Alhamdulillah.
Hari ini dapat lagi Gua sempurnakan puasa yang ke-21 dan yang istimewanya hari ini Gua dapat berbuka bersama Keluarga Abang Ngah dan Kak Ya di KL Convex.
Phoenix juga ada bersama.
Berbuka puasa bersama adik beradik memang menyeronokkam.
Lebih-lebih lagi bila event itu kita yang anjurkan.
Kalau takde Phoenix, tak mungkin kami adik-beradik akan berkumpul di sini.
Terima kasih Phoenix.
Gua tak tahu nak cakap, macam mana Gua sayangkan Lu.
Mulakan.....
Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..
Showing posts with label Ramadhan 2011. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2011. Show all posts
Sunday, August 21, 2011
Hari Ke 20 Ramadhan 2011 :Somalia Kebuluran
Sewaktu Muslim di Somalia menahan lapar kebuluran,
Gua menahan senak kekenyangan.
Fasa kedua bulan Ramadhan ini rezeki yang Allah beri pada Gua melimpah ruah.
Hari-hari berbuka puasa di Buffet Ramdhan KL Convex.
Phoenix mahu Gua menemaninya berbuka puasa.Semuanya percuma.
100 jenis makanan yg mewah-mewah dihidangkan.
Gua cuma pilih sahaja dan campakkan masuk dalam pinggan.
Seperti makanan di Kota khayalan.
Seperti Bani Israel dihidangkan Manna Was Salwa.
Makanan-makanan yang ada di sini boleh buat Gua mati kekenyangan.
Mungkin juga boleh buat Gua jadi salah seorang sahabat setan.
Sebenarnya
sedang Gua merintih kekenyangan,
wanita dan kanak-kanak di Somalia merintih kelaparan.

Hari Ke 19 Ramadhan 2011 : Syukur
Pagi-pagi lagi Jali dah SMS Gua. Jali adalah teman baik Gua semasa di alam kampus.Sama-sama kongsi sepinggan nasik. Tempat Gua mengadu bila susah. Hari ini, Isteri Jali selamat melahirkan seorang puteri yang sempurna sifatnya. Puteri itu diberikan nama Arissa. Selamat Datang ke Dunia Arissa .Semoga menjadi puteri yang solehah.
Tahniah Jali. Welcome to Fatherhood.
Uncle Charlie dapat seorang GF lagi :)
Selepas pergi bayar duit kereta, Gua singgah bersolat Jumaat di Menara kembar menjulang tegak.
Hari ini juga Masjid Asy-Syakirin KLCC Padat Luar biasa...
Masih ramai yg bersujud pada yang Maha Kuasa walaupun Matahari terpacak
di atas kepala.
Yang Berjaya menyahut seruan kejayaan, Tahniah!
Yang gagal, cuba lagi...Peluang masih ada
Selagi matahari terbit di ufuk timur.
Hari Ke 18 Ramadhan 2011 : Langit
Alhamdulillah, Selepas iftar dan Solat Maghrib di Menara Menjulang tegak Kota Langit,
Gua menjengok KINOKUNIYA. Gua terserempak dengan Pak Samad, Sasterawan Negara yang semakin BERSIH wajahnya. Kami berbual 5 minit. Katanya, Beliau akan mula berkelana ke surau-surau dan masjid-masjid sekitar kota bersama karya terbarunya AL-AMIN. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kpd Pak Samad agar tercapai hasratnya.

Pintu Langit hari-hari terbukak.
Cuma Gua je yg tak nampak. Hari Ke 17 Ramadhan 2011 : Masak Bubur Lambuk Kampong Bharu yang Legend.
Hari ni Gua ada event Social Community dengan Masjid Kampung Baru. Acaranya ialah masak dan mengagihkan Bubur Lambok Kg.Baru yang legend tu.
Baru Gua tahu betapa PENAT DAN DAHAGANYA menyediakan 12 Kawah bubur lambuk untuk penghuni Kota. Selama ni Gua beratur dan makan saje. Terima Kasih Tuan-Tuan yg mulia, yang selama ini bermandi peluh memasakkan bubur lambuk masjid KG.BHARU kesukaan saya.
Gua : Pakcik, apa rahsia keenakan bubur lambuk masjid ni Pakcik?
Pakcik : Satu periuk besar ni kena letak 15kg beras dan 6kg Santan.
Gua: Takkan itu je rahsianya Pakcik?
Pakcik : Kalau Pakcik beritahu, dah tak rahsia lah lagi :)
Gua : (Betul jugakkan ) :)

Hari Ke 16 Ramadhan 2011 : Fitnah Sang Teman
Kata Gua " SABAR TEMAN - Hidup orang dewasa memang penuh dengan ujian. Baru rasa manisnya kehidupan"
"ASTARFIRULLAHALAZIM...YA ALLAH, kenapa la pepagi bute ni rasa sakit hati sangat...Kepada DIA, berhenti la memfitnah! FITNAH itu dosa nyer bukan hanya pada bulan Ramadhan, bulan lain2 pun, perbuatan itu tetap berdosa,bawalah berbincang, dgr penjelasan terlebih dhulu.Bukan ikut emosi dan paranoid yg melampau! Belajar untuk jadi MANUSIA boleh tak ?
Kepada KAMU, sabar yer....kalo lah, aku ada di situ di saat itu...hmmm " Hidayah mengeluh..
DIA kata DIA bukan fitnah.DIA dapat petunjuk dari Allah.
KatA Gua lagi " Kadang-kadang Setan pun boleh bagi petunjuk Jugak .Tapi tak sama lah dengan petunjuk dari Allah. Ramai yg ingat dia dapat petunjuk Allah, rupa-rupanya tanpa dia sedar dia ikut petunjuk Setan ...Berdoa dengan Setan rupanya"
Sang Teman iaitu KAMU cuba menguatkan hatinya sendiri. Katanya " In the end, some of your greatest pains become your greatest strengths. Be thankful for the difficult times. During those times you grow. We have to deal with pain to find happiness. We have to deal with pain to find us. We become stronger with each bad day, bad relationship, bad past, just everything bad. We can make it all better in the end just by learning from it all. Challenges are what makes us who we are. "
Mungkin benar ...
Kata Pak Harfan (Laskar Pelangi-Andrea Hirata) " Hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya.Bukan hanya untuk menerima"
Gua cuba mengaktifkan akal rasional Sang teman "Sebenarnya Org yang meminta maaf utk menjernihkan keadaan walaupun dia tahu dia tidak melakukan sebarang kesalahan lebih mulia daripada orang yg sentiasa mengingatkan dirinya betul. Sombong dan angkuh itu sifat Iblis.Kita jgn jadi Laskar Iblis"
If I diam tak minta maaf?
Akan jadi Laskar ape ek..Tanya Sang Teman.
Ada satu cerita ...
Sewaktu Nabi mula2 menegakkan Islam di Mekah, Nabi sering dihina dan dicerca. Ada seorang wanita tua, setiap hari dia akan menunggu Nabi i di pinggir jalan dan melemparkan batu serta mengkeji Nabi setiap kali Nabi pulang dari Kaabah. Namun Nabi tidak pernah memusuhi atau dendam dgn wanita Tua itu. Satu hari, sewaktu Nabi pulang dari Kaabah, Nabi lihat wanita tua itu tiada di tempat biasa. Nabi bertanya pada org ramai. Org ramai memberitahu bahawa wanita tua itu sedang sakit dan terlantar di rumah. Nabi dengan segera menziarahi wanita tua itu di rumah dan mendoakan kesihatannya.Sikap nabi yang mulia membuatkan wanita tua itu sungguh terharu. Pantas beliau mengucapkan kalimah Syahadah .
Teman, walaupun kita bukan Nabi -Tapi kita wajib mencontohi sedikit peribadi nabi kan...
Ye..i perlu bersabar. Kata Sang teman.
Begitu lah ....Sebab itu Al-Fitnahtu Asyaddu Minal Qods .Fitnah itu lebih besar daripada membunuh.
You rasakan betapa sakit dan kecewanya bila difitnah begini ?
Monday, August 15, 2011
Hari Ke 15 Ramadhan 2011
Balik dari LCS
Gua Kebasahan
Dibantai hujan lebat di waktu petang
Gua Menapak dari Stesen Komuter Bank Negara sampai ke City Campus.
Tiba di depan Pustaka Mukmin
ada makwe dalam Mini Cooper senyum seducing kat Gua.
ada makwe dalam Mini Cooper senyum seducing kat Gua.
Langsung Gua tak layan ..KEH! KEH!KEH!
-------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------
Sampai depan Menara Multi purpose
ada awek dalam kereta Golf GTI berhenti
dia mintak no phone Gua.
Gua tak layan jugak ...Keh!keh!keh!
Hari Ke 13 Ramadhan 2011
Berbuka Puasa dengan suasana romantik
bersama Phoenix
KL CONVEX jadi saksi
GENG, Lauk-pauk di KL CONVEX Power !
Alhamdulillah
Dengan perut yang penuh
Menonton wayang bersama Phoenix
di GSC Pavillion Bukit Bintang
GENG, "The Rise Of The Planet Of The Apes"
juga Power !
Dan sebenarnya ...
IFTAR di KL CONVEX itu free
Menonton Wayang di GSC Pavillion itu Juga free
Dan Sesungguhnya...
Perkara yg paling indah itu ialah,
SESUATU YG FREE...
Keh! keh! keh!
Friday, August 12, 2011
Ibu Forest Gump Bukan Ibu Gua - Hari ke -12 Ramadhan 2011
"Mak Gua cakap, perempuan zaman sekarang dah tak heran sgt dengan lelaki kacak yg berhati baik,
depa lebih suka lelaki yang boleh taburkan duit" Kata Gua kepada Robocop selepas termenung jauh.
"Ada duit semua bole bro" balas Robocop sambil mengasah pisau Rambo kesayangannya.
" Boleh memang boleh Bro, tapi buat apa nak sedap atas air mata org lain kan ? "
"Hahaha...aku dh kahwin..no komen lah...huhuhu"
"So, Jaga orang rumah hang mcm hang jaga Pisau Rambo Hang :)"
Tiba-tiba Lynee menyampuk perbualan kami.
"Betol2.. money is important! but erkkhh x snggup laaa nk kuar ngan laki tua yg poket tebal"
"Ramai yg sanggup beb" balas Gua.Sambil di belakang Vina terbahak-bahak ketawa mendengarkan perbualan kami.
"Vina, jangan gelak kuat-kuat.Nanti batal puasa" Gua cuba mengusik Vina.
"Hahaha. Ada pulak gelak batal puasa. I gelak tutup mulut lah "
" Tue laa..Tapi anak kepada Pak cik poket tebal tue I nak laa..Hahaha" Lynee menyambung ayat.
"I'm Broke, tak kacak dan weirdo ...confirm tak laku"
" Mana ada.U good looking laa.. If weird everyone is weird in their own way. Tak laku ke jual mahal?"
Lynee cuba mengusik Gua.
"Hahahha.. Sir.. Itu bergantung kepada kepandaian lelaki itu memilih...kalau memilih perempuan yang suka buat duit dengan usaha dia...lelaki untungla..perempuan tu pandai berdikari namanya, kalau memilih perempuan yang memang suka ditabur duit...memang x kemana la...jgn terkejut kalau dia easily left you for other guy yang lebih kaya..ngengss.....hehhehe" Tiba-tiba Nabila yang dari tadi hanya sibuk dengan bukunya mencelah memberikan pandangan.
Perbualan kami menjadi semakin hangat apabila Ahmad, iaitu seorang Ustaz tak bertauliah yang berkelulusan Ijazah Ekonomi daripada Universiti Of Minesota USAdatang mencelah.
"Do you think that way ? Pilihlah perempuan yang jenis 1 dalam 10, atau 1 dalam 100, atau 1 dalam 1000. Selamat dunia akhirat. Mak bapak mertua pun boleh senyum. :)"
"Betul tu" Hasrin menyokong Ahmad.
" kadang-kadang tak boleh salahkan depa,sebab mak bapak depa pun suruh pilih laki-laki yang tabur menabur ni..Ada yang sanggup kahwin kan anak dengan orang yang takde iman daripada orang yang imannya tinggi tapi gajinya kecik, alasan nanti takkan anak aku nak mkn pasir? Ingatlh bahawa rezeki itu tetap datangnya daripada Allah.Org yg beriman sikit bilangannya" PERGH. Nasrul yang dari tadi hanya diam di hujung sudut mengeluarkan satu hujah yang sangat padat. Semua susuk tubuh yang ada di situ terdiam seketika.
Tiba-tiba Lily Sara bersuara " Ai nak yang kacak , dan baek hati.Duit ? Mmm mm so so coz i pon ade"
" .......nak cari yang baik hati, tak tinggal solat dan tak lupa sadakah jariah orang-tua kat kampong"
Ahmad menambah sambil memandang ke arah Lily Sara dengan riak wajah yang Gua rasa mampuu ntuk membuat Lily Sara rasa sakit hati.
" Lu orang pernah dengar quotes ni tak ? Mak Forest Gump cakap, Hidup ini bagaikan sebuah kotak coklat, kau takkan tahu apa yang kau akan dapat "
Perbualan kami pada petang itu dimulakan dan diakhiri dengan dua quotes ibu kepada dua orang lelaki yang berbeza dunia, tetapi mempunyai kepercayaan yang sama iaitu....
Hidup ini indah. Begitu indah.
Hari Ke-11 Ramadhan 2011
Kadang-kadang Gua rasa macam nak berlari tanpa henti
"Makesure you are a good runner.. :) " Kata Si Gadis
-------------------------------------------------------------------------------------------
Cikgu Mozaimi Mohamad merupakan bekas guru kaunseling yang banyak menasihati Gua sewaktu di SMKA Sultan Muhammad dahulu. W/pun lama x berjumpa, namun kehilangan beliau amat Gua rasakan. Tiba2 Gua rasa mcm ada kekesalan muncul dalam diri krn x sempat nak meminta maaf. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allayarham.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tiba -tiba euforia Kampung di Melaka begitu melekat diingatan.

Tuesday, August 9, 2011
Hari Ke-9 Ramadhan 2011
Sampai di KL Office, Gua nampak di atas meja ada Kad Ucapan Selamat Hari Raya .
Ada lah dalam sepuluh keping.Kata budak Office, Corporate Communication Department yang bagi.Semua staff dapat. Dalam kepala dah ada senarai nama orang-orang yang akan Gua poskan kad-kad ini.
Sejak zaman teknologi maklumat menerobos masuk Malaysia, SuratMan tak lagi menjadi watak penting. Satu masa dulu, bila menjelangnya bulan Ramadhan, Kad Ucapan Selamat Hari Raya adalah satu bebanan besar bagi Para SuratMan. Deruan bunyi motosikal mereka ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rumah.Lebih-lebih lagi kepada pasangan kekasih.Kad Ucapan Selamat Hari Raya adalah salah satu bukti kasih.Lebih besar kad yang diterima, lebih mekar cinta bersemi di dalam jiwa.

Hari Ke-8 Ramadhan 2011
Gua teringin nak berbuka Roaster hari ni..Just Chicken.
-----------------------------------------------------
Tak jadi Roaster ...Gua nak makan Ikan kembung Goreng dengan kicap manis cap kipas udang. Cuma ikan.
-----------------------------------------------------
Lepas berbuka dan Tarawikh Gua rasa macam nak mengeTEH di Restoren Abang Kawasan :).
Lepak dengan Brader PyanHabib Rahman aka Osman Tikus.

Sunday, August 7, 2011
Hari Ke-enam Ramadhan 2011
Tibe-tibe Gua terbayang
Asam pedas ikan sembilang Parit Raja Batu Pahat,
Dimakan dengan nasik,
Berulamkan kacang botol,
dikuasakan dengan telur masin....
Perghhhhhhhhhh...Menitis-nitis dah air liur Gua ni
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah 6 hari Gua tak makan Nasik ...
Mampukah Gua bertahan
lagi 24 hari.

Iklan Raya TV3 2011
Dengar Cerita
Iklan Hari Raya Aidilfitri TV3 tahun ni
Temanya,
Santa Claus pakai songkok sambil duduk bersila makan ketupat Nasik.
Keh! keh!keh!
1 Malaysia lah katakan
1 Malaysia my Arse...
Santa Melayu
Iklan Hari Raya Aidilfitri TV3 tahun ni
Temanya,
Santa Claus pakai songkok sambil duduk bersila makan ketupat Nasik.
Keh! keh!keh!
1 Malaysia lah katakan
1 Malaysia my Arse...
Santa Melayu
Hari Ketiga Ramadhan 2011
petang semalam, masa Gua sedang Tendang Tiang Lampu kat Jalan Tun Razak,
Gua perasan Makwe yg drive HONDA CITY kat belakang kereta Gua tu,
tersenyum jambu je.
tapi ...
Sikit pun Gua tak heran.
Gua perasan Makwe yg drive HONDA CITY kat belakang kereta Gua tu,
tersenyum jambu je.
tapi ...
Sikit pun Gua tak heran.
Hari Kedua Ramadhan 2011
Hari ni kalau Jalan Tun Razak Jammed teruk lagi,
Gua akan keluar dari kereta dan tendang tiang lampu jalan kuat-kuat.
Gua akan keluar dari kereta dan tendang tiang lampu jalan kuat-kuat.
Tuesday, August 2, 2011
Hari Pertama Ramadhan 2011
Suatu petang di Pasar Ramadhan ...
SCV: Mak cik, roti jala ni berapa mak cik jual ?
Mak Cik : 5 Keping RM 2.00 nak ...
SCV : Mahalnya Makcik ...
Mak Cik : Barang dah mahal nak.Sekarang ni anak Dara orang pun dah harga 10 Ribu. Makcik dulu harga 600 je :) ..
SCV : (TERSENYAP -SEBAB POINT MAKCIK NI POWER SGT )
Subscribe to:
Posts (Atom)