Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Thursday, June 24, 2010

Mengejar Kejora...

Berlari aku mengejar kejora
Langkah yang panjang tak kenal kecewa
Kadang tersungkur terhumus ke tanah
Pantas ku bangkit dan kembali gagah....

Kejora bersinar di langit terang
Sang bulan tersenyum memancar riang
Memberi ilham menambah perangsang
Untuk teristimewa impian cinta...

Kau Tunggu aku jadi sempurna
Moga aku mampu mencipta syurga

Namun aku tetap manusia biasa
Kalah menang itu biasa
Tak mampu berlari aku menapak
Walaupun longlai tetapkan ke sana....
p/s : Dah lama gua tak compose lagu..Santai2 petik guitar dan memikirkan kisah seorang teman seperjuangan yg berjuang untuk menamatkan Thesisnya, terpancul ilham untuk hasilkan lagu ni....InsyaAllah Weekend ni siap agaknya edit utk recording bodoh2. My new housemate membuatkan gua semakin teruja untuk kembali "BER BUSKING di CENTRAL MARKET"
Dah lama tak melontarkan kata pada keriuhan hiruk pikuk warga Kota Langit...

Wednesday, June 23, 2010

Gua bercerita Tentang 'Kaya' .....

Masa gua kecik-kecik dulu gua selalu berangan bila gua besar gua nak jadi kaya.Tapi masa jadi budak kecik dulu, nak jadi kaya yang macam mana gua tak pernah tau.Yang pasti pada masa tu gua ingat, kalau gua ade sebiji rumah banglo yang ada swimming pool,sebijik kereta sport, dan sebijik Superbike dah boleh dikira kayalah.Gua selalu cakap dengan kawan-kawan gua,bila umur gua dah 25 nanti gua akan ada semua tu.....
Tapi malangnya sampai skarang bayang daripada tu pun gua takde :) ...

Pada satu malam...gua melepak sorang-sorang di Luna Bar, Darby Park KL.Mata gua terpaku pada pasangan kekasih.Bangsanya Melayu, tetapi agamanya Gua tak pasti.Tapi yang pasti Si Dara sangat Jelita.Dara atau tidak itu pun gua tak pasti.Agak-agak dalam awal 20-an umurnya.Boleh gua ketegorikan Sebagai Ratu.Sang Terunanya pulak pada pandangan gua pasti sudah mempunyai anak teruna yang sebaya dengan gua...Kepalanya memancarkan sinar di bahagian tengah,perutnya seakan terkena santauan busong dan bulat seperti ada bola di dalamnya dan rupa parasnya pulak..haha!! macam Lembu Jantan nak mengawan tapi lembu betina datang bulan..

Gua tersenyum sendiri.Pengadilan moral cuba gua elakkan.Tapi biasalah walau macam mana kita nak elakkan pun pengadilan moral terhadap seseorang...sikit sebanyak terlintas jugak.Hati kecil Berkata,Si Dara Jelita pasti takkan memandang si Teruna berperut bola jika Si Teruna tidak menyediakan suppliment Card yang mempunyai credit Limit RM20 K sebulan dan sebuah RX8 beserta Service apartment yang menghadap Menara Kembar.Bagi Sang Teruna Berperut Bola,apalah sangat dengan pelaburan yang sebegitu jika dibandingkan dengan nikmat yang dirasa selepas malam menjelma...Sang Dara Jelita pula mungkin ada menyimpan rahsia..mungkin malam untuk Si Teruna Berperut Bola dan bila siang menjelma Sang Dara Jelita akan mula menghubungi Teruna Impian pengarang jiwa...Kerana pabila fajar menjelma Sang Teruna Berperut bola sibuk dengan urusan menjaga hartanya...Ah..Terlalu jauh Gua membuat telahan...Tapi itulah hakikat yang Gua pandang setiap hari di depan mata...

Satu ketika dahulu, Dara Jelita yang gua perhatikan pernah cuba bermain mata.Gua saja yang tak mahu jatuh dalam perigi buta kerana gua tau banyak sangat kaca dan duri yang berbisa yang mampu membuatkan gua binasa.Malam-malam gua di Kota Langit memang sentiasa menarik ceritanya.

Kaya...Ramai yang jadi buta dan lupa bila sudah kaya.Gua tak boleh nak nafikan hakikat tu.Memang sukar nak jadi diri kita sendiri bila kita dah jadi makin kaya.Perasaan Bongkak,angkuh dan tinggi diri tu adalah sahabat karib yang pertama yang akan cuba mendekati kita bila kita dah kaya...Sikit sebanyak itu yang pernah gua rasa..Daripada seorang budak kampung yang takde apa-apa jadi seorang yang dicari oleh sebilangan orang-orang penting di tengah kota Langit.Akhirnya semua tu hilang sekelip mata, lantaran kerakusan di alam Ringgit Kasorga.Moga Ringgit takkan membebankan kehidupan Gua lagi.Demi Ringgit!! Sesungguhnya ramai Insan Kota Langit berada di dalam Kealpaan.

Semoga hati gua kuat melawan godaan-godaan pelesit di Kota Langit ini...Sekali Lagi.

Gua masih belum benar-benar Sampai....Tapi perjalanan gua untuk ke situ sudah makin hampir.Hala tuju gua dah semakin jelas.Hampir ke tempat yang di tuju.Semoga Cahaya daripada Langit akan menyinari perjalanan gua untuk ke situ.Gua benar-benar perlukan kekuatan,kebijaksanaan dan ketabahan waktu ini...

Teruskan...

Sunday, June 20, 2010

ABAH: DEDIKASI SELAMAT HARI BAPA UNTUK SESEORANG YANG DIPANGGIL ABAH...

Gua masih dianggap bertuah kerana dalam usia yang begini gua masih lagi berpeluang untuk melihat wajah insan yang banyak berkorban di dalam membesar dan memberikan hidup kepada kami adik beradik iaitu seorang HERO yang selayaknya kami adik beradik memberikan segala kebahagiaan di dunia ini untuk beliau...ABAH..Mungkin perkataan keramat ini lah yang mula-mula sekali gua pandai menyebutkan selepas perkataan MAK...Gua sangat bangga menjadi anak kepada ABAH.

Gambar diatas ini adalah abah gua.Tuan Haji shamsudin bin Ahmad,lelaki hebat yang dilahirkan pada 4 Oktober 1944 di Klang Selangor. Beliau bapa kepada 8 orang anak,iaitu 6 lelaki dan 2 perempuan,yang masing-masing anaknya berusia dari 44 tahun hingga 27 tahun.Bapa gua mungkin cuma lelaki tua biasa di mata orang lain,dia bukan jutawan,dia bukan hartawan dan juga bukan cendiakiawan...tapi di mata gua, abah gua adalah HERO yang lebih hebat dari segala HERO yang ada.

Hebatnya abah saya mungkin tak dapat gua atasi. Mungkin gua hanya dapat menandingi sekilas saja daripada kehebatannya. Walaupun abah gua cuma seorang penjual ikan di pasar, namun beliau mampu memberikan pendidikan yabg sempurna untuk 8 orang anak. Abah disokong oleh seorang wanita hebat yang mana hanya sebentuk cincin suasa sahaja yang menghiasi jari manisnya sebagai tanda cinta...selebihnya wanita itu pasti akan memikirkan tentang keperluan dan kehendak anak-anak.Tidak pernah sekali wanita itu bersungut tentang kesusahan yang dilaluinya bersama ABAH di dalam memberikan kehidupan kepada anak-anak.

Kata Abah yg tak boleh gua lupa.. " Lelaki harus jadi Lelaki.Nak jadi lelaki terhormat kena jadi bijak. Nak jadi bijak kena pandai macam mana nak hidup. Bukan TIDUR je siang dan malam.Zaman aku dulu masa sebaya kau, aku nak cari duit belanja kena panjat pokok kelapa.ARWAH atuk Mat kau sindir ABAH sekali je, abah nak malu tak boleh nak angkat muka..tapi kau..TIDUR je siang malam!!! " hahaha!! dengan kata2 keramat tu lah yang membuatkan gua bangun dari tidur dan mula belajar mcm mana nak jadi org bijak.Nak tunjukkan kat ABAH yang gua dah tak tidur lagi....

Kata Mak, gua sangat sama dengan ABAH.Dari wajah sampailah ke perangai dia. Sebab tu lah Gua mmg selalu tak sependapat dengan ABAH dan jarang berborak dengan ABAH. Tapi bila sekali ABAH bercakap dengan gua..bahasa ABAH pasti menerusuk masuk ke dalam.Penuh dengan hikmah.ABAH bukan jenis lelaki yang suka tunjukkan kasih sayang dia pada anak2 dengan belaian fizikal ataupun memanjakan kami dengan material. Tapi kami adik beradik tahu yang ABAH sangat sayangkan kami. ABAH sanggup buat apa saja demi memastikan anak-anak ABAH dapat belajar ke peringkat yang tertinggi.....

SELAMAT HARI BAPA
UNTUK ABAH YANG SANGAT SAYA SAYANGI DUNIA DAN AKHIRAT,,,,,


Gambar di atas ini pula ialah Abang Long gua.Tunggak adik beradik kami.Beliau Juga seorang abah.ABAH kepada ATIKA,AMIR NAUFAL,AMIR FIRDAUS, DAN AMIR SHUKIE.Beliau sangat baik,lemah lembut ,penyayang dan penyabar.Gua lah orang yang paling selalu mencabar kesabaran dia.Biasalah, itu adat Si Sulung dan Si Bongsu. Hehehe!

Beliau di lahirkan tanggal 19 Jun 1966.Happy Belated Birthday Abang Long.Beliau adalah idola kami dalam pendidikan,Beliau menjadi contoh terbaik untuk kami.Apabila beliau merupakan antara anak kampung dr keluarga yang berpedapatan rendah berjaya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika syarikat dalam bidang ekonomi dan kewangan pada tahun 1985.Bapa kepada 4 orang anak ini juga seorang yg sangat bercita-cita tinggi,hebat dan berkarisma.

SELAMAT HARI BAPA ABANG LONG.... I WISH YOU CAN BE A SUPER DAD!


Lelaki yang memakai kemeja-T Berkolar ini adalah Abang Ngah Saya.Beliau juga adalah seorang ABAH.Nama beliau Md.Salleh bin Shamsudin. Beliau adalah ABAH kepada SITI AISYAH,MUHAMAD AIMAN HAFIZ DAN MUHAMAD ARIF ARSHAD.Bapa yang bermur 42 tahun ini adalah seorang ABAH yang sangat penyayang dan juga ABANG yang sangat banyak berkorban untuk adik beradik yang lain.Gua takkan boleh lupa, semasa Abang Long masih lagi di Amerika, Abg Ngah lah yang byk memikul tanggungjawab sebagai Abg yang sulung di dalam keluarga sehinggakan gua menyangka Abg Ngah adalah Abg Long.Sebabnya masa Abg Long berangkat ke US gua masih sgt kecil dan Abg Long mengambil masa 10 tahun untuk cari jalan Pulang balik ke Malaysia.hehehe!!!.Abang Ngah lah yg bawak gua, Am, dan Bari makan Mc'Donald buat pertama kalinya di Pasaraya Fajar , Abg Ngah lah yang bawak kami adik beradik beli baju raya dan Abg Ngah lah jugak yang banyak membantu pembelanjaan pengajian Kak Intan dan Kak Ya di University...( AIR MATA GUA MENITIK BEB..ARGGHH!)

Gua sayang gile kat abang Ngah. Abg ngah adalah icon untuk seorang Abang yang byk berkorban untuk adik-adik.

SELAMAT HARI BAPA ABG NGAH-SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN REZEKI ABG NGAH SEKELUARGA!!


Siapakah pula lelaki ini? Lelaki ini juga adalah seorang lelaki ,ABAH,ABANG,ANAK, dan CUCU yang sangat HEBAT.Lelaki ini ialah Abang saya dan juga ABAH kepada IZZAH DURRA dan IZZAT HARITH.Nama lelaki ini Mustafa Ahmad Bin Shamsudin. Berumur 36 tahun.Beliau adalh seorang yang agak tegas tapi penuh dengan kemurnian hati dan sifat pemurahnya.Tanpa beliau gua tak mungkin dapat melanjutkan pengajian gua dengan sempurna di University. Beliaulah yang menanggung belanja bulanan gua, bayar duit motor gua, dan beliau jugak lah yang memberikan gua segala akses yang istimewa yang mana adik-beradik lain tak dapat sewaktu belajar di Alam campus.Gua sangat hormat denga lelaki ini.dengan kata lain, di dalam keluarga selain daripada ABAH, lelaki ini sajalah yang dapat emngendurkan sifat ego gua dan perasan bagus gua.Sebab gua tahu, gua tak mungkin dapat menandingi dia di dalam memberikan kebajikan kepada Mak dan ABAH dan budi yang dia bagi kat gua tak mungkin gua dapat membalasnya sehingga bila-bila.Gua nak dia tahu yang gua sangat sayangkan dia walaupun gua selalu buat dia kecewa (adUH..MENITIK LAGI AIR MATA GUA..ARGHH!!)

ABG TAPA, SELAMAT HARI BAPA...GUA JANJI GUA CUBA JADI SEORANG ADIK YANG LU NAK!!!!

DAN DI WAKTU INI, GUA TERMENUNG SAMBIL MATA GUA MASIH LAGI BERAT MENAMPUNG AIR MATA YG GUA TAHAN, MEMIKIRKAN BAHAWA SUATU HARI NANTI GUA JUGA MUNGKIN AKAN MENJADI SEORANG BAPA...ADAKAH ANAK2 GUA NANTI AKAN BERBANGGA MEMPUNYAI BAPA SEPERTI GUA SEBAGAIMANA GUA SGT BANGGA MEMPUNYAI BAPA SEPERTI "ABAH"

Teruskan..........................



Friday, April 2, 2010

Semalam, Hari ini dan Esok ......

Dalam menjalani hidup yg serba mencabar ni kita akan jumpa mcm2 jenis manusia...ade manusia yang benar-benar ikhlas dengan kita, ade manusia yang cuma datang untuk singgah dan ambil sesuatu kemudian hilang begitu sahaja, dan ada jugak manusia yang datang singgah lalu mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada hidup kita, lantas keputusan itu berjaya merubah seluruh perjalanan hidup...

Kadang kala kita tak sedar tentang semalam yg berlalu meninggalkan satu cerita yang mampu membuatkan kita ketawa terbahak-bahak di hujung sudut.Ade juga cerita yang boleh buat kita menangis sampai tempayan penuh dengan air mata yang boleh dipersembahkan sebagai hantaran utk meminang puteri gunung ledang. Bila fikir balik, rupa-rupanya cerita semalam banyak memberikan kita pedoman agar kita dapat menyediakan diri utk menempuhi hari yg sedang dilalui mahupun hari esok....

Gua sgt bersyukur dengan pencipta langit dan bumi..cerita-cerita semalam yg dilalui sgt berharga dan memberikan gua kekuatan yang cukup untuk menggenggamnya dan membawa bersama utk berlari ke langit....Gua tak tahu ape yang akan gua lalui pada hari esok. Tapi yang pasti esok hari, jalan masih terbentang luas lagi untuk gua berlari ke langit. Hidup lebih indah kalau kita tak tahu apa akan berlaku pada hari esok. Kerana misterinya lah yang membuatkan kita lebih menghayati setiap detik dan saat kita sebagai manusia. kalau kita tahu apa yg berlaku pada diri kita pada hari esok....segalanya akan hambar. Jadi Gua tak pernah berangan-angan utk ada sebuah mesin masa yamg mampu membawa gua mengembara melangkaui masa...

Pastinya..hari ini adalah satu kenyataan yang nak tak nak kita harus hadapi. Semalam adalah satu pengalaman yang patut kita hargai..dan esok adalah satu impian untuk menghambat sesuatu yang kita inginkan... Gua masih lagi gua..Mr.Bohemian yang masih penuh dgn cinta dan cerita. Gua sedang mencipta sebuah kisah klasik untuk masa depan....yang mampu memberikan pelbagai rasa pada anak2 cucu gua..bila gua mula bercerita tentang GUA :) ....Dlm gua..ada semua...Ada Cinta, ada Kita, dan ada Semua... dan akan gua ingat setiap insan yang pernah dtg dan pergi dlm kisah hidup gua..walaupun mereka hanya watak-watak picisan saja ..

Teruskan....

Thursday, March 4, 2010

MALAYSIA: Untuk Bangsa Melayu atau Untuk Bangsa Malaysia?

Dah lama jugak gua tak berbicara soal politik. Baru-baru ni gua berbual dengan seorang teman gua yang sgt lantang membicarakan tentang ketuanan politik org melayu di Malaysia ni. Lebih awal gua jelaskan, gua adalah seorang pemikir, jadi secara natural nya gua tidak menyebelahi atau mewakili mana2 parti politik yang ada di Malaysia ni. Gua memberikan pandangan secara ilmiah berdasarkan daripada senario semasa dan pengubah cara di dalam setiap gerak laku politik .

Kata teman gua. Org melayu akan kekal selamanya menjadi pemimpin tertinggi negara.Gua tanya sahabat Gua....

" Apakah signifikannya Kemenangan Barrack Obama Sebagai Presiden Amerika Di US kepada Penduduk dan masyarakat majmuk Di Malaysia?
Jawabnya, masyarakat Malaysia akan sedar betapa demokrasi memainkan peranan yang sgt besar di dalam satu perubahan hak bangsa.

Kita boleh lihat dengan jelas betapa besar transformasi demokrasi yang berlaku di AS. Golongan Hamba yang di bawa daripada benua Afrika, dtg berhimpit2 di atas kapal Amistad...akhirnya mereka menjadi Presiden bagi USA.

1959 Dr.Martin Luther King melaungkan satu seruan epada semua rakyat Amerika " I Have a dream " ..seruan utk mendapatkan hak yg sama rata di antara org kulit hitam dgn orang kulit putih hasilnya 60 tahun kemudian ( 2009) persamaan hak berubah menjadi satu perkara yang lebih besar daripada itu. Barrack Obama terpilih menjadi Presiden Amerika dari kalangan bangsa Kulit Hitam yang Pertama.

Adakah orang Melayu bersedia utk menerima org bukan Melayu sebagai Pemimpin tertinggi negara? jika tidak..katakan mengapa alasannya? Mengapa org bukan melayu senantiasa bersedia menerima org melayu menjadi pemimpin tertinggi negara? apakah jawapannya ?

Semua org bercerita tentang gagasan 1 Malaysia. Adakah kita cukup faham dan mengerti menjadi satu bangsa? yang dipanggil bangsa Malaysia? dan mampukah kita melupakan ikatan primordial yang masih kuat lagi di antara kita?

ADAKAH KITA BENAR2 MENGHARGAI KEISTIMEWAAN SETIAP KAUM YANG ADA DI MALAYSIA INI? APAKAH KEISTIMEWAAN YG ADA PD ORG MELAYU YG KAUM LAIN HARUS MENGAKUINYA?
APAKAH KEISTIMEWAAN YANG ADA PADA KAUM CINA YANG ORG MELAYU DAN INDIA HARUS MENGAKUINYA?
DAN APAKAH KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN YANG DA PADA KAUM INDIA YANG ORG MELAYU DAN ORG CINA HARUS MENGAKUINYA?

Untuk memahami gagasan 1 Malaysia kita haruslah memahami Sejarah Pembentukan Negara Malaysia dan Asas kepada Pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan adalah satu undang2 tertinggi di dalam negara.Kita slalu dengar ttg konsep ketertinggian Perlembagaan. Perlembagan persekutuan akan menjadi rujukan utama di dalam menangani apa2 permasalahan tentang Negara Malaysia. Jika tidak, tiada jalan keluar yang dapat diambil.

Jalan merintis kemerdekaan bukan mudah. Dato nenek kita dahulu iaitu org melayu yang berjuang utk memerdekakan Malaya telah membuat satu pengorbanan yg besar. Iaitu Prinsip Jus soli terpaksa diterima utk memastikan Malaya mencapai kemerdekaan.

Sebermula dari saat itu, mahu tak mahu org melayu harus menerima kenyataan bahawa Tanah Melayu bukan utk org melayu sahaja. Penghijrahan secara besar-besaran kaum China dan India semasa peerintahan British menyebabkan Komposisi kaum berubah. Mlahan Pada tahun 1958 , Komposisi org China dan org India hampir menyamai jumlah org melayu di Semenanjung. hAL ini benar2 mencemaskan pemimpin2 melayu pada ketika itu.

 Lantaran itu, idea ttg membentuk satu parti yang tidak bersifat perkauman telah diurakan oleh Dato Onn.Dato Onn ingin membuka keahlian UMNO kepada Org bukan melayu.Malangnya idea Dato Onn ini dipandang sepi oleh org melayu yang masih berpegang kuat dengan semangat bangsa dan pemikiran bahawa " Tanah Melayu untuk Org Melayu ". Akhirnya Dato Onn yang merupakan tokoh sejati di dalam perjuangan Bangsa Melayu tewas di dalam percaturan politik yang tidak menjadi.memang sukar utk memahami orang melayu sendiri.

Gua suka untuk mengimbas kembali bagaimana kerjasama di anta kaum ini berlaku di Tanah Melayu dan bagaimana Perlembagaan Persekutuan yang menjadi Teras perlembagaan negara Mlaysia ini dibentuk, bagi memudahkan kita semua memahami apakah sebenarnya hasrat Pembentukan satu bangsa yang dinamakan " Bangsa Malaysia" ataupun kini di war-warkan sebagai " 1 malaysia "

Pakatan Murni dan Suruhanjaya Reid telah dibentuk untk menyediakan Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai Kemerdekaan Tnaha Melayu. Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan. Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid.

Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik, organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain. Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada perkembangan politik di tanahair kita iaitu kedudukan RajaRaja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.

Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memheri hak yang sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara rnasih menghadapi keadaan Darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui kesetiaan orang Cina, Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju hertolak ansur menerima prinsip jus soli.

Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu. pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan. bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnva adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Unsur-unsur tersebut adalah satu keunikan yang terdapat dalam perlembagaan negara kita jika dibandingkan dengan perlembagaan negaranegara Komanwel yang lain seperti India dan Kanada.

Institusi Kesultanan Melayu telah pun wujud sejak zaman berzaman. Institusi ini adalah warisan sistem politik Melayu yang menjadi lambang kemegahan dan pernaungan orang Melayu. Pemerintahan Raja Raja Melayu berterusan kerana adanya sokongan rakyat.

Agama Islam telah menjadi agama rasmi di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan British. Penjajah British tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam. Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja Melayu.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di Gugusan Kepulauan Melayu sejak berabad-abad lamanya. Bahasa Melayu menjadi bukti orang Melayu mempunyai alam dan budayanya dan ia juga menjadi petunjuk kepada perkembangan tamadun orang Melayu. Kedatangan penjajah British tidak menghapuskan bahasa Melayu, namun demikian bahasa Melayu semakin kehilangan nilainya dalam sistern perdagangan antarabangsa dan pengurusan negara. Penerimaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bererti bermula satu proses pemulihan ke arah kegemilangannya seperti semasa zaman tradisional. Ketika itu, semua urusan perdagangan menggunakan bahasa Melayu dan ini membuktikan bahasa Melayu mempunyai nilai antarabangsa dari segi ekonomi dan politik.

Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah satu perkara baharu. Perkara ini telah dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju.

Pakatan murni telah berjaya membentuk sebuah kerajaan demokrasi. Pakatan itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa, kerana negara kita menjadi sebilangan kecil negara di dunia yang terus mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam kerajaan demokrasi berparlimen. Pakatan murni yang telah dipersetujui oleh para pemimpin kita sebelum merdeka adalah bertujuan mencapai perpaduan kaum, mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bermuafakat bagi membolehkan kekayaan negara dibahagikan secara saksama..

Persoalannya kini, siapakah sebenarnya yang sejujur-jujurnya meneruskan Pakatan Murni ini?
Adakah Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional?

Sesuatu yang harus kita semua fikir-fikirkan :)
Teruskan..................

Thursday, February 11, 2010

Seorang Gadis Di Kota Langit

Seorang Gadis yang pernah gua kenali sewaktu menempuh alam remaja di Melaka dulu membuatkan gua termenung sejenak melihat apakah kebarangkalian hidup yang akan berlaku kepada setiap insan yang pernah datang dan pergi dalam hidup gua.

Miss E, pernah menjadi salah seorang gadis yang paling kerap meluangkan masa dan bekongsi kegembiraan zaman remaja bersama gua.  Kegilaan zaman remaja di mana Gua masih lagi di dalam usia belasan tahun. Sewaktu gua masih lagi menolak papan seluncur bersama teman-teman seangkatan. Adlee, Mat noh,Alif,dan ramai lagi kaum-kaum Hardcore Punk Gua yang kini ramai yang dah jadi Bapak budak.Zaman gua masih lagi berangan-angan na jadi Mr.Kurt Cobain.Memakai Jaket Bulu pada waktu tengah hari buta, mengusung gitr ke hulu ke hilir, beratur di Ice jamming studio Melaka Raya utk mendapatkan giliran...Miss E Menjadi penghibur kami dengan gelak tawa dan kemanisan wajahnya.

Miss E mmg diakui kecantikannya, persis wajah Pelakon Terkenal Korea dan yang pasti leret senyumannya sangat indah skali. Gua berasa sangat senang ketika bersama Miss E.Walaupun kadang-kala Miss E sering mempersoalkan keberanian gua berselingkuh dengan Gadis Gua , namun Gua tak pernah kisah kerana Miss E sentiasa membuatkan gua tersenyum dan memberikan kegembiraan yang Gadis Gua tak boleh bagi..

Namun, relationship gua dgn Miss E tak mampu untuk bertahan lama. Gua kantoi dgn Gadis gua dan akhirnya mengambil keputusan untuk jujur dgn ape yg gua ucapkan.Miss E menghadapi kekecewaan di zaman awal remaja kerana sayangnya dipekotak-katikkan oleh Gua yang telah memberi sedikit harapan. Sebermula dari saat itu, Miss E terus menghilangkan diri dari hidup gua..

Kadang-kadang gua cuba utk bertanyakan kabar dia daripada teman-teman, mengharapkan kehidupan Miss E sentiasa gembira. Walaupun gua tak dapat hadir utk mencipta momen bersama. Tetapi setiap kali gua dengar cerita tentang Miss E, pasti hati gua akan tercarik luka.Rasa bersalah dgn apa yg gua buat. Miss E jadi semakin liar dan hanyut bila tak berada di dalam lingkungan Gua dan kaum-kaum Gua. Rasa kebencian yang  dia simpan pada gua buat dia hilang pertimbangan akal muda.Hidupnya hanyut di arus Kegilaan zaman Remaja...

Sepuluh tahun berlalu......

Gua tak tau nak katakan sejauh mana dah gua berlari. Yang pastinya tika ini gua hampir berhenti daripada berlari dan mula berjalan-jalan santai membuat pusingan di Kota Langit. Teman-teman seangkatan semua dah settle down dan memulakan pelayaran hidup sebagai Ketua keluarga dan mempunyai seorang wanita untuk dijaga.Gua masih lagi berjalan santai sambil tersenyum menantikan waktu untuk bermula dan mencipta pelayaran baru.

Kehidupan adalah himpunan kejadian-kejadian yang sungguh sukar untuk dimengertikan dan enuh dengan misteri. Antara  perkara yang paling sukar utk dimengerti adalah KEBETULAN.Siapa sangka dalam diari hidup gua hari ni, tuhan ingin menemukan gua kembali dengan seorang gadis yang pernah gua rosakkan hatinya dengan cukup teruk.

Setelah Sepuluh tahun gua tinggalkan cerita-cerita lama, ia muncul kembali di Kota Langit. Miss E Muncul di depan mata. Muncul dengan pakej yang cukup lengkap. Semakin cantik dan semakin panas pada pandangan mata. Designer Brand membaluti setiap inci tubuhnya dan dilengkapi dengan aksesori-aksesori yang gua rasa hanya mampu dimiliki oleh seorang wanita yang bersuamikan Dato-dato' ataupun Tan Sri.Gua pasti semua itu bukan dibelinya dari Petaling street ataupun mana Uptown yg ada.Miss E yang muncul depan gua hari ni mempersembahkan dirinya dengan cukup mahal .

Gua tak mampu untuk terus memakukan diri tanpa menegur seorang gadis yang pernah dekat dlm hati gua dulu. Gua mulakan dengan

Hello !

Miss E yang sedang leka membelek I-phonenya sangat terperanjat bila gua menegurnya. Apabila mata kami bertentang, Gua terus speechless dan jarum masa tiba-tiba seakan berhenti daripada berdetik. 10 saat kami terdiam tanpa kata.Gua cuba meneutralkan keadaan tetapi dalam kepala ligat mencari ayat yang paling simple tapi paling selamat untuk gua mulakan bicara..

" Hello stranger, what are u doing here? are you supposed to meet someone here? " (Gua senyum dan buat muka paiseh gua yang dia suka sangat tengok dulu )

Dia ketawa besar dan masih kelihatan sangat ayu seperti dulu..

" OMG, you charlie kan? hahaha!! u buat ape kat sini? I am so supprised? actually i'm waiting for friend tapi dia stuck in traffic jamm so i rasa lambat lagi kot dia nak sampai.
Anyway would you like to maybe...grab a cup of coffee or something?

Kami berjabat tgn dan gua setuju utk lepak minum di Kopitiam. Miss E kelihatan seperti sgt excited bila dapat terjumpa gua balik dan dapat Gua baca daripada riak wajah dan Bahasa tubuhnya betapa dia bangga dengan dirinya kerana dia dapat terserempak dgn gua di dalam keadaan dia mempersembahkan diri dia dengan baik sekali.

Kami berbual mesra dan topik berbualan kami byk bercerita ttg cerita-cerita lama kami sewaktu di Melaka dulu. Tetapi sepanjang perbualan seperti ada sesuatu yang cuba disorokkan oleh Miss E. Bila gua bertanya ttg soal kerja dia seperti cuba lari daripada menjawab soalan tu. Sampai Gua min pusing-pusing ayat barulah di terkantoi.  Satu-satu dia ceritakan pada Gua dan akhirrnya semuanya terbongkar.Rupa-rupanya segala kehidupan mewah yang dinikmatinya sekarang adalah usaha titik peluhnya menjadi seorang  ESCORT GIRL ataupun lebih mudah kita fahami dengan " Bitch  Kelas Atasan "

Semakin lama kami berbual, semakin berani Miss E bercerita tentang sisip gelap hidupnya di Kota Langit.Katanya kalau tak ada duit hidup di Kota Langit ni mcm sampah, jadi dia sanggup buat ape je utk pastikan dia dapat ape yang dia nak...

" U tak rasa ke apa yang U buat ni satu benda yang salah E?
(Soalan tu hanya mampu bermain di dalam kepala Gua)

" Charlie, frankly speaking, after you ramai lagi lelaki yang I attached. Semua lelaki yg i kenal just want to fuck me around and then bila dah boring they just leave me like nothing. They fuck a random girl that they met in the club then buat rasa tak bersalah.Umur I 17 tahun lagi dah ade Jantan Tua gatal yg Bela i Charlie.i dah biasa buat benda ni. Bagi i it just something that we call SEX. It is so easy. What U have to do is open your leg, pretending that u like it, and  when the guys comes tell them that they are great..Hmm, after that they will pay me and give anything that i want "

Termenung jauh gua jap bila dengar apa yg  Miss E cakap. Patutlah ramai gadis-gadis cantik mcam E  ni yg jadi Escort Girl.rupa-rupanya memang mudah untuk mereka hidup senang dan dapatkan ape yg mereka nak. Tinggalkan tentang soal harga diri, sebab harga diri memang dah lama hilang di Kota Langit.

Berbual dengan E nyata membuatkan gua semakin percaya dengan apa yg gua nampak. Kalau dulu gua selalu menafikan bila ada di antara students gua bercerita yang kawan-kawan mereka yang buat part-time Job jadi Escort girl. Bagi Gua tak semudah itu Gadis ingin menjual diri mereka. Rupa-rupanya memang mudah utk mereka lakukan, malahan ada di antara TEMAN LELAKI SENDIRI YANG MEMPERKENALKAN KERJA NI PADA MEREKA. Semuanya bermula dengan ATAS NAMA CINTA.
Seperti Miss E,  kecewa dengan cinta lantas menjadikan cinta sebagai alasan untuk segala yang berlaku.

Gua tinggalkan Miss E pada petang yang sgt pelik pada hari ini, dengan satu senyuman yang sangat ikhlas dan satu bait ayat,  yang gua harap mampu untuk buat dia ingat bahawa gua masih lagi mengambil berat

" E.. Walau apa-apa pun yang U buat, I nak u tahu bahawa U pernah hadir dan penah punyai ruang yg cukup besar di dalam hati i. I tak pernah Lupa kat U. Dan satu lagi E, jangan lupa,  Allah tu Maha pemurah lagi maha mengasihani. Rezeki tu Allah yang tentukan..Kita usaha je "

Gua teruskan berjalan. Masih ada Chinta walaupun masih belum sempurna. Tapi bukan untuk dia ataupun dia. Hanya untuk DIA. DIA ada bersama Gua untuk bersama mengharungi Permainan dan tipu helah Siluman Ablasa dan Lucifer di Kota Langit ini...

Gua pun bukan bagus sangat ....

Teruskan......

Friday, December 25, 2009

Nice Guy Finish Last ??????

Semalam, seorang teman gua bercerita tentang kisah kekecewaan. Dari raut wajahnya ketika bercerita gua tahu dia mmg sgt kecewa. Kecewa dek ditinggalkan sang kekasih hati. Teman gua ini memang seorang yang sangat baik.Kategori lelaki yang sanggup buat ape saje utk gf dia. Tapi sayang apa yang selalunya berlaku, lelaki baik sellu kecewa.SELALU SGT FRUST.Mungkin lu orang semua pernah dengar tentang satu phrase "nice guys finish last" ? So What is it about "Nice Guys" that cause their hearts to get stomped on by women and people in general? Lantas gua terpanggil untuk menulis tentang isu ini "as clearly as possible"

Kenyataannya, menjadi seorng lelaki yang baik dan bersopan-santun bukanlah menjadi satu perkara yang menjadikan seorang lelaki itu tidak menarik walaupun kita selalu terdengar tentang satu phrase yang sgt dibenci oleh Mr.Nice Guys... " The Beauties like the bad boys " ... Being nice is a great personality trait and there's nothing wrong with being a nice person. Ramai sangat teman-teman gua yang sedang kecewa akan keluarkan ayat mcm ni bila sedang menghayati kekecewaan " Mungkin aku ni terlalu baik kat dia " Hahaha!!Seriously,that's sound so bullshit and pathetic to me...So many men are under the impression that they were "too nice" and that's why they got stomped on and stepped over. Wrong !

Love is a wonderful thing, and it's a precious gift you can give to other people. Walau bagaimanapun, perkara asas yang paling penting sebelum kita memberikan Cinta pada seseorang kita WAJIB menyayangi diri kita dulu dengan seikhlas-iklasnya.Ramai org di luar sana mengatakan mereka sayang akan diri sendiri..tapi tak ramai yang mampu menyayangi diri mereka sendiri seikhlas-ikhlasnya seperti menyayangi org lain. Bagaimana kiranya kita mampu untuk menyayangi org lain dengan sebenar-benarnya kita kita tak mampu untuk menyayangi diri kita sendiri...

Kebanyakkan " Mr.nice guys" bersalah anggapan dan mempercayai jika mereka memuja dan menjadikan apa yang ada pada seorang gadis pujaan mereka tu sebagai satu idola dengan secara mudahnya gadis yang dipujanya akan memberikan tindak balas yang sama pada mereka. Hahaha!!! Terus-terang gua katakan..So lame..Umpamanya seperti membawa handbag teman wanita Lu orang sewaktu Shopping di Mall. It's totally doesn't look cool. These are what I like to call "Unrealistic Expectations" ataupun dalam BM nyer " Pengharapan yang sia-sia ". More often than not, these kinds of expectations go unmet and lead to pain, frustration and sometimes anger...hmm, dan ada yang tak mampu menaggungnya sanggup bunuh diri. These expectations are nothing more than premeditated resentments .Seriously,this isn't healthy behavior and what it boils down to is a heavy dose of self inflicted suffering. Janganlah sesekali menerjahkan diri Lu orang dalam Kekecewaan yang sebegini kerana terus-terang gua katakan menjadi seorang lelaki kita harus melayan diri kita lebih baik daripada apa yang sepatutnya..

Di sini gua menyenaraikan Kesilapan-kesilapan umum yang "Mr.Nice Guys" Selalu lakukan....

1.Menjadi terlalu Memerlukan/ Terlalu Berharap
2.Berharap pada sesuatu yang tak pasti
3.Terlalu memuja seorang perempuan
4.Hidup untuk org lain, tetapi diri sediri menjadi seperti patung tidak berperasaanl
5.Meletakkan kegembiraan dan kewujudan dirinya pada satu hubungannya dengan seseorang.

Lets Say, Kalau lu org perasan yang character lu ada dlm list ni,mungkin Lu orang akan terasa bodoh dan menyalahkan diri sendiri  lantas cuba untuk mengelakkan ataupun memperlahankan rentak perhubungan.. Hopefully lu orang melihat dan memahami dengan nyata di manakah kesilapan yang sebenar dan apakah yang harus dilakukan untuk diperbaiki.

Disini, gua cuba senaraikan beberapa perkara yang Lu boleh mula cuba lakukan di dalam membantu Lu org melakukan kesilapan dengan perempuan yang bisa buat jiwa Lu org jadi kacau..Ini cuma berdasarkan setakat pengalaman yg dah gua lalui. Nak pakai atau tidak terpulang.

1.Mula mengatakan "No/Sorry/I Can't" Bila Lu tidak ingin melakukan sesuatu yang orang lain inginkan. "Sorry, I can't" is just as easy to say, and the world won't stop turning if you say no.

2. Berikanlah sedikit masa untuk diri sendiri.Masa yg berkualiti utk menghargi diri sendiri.Jadikan diri sendiri dan hidup Lu sesuatu yang exciting dan intresting.. Lakukan perkara yang kmu sendiri sukakan, bukan org lain sukakan.. You deserve this! It's YOUR life!

3. Jangan memuja seorang wanita kononnya apa yang ada pada dirinya adalah yang terbaik buat segala-galanya.. Mereka juga adalah manusia seperti Lu, melakukan kesilapan dan pastinya tidak sempurna.Mereka juga seperti Lelaki pada sebahagiannya. Jangan melayani seseorang wanita seperti kamu tidak berhak melayan dan menghormati diri Lu sediri. Jika lu tak dapat menghormati diri sendiri, bagaimana wanita itu akan dapat menghormati Lu kan..

4.You "need" food and water. You "need" shelter. You don't "need" any specific person to create your happiness and make you "somebody". If you feel like you "need" someone else to be happy then your feelings towards that person are NOT healthy. It's healthy to "want" someone to compliment who you ALREADY are, but NOT to "need" someone to define or complete you.

KESIMPULANNYA ... JANGAN HILANGKAN KEBAIKAN DAN KEMURNIAN HATI KAMU, CUMA BUANG SAJA SIKAP YANG TERLALU BERGANTUNG DAN BERHARAP...

don't lose the niceness, lose the neediness...God Speed You..

P/S : DON'T WORRY DUDE...ACTUALLY IN MALAYSIAN CULTURE, NICE GUYS FINISH FAST :)

Tuesday, December 22, 2009

Pangeran Chinta ataupun Hopeless Romantic....

Lama benar rasanya gua berdiam diri tanpa mencoretkan apa2 disini. Gua selalunya akan singgah bila gua sedang merasai sesuatu perasaan yang gua sendiri susah untuk diungkapkan..

ketika ini terlalu byk sebenarnya yang berada di dalam yang sedang tidak sabar-sabar untuk dilaharkan keluar. Sepantas ini perkara yang sama berulang kembali. Terhempas, bangun dan terbang.....

Chinta datang dan pergi. Tapi ada satu Chinta datang dengan penuh indah sekali tika ini. Chinta yang bisa membunuh cinta-cinta yang lain.Chinta yg mungkin bisa membuat jalan hidup gua menjadi lebih bererti. Gua sudah biasa dan jelek dengan gelaran Penzalim cinta, pemain cinta ataupun pelakon cinta...dan bagi mereka yang benar-benar mengenali gua, gua bagaikan Si Pangeran Chinta..Gua bergerak atas nama cinta, bermain di atas nama cinta dan tersadung jatuh juga atas nama cinta...dan penamat hidup gua juga akan diakhiri dengan nama Chinta...

Gua menyakiti dan gua juga disakiti.Sakit yang gua rasakan maka sakit juga yang gua serahkan.itu karma.Gua terkadang seakan berlari daripada diri sendiri. Kadang2 gua pasti apa yang dicari dan secara tiba-tiba seperti hilang posisi dan destinasi diri. Seperti berlari di atas sebuah lautan yang luas..jika kita yakin boleh berlari di permukaannya, maka kita terapung berdiri..tapi jika tiba-tiba keyakinan itu hilang, kita lemas dan tenggelam di dasar yang dalam umpama membunuh diri. Mungkin juga akan terapung bagaikan kepingan-kepingan yang terdampar di lautan yang luas..menahan diri dari segala kesakitan.

Apa yang gua mahukan cuma rasa. Rasa apa? Rasa bila kita berada di dalam keadaan yang kita masih mampu merasa. Rasa sakit. rasa tenang, rasa duka, rasa gembira dan apa juga rasa. Yang penting gua merasakannya. Rasa Cinta sebenar yang paling utamanya. Jika rasa itupun gua tidak dapat merasakannya, maka tak perlulah gua mengimpikan bulan dan bintang di atas langit itu jatuh di telapak tangan gua. Tak perlu lah gua cuba untuk merubah dunia dengan berfantasi menjadi seorang adiwira yang termegah. Gua cuma seorang pria yang cuba mencari dirinya di dalam diri semua. Cuba untuk melihat semua menjadi satu....

Lantas di dalam journey mencari dirinya..byk hati yang telah terluka....ada di antara Hati-hati itu menangis, berdendam dan merasa sangat terseksa. Justeru, gua menjadi kutukan dan langsung menerima berbagai tohmahan...
gua bukakan hati dan terima segalanya dengan rela.Mungkin benar gua seperti yang dikata. Mereka ada cerita mereka sendiri dan gua juga ada cerita gua sendiri.Masing-masing kita mempunyai cerita yang berbeza. Kita sendiri yang menentukan watak yang ingin didokongi.

Ketika ini..gua terfikir.Apakah watak gua sebenarnya ? Sang Pangeran Chinta ataupun cuma Sang Hopeless Romantic ? :)

Teruskan.....

Monday, October 12, 2009

cerita TENTANG KEPERCAYAAN ( IMAN)

'Kepercayaan' , adalah satu perkara yang bisa menyatu dan membunuh jutaan manusia. Sejak zaman berzaman dunia menyaksikan pelbagai kemusnahan berlaku, hanya disebabkan oleh sekumpulan manusia yang cuba menegakkan kebenaran melalui apa yang mereka percaya daripada kepercayaan mereka, yang mereka sangka ia benar dan boleh dipercayai oleh semua manusia yang inginkan kepercayaan yang menuju kebenaran.

Apa yg gua percaya ?

pastinya kalau semua org tanya gua satu soalan yg umum...

Apa yg gua Percaya?

Gua akan jawab...

" Gua percaya ada satu kuasa yang menjadikan dan mengawal sekelian Alam semesta ni, dan kuasa itu adalah kuasa tuhan,tak mungkin alam semesta ini terbina sendiri melalui unsur2 mikro seperti yang dipercayai oleh Sciencetology dan Darwinisme kerana satu soalan tidak akan terjawab "siapakah yg mencipta unsur mikro tu ?.Tuhan YG Gua percayai itu gua kenali sebagai Allah.Allah itu tidak memerlukan apa2 acuan sekalipun untuk menjadi perantaraan antara dia dan Hambanya.Allah itu tidak mempunyai anak ataupun isteri.Allah itu juga bukanlah hanya menciptakan satu kaum sahaja yang mulia di sisinya.Allah itu adalah SATU bukan wujud dengan mempunyai beribu kepala ataupun berjuta tangan.Allah itu Agung!!! Agung bermakna tiada satu kuasa yang mampu melangkaui Kekuasaannya.

Tapi hidup bukan hanya berlandaskan kepercayaan sahaja. Kepercayaan tidak akan bermakna jika kita tidak menyaksikan ataupun melakukan intipati daripada kepercayaan yang kita Imani.
Kepercayaan adalah Iman. Iman itu adalah satu anugerah.Anugerah itu bermakna hadiah ataupun sesuatu yang kita terima sebagai satu penghargaan di atas kejayaan kita. Jadi Iman itu adalah sesuatu yg harus kita cari dan wajib kita menangi. Ramai yang lahir sebagai Islam, tapi tak semua di antara kita yang akan mati sebagai seorang Islam yang beriman.

Adakah gua seorang Islam yang Beriman ?
Berapa tinggi kah gua naik " Menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah ? dan
Berapa tinggikah pula gua naik untuk " menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah?

Islam dan Iman gua hanya tuhan yang tahu. Gua tak perlu nak beritahu satu dunia dan pukul canang satu kampung ckp yg gua ni org yang beriman. Cuma terkadang gua pelik bila mendengar dan melihat orang-orang yang mengaku beriman di depan gua bercakap di dalam memberikan pendapat dan memberikan pernilaian kepada orang lain.

"TERLEBIH DAHULU GUA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA GUA CUMA SEORANG MARHAEN YG GEMAR BERKEMEJA T PUTIH PLAIN BERSAMA JEANS BIRU VINTAGE YG KOYAK DI LUTUT.ADAKAH LAYAK SEORANG PRIA YANG SERING BERJEANS BIRU LUSUH YG KOYAK DI LUTUTNYA BERBICARA TENTANG IMAN DAN ISLAM DI KALANGAN INSAN2 YG MENGAKU DIRI MEREKA ULAMAK? GUA HANYA DI PANDANG SEBAGAI PICISAN BARANGKALI.DAN ITU LAH GUA PADA PANDANGAN MEREKA.MUDAH SUNGGUH KALIAN MEMBUAT PERNILAIAN "

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil tentang iman seseorang bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.

Ada pulak manusia yang mengaku beriman ini dengan gah dan angkuh mengatakan mereka adalah ahli syurga.Buktinya dgn lekuk hitam di dahi mereka.Bullshit betul gua rasa.

Di malaysia ni lagi pelik. Orang Melayu merasakan bahwa Islam itu hanyalah untuk orang Melayu sahaja. Umpamanya Allah hanya mendengar doa-doa orang Melayu sahaja. Islam gagal difahamkan kepada orang yang bukan Melayu.

Islam ala melayu yang cuba diterapkan oleh sesetengah pihak telah menyebabkan sebahagian masyarakat bukan melayu merasakan Islam di Malaysia seakan begitu exclusive untuk kaum melayu. Apabila mereka menganut Islam mereka seakan merasakan mereka menjadi melayu, atau second atau third class Islam sebab mereka bukan melayu. Interaksi masyarakat muslim dengan bukan muslim di negara ini masih gagal membawa mesej Islam sebagai agama yang universal and compassionate yang Allah hantar untuk setiap kaum.

Dalam syurga bukan ada orang Melayu Sahaja....

Gua bukanlah seorang yang layak untuk bercerita tentang dosa dan pahala. Tapi gua tahu yang kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

Gua masih lagi berdayung di lautan luas yang bernama kehidupan ni. Gua tak tahu bila sampan gua akan hancur dihambung ombak.Gua tak tahu bila dayung sampan gua patah, dan gua jugak tak tahu bila gua akan hilang tenaga untuk berdayung hingga sampai ke daratan benua. Tapi yang gua yakin dan percaya akan Satu, ALLAH yang gua percaya sentiasa melihat setiap perbuatan yang gua lakukan semasa gua berdayung ke daratan benuanya....

Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.

Wallahu Alam ....God Speed


Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri di dalam Blues....

Hari Raya gua tahun ni adalah hari raya yg paling blues dlm sejarah...2 Hari sebelum raya gua diserang demam yg sgt pelik.bila mlm gua cergas semacam je..bila matahari mucul gua start lembik mcm org takde tulang...Gua rasa mesti sebab gua push sgt badan gua buat kerja yg overload, pastu 2 hari mlm sblm raya gua pi Jlan Tar dengan housemate gua, gua dibantai dengan hujan di malam hari..yg patinya hujan di Kota Langit sememangnya Hujan asid yg bisa membuatkan gua demam seminggu...

PETANG RAYA
Balik kampung dari Shah Alam sehari sebelum raya..sepanjang perjalanan dari S.alam gua tidur kat seat belakang.Corrie yg drive all the way balik ke melaka..Milo melayankan Corrie drive..gua bukak mata sedar2 dah sampai di Tol Ayer Keroh..Mak cakap tahun ni semua siblings gua balik beraya rumah mertua masing2, hari raya ketiga baru dwang balik raya kat kampung gua.kak Suria gua je yg ade pada raya pertama..so bertambahlah blues gua lagi..tak meriah raya kat rumah kalau takde anak2 abg long and abg ngah...So yg ada kat umah tahun gua, kakak gua, abah dan mak...

seperti yg dijangkakan...sampai je kat rumah, tak sebising seperti hari raya tahun lepas...just Marwan and Ina jer yg ada di ruang tamu tengan main2 barbie Doll..Letak je back pack gua, gua dah rasa badan gua mcm tak terdaya jer nak bangun..gua terus pi ke dapur..mak tengah rebus ketupat..abah plak dah keluar pergi ke surau...

MALAM RAYA
Walaupun gua tired giler dan demam...mlm raya gua tetap jugak tunaikan rutin gua tiap2 tahun pada mlm raya iaitu Jadi Amir/ Ketua Bertakbir dari rumah ke rumah...Amalan ni lah yg membuatkan gua rasa nak balik beraya tiap2 tahun..kalau amalan ni dah takder..mcm takde makne lah rasanya Hari Raya gua..Di sebabkan gua tak shat sgt..just 10 buah rumah jer yg gua buat takbir pada nmlm tu..anak2 buah yg follow gua comel2 belaka...Hbs bertakbir gua terus balik rumah..gua flet giler...rasa mcm takde nafas jer..Mak suruh gua tidur dan rehatkan badan gua..


HARI RAYA PERTAMA
Sedar2 je dah pukul 930 pagi..sesal tak sudah gua...gua ketinggalan utk solat sunat aidilfitri..semua org tak kejutkan gua sebab kesian tengokkan gua demam...gua bangun mandi dan bersarapan pagi dengan hidangan ketupat dan kari ayam kampung...disebabkan tekak gua sakit, sikit je gua jamah kari ayam kampung yg mak gua masak, even tu lah favourite gua...Gua kuatkan gak badan gua, malas nak layan demam..gua start moto dan terus pi umah nenek..umah nenek mmg ramai lah tahun ni..sepupu2 gua semua ade...seperti biasa gua kena bahan...topik yg sama tiap2 tahun.."bila gua nak kawen "

Kami beramai-ramai baca yasin dipusara Atuk..Dah lama giler gua tak baca Yasin..mak ngah suruh gua yg pimpin bacaan Yasin PAGI TU..nasib baik lidah gua tak kerass lagi dan Alhamdulillah hukum2 tajwid gua pun masih sedap lagi bunyinyer..kalau tak malu kat mak ngah...Sedar tak sedar menitik gak air mata gua..terkenangkan detk2 terakhir hayat arwah atuk masa sakit dulu..mcm2 kenangan dtg..

Dari pusara atuk, gua terus balik rumah...Gua dah mcm nak pengsan dah rasanya..tapi sikit pun gua tak tunjukkan kat depan mak dan abah yg gua ni demam..cuma mak tegur bila dengar gua terbatuk-batuk. Gua ckp biasalah mak org kuat isap rokok...mak diam seribu bahasa..Gua terperap kat rumah dari tengah hari sampailah mlm..so raya pertama gua berlalu mm tu...nak keluar pi beraya mmg tak larat langsung.Mlm, gua dengan sepupu2 gua layan Manchester Derbies. Bole gua katakan "that was the Manchester derbies of the century " . Teruja giler gua malam tu...Pas match gua terus layan tidur sampailah pagi..

RAYA KEDUA
Gua bukak je mata, gua dengar suara mak gua mengeluh..gua dtg tengok mak gua di dalam bilik dia.Mak gua mmg ade High blood pressure and diebetes, so gua ingat sakit biasa dia dtg.Tapi bila Mak gua ckp satu badan dia sakit2.perut dia macam tersa seperti dicucuk jarum gua jadi kaget..gua tak sanggup tengok keadaan mak gua...nak je rasa gua ambik semua sakit dia walaupun pada waktu yg sama gua pun tengah lawan demam gua..Gua terus soh mak pi mandi dan bersiap utk ke klinik..gua bawak mak pi klinik..abah tak ikut..abah ckp mak long gua dari Klang nak datang..Mujurlah lah kak ya ade kat rumah pada Hari Raya Kedua..ada gak org nak tolong mak masak..So sampai klimik, Dr ckp tekanan darah mak gua dan paras gula dia naik mendadak..mak terima atu injection dan ubat yg mcm biasa..gua bwk mak balik rumah..sampai rumah gua soh mak dok rehat...tapi mak tak boleh dok diam...dia ckp nak tolong kak ya masak, prepare tuk Org2 dari Klang..

sedara mara gua dari Klang sampai jer, abg ipar gua terus ajak akak gua keluar raya..so tinggallah gua, mak dan abah kat rumah..yg datang ramai giler..so seperti yg gua jangka nasik yg kak ya masak tak cukup...mak yg patutnya berehat degil gak nak buat kerja even gua dah suruh dia rest jer...gua lah yg kena jadi anak dara hari tu..pada masa yg sama sepupu mak gua datang plak satu keluarga, so tibe2 tetamu jadi ramai lak kat umah gua..gua lah yg kena laya buat air, isi kuih...terasamacam anak dara betul gua...layan kan jer walaupun gua demam.

Sedara mara gua balik jer, mak terus terbaring kat katil...kesian mak.mengalir air mata dia tahan sakit..apa yg boleh gua buat, gua cuma urutkan pinggan mak dan kepala dia..tapi mak tetap ckp sakit yg sgt...sakit yg gua rasa terus hilang bila tengok keadaan mak gua yg tambah serius..abah ckp kalau esok kedaan mak mcm tu jugak, kami akan bawak dia pi Hospital..

Abah
Raya tahun ni gua saksikan satu peristiwa yg gua tak pernah saksikan selama gua jadi anak abah gua...selama ni rupanya gua masih tak kenal abah dan masih tak tau betapa sayangnya abah gua pada mak...Buat pertama kalinya gua tengok seorang lelaki yg berusia 65 tahun yang gua panggil abah mencuci pinggan-pinggan mangkuk di singki dan mengemas mengemas dapur dan rumah yang bersepah..dan buat pertama kalinya jugak gua tengokk abah sediakan susu panas dan ubat untuk mak yg sedang sedang terbaring sakit di atas katil. Abah urut kepala mak dan cakap lembut2 dngan mak untuk kurangkan sakit yg mak rasa..and then abah angkat mak pindahkan dia ke tempat yg lagi selesa..tersentuh betul hati gua..tak sangka abah gua yang gua sentiasa ingat hati keras macam batu boleh jadi lelaki yang macam tu...Bangga gua jadi anak bah..abah mmg role model lelaki sejati gua...

Nyatanya, raya gua tahun ni mmg blues.. just dapat beraya 3 rumah je .2 darinya rumah kawan gua dari kecik iaitu rumah adlee dengan cabang dan satu lagi rumah pakcik Baharudin Di Taman Ater Molek Jaya...Gua minta maaflah kalau gua tak dapat nak dtg jengok kwn2 yg lain..tak sampai ati gua nak tinggalkan mak gua kat rumah... Gua pun tak seceria mcm hari2 biasa...sampaikan org yang sayangkan gua pun ckp gua layan dia mcm stranger sedangkan gua sekelumit kuman pun tak pernah terniat nak layan sesape mcm stranger..kondisi gua yg tak berapa sihat je yg membuatkan suara gua mcm org mamai selama seminggu..kesan dari paracetamol yg gua ambik...so, minta ampun byk2 jika ada yg terasa dgn gua tahun ni...

Thursday, September 10, 2009

Sistem yg Menyesakkan...

kata BestFriend Gua Ron, hidup ni umpama kepingan-kepingan kecil di atas lautan luas..penuh dgn kepedihan..

Saidina umar Al-khattab, Amirul Mukminin pertama org islam " kamu tidak akan berasa gundah walau sekali jika kamu tahu apa yg kamu cari"...

Hmm, byk benarnya madah kalifah islam yg ulung itu..Kadang2, untuk mengerti apa sebenarnya yg gua cari cukup rumit...apakah kebebasan mutlak yg mana kita sebagai manusia mampu berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan akal dan fikiran yg sebenarnya...bukan semata-mata hidup bergantung dan menjadikan material sebagai satu berhala yg disembah-sembah...sememangnya manusia mmg tak akan pernah puas dgn apa yg ada pada mereka walaupun ditakdirkan seluruh isi alam menjadi miliknya..kalau masih mengikut pertimbangan materialistik...

Apa istilah org yang berjaya? adakah gua berjaya jika gua mampu memiliki harta berbilion dollar? rumah sebesar istana? memandu kereta menjalar serba mewah..ataupun memiliki seorang isteri secantik ratu dunia?huuh..mungkin itu lah istilah berjaya yg diguna pakai dalam sistem hari ni...Kejayaan tu adalah satu istilah yg sgt abstrak...Sebenarnya ia tidak boleh dinilai hanya dengan penilaian material semta-mata..kita masih lagi terikat dgn sistem...apa itu sistem? sistem apa? sistem yang manusia sendiri wujudkan untuk membentuk satu tradisi atau peradaban yg sebenarnya kita sendiri tak pernah mengerti........Sistem yg kita cipta. akhirnya kita sendiri sesak di dalam sistem ciptaan kita itu sendiri.

Semua perkara yg berlaku di dalam dunia kita hari ini mempunyai sistemnya sendiri, malahan pasangan bercinta juga mempunyai sistem percintaan mereka..nak tak nak gua terpaksa menumpang di dalam sistem yang sebenarnya gua sendiri tak pernah tahu apakah penamatnya..apa yng gua nampak..keseimbangan sistem dunia semakin parah dan rosak..sistem-sistem teras dah jadi makin bercelaru...Sgt bercelaru sehinggakan Basic Social Control juga telah dilanggar..Norms? Jgn ditanya....

Hidup harus diteruskan.Walaupun sistem yg sedia ada semakin menyesakkan nafas gua...kata abah " org yang bijak adalah org yang pandai mengambil peluang pada waktu dan keadaan yg sesuai, but sometimes better just follow the river flow" betul jugak cakap abah..pastinya jika gua cuba menongkah arus dan mempertahankan kedegilan gua untuk lari dari sistem yg sedia ada, gua pasti tersungkur di tengah-tengah sistem ini sekaligus gua merempat sendiri tanpa ruang ataupun, gua sendiri akan terpekik terlolong cuba mencari pengaruh untuk mempertahankan kebenaran yang gua doktrinkan...tetapi jika gua menerima intrepertasi org bijak acuan abah..pastinya gua akan dianggap pengkhianat oleh diri gua sendiri...huh!! Susah sungguh jadi individual Anarchy Ni...

Susah jugak kan jadi gua ni.. hmm...byk yg gua kena fikirkan...nak jadi Millionaire ke? nak jadi profesor giler ke? ataupun nak jadi seorang pengembara JIWA? Cukup sekadar hidup dengan Sepasang Jeans biru lusuh dan Kemeja T putih bersama Beg sandang yg gua penuhi dengan JIWA (Soul)... 3 jalan yang harus gua tentukan waktu ni....

Teruskan..

Sunday, September 6, 2009

Cerita Tentang Teman

Gua nak bercerita tentang seorang teman.Seorang teman dia keliru tentang memilih seorang lelaki yang terbaik utk dijadikan teman hidup. Adakah dia harus terus menunggu seorang lelaki yang sememangnya terkenal dengan reputasi penghancur hati perempuan ataupun dia terus bersama tunang dia yang sudah hmpir 7 tahun bersama. Tapi yng past 'this guy' mempunyai sifat seorang lelaki yang dicarinya selama ni...Seorang lelaki yang sentiasa tahu bagaimana untuk mengukirkan senyum diwajahnya dan menjadikan sesiapa yng berada disekelilingnya seperti berada di alam khayalan... dan this guy muncul Sewaktu hubungan dia dan tunangnya di landa badai.. seperti memberikan dia sinar baru buat dia mengerti apakah 'cinta' tu sebenarnya.....

This guy ni tak pernah keberatan nak memulakan satu hubungan dengan sesiapa pun. He's a happy guy. Sesiapun yang lepak dengan dia akan terhibur dengan gelagat dan bicara dia. He really know how to make people smile and laugh. Cuma satu je yang buatkan ramai org tak tahan dengan mamat ni. "HE IS A TYPE B GUY " . So bila kita ckp pasal type B,mmg selfish...They always think about themselves first. Apa yg penting adalah kegembiraan diri dia dahulu. Thats why dia tak pernah rasa bersalah kalau dia tingalkan mana2 girls, yang dia rasa tak sesuai untuk hidup dia. But there's something unique about this Type B guy...If he really in love, he can stop the world....He can be The Man that every girls need..He can be a super lover.

So nak di jaikan cerita teman gua ni pun sudah sangkut dengan this Type B guy...and this type B guy ni plak, baru je nak sangkut dengan teman gua dia dapat tahu yang teman gua ni sebenarnya dah pun bertunang.Walaupun dia ni selfish but dia tetap ade prinsip. Maybe GF org dia akan try gak, tpi kalau dah bertunang dia tak sampai hati. Dia tahu apa rasanya berada di tempat tunang teman gua ni. Pasti hancur hati dia bila dia dapat tahu yang tunangannya actually dah in love dgn org lain sedangkan dia sedang bertungkus lumus nak kumpulkan duit buat kenduri kahwin.Lantaran itu this Type B guy block hati dia walaupun hakikatnya dia mmg dah pun tertawan dengan teman gua yang sememangnya 'ayu' ....awek yg bleh diketegori kalau bawak jumpa parents, comfirm parents setuju nak buat menantu...

So what happened ? walaupun teman gua dah lafazkan kata sayang pada type B guy dan ckp sanggup tinggalkan tunang dia...Type B guy pun tak pernah tunjukkan pada teman gua yang dia nak serius dgn teman gua ni . Hari demi hari dia cuba menjauhkan diri dia dari teman gua ni walaupun hakikatnya dia sendiri sebenarnya rindu sgt kat teman gua. Tapi dia jenis yang tak pernah nak expresikan ape yg dia rasa. Teman gua ni plak sangkakan yang this type B guy mmg tak pernah berubah. Sangkaannya, dia just tempat type B guy menghilangkan kesunyian dan rasa boring je. So dengan hati yang luka dia pun terus mendiamkan diri. Dia berhenti menghubungi Type B guy dan Type B guy pun diam seribu bahasa walaupun sebenarnya saban hari Type B guy sgt menantikan panggilan daripada Teman gua...

okay..end of the story....

Persoalannya...

Haruskah teman gua ni meneruskan hubungan dia dengan tunangnya sedangkan secara jujur dia dah takde persaan ape2 lagi dengan tunang dia ? adil atau tidak pada tunang dia?

Haruskah Type B guy memberitahu pada teman gua sebenarnya dia sememangnya dia sgt menginginkan teman gua ni ? Walaupun dia terpaksa merampas hak org lain? Walaupun dia terpaksa langgar prinsip dia?

P/S: Nak seribu daya taknak seribu dalih..Tapi tak semua benda yang kita nak tu kita akan dapat...Apa yg paling kita nak, itu yg kita takkan dapat...

Sunday, August 30, 2009

LAGU MERDEKA.......

Bukak radio di malam hari,
Siang hari sama sahaja
Jiwang sana Jiwang sini,
Gua Gila Geli

Bukak RADIO hITZ.fm,
propaganda Amerika
Pebende yg merdeka? Jilat Kaki Depa..
Pebende? yg merdeka?

Celebrate Merdeka di KLCC,
Hati terase sayu Sekali
Yg Lelaki nak jadi perempuan,
Yng perempuan dah jadi Lelaki
Dlm mengejar era globalisasi,
ramai org yg dah lupe diri...

Bila kwn ramai keliling kita,
ckp besar tunjuk belang,
Tapi bila sorang-sorang
Pengecut pemalu mcm... semua org

Gua ini pun bukan sempurna,
Tapi Gua tau.......
Dosa dan pahalaku...
Tuhan saja, tuhan saja yg tahu........

GEYLANG, SI PAKU GEYLANG
GEYLANG, SI RAMA-RAMA
PULANG MARILAH PULANG, MARILAH PULANG
BERSAMA-SAMA
PENGARUH LUAR MENUNGGU MASA,
UNTUK MENJAJAH KITA SEMULA......

Teruskan......

Monday, August 17, 2009

GUA BERCERITA TTG AWEK MELAYU, LELAKI MELAYU, FOREIGNER DAN ....

Gua dah lama actually nak buat satu post tentang isu ni. tak penting mana pun tapi makin lama makin buat gua menyampah plak. Gua je lah menyampah dan gua tak suruh org lain nak ikut gua menyampah. Gua terpanggil nak tulis post ni sebab baru 30 minit yg lepas gua baca newspaper hari sabtu lepas pasal anak dara Chef Wan yang nama Serina tu nak kawen dah. Dia ckp dengan wartawan dlm paper tu dia nak kahwen dengan Mat Salleh. Lately macam satu trend plak kan artis2 kita kahwen dgn mat salleh...Pastu awek2 Melayu plak pantang skit Foreigner say 'Hye" for sure malam tu kalau ayat baik they can open their leg for them.Bukan semua lah, tapi jenis2 yg poyo ni.Tapi yg malangnya yang poyo2 kawen dgn mat salleh ni paling lama tahan pun 2 tahun.Kononnya bila mingle dengan Foreigner ni ada standard yg lain lah. nampak grand konon. Nampak mcm best lah. Macam-macam alasanlah why diorang tolak lelaki Melayu ni jadi BF dwang. Setelah membuat beberpa research daripada sesetengah artis poyo dan awek2s poyo yg gua kenal ( yg bercouple) dgn foreigner ni, gua dapat kesan beberapa perkara yang gua sendiri tak tau nak kelaskan sebagai ape.Adakah Ianya Hipokrit Ataupun Double Standard.

1. Perempuan Malaysia ckp Foreigner ni Romantic
- Suka bagi Bunga, hantar wishes kad dan bagi coklat
But bila Lelaki Melayu yang buat semua tu..they don't called it 'Romantic' they called it 'Jiwang Karat'

2. Perempuan Malaysia cakap Foreigner ni Sporting
- They said BF Foreigner tak kisah kalau GF diorang have fun with friends or do something crazy in front of them sebab dwang mmg sporting, but bila Lelaki Melayu yang jadi macam tu they dont say it 'sporting' they said ' Kayu' or ' Jantan Dayus'

3. Ayat standard artis Malaysia 'Saya tak kesah sape lelaki tu, yg pasti dia lelaki yg beriman dan boleh tunjukkan saya jalan yg benar' .
- Pas kahwen dengan Mat Salleh breakfast nasik lemak bertukar 'bacon' .Benarlah sgt jalan yg ditunjukkan tu. Bila lelaki Melayu cakap hal-hal yg ingatkan tuhan dwang ckp 'U ni Kampung lah'

4. Perempuan Malaysia cakap BF Foreigner ni tak cemburu buta. Diorang open minded dan Understanding.
- They said, He still can forgive us even we had one night stand with our social friends and they will never feel insecure. But when a malay guy did that they don't called it Open minded or understanding, but they called it 'Pak Sanggup " or 'Desperate'

5. Perempuan Malaysia ckp Foreigner ni Bijak. Good in communication and social interaction.
- Bila lepak chill dengan Mat Salleh ni diorang boleh talk about idea and stuff. But bila A malay guy yang macam tu Diorang akan cakap "U ni skema lah, nak lepak pun nak cakap pasal benda-benda idea ni "

6. Prempuan Malaysia ckp Mat salleh ni cool, pandai ambil hati dan Funny.
- Diorang suka puji kecantikan tubuh badan kitorang such as "baby, u got a very beautiful boobies' but bila Lelaki Melayu yang cakap macam tu kan, dwang tak ckp cool, funny or pandai ambik hati..dwang akan ckp " U ni gatal,miang and gila seks lah.Tak sedar diri betul "

Actually byk lagi lah. Ni just sebahagian je daripada ape yg gua fikirkan. Sebenarnya tak penting mana pun utk gua fikirkan sebab seriously awek2 mcm ni mmg gua dah lama pangkah daripada masuk dlm list gua. Cuma gua kesian tengok diorang. It was so easy for them to open their leg for free to the foreigner. Just because they think that the foreigner is good in every aspect.Kalu yg dah kawen tu harap2 jodoh kekal ke akhir hayat. But to those yg baru nak cuba2 tu, lupekanlah. Kalau rasa diri tu tak bole stop makan sambal belacan tak payahlah nak poyo2 nak ber bf kan mat salleh. Tapi tak semua foreigner ni just looking for pussy. Some of them mmg berkualiti. Tapi for sure yg berkualiti tu bukan yg Lu org jumpa kat EUPHORIA M.O.S or Zouk. Dude,The Quality thing is rare to find.

P/S: TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.......

Thursday, August 13, 2009

POLITIK BANCAU..............

Dah lama dah gua tak tulis pasal politik. Walhal gua major dalam bidang ni. Gua mengajar Subjek ni dan bidang ni mmg dah macam darah daging gua. Tapi pelik gua tak pernah jadikan blog gua ni sebagai medan utk sampaikan pandangan politik gua.

Sejak remaja lagi gua dah terdedah dgn suasana politik. Seawal usia 18 tahun gua dah dilantik jadi EXCO remaja Angkatan Belia 4B Daerah Jasin Melaka. Gua berkawan dan berteman dengan orang-orang yang jarak umurnya sangat jauh daripada gua. Semua pangkat brother-brother. Bila berada di dalam lingkungan diorang,banyak benda yang gua belajar. Tak kiralah benda yang putih ataupun yang hitam. Bro Hassan Rahman skang dah jadi YB di DUN Sg.Rambai, Bro Harun Idris plak skang ni dah Jadi MT UMNO pusat.Silap2 tahun depan jadi Menteri Kabinet. Ramai lagi bro-bro gua yang aktif dalam politik di Malaysia ni yang dah mencipta nama, lebih2 lagi bila berlindung di bawah Dacing. Gua rasa kalau gua follow lagi diorang semua, maybe paling cikai pun gua dah jadi Ketua Pemuda bahagian.

Di peringkat Universiti gua aktif dengan MPP USM. Sampai gua dilantik jadi EXCO Kebudayaan dan Kesenian. Waktu jadi MPP USM, gua tak join puak mana-mana.Persetan dengan Aspirasi dan persetan jugak dengan PMI. Gua buat crowd gua sendiri.Crowd ape? crowd LIBERAL.....Puak yang tak sebelahi mana-mana side yang berbaur parti politik tempatan ni. Mula2 teruk gak gua kena fire dengan budak2 Pro-Aspirasi dan PMI dengan ideologi gua, tapi lepas gua keluarkan prinsip-prinsip dan hujah2 gua, dwang tak noleh nak beta ape2. takde point yang boleh dwang nak eliminate kan gua. Tapi best, Campus life mmg satu zaman experimental. Byk benda yang gua sample kan untuk diexperimentalkan. Salah satunya memperbodohkan budak-biudak Aspirasi dan PMI.HaHAHA

Gua ni bukan jenis yang suka follow sistem. Gua tak suka jadi sebahagian daripada sistem yang orang lain cipta. Gua suka cipta sistem gua sendiri dan org lain yang follow. Kalau kuasa dan pengaruh yang gua nak, dah lama dah gua boleh dapat. Tapi gua tak pernah fikir benda tu buat masa ni. Buat ape kita ade kuasa dan ade pengaruh tapi hidup kita ni terikat dengan sistem. Sistem yg kita sendiri tak suka. Human beings are by nature political animals, who naturally want to live together ( Aristotle). So jelas, kita semua adalah di dalam lingkungan politik. Sistem Politik yang pelbagai ciptaaan manusia. Pokoknya sistem yang mana yang hendak kita ikut dan ideologi ape yang ingin kita pegang dan bawa.

Sistem Politik Demokrasi Moden ni mcm kita tanam pokok bunga ataupun pokok buah-buahan. Kadang-kadang untuk suburkan bunga dan pastikan pokok buah-buahan tu keluarkan buah, kita perlukan baja organik, dan baja organik yang terbaik adalah najis daripada binatang. Maknanya kita perlukan benda-benda yang busuk untuk dapatkan benda-benda yang cantik dan enak. Tapi jangan sampai org tak sanggup nak petik bunga ataupun nak makan buah-buhan tu sebab bau baja taik yang kita gunakan tu meresapi sampai ke dalam bunga dan buah-buahan.sampai org takde selera nak makan buah yng kita tanam. So dalam politik macam tu lah jugak, kadang kala kita perlukan benda-benda yang kotor dan buruk untk mendapatkan ataupun melaksanakan sesuatu perkara. Tapi bila kekotoran dan keburukan tu tak boleh disorokkan lagi, maka ianya akan jadi ? KEBANGSATAN.

Kebangsatan semakin jelas ketara dalam keadaan politik di Malaysia ketika ini lebih-lebih lagi selepas Pak Lah berundur menjadi PM dan parti-parti pembangkang bersatu di bawah satu gabungan PAKATAN RAKYAT. Struggle Of Power semakin dasyat. Kita boleh nampak di Perak, Terengganu dan Selangor, begitu juga dengan masalah-masalah dalaman parti-parti masing-masing.Pangkah-memangkah sesama sendiri. ada pulak yang langsung tak ikhlas dalam perjuangan.boleh plak main lompat-lompat parti.Mcm bangsat.Politik kebencian dan Politik Perkauman mula di utarakan oleh sesetengah pemimpin parti politik di Malaysia. Makin ramai pemimpin politik yang main taik. Tanpa segan silu juga buang taik merata-rata dan ada jugak yang buat pesta main-main taik dan makan taik. Pada sangkaan mereka, rakyat Malaysia ni bodoh tak tau nak bezakan taik dengan nasik. Rakyat Malaysia tak tahu ape2 pasal Politik. Tak tau ape pasal sistem. Memperbodohkan rakyat dengan janji-janji bodoh yang hanya sesuai ditabur pada Puak Bushman di Gurun Sahara.

Gua tak kisahlah ape-ape pun yang lu orang nak buat (pemimpin-pemimpin politik).Nak 'Bang' perempuan Mongolia ke, nak buat video main dalam hotel ke, nak ckp org pengkhianat Bangsa ke, nak bagi suami kau AP bnyak-banyak ke, lantaklah korang.Kat Akhirat nanti kau jawablah perlahan-lahan setiap soalan daripada Tuhan. Skang ni Apa yang penting lu orang jaga lah ekonomi negara gua ni baik-baik dan jagalah keharmonian dan muhibbah penduduk Malaysia yang berbilang kaum ni. Jangan lu org jual negara gua taupun pajakkan negara gua macam Sultan Brunei Pajakkan Sabah kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent sudah. Lu org dah diberikan kepercayaan daripada rakyat untuk mentadbir negara dan menjadi wakil bagi rakyat untuk menyampaikan hak-hak dan suara-suara mereka. Kalau tak...gua bangun dan lancarkan REVOLUSI RAKYAT...persoalannya?? mampukah gua? God Speed!!!

Friday, July 10, 2009

SWEET WEIRD MEMORY 3 : CASTELLO


Hari ni genap 2 tahun gua tinggalkan segala yg gua ade di Penang...dan hari ni jugak ada satu kenangan manis pelik yg sukar untuk gua lupa..Road Trip gua ke Perlis bersama budak-budak rumah gua dulu sewaktu di alam kampus..Buat pertama kali gua dan Housemate-housemate gua lepak dan berkongsi satu pengalaman perjalanan yg agak mengujakan dan pastinya akan menjadi satu kisah klasik untuk masa depan...



Pada hari ni kira-kira 2 tahun yg lepas, Gua dan housemate2 gua, Mat Jas, Amin, Pon, dan Firdaus Jibril pada asalnya hanya ingin teman Mat Jas dan Pon balik kampung. Kami memulakan perjalanan daripada Penang kira-kira pukul 6 Petang. OTW kami ke Perlis Firdaus Jibrail ( Mat Wok ) bukak plan ajak kitorang pergi tengok bola di stadium utama kangar perlis..Dia ckp mlm ni ada game Terengganu vs Perlis untuk suku akhir pertama Piala Malaysia...Kami semua set dgn idea Firdaus Jibrail. Sampai Kangar kira-kira pukul 8. Kami terus pi beli tiket di Stadium Utama Kangar dan Panjat Stadium..Mlm tu mlm suwei bagi Mat wok..HuhuHu..kesian mr Firdaus Jibril..puas kena bahan sebagai anak jati ganu Mr Firdaus Jibril pastilah sokong ganu kan, dan gua jadi judge.Gua tak sokong mana-mana dan Amin,Pon dan Mat Jas sokong Perlis..so kira kes 3 lawan 1 lah..tapi gua respek dgn semangat juang pemain2 Tganu..walaupun dah kena dua biji tapi diorang boleh mampu utk seri kan kedudukan....Tapi sayang Terengganu kalah malam tu 3-2..


TP pada masa yg sama Mr.Firdaus Jibril tak lah sedih sgt sebab dapat tahu yg pada malam yg sama peserta AF4 yg berasal dr Terengganu tu jadi juara AF4..Faizal eh nama mamat tu? kalau gua tak silap lah..So,Senyum Sokmo lah Mr.Firdaus Jibril..Lepas tengok bola..kitorang pusing2 ushar bandar Perlis yg lebih kurang macam Pekan Masjid Tanah di Melaka..kalau nak tengok dr segi pembangunan,Perlis dah semakin maju..tak sama macam yg gua datang pada 2 tahun yg lepas..lanskap di sekitar bandar semakin menampakkan seri Negeri Darul Sunnah ni..



Gua lepak makan di sebuah kedai Tom Yam di Perlis..yg nyata Tom Yam panasnya mmg original..al-maklumlah negeri sebelah sempadan Siam kan..Berasap gua beb makan tom Yam dia..masa makan kat kedai tu..byk mata yg memerhatikan gua..baik budak2 lelaki ataupun pompuan..maybe diorang tak pernah nampak muka gua dan kaum2 gua pada malam tu.Pon ckp ramai yg lepak makan kat situ budak2 KUKUM..gua makin tak selesa bila mat-mat rempit kat situ pandang gua atas bawah..mcm gua da buat salah kat situ plak..bila kitorang gelak..mat-mat rempit tu pun gelak macam mengajuk kitorang..darah gua automatik seratus beb..nasib baik gua pk yg gua datang tempat org..kalau kat tempat gua for sure gua kacip beb.



Setel makan kitorang terus gerak balik.Gua tidur kat rumah Pon mlm tu..manakala Amin dan Firdaus Jibril tidur rumah Mat Jas.Alhamdulillah..Pon ade adik pompuan yang Comel giler.Syafinaz nama dia..umur baru 4 tahun..bibir dia comel jek pastu rambut dia orignal curly.Manja giler dgn gua dan cepat mesra..Tengok kan telatah finaz teringatkan anak-anak buah gua..


Malam tu b4 tidur mak Pon Jamu gua dgn ubi rebus cicah dgn kelapa..pergh..lama giler gua tak makan ubi rebus..ubi kuning plak tu..mmg marvelous lah..Pon ajak Gua lepak kat luar.pusing2 town..tengok C.I.O Perlis Indera Kayangan..tapi tah knp malam tu gua rasa letih ya Amat..maybe sbb gua terhimpit kat dlm keta tadi..gua ckp dgn Pon gua nak tido dulu..b4 tidur sempat bergayut dgn Chinta 30 minit..Hehehe!!



Gua bangun tidur pukul 11 pagi..bagus punye kaki ek? Tidur rumah org pastu bangun lewat..tapi mak dan abah Pon faham kot..sbb kitorang tidur lewat smlm.kitorang plan nak pi Padang Besar pgi Ahad tu.Firdaus Jibril dan Amin nak cari teddy bear besar utk awek dia.Gua plak mmg tak nak beli apa2.Kalau dapat pi Siam mau gak gua beli PISTOL atau KATANA...



Lepas Lunch kat rumah Pon (makan murtabak, Lunch makan murtabak kan pelik tu..) Mat Jas dtg dgn Amin dan Firdaus.Kitorang gerak menuju ke Padang Besar.Tapi gua betul2 tak sangka Kepala pon ada plan lain.Sedar tak sedar kami dah sampai Sempadan Siam..ikut pintu imegresen plak tu..mati2 gua ingatkan Pon nak buatkan border pas utk kitorang..tapi dgn slamber dia terus drive masuk Siam tanpa buat sebarang pas..kira kitorang betul-betul masuk cara illegal lah..tapi yang hebatnya melaui pintu utama..hebat giler Pon...terasa macam CASTELLO plak..Huhuhu!


Kitorang terus menuju ke Padang Besar side Siam..betul lah org2 cakap kalau nak berhibur dgn murah lu pi lah sempadan Siam..dgn duit RM100 lu orang boleh dapat satu hiburan kelas satu kalau kat Malaysia.Sepanjang jalan yg gua lalui di Pekan Padang Besar Siam tu..byk giler pusat2 hiburan yg menawarkan khidmat2 tambahan.Lu pikir dan Lu pilihlah mana yg lu suker..hati gua terdetik..no wonder lah ramai org Malaysia yg hanyut di sini,ramai gak yg bawak balik kuman H.I.V...


Kitorang park kereta.Dalam kepala gua, kalau dapat cari KATANA atau PISTOL ok gak kan? tapi bila gua check wallet dan seluk poket..uhh TAJAM BEB...kalau gua beli for sure bajet sangkut lagi bulan ni! KATANA mungkin gua beli lah..tapi pistol tu gua pk 2,3 kali beb..skali kantoi besar kerje beb..



Yang nyata cuaca di padang besar di Sebelah Siam sgt panas..panas lain daripada yg lain..gua betul2 tak tahan..Pon plan nak lajak lagi sampai atas Danok..tapi bila kitorang pk kalau kantoi susah beb..dah lah takder pas..so that kitorang patah balik masuk Malaysia..ape yg kitorang buat di Sempadan lagi ? Banyak benda yg kami Explore tapi biarlah semua tu jadi kenangan peribadi. Kami tak buat apa-apa pun.Tak langgan Pelacur ataupun bawak balik Dadah dari Sempadan. Cuma nak rasa mcm mana perasaan jadi Castello tapi tak pernah terfikir pun nak jadi Castello. Yang pasti kami dapat membanci berapa ramai org2 Malaysia yg menghabiskan duit di Selatan Siam dan survey berapa ramai yang berpotensi membawa masuk Kuman H.IV balik ke Malaysia.



Sebelum masuk ke Perlis balik kitorang kena hadap 4 sekatan beb.Hati berdebar-debar.Doa je, janganlah diorang tanyer pasal pas MAMPOS KITORANG.Buat dia check Beg gua, Kantoi KATANA gua.Jadi Pon seperti biasa dgn tenang main redah jer..dia melewati pagar imegresen pertama tanpa tunjukkan sebarang pas..dan pegawai yg jaga kaunter tu macam dipukau..tak mintak apa-apa pun..hebat jugak housemate gua sorang ni..Pon kata dia dah biasa buat macam tu.Kalaulah kitorang ditangkap di Siam oleh penguatkuasa, sebab masuk tanpa kebenaran,cuma Menteri Besar atau Ketua menteri sahaja yg boleh bawak kitorang pulang.Tapi Alhamdulillah empat-empat sekatan kami lepas.Selamat KATANA gua.Gile Punye Kerja!! Tapi kadang2 best gak buat kerja giler ni beb.


Balik Road trip Siam dan Perlis bertambah pengalaman gua.Org-org tua ckp jauh perjalan luas pengalaman..Sebenarnya byk lagi cerita yg menarik yg pernah gua nampak di depan mata gua. Pengalaman gua Backpacking di Indo-China dulu pun byk mematangkan gua.Hati semakin kuat...mata semakin bijak menilai...sikit sebanyak gua dapat membezakan hidup sebenar dan hidup palsu..Zaman skang ni adalah zaman yang mana ramai je org yg sanggup buat ape saje demi ringgit...Harapnya gua diberikan kekuatan agar dapat menepis dan membendung diri gua daripada termasuk dlm golongan manusia-manusia yg bergerak demi kekuasaan ringgit ni....Gua just nak kan sebuah hidup yg mengujakan tetapi sangat indah..yang begitu indah..


Tibe-tibe, Gua Rindu Siol dengan Kaum-Kaum kat Penang.........