Sewaktu Muslim di Somalia menahan lapar kebuluran,
Gua menahan senak kekenyangan.
Fasa kedua bulan Ramadhan ini rezeki yang Allah beri pada Gua melimpah ruah.
Hari-hari berbuka puasa di Buffet Ramdhan KL Convex.
Phoenix mahu Gua menemaninya berbuka puasa.Semuanya percuma.
100 jenis makanan yg mewah-mewah dihidangkan.
Gua cuma pilih sahaja dan campakkan masuk dalam pinggan.
Seperti makanan di Kota khayalan.
Seperti Bani Israel dihidangkan Manna Was Salwa.
Makanan-makanan yang ada di sini boleh buat Gua mati kekenyangan.
Mungkin juga boleh buat Gua jadi salah seorang sahabat setan.
Sebenarnya
sedang Gua merintih kekenyangan,
wanita dan kanak-kanak di Somalia merintih kelaparan.
No comments:
Post a Comment