Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, March 27, 2011

Dia Sudah Kembali.......

Diam tak diam dah hampir 5 tahun Gua cari makan di Republik Kota Langit . Kadang-kadang Gua terlebih makan dan pernah juga tak cukup makan. Biasalah, orang muda. Jadi nafsunya tentu besar. Bila duit berada di tangan segala syurga nampak di depan mata.

Masa mula-mula Gua ambil keputusan nak meredah hidup di Kota Langit, Gua tinggalkan Pulau Mutiara dan seorang Gadis di Sungai Petani dengan janji bahawa satu hari nanti Gua akan kembali untuk membawa dia bersama-sama mendiami mimpi yang kami angani. Tapi Gua ingkar dengan ikrar janji . Republik Kota Langit membuatkan Gua terlupa diri dan menjadi seorang lelaki yang Gua sendiri tak kenali.

Hati Gadis yang Gua tinggalkan itu hancur. Gua menjadi kutukan yang teragung. Disumpahkan Gua agar takkan menemui dan  memperoleh kebahagiaan ke akhir masa. Gua tak pernah menyalahkan dia. Bagi Gua dia berhak membenci dan memberikan kutukan yang teragung itu kerana sememangnya Gua berhak untuk itu. Demi Ringgit Gua berubah. Demi Dunia Hedonisme Gua tersasar melakukan sesuatu perkara yang sepatutnya Gua lakukan. Demi masa sesungguhnya Gua memang tergolong di dalam orang-orang yang kerugian. Bagi Gua Kilauan lampu-lampu Neon dan Gedung-gedung yang menyajikan pesta  di Jalan P.Ramlee, Jalan Doraisamy , Jalan Changkat dan Jalan Telawi adalah sesuatu yang dapat menenangkan Gua. Gua Khayal dari matahari naik sampailah matahari muncul semula membawa sinar pagi. Khayal dengan suara-suara manja pari-pari malam, khayal dengan minuman syurga dunia dan khayal dengan biji-bijian yang merangsangkan kepala. Gua sangka itu kehidupan. Tanpa Gua sedar gua mula mencipta satu kehidupan yang berdingding kelam dan kedinginan.

Hari ini Gua melihat jauh ke dalam diri. Cuba mencari dan mengenali kembali lelaki yang sepatutnya berdiri dengan gagah berani untuk mengatakan benar kepada yang Hak dan mengatakan Tidak kepada yang batil. Manusia mana yang tak melakukan kesilapan. Nama pun manusia. Sudahlah Iman senipis kulit bawang lalu berani pula ingin menempatkan diri di dalam kumpulan-kumpulan Siluman dan Lucifer.Maka ia berevolusi dan merubah merubah bentuk kejadiannya lebih hina dan buruk daripada Siluman dan Lucifer.

'Masih belum terlambat...' Ringkas dan mudah bila di dengarkan. Tapi bila ia di dengari oleh diri yang sudah banyak terpalit dosa-dosa dan noda hitam ayat itu meremangkan bulu roma di tengkuk berhari-hari. Tiba-tiba Gua rasa ingin meraung apabila Gua tersedar  bahawa Subsidi Oksigen yang diberikan kepada Gua selama ini di korupkan oleh Gua dengan sewenang-wenangnya. Dia memerhati dan memberi peluang. Dengan Kuasanya bila-bila masa sahaja dia boleh menghantar  Malaikut Maut untuk  menarik segala Subsidi yang diberikan. Tetapi dengan keangkuhan Gua memikirkan bahawa Maut itu hanya mengenal batang tubuh bernyawa yang berusia 60 tahun ke atas. Bila sakit datang dan kesulitan datang menziarahi baru Gua mahu bentang tikar sejadah untuk ingat dia. Bila Ringgit dan keselesaan datang bermanja, gua kembali lupa dan ketawa berdekah-dekah dengan Si Syaitan Lucifer.

Gua percaya kehidupan ini adalah perjuangan. Kalau kita tak mampu untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam macam orang-orang di Palestin tu, BERJUANG UNTUK MENGISLAMKAN DIRI SENDIRI ITU ADALAH PERJUANGAN YANG PALING BESAR. Mujurlah Gua dilahirkan dari benih Ibnu Shams dan dari sejuk perut Hajah R. Maka Gua memperolehi nikmat Islam dengan secara automatik. ISLAM AUTOMATIK YANG SANGAT NIPIS IMANNYA. Setiap perjuangan akan ada penghujungnya. Cuma tu lah Beb, apabila memikirkan bagaimana penghujungnya itu amat menggelisahkan jiwa . Adakah Ianya akan memberikan Gua pengakhiran yang indah. Indah di mana boleh  Gua tersenyum dalam cahaya ataupun ia akan berakhir diwaktu Gua masih lagi sesat dan buta teraba-raba mencari cahaya di dalam terang.

Teruskan....

No comments: