Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, October 14, 2010

Gua dan Blogger (Bidadari Besi Kecil Yg Besar Pandangannya)


Gua boleh diketegorikan sebagai seorang lelaki yang susah untuk memuji pemikiran sesorang individu jika gua belum benar-benar mengenali sang pemikir. Pada gua tahap pemikiran manusia ini tiada batasnya kecuali melibatkan perkara-perkara yg telah dibataskan oleh agama seperti RUPA BENTUK ALLAH dan beberapa hal lain yang jika kita fikirkan boleh menggegarkan aqidah jika kita tidak benar-benar mempunyai asas tauhid yg kuat. Gua suka berfikir dan suka bersama dengan individu-individu yang gemar berfikir.Sebab itu gua mengambil keputusan untuk terus berkecimpung dan mencari rezeki di dalam bidang akademik agar gua sentiasa rasa hidup dengan ilmu dan pemikiran dan dapat bergaul dengan mereka yang sentiasa ghairah dengan penjelajahan ilmu dan berfikir. Pastinya aktiviti berfikir itu seharusnya diarahkan kepada satu aliran pemikiran yg membawa kebaikan kepada Sang Pemikir. Utk duduk berbual dan berfikir ttg perkara-perkara yg remeh temeh ataupun mengumpat tt dia dan dia adalah taboo bg gua.

Selain daripada membaca buku-buku, jurnal-jurnal dan majalah-majalah yang boleh meletopkan pemikiran, gua juga gemar membaca blog-blog yang terdapat " di dalam jaring" . Selain daripada singgah dan kadang-kala traffic di blog-blog hebat seperti Anwar Ibrahim ,Dr Mahathir Mohamad , Minda Tajdid Dr.Maza, Tukar Tiub dan beberapa nama lain lagi, kini gua juga sedang mendekati sekumpulan penulis-penulis blog muda yang rata-rata umur mereka sekitar 18-22 yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Blogger Picisan " .

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang penulis-penulis blog muda ini ialah tentang gaya bahasa penulisan mereka di dalam blog. Ada di antara mereka yang sgt bijak berbahasa dan sangat pandai menyusun bahasa sehingga apabila membacanya kita merasakan seperti mereka ini tidak layak untuk berada di dalam lingkungan umur yang sebegitu muda. Ada kekaguman melintas tatkala membacanya. Ada juga di antara penulis-penulis blog muda ini menulis dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat memualkan. Sepertinya bahasa Melayu itu adalah satuu bahasa yang sangat jelik bunyinya dan sangat tidak santun rupanya. Penulis-penulis muda ini mencipta istilah-istilah baru yang gua sendiri tak pernah dengar dan tidak pernah lihat baik di dalam kamus Dewan mahupun di dalam kamus Oxford ataupun Mariam Webster. Istilah itu hanya akan difahami oleh golongan-golongan yang mengalami ketagihan menulis blog sahaja.

Membaca blog seseorang penulis blog itu umpama membaca aliran pemikiran mereka. Sedikit sebanyak melalui hasil penulisan mereka gua seakan dapat membaca dan membayangkan sikap dan tingkah laku penulis di dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ada juga yang menyatakan tentang teori escapism. Mereka mengatakan penulis-penulis blog ini adalah golongan escapism. Benar ataupun tidak ianya terserah pada penulis blog itu sendiri. Benar, ada di antara mereka tidaklah sehebat watak yang mereka cipta di dalam blog. Seumpama ada satu alter ego yang diwujudkan. Jadi untuk merealisasikan impian untuk menjadi seseorang yang mereka impikan, mereka mencipta watak hebat dan alter ego itu di dalam setiap penulisan mereka. Tetapi seseorang pembaca blog yang berfikir, pasti akan dapat membezakan samada seseorang penulis blog itu terperangkap di dalam escapism ataupun itu sememangnya hasil rupajiwa mereka sendiri.

Sememangnya membaca, berfikir dan menulis itu adalah passion gua. Gua akan rasa sangat bodoh kalau gua rasa gua tidak ada sesuatu yang penting untuk difikirkan. Gua akan rasa kosong kalau tiada satu buku hebat yang dapat menemani gua. Gua akan rasa resah jika gua tak dapat menulis ataupun melontarkan idea tentang sesuatu yang gua fikirkan. Gua akan rasa usang jika tiada teman yang mampu menggegarkan kepala otak gua dengan persoalan-persoalan di dalam kehidupan.

Sedar tak sedar dah 27 tahun Allah memsubsidikan Oxigen untuk gua. Gua pun tak tahu adakah gua ni termasuk di dalam ketegori manusia-manusia yang melewahkan subsidi Allah ataupun menggunakannya pada haknya. Rasanya banyak juga subsidi-subsidi Allah yang telah gua bazirkan. Semoga Allah terus mengarahkan aliran pemikiran gua untuk memikirkan sesuatu yang terbaik buat diri gua dan insan-insan yang berada di dalam bulatan hidup gua.

Teruskan....

1 comment:

Fiq said...

tinggi sangat puja pujian tu..dah serupa tinggi pokok nyiur.

kasi rendah sikit macam pokok keladi bunting.. ;)

terima kasih cikgu!

pssstt..27 tahun tu muda lagi cikgu.kawenlah cepat2 kalau nk manfaatkan subsidi tu!
;)