Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Monday, October 12, 2009

cerita TENTANG KEPERCAYAAN ( IMAN)

'Kepercayaan' , adalah satu perkara yang bisa menyatu dan membunuh jutaan manusia. Sejak zaman berzaman dunia menyaksikan pelbagai kemusnahan berlaku, hanya disebabkan oleh sekumpulan manusia yang cuba menegakkan kebenaran melalui apa yang mereka percaya daripada kepercayaan mereka, yang mereka sangka ia benar dan boleh dipercayai oleh semua manusia yang inginkan kepercayaan yang menuju kebenaran.

Apa yg gua percaya ?

pastinya kalau semua org tanya gua satu soalan yg umum...

Apa yg gua Percaya?

Gua akan jawab...

" Gua percaya ada satu kuasa yang menjadikan dan mengawal sekelian Alam semesta ni, dan kuasa itu adalah kuasa tuhan,tak mungkin alam semesta ini terbina sendiri melalui unsur2 mikro seperti yang dipercayai oleh Sciencetology dan Darwinisme kerana satu soalan tidak akan terjawab "siapakah yg mencipta unsur mikro tu ?.Tuhan YG Gua percayai itu gua kenali sebagai Allah.Allah itu tidak memerlukan apa2 acuan sekalipun untuk menjadi perantaraan antara dia dan Hambanya.Allah itu tidak mempunyai anak ataupun isteri.Allah itu juga bukanlah hanya menciptakan satu kaum sahaja yang mulia di sisinya.Allah itu adalah SATU bukan wujud dengan mempunyai beribu kepala ataupun berjuta tangan.Allah itu Agung!!! Agung bermakna tiada satu kuasa yang mampu melangkaui Kekuasaannya.

Tapi hidup bukan hanya berlandaskan kepercayaan sahaja. Kepercayaan tidak akan bermakna jika kita tidak menyaksikan ataupun melakukan intipati daripada kepercayaan yang kita Imani.
Kepercayaan adalah Iman. Iman itu adalah satu anugerah.Anugerah itu bermakna hadiah ataupun sesuatu yang kita terima sebagai satu penghargaan di atas kejayaan kita. Jadi Iman itu adalah sesuatu yg harus kita cari dan wajib kita menangi. Ramai yang lahir sebagai Islam, tapi tak semua di antara kita yang akan mati sebagai seorang Islam yang beriman.

Adakah gua seorang Islam yang Beriman ?
Berapa tinggi kah gua naik " Menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah ? dan
Berapa tinggikah pula gua naik untuk " menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah?

Islam dan Iman gua hanya tuhan yang tahu. Gua tak perlu nak beritahu satu dunia dan pukul canang satu kampung ckp yg gua ni org yang beriman. Cuma terkadang gua pelik bila mendengar dan melihat orang-orang yang mengaku beriman di depan gua bercakap di dalam memberikan pendapat dan memberikan pernilaian kepada orang lain.

"TERLEBIH DAHULU GUA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA GUA CUMA SEORANG MARHAEN YG GEMAR BERKEMEJA T PUTIH PLAIN BERSAMA JEANS BIRU VINTAGE YG KOYAK DI LUTUT.ADAKAH LAYAK SEORANG PRIA YANG SERING BERJEANS BIRU LUSUH YG KOYAK DI LUTUTNYA BERBICARA TENTANG IMAN DAN ISLAM DI KALANGAN INSAN2 YG MENGAKU DIRI MEREKA ULAMAK? GUA HANYA DI PANDANG SEBAGAI PICISAN BARANGKALI.DAN ITU LAH GUA PADA PANDANGAN MEREKA.MUDAH SUNGGUH KALIAN MEMBUAT PERNILAIAN "

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil tentang iman seseorang bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.

Ada pulak manusia yang mengaku beriman ini dengan gah dan angkuh mengatakan mereka adalah ahli syurga.Buktinya dgn lekuk hitam di dahi mereka.Bullshit betul gua rasa.

Di malaysia ni lagi pelik. Orang Melayu merasakan bahwa Islam itu hanyalah untuk orang Melayu sahaja. Umpamanya Allah hanya mendengar doa-doa orang Melayu sahaja. Islam gagal difahamkan kepada orang yang bukan Melayu.

Islam ala melayu yang cuba diterapkan oleh sesetengah pihak telah menyebabkan sebahagian masyarakat bukan melayu merasakan Islam di Malaysia seakan begitu exclusive untuk kaum melayu. Apabila mereka menganut Islam mereka seakan merasakan mereka menjadi melayu, atau second atau third class Islam sebab mereka bukan melayu. Interaksi masyarakat muslim dengan bukan muslim di negara ini masih gagal membawa mesej Islam sebagai agama yang universal and compassionate yang Allah hantar untuk setiap kaum.

Dalam syurga bukan ada orang Melayu Sahaja....

Gua bukanlah seorang yang layak untuk bercerita tentang dosa dan pahala. Tapi gua tahu yang kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

Gua masih lagi berdayung di lautan luas yang bernama kehidupan ni. Gua tak tahu bila sampan gua akan hancur dihambung ombak.Gua tak tahu bila dayung sampan gua patah, dan gua jugak tak tahu bila gua akan hilang tenaga untuk berdayung hingga sampai ke daratan benua. Tapi yang gua yakin dan percaya akan Satu, ALLAH yang gua percaya sentiasa melihat setiap perbuatan yang gua lakukan semasa gua berdayung ke daratan benuanya....

Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.

Wallahu Alam ....God Speed


No comments: