Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, September 2, 2010

KONGSI GELAP!!!!!!

Kit Siang lapor polis ancaman bunuh Presiden MCA
PETALING JAYA 27 Julai - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat…
Utusan Malaysia
27/07/2009

_______________________________________________

Beberapa lagi 'jerung besar' ah long akan ditahan

KUALA LUMPUR 20 Julai – Polis akan membuat beberapa lagi siri tangkapan 'jerung besar’' yang terlibat dalam sindiket peminjam wang haram atau ah long termasuk yang bergelar Datuk dalam masa terdekat…
Utusan Malaysia
20/07/2009

_______________________________________________

Ah Long heads could be politically-linked

KUALA LUMPUR July 13 — The police have not ruled out the probability that two key members of Malaysia’s largest ’Ah Long’ (loan shark) network could be familiar names in the political fraternity.
Initial police investigations have revealed that the two were among six people who had jointly headed the network which had international connections in drug trafficking and prostitution, among others…
Utusan Malaysia
14/07/2009


_______________________________________________

Siapa Kongsi Gelap ini... Lihat sejarahnya…


Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.


Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887
Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.


Khaw Boo Aun (1835 - 1906) Setiausaha Persatuan Ghee Hin Sum Hup, juga Pengurus kewangan Raja Abdullah
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina

1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.

Tukang gunting Cina di Malaya pada tahun 1876
2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.

3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa
Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.


Pelombong Ghee Hin
4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat
Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.
Senjata yang digunakan ketika peperangan Larut antara Kongsi Gelap Hai San dan Ghee Hin
Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina
1. Sebelum tahun 1867
Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.
Senjata yang digunakan ketika peperangan Larut antara Kongsi Gelap Hai San dan Ghee Hin

2. Selepas tahun 1867
a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.
 
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.
 
c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.
 
d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
 
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.
Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69
Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun
Atau
Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.

Kongsi Gelap Hari Ini.
Sejarah Kongsi Gelap Tanah air memang tidak kurang hebatnya. Sebenarnya Sehingga kini Kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap ini masih bergerak secara aktif di bawah tanah. Operasi dan modus operandi mereka masih lagi sama seperti pada peringkat awal kemunculan Kumpulan Kongsi Gelap di Tanah Melayu ini. Mungkin alaf baru memberikan mereka peluang bisnes-bisnes baru seperti Video Cetak Rompak, Bookie ataupun pertaruhan haram, Kegiatan Pinjaman Wang dengan kadar bunga yang tinggi, sindikit video lucah, dan banyak lagi bentuk-bentuk peluang perniagaan baru yang sentiasa memberikan mereka sumber kewangan yang mantap. Tidak hairanlah jika kita lihat pada hari ini seorang Pemuda yang hanya belajar sehingga peringkat PMR mampu memandu Kereta BMW 5 Series dengan bergayanya pada umur 21 tahun.


Hari ini  Kegiatan Kongsi Gelap di Tanah Melayu semakin menarik dan banyak ceritanya kerana telah muncul Kongsi-Kongsi Gelap baru yang ditubuhkan berasaskan kaum-kaum tertentu.Setiap kaum di Malaysia ketika ini sebenarnya mempunyai arus Kumpulan Kongsi Gelap mereka yang tersendiri. Hal ini seakan mengimbangi di antara sisi terang dan sisi gelap di dalam sebuah negara.Rakyat Malaysia mesti masih mengingati nama-nama seperti Botak Chin @ Bo (Tiada) Tak ( Kerja) Chin (China), Bentong Kali, Mat Komando, Yusof Geng Mamak, Tiger Snook, dan beberapa nama lain lagi yang cukup popular namanya di dalam dunia Kongsi Gelap di Malaysia.

Jika Di Taiwan dan Macau kumpulan Kongsi Gelap ini cukup mempengaruhi di dalam pemilihan wakil rakyat yang bertanding di dalam pilihanraya. Begitu juga dengan di Hong Kong. Kumpulan Kongsi Gelap bagaikan Robin Hood bagi sesetengah masyarakat mereka. Oleh sebab itu filem-filem cereka yang diterbitkan oleh produser-produser Filem di Hong Kong sangat suka menjadikan kisah Kongsi Gelap sebagai menarik minat penonton datang ke panggung untuk menonton.Dan semestinya Filem itu akan mencapai Kutipan Box Office. Sebagai Contoh Filem Infernal Affairs boleh dikatakan paling berjaya sehinggakan Hollywood membuat semula Filem versi Hollywood itu di bawah arahan Martin Scowrsee yang bertajuk  "The Departed" . Hasilnya "The Departed " berjaya menggondol banyak anugerah di dalam Pengiktirafan Oscar.

Di Negara Jepun pula mereka terkenal dengan gelaran Yakuza. Yakuza ini sebenarnya adalah legasi daripada golongan Tenno Gelap iaitu golongan Bangsawan Jepun yang disingkirkan daripada tampuk pemerintahan Jepun semasa era permodenan Meiji. Sehingga hari ini Yakuza merupakan satu kumpulan Kongsi Gelap yang paling Unik di dunia kerana mereka penuh dengan tradisi yang sangat halus.

Adakah Kita memerlukan kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap ini wujud di kalangan kita? 
Tepuk dada tanya selera. 

Ada antara kita sukakan Putih...
Namun Ada juga yang sukakan Hitam....
Dan ada juga yang sukakan Putih, Hitam dan Kelabu.....


Walau apa pun yang kita sukakan, kita seharusnya memahami bahawa sebagai golongan yang beragama kita haruslah percaya bahawa tiada sebarang kuasa yang boleh menandingi kuasa Tuhan yang MAHA ESA. Kuasa manusia tiadalah sebesar mana, waimah sekuat manapun seseorang manusia itu tetap tidak dapat mengatasi  'ALLAHU AKBAR!!!

Cuma kena selalu ingat.Mahu Masuk tempat Orang..Bawa Otak, Bukan Pedang.........

Teruskan......
SEKUMPULAN PELAJAR-PELAJAR YANG HAMPIR-HAMPIR MENJADI KONGSI GELAP..DAN MEREKA SEMEMANGNYA GELAP.HAHAHA!
ALHAMDULILLAH..TAK GELAP MASA DEPAN....SEMUANYA BANGUN JADI MANUSIA..

PIC GUA MASA FORM 2 :)
 































                                              

4 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

Haha. Berderau darah gua baca entry ni.

"kosong tak dijaga sampai datang tiga naga"

Si Bohemian said...

Raja Fiqri Fawas..Lu memang ada bakat di dalam bidang penulisan Selepas membaca 5-6 Entry Lu dan Novel Simpang lu, gua yakin kalau lu terus gilap bakat yg lu ada, lu boleh pergi jauh di dalam bidang penulisan.Dunia penulisan ini merupakan biasan kepada rupajiwa kita...

Teruskan....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

niec n3...terimakasih lengkap

Raja Fiqri Fauwaz said...

:) terima kasih si bohemian tegar.

saya bukan penulis. menulis itu sekadar jiwa saya.

hehe.