Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, April 13, 2011

CLUBBING TAK HARAM DAN POCO-POCO HARAM...

Seumur hidup, Gua tak pernah menganjurkan pesta ataupun apa-apa Party. Samada party sambutan hari jadi, Party buih, pesta muda-mudi ataupun apa-apa sajalah yang menghidangkan gelak ketawa dan ruang untuk semua orang berfoya-foya. Bukan Gua tak nak buat tapi bagi Gua lah kan, daripada Gua habiskan duit Gua anjurkan party atau pesta, lebih baik Gua kumpul duit gua tu beli Maruah. Sekurang-kurangnya bila maruah Gua tergadai gua ada standby satu lagi maruah.

Tapi satu hal yang Gua pelik, Gua adalah individu yg sentiasa dijemput dan diperlukan di dalam mana-mana pesta yg Kaum2 Gua anjurkan.Kata mereka, kalau Gua takde Pesta itu pasti akan membosankan. Mereka kata Gua Rock. Gua Funny. Gua boleh bikin party yg dingin jadi panas...Owh Gua ni kan BEBAS.

2 tahun dulu, kalau kaum-kaum Gua ni berpesta tak sah kalau takde asap, bunyi muzik hinggar binggar, dan gadis-gadis rambut warna-warni yang terlompat-lompat dan terkinja-kinja sambil memegang botol air Soya Bean..( Soya Bean lah sangat...) Masa tu masing-masing rasa diri sendiri yang paling cool. Duduk dalam club dengan muka bangga dan angkuh seperti berfikir bahawa ianya akan menambahkan lagi pahala untuk mudah masuk syurga. Selaku orang penting, tugas Gua mudah. Biasanya Gua yg akan  Open Floor. Kegilaan, kelajuan, dan kerosakan moral di dalam  pesta itu bergantung kepada apa yg akan Gua mulakan. Kalau Gua mulakannya dengan Barbaric way, maka ia kan jadi barbaric. Kalau Gua mulakannya dengan penuh hormat dan sopan santun maka ianya akan jadi begitu lah. Seingat Gua,  Gua tak pernah pun open Floor dgn Surah Al-Fatihah. Pernah satu ketika Gua tempeleng muka seorang kawan Gua,  sebab dia baca 'Bismillah' masa nak togok 'Black Label'. Bagi Gua kalau nak jadi Setan, jadi Setan terus. JGN JADI setan dan Malaikat pada masa yg sama...

Dalam byk-byk pesta yang pernah Gua hadiri ada satu pesta yang tak mungkin Gua lupakan. Pesta tu Gua beri nama 'Pesta Bongok ' .Gua bagi nama Pesta Bongok sebab Gua rasa Gua memang cukup bongok mlm tu . Kebongokkan Gua bermula apabila Gua ter-SARGING bonser Club punya awek... Hasilnya Kepala Gua kena hentak dengan botol Sos (Botol sos lah sgt..) dan Gua kena pijak dengan Bonser-bonser yang badan besar macam babi tunggal.  Gua tetap kena lanyak dengan teruk sekali walaupun Gua ada belajar Tomoi dan Silat.Tuhan masih sayang dan mahu memberikan subsidi nyawa lagi untuk Gua.  Nasib baik Kaum2 Gua nampak Gua kena sebat kat belakang Club. Depa mai dtg tolong Gua.. Satu hari Gua pengsan. Gua rasa kalau depa tak mai mungkin hari ni Gua dah takde utk tulis post ni

Esoknya masa tersedar daripada pengsan Gua tengok EX-GF gua ada kat sebelah. Gua senyum. Gua cakap dengan dia...

"Nasib i hidup lagi kan, kalau tak mesti sekarang ni i meraung-raung kena bantai dengan Mungkar dan Nangkir "

Ex-GF  Gua buat muka blur. Then dia tanya Gua dengan bersungguh-sungguh.

" You-You, Mungkar dan Nangkir tu apa ? "

Gua senyum. Gua faham. Gua tahu ex-GF gua lebih mengenali 'Lucifer, Nukpana, dan Samael' daripada dia mengenali Mungkar dan Nangkir. Nak buat mcm mana. Dari kecik hanya Gospel dan Bible je yg dia tahu baca.

Itu Cerita dua tahun yang lepas...

Semalam, pukul 9 pm ada seorang kawan telefon. Dia ajak Gua berpesta. Gua rasa sejak Gua dah berhenti minum Soya Bean (Soya Bean lah sgt..) dan belajar untuk jadi Orang Melayu dan Orang yang baik-baik ni, hampir 2 tahun Gua dah tak berkunjung lagi ke mana-mana Club untuk berpesta. Jadi agak pelik bila ada seorang Mamat ni Call Gua untuk ajak Gua berpesta...Mungkin dia terlupa ataupun terlalu gian untuk berpesta cara Gua dulu....

Gua jawab

" Bro, Gua nak tidur. Lain kali lah "

Kawan Gua balas

" Ada pukul 9 pm dah nak tidur, TAK ROCK LAH LI "

Gua jawab

" ROCK Abah Lu, Kalau Gua mati  masa otw nak pi Club Lu rasa, Gua masuk Syurga tak ? "

Jawapan Orang konon-konon alim

Kawan Gua balas balik,

*BRO MENARI POCO-POCO HARAM. CLUBBING TAK HARAM* MUFTI TAK KECOH DAN KELUAR FATWA PUN KATA CLUBBING  TU HARAM*

Errkkkk....

Lu Orang rasa Salah siapa ni ???

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: