Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, July 1, 2012

The Orion Condominium

Pada suatu hari Ali singgah makan di Kg.Baru. Tiba-tiba datang seorang Lelaki Budiman menegurnya.
"Assalamulaikum saudara, maaflah  kalau saya mengganggu. Jika saya ingin menghadiahkan kediaman saya kepada saudara mahukah saudara menerimanya ?  


Dalam keadaan yang terpinga-pinga Ali menjawab,

" Eh, Siapa Tuan ini ? Kenapa secara tiba-tiba Tuan mahu menghadiahkannya kepda saya ? Dan kenapa pula saya? 

" Oh, jangan terkejut. Nama saya Sheikh Mansour bin Zayed. Sebenarnya setiap tahun pada tarikh hari jadi saya, saya akan keluar berjalan mencari seseorang yang bertuah untuk diberikan hadiah.Sememangnya, dari tadi  saya sudah perhatikan saudara dan membuat pernilaian. Apa yg saya nampak, selain daripada Hensem dan nampak power, aura keikhlasan juga jelas terpancar dari wajah saudara. Dengan itu saya terus membuat keputusan bahawa saudara lah orang yang paling layak untuk menerima hadiah saya pada tahun ini.

" Erkkk, saya masih tak faham. Kenapa dalam berjuta-juta manusia kat Malaysia ni saya yang tuan pilih untuk menerimanya ?

"Hmm..Awak anggap sahaja awak sememangnya seorang yang sangat bertuah.  
Anyway, kediaman yang ingin saya hadiahkan kepada saudara ini terletak di Jalan Tun Razak, 'The Orion Condominium'. 
Bagaimana, mahu tak saudara menerimanya ?

"Apa ? The Orion!
Condominium itu berharga hampir RM 1 juta Tuan! 
Confused juga saya ni. Tidak pernah saya berjumpa dengan manusia yang murah hati macam Tuan ini. 
Tapi kalau Tuan nak bagi free, memang pucuk dicita ulam mendatang."

"Kalau begitu , baiklah..ini kunci rumahnya dan ini pula contact card saya. 

Nanti tolong SMS kan nama penuh dan email address kepada saya.
 Any further details, Peguam saya akan telefon saudara nanti"

"Oh, baiklah Tuan Sheikh.Terima kasih banyak-banyak ye. Nanti kalau ada rumah lain nak bagi free, atau kereta Ferari lebih ke, Tuan jgn lupa cari saya lagi ye "  


"Baiklah. Hahaha!"


Selepas Lelaki Budiman itu beredar, Ali pun pulang ke rumah dgn hati yg sangat gembira.



" ABI !!!! BANGUN LAH, DAH PUKUL 6.15 AM  NI. NANTI LAMBAT KITA SAMPAI OFFICE "

1 comment:

Wanita Bertudung Hitam said...

ceh!! tipah tertipu~ baru je nak terbitnya perasaan dengki..