Sekolah tak sampai darjah TIGA pun ( Lantaran kemiskinan dan zaman Selepas penjajahan Jepun ) namun pemikiran Mak sememangnya tergolong dalam pemikiran Wanita yang boleh menggegarkan dunia...


Abah sejak muda lagi dah perah keringat nak bagi besarkan anak-anak dan memastikan impian dan cita-cita Mak nak tengok kami membesar menjadi insan yang hebat-hebat. Abah buat bermacam-macam kerja.Abah jual ikan,jual sayur dan buah-buahan,kerja kontrak dan macam-macam lagi. untuk sara kami sekeluarga. Alhamdulillah,berkat kesabaran mak dan abah kini mungkin boleh sedikit tersenyum bangga. Anak-anak dah mampu membela mereka.Bagi gua Mak dan abah dah berjaya tunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka tak pernah berhutang apa-apa dengan kami. Mak dan abah dan berjaya didik gua dan adik beradik gua jadi manusia. Cuma kami adik beradik yang terlalu byk hutang dgn Mereka. Kadang-kadang rasa terkilan dan pelik memikirkan senario dan kedaan di kampung gua sekarang ni.Anak-anak masing2 dah berjawatan besar dan bergaji ribu-ribuan ringgit tetapi dengan rasa tak tahu malu meminta Jabatan Kebajikan masyarakat utk memberikan bantuan bekalan makanan dan mendirikan rumah-rumah PPRT  kpd Ibu-bapa mereka. Bagi gua itu adalah satu keadaan yang sangat memalukan. Sepatutnya sebagai anak rumah buruk ibu-bapa harus digantikan dengan Istana.Entahlah, sememangnya pemikiran manusia ini berbeza-beza.

Abah seorang Lelaki yang sgt Macho. Kata kawan2 Abah di Klang,semasa  zaman Muda Abah mmg seorang Taiko. Sebut sahaja Din Koboi satu Teluk Gadong akan kenal. Abah die hard fan cerita Koboi sampai style abah pun mcm Koboi. Abah pernah cerita, masa umur dia belasan tahun hobi dia kumpul komik2 cerita koboi. Sebut saja nama2 Hero Koboi mesti Abah tahu.

Bila umur Abah mencecah angka 43 Tahun, Abah gua dapat seorang cucu.Atika namanya. Masa tu Abg Long gua masih lagi di Bumi Uncle Sam. Bertahun-tahun tak balik Malaysia. Menjajat Bumi Amerika untuk menjadi seorang yang hebat. Jadi Abg Ngah gua lah yg ganti tempat Abg Long.

Gua masih ingat lagi masa sebuah surau di dirikan di depan rumah gua. Masa tu berlaku satu perubahan yg sgt besar pada diri Abah. Surau di depan rumah menjadikan Abah menjadi pelawat dan penghuni tetap surau di depan rumah tu. Betapa gembiranya gua masa kecik2 bila dengar suara Abah gua melaungkan azan di Surau dan betapa bangganya bila gua berjemaah Abah menjadi Imam pada semua jemaah.

Walaupun Abah tak pi belajar sampai Havard Universiti tapi idea Abah lebih maju daripada Budak-budak yang grad daripada Universiti. Baru-baru ini gua dengar cerita Abah lahirkan satu idea tentang Cadangan penubuhan Alumni bekas murid SRA JAIM Kampung Berangan Enam Umbai.Tujuannya untuk mengumpul dana bagi  tabung pendidikan anak-anak kampung Berangan Enam untuk belajar. Gua tak sangka Abah gua ada idea yang sehebat itu. Abah gua tak mampu nak sumbangkan jutaan ringgit pada mana-mana pertubuhan. Sebab kekayaan bukan warisan kami. Mungkin dengan melahirkan satu idea yang begini boleh merubah sesuatu di dalam masyarakat kampung. Kerana kami sekeluarga yakin, hanya pendidikan yang boleh merubah masyarakat.

Kadang2 gua rasa malu dgn diri sendiri. Selama 27 tahun gua hidup sumbangan besar yg gua bagi pada Mak, Abah dan masyarakat boleh dibilang dgn jari. Ilmu yg gua dapat lebih menjurus kepada mengenyangkan perut sendiri. Adalah sikit-sikit sumbangan pada golongan Homeless. itu pun bukan dalam satu kapasiti yg besar. Kadang2 gua buat, kadang2 gua tinggalkan.Kadang2 gua sendiri yang mcm Homeless.

Sesungguhnya menjadi IBNU Shamsudin dan Anak Lelaki kepada Hjh Ramlah adalah sesuatu perkara yang teristimewa yang berlaku di dalam kehidupan gua.

Semoga Allah memberikan kesihatan kepada Abah dan Mak...Kerana sesungguhnya gua mmg belum bersedia untuk hidup tanpa mereka.

Teruskan...





2 comments:

Verdict said...

lately aku byk baca org cerita pasal abah mereka.

aku pon rindu babah aku jugak.


aiseh..ni nk kena skype ngn babah ni!

Brader Burger said...

Fiq,

Kelmarin Pak Long gua meninggal.So terpanggil untuk bercerita ttg Abah gua.hilangkan sayu.