Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, February 12, 2013

Menyingkap Sejarah Jemaah Mat Motor Negeri Melaka

Sebelum muncul perkataan Mat Rempit, pemuda-pemuda yang bermotosikal digelar Mat Motor. Gelaran Mat Motor adalah satu gelaran yang power bagi seorang Pemuda.Ia tidak sejahanam gelaran Mat Rempit. Biasanya pemuda2 yang digelar Mat Motor ini hensem-hensem belaka, berani mati dan menjadi kegilaan makwe-makwe cun. Dulu nak beli kereta mahal. Jadi Lu jgn terperanjat lah ramai Brader2 yg Kerja Bank yg memilih untuk menjadi seorang Mat motor.

Gua masih terbayang betapa indahnya scene balik kerja di hari Jumaat. Pada hari Jumaat biasanya makwe-makwe cun akan pakai baju kurung atau baju kebaya ke tempat kerja. Masa ni lah Lu org akan tengok betapa machonya Mat-mat motor datang ambik makwe2 diorang balik kerja, kemudian dengan baju kurung dan baju kebaya tu lah jugak makwe2 cun berbody lentik ini akan menenggek di atas RxZ pakwe masing-masing.Legend beb..legend.

Gua membesar di dalam sebuah kampung yg tak berapa jauh dgn Bandar Melaka. Brader-brader dlm kampung gua memang Rok dan power. Selain aktif di dalam kegiatan Rok and Roll, brader2 kat kampung gua juga aktif di dalam scene Mat Motor ni. Masa gua kecik dulu, selain bercita-cita nak jadi Pemandu Kereta F1 dan Peguam, gua juga bercita-cita untuk menjadi Mat Motor yang Hensem. Ini semua kerana pengaruh brader2 mat motor yang hensem2 di kampung gua.

Scene Mat Motor di Negeri Melaka mmg tak kurang hebatnya. Dulu setiap mat-mat motor akan meronda dengan group.Setiap group akan diberi nama. Antara nama-nama group budak2 motor yang paling power di negeri Melaka seperti, BUDAK ROMA, BUDAK BCR (Belasah Corner Racing), BUDAK ZORRO, BUDAK LEKIR, BUDAK PEPSI, BUDAK RADEN, BUDAK MINNA dan BUDAK CHARLIE.
Nama-nama group motor ini biasanya diambil daripada nama-nama bengkel motor power yg diorang hantar ataupun gabungan daripada perkataan. Litar Lumba haram yg paling popular di negeri Melaka ialah Litar Highway Peringgit, Litar Jalan Klebang dan Litar Tanjung Kling dan Litar Ayer Keroh. Port lepak yang paling ramai ialah Medan Selera Klebang, Restoren Mamak Brahim belakang Hotel Ramada, dan Asam Pedas Semabok.

Bersambung....(Bergantung pada kerajinan)

3 comments:

kekanda botak said...

Skang da bersepah dgn mat2 motor yg xde adab..pinjam moto bapak,godek sane godek sini ingat ley gi ke 300km sejam,last2 kene overhaul..agagaga

Shahrul Azmi said...

Peh beb....lu mmg gmpak beb...mmbngkitkn memori..mmbngkitkn smangat perjuangan harmoni.kenangan tahun 90an...
Wa masih ingat tiap2 mlm mrdeka redah ladang klapa sawit smata2 nk function kt PD..
Smua bdk unite beb mase tu...
Terbaikkkk...best...
Luv BCR Luv MRT

Permanent Head Damage said...

MRT??ramai budak peringgit tuh..ye2 betul tu bro..ramai konvoi g PD mlm merdeka..hahaha...pastu taun 2000 gaduh ramai2..hahaha...dengan beskal, motor, kereta..semua tinggal memori..sekarang semua dah jd kawan walaupun dulu pernah bergaduh...salam perkenalan dari ayer molek..ada juga nama BCR ye..hihihi..mat tekong the legend..roma ramai budak tehel..drt 7 kuat kat duyong..PMK semabok kuat..seven star klebang kuat..An-2 durian daun..x lupa KM(kelaung man) telok mas..PT(plug tarik)..raden serkam pantai..charlie legend..minna masih aktif dgn permotoran..amat ayam juga x dilupakan..memori semua..aku masih ada lg baju BCR..kenangan2..