Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Tuesday, April 5, 2011

Foto lama, Warkah lama dan Cerita lama....

Semalam Mak Gua telefon. Mak cakap masa mak Gua kemas bilik Gua di kampung, Mak gua jumpa satu kotak kasut yang penuh dengan surat dan gambar2 gadis. Mak Gua tanya Gua nak simpan lagi ataupun nak dibuangkan sahaja. Terperanjat Gua dengar apabila mak cakap nak buangkan harta karun Gua tu. Lama benor dah gua simpan, takkan nak dibuang mcm tu je.Hanya Gua je yang tahu harga sentimentalnya. Semua surat-surat tu masih tersusun elok di dalam sebuah kotak kasut Airwalk yg gua beli masa Gua Form 3. Kasut tu dah kena bakar dgn cikgu disiplin Gua. Husin Namen namanya. Makluk Asing dari Planet Nameth. Walaupun Kasut tu dah jadi abu tapi kotaknya mencipta sejarahnya yang tersendiri.

Surat pertama ialah masa Gua Form 1. Masa tu Gua belum pandai mengayat lagi beb. Gua belum menuntut ilmu lagi dari pick-up artist mcm Mystery, Neil Strauss ataupun David D'Angelo  dan tak pernah terbayang pun gua akan baca buku 'The game' ataupun terjebak dalam 'Lairs Pick-up artist. Tapi Gua Rock. Sebab Gua Rock, Form 1 lagi Gua dah ada Makwe. keh! keh ! keh !

Gua masih ingat lagi Mak cakap. "Cepat sangat nak jadi Hero Anak Mak ni". 

Bila Masuk je Sekolah Menengah,terus Gua rasa Gua dah cukup dewasa. Gua jalan dah berkepak dan pakai kasut putih diadora pi sekolah. Lepas tu jambul depan gua kasi simpan panjang. sideburn kasi tajam. Seluar sekolah tu kalau boleh bawah kaki nak besar-besar sampai boleh masukkan kepala. Masa tu gua ingat kalau takde makwe tak cukup Rock. So untuk jadi lebih rock Gua carilah makwe cepat2. Tambahan pula Brader-brader kat Kampung Gua cakap kalau dah pakai seluar sekolah hijau baru boleh ada makwe. keh keh keh!

Sekali-skala balik kampung,Gua akan baca balik semua surat2 yang disimpan tu. Terbahak-bahak ketawa sendiri bila baca balik ayat-ayat cinta budak Form 1 dan kadang-kadang bila teringatkan kenangan di sebalik surat-surat tu semua element sayu pun mencengkam jiwa raga. Cewah !

Gua tak pernah jemu berutus surat dengan Si Makwe.Daripada Gua form 1 sampailah Gua form 5. Walaupun pada masa tu kami duduk satu kawasan,tapi kami masih menggunakan Pak Posmen menjadi penghubung cinta monyet kami. Setiap minggu Gua sentiasa teruja menunggu pak Posmen datang ke rumah. Walaupun kadang-kadang surat yg ada satu baris ayat , ia masih mampu buat Gua senyum sampai telinga.

Masa tu Gua Form 2, surat Cinta Monyet Gua terkantoi dengan Ustaz Tabligh di sekolah. Ustaz Razak namanya. Masa buat spot check beg di padang perhimpunan(Biasalah, Gengster mmg akan selalau kena check) , dia terjumpa surat Makwe Gua yang warna pink dan ada bau bedak Baby Johnson. Dia marah Gua. Dia cakap, budak sekolah mana boleh ada Makwe. Gua tension.Dah lah sekolah Gua semua lelaki. Gua nak ada makwe kat luar pun dia nak marah. Takkan Gua nak rembat bapuk2 kat sekolah jadi makwe. Mana Rock. Sebab Gua rock, Gua buat bodoh je dengan amaran Ustaz Razak. Bagi Gua cinta monyet bukan salah pun. Dia nak bising buat apa. Kenapa tak bising kat bapuk-bapuk sekolah Gua yang bernafsu songsang di asrama tu. Mentang-mentanglah Gua Gengster Sekolah, apa je yg Gua buat semua salah.

Gua memang Gangster Sekolah yang selalu malang. Gua kantoi lagi dengan Ustaz Razak. Kali ni dalam kelas pulak. Dia buat spotcheck wallet pulak. Nak cari rokok yg terselit celah-celah wallet katanya. Sekali lain pulak yang dia jumpa. Dia jumpa Foto makwe gua yang putih gebu tu tengah senyum. Masa tu dalam hati cakap menyesal gua simpan foto dia dalam wallet.

Hari tu Ustaz Razak sangat bengang dengan Gua.Dulu Gua kantoi surat. Kali ni kantoi gambar plak. Dia suruh Gua koyakkan gambar tu. Gua tak nak. Mana boleh. Hilanglah Rock Gua. Sebab Gua rock, Gua melawan Ustaz Razak. Gua cakap, Gua bukan kacau orang pun. Gua cuma simpan gambar makwe dalam wallet je.Sikit pun tak langgar kod peraturan sekolah.

Hari tu, sebab Gua melawan dan tunjukkan yang Gua ni Rock, Gua kena libas 3 kali dengan ajian sakti karmawarjoko Ustaz Razak. Rotan panjang yang tak kenal mangsanya. Yang peliknya dia siap suruh Gua buat solat sunat taubat. Gua tanya dia ..

" Ustaz, takkan simpan foto makwe dlm wallet pun kena buat solat sunat Taubat " ?

Sampai hari ni Gua tak faham kenapa Gua kena buat solat Sunat Taubat. Keh keh keh!

Ketika ini, Gua sedang senyum macam Usop Wheelcha . Terfikir, kalau lah Makwe Gua dulu tu tahu,yang Gua pernah kena balun dengan rotan, dan buat solat sunat taubat sebab simpan foto dia dalam wallet, mungkin dia akan tahu betapa Rock nya Gua mempertahankan Cinta Monyet Gua kat dia dulu....

Keh!keh!keh!

"BERCINTA MONYET LEBIH BAGUS DARIPADA BERCINTA DENGAN MONYET"

Ini Baru Rock !!!

                                                                        
                                                                    Mulanya Di Sini ...

1 comment: