Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Wednesday, June 23, 2010

Gua bercerita Tentang 'Kaya' .....

Masa gua kecik-kecik dulu gua selalu berangan bila gua besar gua nak jadi kaya.Tapi masa jadi budak kecik dulu, nak jadi kaya yang macam mana gua tak pernah tau.Yang pasti pada masa tu gua ingat, kalau gua ade sebiji rumah banglo yang ada swimming pool,sebijik kereta sport, dan sebijik Superbike dah boleh dikira kayalah.Gua selalu cakap dengan kawan-kawan gua,bila umur gua dah 25 nanti gua akan ada semua tu.....
Tapi malangnya sampai skarang bayang daripada tu pun gua takde :) ...

Pada satu malam...gua melepak sorang-sorang di Luna Bar, Darby Park KL.Mata gua terpaku pada pasangan kekasih.Bangsanya Melayu, tetapi agamanya Gua tak pasti.Tapi yang pasti Si Dara sangat Jelita.Dara atau tidak itu pun gua tak pasti.Agak-agak dalam awal 20-an umurnya.Boleh gua ketegorikan Sebagai Ratu.Sang Terunanya pulak pada pandangan gua pasti sudah mempunyai anak teruna yang sebaya dengan gua...Kepalanya memancarkan sinar di bahagian tengah,perutnya seakan terkena santauan busong dan bulat seperti ada bola di dalamnya dan rupa parasnya pulak..haha!! macam Lembu Jantan nak mengawan tapi lembu betina datang bulan..

Gua tersenyum sendiri.Pengadilan moral cuba gua elakkan.Tapi biasalah walau macam mana kita nak elakkan pun pengadilan moral terhadap seseorang...sikit sebanyak terlintas jugak.Hati kecil Berkata,Si Dara Jelita pasti takkan memandang si Teruna berperut bola jika Si Teruna tidak menyediakan suppliment Card yang mempunyai credit Limit RM20 K sebulan dan sebuah RX8 beserta Service apartment yang menghadap Menara Kembar.Bagi Sang Teruna Berperut Bola,apalah sangat dengan pelaburan yang sebegitu jika dibandingkan dengan nikmat yang dirasa selepas malam menjelma...Sang Dara Jelita pula mungkin ada menyimpan rahsia..mungkin malam untuk Si Teruna Berperut Bola dan bila siang menjelma Sang Dara Jelita akan mula menghubungi Teruna Impian pengarang jiwa...Kerana pabila fajar menjelma Sang Teruna Berperut bola sibuk dengan urusan menjaga hartanya...Ah..Terlalu jauh Gua membuat telahan...Tapi itulah hakikat yang Gua pandang setiap hari di depan mata...

Satu ketika dahulu, Dara Jelita yang gua perhatikan pernah cuba bermain mata.Gua saja yang tak mahu jatuh dalam perigi buta kerana gua tau banyak sangat kaca dan duri yang berbisa yang mampu membuatkan gua binasa.Malam-malam gua di Kota Langit memang sentiasa menarik ceritanya.

Kaya...Ramai yang jadi buta dan lupa bila sudah kaya.Gua tak boleh nak nafikan hakikat tu.Memang sukar nak jadi diri kita sendiri bila kita dah jadi makin kaya.Perasaan Bongkak,angkuh dan tinggi diri tu adalah sahabat karib yang pertama yang akan cuba mendekati kita bila kita dah kaya...Sikit sebanyak itu yang pernah gua rasa..Daripada seorang budak kampung yang takde apa-apa jadi seorang yang dicari oleh sebilangan orang-orang penting di tengah kota Langit.Akhirnya semua tu hilang sekelip mata, lantaran kerakusan di alam Ringgit Kasorga.Moga Ringgit takkan membebankan kehidupan Gua lagi.Demi Ringgit!! Sesungguhnya ramai Insan Kota Langit berada di dalam Kealpaan.

Semoga hati gua kuat melawan godaan-godaan pelesit di Kota Langit ini...Sekali Lagi.

Gua masih belum benar-benar Sampai....Tapi perjalanan gua untuk ke situ sudah makin hampir.Hala tuju gua dah semakin jelas.Hampir ke tempat yang di tuju.Semoga Cahaya daripada Langit akan menyinari perjalanan gua untuk ke situ.Gua benar-benar perlukan kekuatan,kebijaksanaan dan ketabahan waktu ini...

Teruskan...

No comments: