Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Friday, September 3, 2010

NAH!!!!!!

NAH!!!! Bro...Gua tahu jiwa Rebel Lu membuatkan Lu mengekspresikan perasaan marah juga Rupajiwa dgn untaian kata dan melodi yang sebegitu. Bagi Gua, Point yang Lu Lontarkan itu ada Kebenarannya.Sebagai seorang Pengetua dia tidak seharusnya menggunakan kenyataan berbaur Racist secara umum terhadap beberapa orang pelajarnya di padang perhimpunan lebih-lebih lagi di dalam sebuah sekolah yang terdapat murid yang berbilang kaum.Ia pasti akan membangkitkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat dan kaum pelajar-pelajar itu.

Lantas, lu cuba untuk menjadi Polis moral bagi pelajar-pelajar yang teraniaya dengan hinaan pengetua sekolah terbabit walaupun tiada siapa yang menyuruh lu berbuat demikian. Idea lu cantik tetapi malangnya Lu sudah terlupa bahawa Lu adalah Rakyat di dalam sebuah negara  yang masyarakatnya sangat menitik beratkan dan memandang kepada Kesantunan di dalam Berbahasa. Lihatlah Hasilnya, Kini Lu di Cop sebagai seorang Pendosa dan Perosak Perpaduan Bangsa. 
Gua mengerti Bro...Tetapi tak ramai Melayu lain akan mampu mengerti seperti mana yang gua mengerti.....


Gua Melayu...Gua Tidak Racist...
Gua sayang Bangsa gua, Gua hormat bangsa lain yang ada di Malaysia dan Gua juga pencinta kepada Kedamaian.


Gua teruskan...Gua tak tahu samada Lu Boleh teruskan lagi atau tidak...

Yang pasti..Gua teruskan...

3 comments:

Fiq said...

hah! aku sudah ingat muka yang tak brapa nak inesen ni.
haahaa

hamzah ian said...

oyeah!!!

Raja Fiqri Fauwaz said...

rezis itu obsesi.
tapi lain pula halnya dengan puak nazi.
rezis nazi itu ada puncanya sebab bangsa aryan tak pernah membenci bangsa lain selain yahudi.

eh, amende aku melalut ni.