Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, November 5, 2008

Budak Kelantan

Semalam, gua sempat untuk meluangkan masa gua menonton filem baru yang di arahkan oleh Azizi Chunk iaiti BUDAK KELANTAN.Ternyata garapan beliau tidak mengecewakan gua. bagi gua dia berjaya menyampaikan sesuatu daripada filem beliau. Dari jalan cerita,skrip dan watak yang diketengahkan berjaya disampaikan dengan baik cuma dari sudut sinemaphotography bagi gua ada terdapat sedikit kekurangan.

Filem Budak Kelantan mengisahkan paparan hidup sebenar budak-budak Kelantan yang datang merantau ke Kota Langit Kuala Lumpur untuk mencari erti sebuah kehidupan. Terdapat dua watak utama di dalam filem ini iaitu JAHA watak antagonis yang memainkan watak seorang budak kelantan yang menjalani kehidupan secara SESAT di Kota Langit dan Buchek seorang Mahasiswa UM yang masih menganggur yang sedang mengharungi realiti sebenar kehidupan di Kota Langit. Filem ini adalah mengenai pilihan yang kita buat di dalam hidup. Buchek membuat pilihan untuk mendekati JAHA temannya sejak kecil dengan harapan JAHA akan kembali ke pangkal jalan. Banyak sisipan kisah gelap JAHA yang diketahui oleh Buchek apabila beliau mendekati JAHA.

Gua amat terkesan bila menonton filem ni. Kisah hidup JAHA mengingatkan gua kepada seorang budak Kelantan yang pernah gua kenal di Kota Langit ni iaitu Joe.Rosakkan anak dara orang,Jual perempuan,ubat batuk,pil kuda,berjudi, bergaduh adalah aktiviti yang dia buat. Sebijik macam watak JAHA dalam filem BUDAK KELANTAN ni.Watak Buchek pulak tak ubah seperti rakan sekampus gua iaitu JALI.Walau kat mana pun dia pergi solat 5 waktu tak pernah dia tinggalkan.
Yang pastinya apa yang dipaparkan dalam BUDAK KELANTAN memang realiti kehidupan di Kota Langit.

Lagu Dikir "ANAK TUPAI" dari Halim Yazid yang melatari filem BUDAK KELANTAN NI membuatkan hati gua sayu sangat.Tiba-tiba gua teringat kenangan-kenangan indah di USM masa tahun 1 DULU.Gua sememangnya rapat sangat dengan BUDAK-BUDAK Kelantan,tapi sayang tak lama...

1 comment:

-cahaya- said...

i hate budak2 dari kelantan....sebab diaorang aku hilang semua kegembiraan yang aku bina....BODOH!!!!!!!!!!!!!!