Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA : Saya, Saya, dan Saya Anak Malaysia....




Saya Anak Malaysia
Saya pandai berbicara
di mahkamah memang tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi kata
Saya boleh jadikan tiada kepada ada,ada kepada tiada
saya banyak klinik-klinik di Kota
mahu surat MC palsu bolehlah jumpa saya
Saya suka cincang, potong dan bakar daging di ladang kelapa sawit saya,
kadang-kadang dimakan, kadang-kadang dibuang sahaja abunya,
di sungai ada, di laut pun ada...
kawan-kawan saya boleh buat punya....

Saya Anak Malaysia
Saya pandai berniaga,
kalau buka kedai mesti untung punya,
kalau dengan kawan yang serupa saya, saya jual murah,
kalau dengan musuh saya cekik darah,
kalau dengan orang luar saya terus potong kepala,
Saya suka cakap kuat-kuat,
biar orang ingat yang saya ni hebat,
saya memang tak pandai nak jual minyak urat,
tapi dengan duit dan otak saya boleh buat orang semua terpikat,
kadang-kadang saya bodoh,
kerana saya ingatkan orang lain boleh diperbodoh,
Saya silap langkah, sebab saya gopoh,
kawan saya sendiri yang ramai jadi musuh.

Saya Anak Malaysia
Saya banyak tanah,
tapi cuma tinggal sejarah,
geran dan nama dan ditukarkan semuanya,
saya pun tak tahu apa sahaja yang tinggal adanya,
Saya punya raja,
tapi tak tahu macam mana nak datang berjumpa,
mereka kata bila dikurniakan gelaran baru boleh berjumpa,
nak tunggu dapat gelar entahkan bila,
sampai berkapanlah tubuh berpeluang bersua bersemuka,
Saya pandai main politik,
walaupun terpaksa tikam adik -beradik,
alah , apa mahu pelik Tuah dan Jebat juga pernah bertikam berbunuh,
buat sahaja apa yang disuruh,
nanti bila sampai masa kocek saya juga yang penuh,
peduli apa sama maruah dan ikhlas,
Hidup di sini kalau nak berjaya memang kena cantas mencantas...

Saya,Saya, dan Saya...
ANAK MALAYSIA.....

4 comments:

Fiq said...

sangat makan dalam.

dah mati empat orang-hanya kerana salah seorang adalah public figure- baru terbongkar semua rahsia.

lagi tambah sadis, lagi byk kes yang terbongkar mengaitkan org yang sama.

wonder, ada berapa ramai lagi datuk serupa ini di malaysia.

busuk!

Si Bohemian said...

Itulah Malaysia...Bilis tak dipandang sebelah mata..Tokey besar dipupu dan dibela....

Raja Fiqri Fauwaz said...

Itulah jadinya bila orang-orang gangster masuk dalam kancah politik dan ekonomi.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice... dalam dalam... bangkit bangkit