Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, August 21, 2011

Hari Ke 21 Ramadhan 2011 :Adik Beradik

Alhamdulillah.
Hari ini dapat lagi Gua sempurnakan puasa yang ke-21 dan yang istimewanya hari ini Gua dapat berbuka bersama Keluarga Abang Ngah dan Kak Ya di KL Convex.
Phoenix juga ada bersama.
Berbuka puasa bersama adik beradik memang menyeronokkam.
Lebih-lebih lagi bila event itu kita yang anjurkan.
Kalau takde Phoenix, tak mungkin kami adik-beradik akan berkumpul di sini.
Terima kasih Phoenix.
Gua tak tahu nak cakap, macam mana Gua sayangkan Lu.

Hari Ke 20 Ramadhan 2011 :Somalia Kebuluran

Sewaktu Muslim di Somalia menahan lapar kebuluran,
Gua menahan senak kekenyangan.

Fasa kedua bulan Ramadhan ini rezeki yang Allah beri pada Gua melimpah ruah.
Hari-hari berbuka puasa di Buffet Ramdhan KL Convex.
Phoenix mahu Gua menemaninya berbuka puasa.Semuanya percuma.
100 jenis makanan yg mewah-mewah dihidangkan.
Gua cuma pilih sahaja dan campakkan masuk  dalam pinggan.
Seperti makanan di Kota khayalan.
Seperti Bani Israel dihidangkan Manna Was Salwa.
Makanan-makanan yang ada di sini boleh buat Gua mati kekenyangan.
Mungkin juga boleh buat Gua jadi salah seorang sahabat setan.

Sebenarnya
sedang  Gua merintih kekenyangan,
wanita dan kanak-kanak di Somalia merintih kelaparan.

Hari Ke 19 Ramadhan 2011 : Syukur

Pagi-pagi lagi Jali dah SMS Gua. Jali adalah teman baik Gua semasa di alam kampus.Sama-sama kongsi sepinggan nasik. Tempat Gua mengadu bila susah. Hari ini, Isteri Jali selamat melahirkan seorang puteri yang sempurna sifatnya. Puteri itu diberikan nama Arissa. Selamat Datang ke Dunia Arissa .
Semoga menjadi puteri yang solehah.
Tahniah Jali. Welcome to Fatherhood.
Uncle Charlie dapat seorang GF lagi :)


Selepas pergi bayar duit kereta, Gua singgah bersolat Jumaat di Menara kembar menjulang tegak.
Hari ini juga  Masjid Asy-Syakirin KLCC Padat Luar biasa...
Masih ramai yg bersujud pada yang Maha Kuasa walaupun Matahari terpacak
di atas kepala.
Yang Berjaya menyahut seruan kejayaan, Tahniah!
Yang gagal, cuba lagi...Peluang masih ada
Selagi matahari terbit di ufuk timur.

Bola Kampung

Selepas Tony Fernandez beli Kelab Bola Sepak Liga Perdana Inggeris Queen Park Rangers, beliau mengumumkan akan membawa 3 org Pemain Malaysia untuk menimba pengalaman dengan EPL.
Antaranya ialah

Supir Supian














Fizz Fairuz Fuyyo                            Dan                           Abdullah Paciko

Cerita Makwe ...


Agak-agak bila kita boleh couple ?

Hari Ke 18 Ramadhan 2011 : Langit

Alhamdulillah, Selepas iftar dan Solat Maghrib di Menara Menjulang tegak Kota Langit,
Gua menjengok KINOKUNIYA. Gua terserempak dengan Pak Samad, Sasterawan Negara yang semakin BERSIH wajahnya. Kami berbual 5 minit. Katanya, Beliau akan mula berkelana ke surau-surau dan masjid-masjid sekitar kota bersama karya terbarunya AL-AMIN. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kpd Pak Samad agar tercapai hasratnya.

Sebenarnya
Pintu Langit hari-hari terbukak.
Cuma Gua je yg tak nampak.

Hari Ke 17 Ramadhan 2011 : Masak Bubur Lambuk Kampong Bharu yang Legend.

Hari ni Gua ada event Social Community dengan Masjid Kampung Baru. Acaranya ialah masak dan mengagihkan Bubur Lambok Kg.Baru yang legend tu.

Baru Gua tahu betapa PENAT DAN DAHAGANYA menyediakan 12 Kawah bubur lambuk untuk penghuni Kota. Selama ni Gua beratur dan makan saje. Terima Kasih Tuan-Tuan yg mulia, yang selama ini bermandi peluh memasakkan bubur lambuk masjid KG.BHARU kesukaan saya.

Gua : Pakcik, apa rahsia keenakan bubur lambuk masjid ni Pakcik?
Pakcik : Satu periuk besar ni kena letak 15kg beras dan 6kg Santan.
Gua: Takkan itu je rahsianya Pakcik?
Pakcik : Kalau Pakcik beritahu, dah tak rahsia lah lagi :)
Gua : (Betul jugakkan ) :)

Hari Ke 16 Ramadhan 2011 : Fitnah Sang Teman


Kata Gua " SABAR TEMAN - Hidup orang dewasa memang penuh dengan ujian. Baru rasa manisnya kehidupan"


"ASTARFIRULLAHALAZIM...YA ALLAH, kenapa la pepagi bute ni rasa sakit hati sangat...Kepada DIA, berhenti la memfitnah! FITNAH itu dosa nyer bukan hanya pada bulan Ramadhan, bulan lain2 pun, perbuatan itu tetap berdosa,bawalah berbincang, dgr penjelasan terlebih dhulu.Bukan ikut emosi  dan paranoid yg melampau! Belajar untuk jadi MANUSIA boleh tak ?
Kepada KAMU, sabar yer....kalo lah, aku ada di situ di saat itu...hmmm " Hidayah mengeluh..
 
DIA kata DIA bukan fitnah.DIA dapat petunjuk dari Allah.
 
KatA Gua lagi " Kadang-kadang Setan pun boleh bagi petunjuk Jugak .Tapi tak sama lah dengan petunjuk dari Allah. Ramai yg ingat dia dapat petunjuk Allah, rupa-rupanya tanpa dia sedar dia ikut petunjuk Setan ...Berdoa dengan Setan rupanya"
 
Sang Teman iaitu KAMU cuba menguatkan hatinya sendiri. Katanya " In the end, some of your greatest pains become your greatest strengths. Be thankful for the difficult times. During those times you grow. We have to deal with pain to find happiness. We have to deal with pain to find us. We become stronger with each bad day, bad relationship, bad past, just everything bad. We can make it all better in the end just by learning from it all. Challenges are what makes us who we are. "
 
Mungkin benar ...
 
Kata Pak Harfan (Laskar Pelangi-Andrea Hirata) " Hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya.Bukan hanya untuk menerima"


Gua cuba mengaktifkan akal rasional Sang teman "Sebenarnya Org yang meminta maaf utk menjernihkan keadaan walaupun dia tahu dia tidak melakukan sebarang kesalahan lebih mulia daripada orang yg sentiasa mengingatkan dirinya betul. Sombong dan angkuh itu sifat Iblis.Kita jgn jadi Laskar Iblis"

 If  I diam tak minta maaf?
Akan jadi Laskar ape ek..Tanya Sang Teman.

Ada satu cerita ...

Sewaktu Nabi mula2 menegakkan Islam di Mekah, Nabi sering dihina dan dicerca. Ada seorang wanita tua, setiap hari dia akan menunggu Nabi i di pinggir jalan dan melemparkan batu serta mengkeji Nabi setiap kali Nabi pulang dari Kaabah. Namun Nabi tidak pernah memusuhi atau dendam dgn wanita Tua itu. Satu hari, sewaktu Nabi pulang dari Kaabah, Nabi lihat wanita tua itu tiada di tempat biasa. Nabi bertanya pada org ramai. Org ramai memberitahu bahawa wanita tua itu sedang sakit dan terlantar di rumah. Nabi dengan segera menziarahi wanita tua itu di rumah dan mendoakan kesihatannya.Sikap nabi yang mulia membuatkan wanita tua itu sungguh terharu. Pantas beliau mengucapkan kalimah Syahadah .
Teman, walaupun kita bukan Nabi -Tapi kita wajib mencontohi sedikit peribadi nabi kan...

Ye..i perlu bersabar. Kata Sang teman.

Begitu lah ....Sebab itu Al-Fitnahtu Asyaddu Minal Qods .Fitnah itu lebih besar daripada membunuh.
You rasakan betapa sakit dan kecewanya bila difitnah begini ?

Monday, August 15, 2011

Hari Ke 15 Ramadhan 2011















Balik dari LCS
Gua Kebasahan
Dibantai hujan lebat di waktu petang
Gua Menapak dari Stesen Komuter Bank Negara sampai ke City Campus.
Tiba di depan Pustaka Mukmin
ada makwe dalam Mini Cooper senyum seducing kat Gua.
Langsung Gua tak layan ..KEH! KEH!KEH!

-------------------------------------------------------------------------

Sampai depan Menara Multi purpose
ada awek dalam kereta Golf GTI berhenti
dia mintak no phone Gua.
Gua tak layan jugak ...Keh!keh!keh!

PARADOKS VS RELATIF

Yang Lu tahu,
Gua kata Lu Paradoks,
Lu kata Gua Relatif ...

Yang Lu tak tahu,
Org lain kata kite ni GILE!!!

Hari Ke 13 Ramadhan 2011


Berbuka Puasa dengan suasana romantik
bersama Phoenix
KL CONVEX jadi saksi
GENG, Lauk-pauk di KL CONVEX Power !

Alhamdulillah
Dengan perut yang penuh
Menonton wayang bersama Phoenix
di GSC Pavillion Bukit Bintang
GENG, "The Rise Of The Planet Of The Apes"
juga Power !

Dan sebenarnya ...
IFTAR di KL CONVEX itu free
Menonton Wayang di GSC Pavillion itu Juga free

Dan Sesungguhnya...
Perkara yg paling indah itu ialah,
SESUATU YG FREE...
Keh! keh! keh!

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN UNTUK PARA PENDIDIK DAN RAKAN2 SULTAN MUHAMMAD

EVENT : MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN UNTUK PARA PENDIDIK DAN RAKAN2 SULTAN MUHAMMAD

TARIKH : 1 SEPTEMBER 2011/ KHAMIS (MALAM JUMAAT)-HARI RAYA KETIGA

TEMPAT : MASJID SMKA SULTAN MUHAMMAD

AKTIVITI : SOLAT MAGHRIB DAN ISYAK BERJEMAAH - BACAAN SURAH YASSIN DAN TAHLIL SELEPAS MAGHRIB.MAKAN MALAM SELEPAS ISYAK.

NOTA PENTING : KITA COLLECT DUIT SORANG RM30.00 UNTUK BUAT MAKAN2.

Siapa yang boleh datang Harap dapat confirmkan kat aku sebelum 25 HB 8 2011. Sebab aku nak arrange untuk gunakan masjid dgn pihak sekolah.

Duit boleh bayar melalui Maybank Akaun Aku ataupun bayar semasa Majlis berlangsung. N0.Maybank Aku : 157 157 786 917 . Sesiapa yg dah bank in sila confimkan kat aku di 012-336 72 52.

TOLONG AKU HEBAHKAN DAN REALISASIKAN EVENT NI. SEMOGA NIAT KITA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH.

P/S : Apabila kita mengucapkan "Insya Allah Saya akan datang " kepada seseorang yg menjemput kita ke satu majlis,sebenarnya kita sudah meletakkan satu janji bahawa kita akan berusaha untuk datang. Ttp ramai org kt menganggap ucapan "InsyaAllah" itu adalah satu cara untuk menjaga hati org yg menjemput jika kita tidak dapat hadir ke majlis itu.

Fantasy Premier League 2011/2012

Senarai Pasukan yang akan berentap di dalam "Liga Urban " Fantasy Premier League.

Mencantas Utd,
MumiaBerpaku SC,
Chiormoloravatete,
real jay fc,
Jin Metal,
Aquariust^is^BACK!!,
hati girang,
Syidi FC,
Doom Bringer,
Tjololo,
Jeruk nipis.
SOULRAGE-X7
Menchantik Utd

Saturday, August 13, 2011

Care For The Homless 1.0

Pada suatu petang sewaktu baru pulang dari office, Gua melewati Jalan Chow Kit.Niatnya gua mahu bersolat Maghrib di Masjid Kg.Baru tapi memandangkan nasih awal Gua singgah usha kasut-kasut Vintage yg dijual di belakang pasar Chow Kit.Petang yang bersejarah itu, Gua melihat satu drama kecil yang sangat menarik dan memberikan kesan yang mendalam pada gua.Ada seorang budak lelaki yang berumur lebih kurang sepuluh tahun, dengan tangkasnya menyelit-nyelit dan mencilok-cilok motosikalnya di tengah-tengah kepadatan kenderaan di ibu kota ini. Sampai di satu tebing jalan dia memberhentikan motosikalnya.
Dia membawa bungkusan-bungkusan yang cukup banyak yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.
Dia menyapa akrab setiap orang yang ada di pinggir-pinggir jalan, dari penjual surat khabar ,tukang sapu, homeless sehinggalah ke anggota Polis yang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di situ. Bungkusan-bungkusan yang terdapat di dalam bakulnya diedarkan kepada setiap orang yang disapanya.
Dalam hati gua bertanya, apakah yang diedarkannya itu?

Gua tidak henti-henti memikirkan apa yang diberikan oleh budak kecil tersebut. Apakah dia berniaga?
“kalau dia berniaga mana mungkin seorang Homeless menjadi pelanggan tetapnya atau???,
Untuk membunuh curiosity, Gua mengekori budak kecil tersebut sehingga sampai diseberang jalan gua memanggilnya dan bertanya

" Dik, boleh abang tanya sikit” ?
Tanya apa Bang?
Takdelah, Abang cuma nak tahu je, adik bagi bungkusan apa kat diorang tu.Abang tengok adik bagi kat semua oarang yang adik tegur.Dari tukang sapu, orang merempat sampailah ke Pakcik Polis tu pun adik bagi bungkusan tu..
Oh… itu bungkusan nasik dan sedikit lauk bang, Kenapa ye abg tanya?
Hmm, tidak! , abang Cuma tertarik cara kamu mengedarkan bungkusan itu, macam kamu sudah biasa dan cukup akrab dengan mereka.
Dah kenal lama ke dengan mereka?
"Owh, saya memang dah biasa dengan mereka ni Bang" Jawab budak itu sambil tersenyum.

Lalu ,budak ini mulai bercerita...
“Dulu ! saya dan mak saya sama seperti mereka bang hanya duduk merempat kat Chow Kit ni. Setiap hari hidup hanya mengharapkan belas kasihan orang, dan abang pun tahukan hidup di KL ni memang suasah kalau takde rumah dan merempat, dulu kami sering tak makan, waktu siang hari kami kepanasan dan waktu malam hari kami kesejukan lebih lagi pada musim hujan kami sering ditimpa hujan, apabila kami ingat balik waktu dulu, kami sedih sangat , tapi Bang satu hari mak terjumpa dengan seorang kawan lamanya.Kawan lama mak yang datang dari Indonesia.Kawan lama mak ni menyewa sebuah rumah dan mengajak kami tinggal bersamanya.Setelah itu kawan mak saya membuka warung nasi padang dan mak membantu kawannya di warung nasi tu,dan sejak dari saat tu kehidupan keluarga kami mula berubah.
Maka dari itu mak selalu mengingatkan saya bang, bahawa masih banyak orang yang susah seperti kami dulu, jadi kalau saat ini kami diberikan rezeki yang cukup , kenapa kita tidak dapat berkongsi dengan mereka.

Mak selalu cakap hidup harus bererti kepada banyak orang.Sebab pada saat kita kembali kepada Sang Pencipta tidak ada yang kita bawa, hanya satu yang kita bawa iaitu Kasih kepada sesama kita serta Amal dan Perbuatan baik kita , kalau hari ini kita boleh mengamalkan sesuatu yang baik buat banyak orang , kenapa kita harus tunda.Karena menurut mak umur manusia terlalu singkat , hari ini kita memiliki segalanya, namun satu jam kemudian atau besok kita mati apa yang kita bawa?
Gua tersentap dan terpaku dengan apa yang gua dengar dari mulut budak 10 tahun.Kata-kata budak lelaki ini sangat menusuk hati, saat itu juga gua rasa macam menjadi orang yang tidak berguna, bahkan gua rasakan gua ni tidak lebih dari selonggok sampah yang langsung tak ada gunanya,jika dibandingkan dengan adik kecil ini.

Selama ini Gua rasa Gua dah cukup hebat dengan pendidikan dan jawatan yang tinggi yg Gua miliki. Tiba-tiba gua merasa lebih daif dan naif dari anak kecil yg berdiri di depan Gua ini. Terima kasih adik , kamu umpama malaikat yang menyedarkan gua dari tidur panjang yang nyenyak.....

Sebermula dari saat itu, gua sering menemani adik ini mengedarkan bungkusan-bungkusan makanan kepada gelandangan di sekitar Chow Kit. Kami, sering berkongsi pengertian tentang hidup ini antara satu sama lain.Dan.. Sejak dari saat itu juga gua mula memahami dan menyelami kehidupan manusia-manusia dan insan-insan yang berlegar-legar di lorong-lorong gelap di Kota Langit ini.

Ada di antara mereka yang mempunyai hati yang sgt putih dan ada juga di antara mereka yang sentiasa menunggu peluang untuk menipu dan mempergunakan orang lain.Gua tak pernah bosan ke sana. Mungkin pada sesetengah orang, lorong-lorong itu hanya tempat untuk kita menjejaki dosa, tapi Gua nampak masih ada sedikit cahaya yang tersimbah di lorong itu untuk kita teranginya ..

Gua cuba berkongsi apa yang gua lihat dan apa yang gua rasa mengenai kehidupan Chow Kit Road ini dengan pelajar-pelajar Gua.Gua berikan mereka tugasan akhir tahun iaitu " Care For The Homeless" agar mereka tahu bahawa, ada golongan yang di luar sana yang hidup di dalam satu keadaan yang tak pernah mereka bayangkan. Selain daripada untuk memenuhi keperluan silibus, Gua juga ingin mereka tahu bahawa cerita kehidupan ini bukan lah seperti dongeng cinderella.

Gua masih berdiri di Kota Langit.Gua rasakan bagaikan ada satu harapan baru untuk golongan-golongan merempat ini. Headline Akhbar THE STAR dan NST mampu membuatkan senyuman terukir di wajah
"ONE STOP CENTRE FOR THE HOME-LESS " 26/7/2010
Akhirnya. Apa yang gua juangkan selama ini mendapat perhatian mereka yang berada di atas.
Terima kasih kalian yang di Atas...Gua berikan Ibu Jari ke atas untuk kalian semua :)

         

Friday, August 12, 2011

Tiang Agama 2

Dunia Lelaki Dewasa
ialah dunia yang penuh dengan tanggung jawab.
Selain dari tanggung jawab carik duit untuk makan nasik
Solat Jumaat juga adalah tanggung jawab yg wajib di buat.
Ayuh Geng, ke masjid kita!













Gua di sini hari ni ....

Ibu Forest Gump Bukan Ibu Gua - Hari ke -12 Ramadhan 2011

"Mak Gua cakap, perempuan zaman sekarang dah tak heran sgt dengan lelaki kacak yg berhati baik,
depa lebih suka lelaki yang boleh taburkan duit" Kata Gua kepada Robocop selepas termenung jauh.
"Ada duit semua bole bro" balas Robocop sambil mengasah pisau Rambo kesayangannya.
" Boleh memang boleh Bro, tapi buat apa nak sedap atas air mata org lain kan ? "
"Hahaha...aku dh kahwin..no komen lah...huhuhu"
"So, Jaga orang rumah hang mcm hang jaga Pisau Rambo Hang :)"

Tiba-tiba Lynee menyampuk perbualan kami.
"Betol2.. money is important! but erkkhh x snggup laaa nk kuar ngan laki tua yg poket tebal"
"Ramai yg sanggup beb" balas Gua.Sambil di belakang Vina terbahak-bahak ketawa mendengarkan perbualan kami.
"Vina, jangan gelak kuat-kuat.Nanti batal puasa" Gua cuba mengusik Vina.
"Hahaha. Ada pulak gelak batal puasa. I gelak tutup mulut lah "
" Tue laa..Tapi anak kepada Pak cik poket tebal tue I nak laa..Hahaha" Lynee menyambung ayat.

"I'm Broke, tak kacak dan weirdo ...confirm tak laku"
" Mana ada.U good looking laa.. If weird everyone is weird in their own way. Tak laku ke jual mahal?"
Lynee cuba mengusik Gua.

"Hahahha.. Sir.. Itu bergantung kepada kepandaian lelaki itu memilih...kalau memilih perempuan yang suka buat duit dengan usaha dia...lelaki untungla..perempuan tu pandai berdikari namanya, kalau memilih perempuan yang memang suka ditabur duit...memang x kemana la...jgn terkejut kalau dia easily left you for other guy yang lebih kaya..ngengss.....hehhehe" Tiba-tiba Nabila yang dari tadi hanya sibuk dengan bukunya mencelah memberikan pandangan.

Perbualan kami menjadi semakin hangat apabila Ahmad, iaitu seorang Ustaz tak bertauliah yang berkelulusan Ijazah Ekonomi daripada Universiti Of Minesota USAdatang mencelah.
"Do you think that way ? Pilihlah perempuan yang jenis 1 dalam 10, atau 1 dalam 100, atau 1 dalam 1000. Selamat dunia akhirat. Mak bapak mertua pun boleh senyum. :)"
"Betul tu" Hasrin menyokong Ahmad.

" kadang-kadang tak boleh salahkan depa,sebab mak bapak depa pun suruh pilih laki-laki yang tabur menabur ni..Ada yang sanggup kahwin kan anak dengan orang yang takde iman daripada orang yang imannya tinggi tapi gajinya kecik, alasan nanti takkan anak aku nak mkn pasir? Ingatlh bahawa rezeki itu tetap datangnya daripada Allah.Org yg beriman sikit bilangannya" PERGH. Nasrul yang dari tadi hanya diam di hujung sudut mengeluarkan satu hujah yang sangat padat. Semua susuk tubuh yang ada di situ terdiam seketika.

Tiba-tiba Lily Sara bersuara " Ai nak yang kacak , dan baek hati.Duit ? Mmm mm so so coz i pon ade"

" .......nak cari yang baik hati, tak tinggal solat dan tak lupa sadakah jariah orang-tua kat kampong"
Ahmad menambah sambil memandang ke arah Lily Sara dengan riak wajah yang Gua rasa mampuu ntuk membuat Lily Sara rasa sakit hati.

" Lu orang pernah dengar quotes ni tak ? Mak Forest Gump cakap, Hidup ini bagaikan sebuah kotak coklat, kau takkan tahu apa yang kau akan dapat "

Perbualan kami pada petang itu dimulakan dan diakhiri dengan dua quotes ibu kepada dua orang lelaki yang berbeza dunia, tetapi mempunyai kepercayaan yang sama iaitu....

Hidup ini indah. Begitu indah.

Hari Ke-11 Ramadhan 2011

Kadang-kadang Gua rasa macam nak berlari tanpa henti
"Makesure you are a good runner.. :) " Kata Si Gadis
-------------------------------------------------------------------------------------------
Cikgu Mozaimi Mohamad merupakan bekas guru kaunseling yang banyak menasihati Gua sewaktu di SMKA Sultan Muhammad dahulu. W/pun lama x berjumpa, namun kehilangan beliau amat Gua rasakan. Tiba2 Gua rasa mcm ada kekesalan muncul dalam diri krn x sempat nak meminta maaf. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allayarham.
 ------------------------------------------------------------------------------------------- 
Tiba -tiba euforia Kampung di Melaka begitu melekat diingatan.
 -------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, August 9, 2011

Hari ke-10 Ramadhan

Bila Ramadhan Menjelma ,Gua nampak ramai Makwe-makwe yang berambut blonde, red dan copper,
sampai seru untuk menutup kepala. Semoga semangat Ramadhan kekal sehingga ke akhir usia ye makwe.
INI BARU ROCK!!!

Hari Ke-9 Ramadhan 2011

Sampai di KL Office, Gua nampak di atas meja ada Kad Ucapan Selamat Hari Raya .
Ada lah dalam sepuluh keping.Kata budak Office, Corporate Communication Department yang bagi.Semua staff dapat. Dalam kepala dah ada senarai nama orang-orang yang akan Gua poskan kad-kad ini.

Sejak zaman teknologi maklumat menerobos masuk Malaysia, SuratMan tak lagi menjadi watak penting. Satu masa dulu, bila menjelangnya bulan Ramadhan, Kad Ucapan Selamat Hari Raya adalah satu bebanan besar bagi Para SuratMan. Deruan bunyi motosikal mereka ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rumah.Lebih-lebih lagi kepada pasangan kekasih.Kad Ucapan Selamat Hari Raya adalah salah satu bukti kasih.Lebih besar kad yang diterima, lebih mekar cinta bersemi di dalam jiwa.

Hari Ke-8 Ramadhan 2011

Gua teringin nak berbuka Roaster hari ni..Just Chicken.
 -----------------------------------------------------
Tak jadi Roaster ...Gua nak makan Ikan kembung Goreng dengan kicap manis cap kipas udang. Cuma ikan.
 -----------------------------------------------------
Lepas berbuka dan Tarawikh Gua rasa macam nak mengeTEH di Restoren Abang Kawasan :).
Lepak dengan Brader PyanHabib Rahman aka Osman Tikus.



Young Gun Man Utd Yg power

Nampak tak macam mana Budak-budak muda Man Utd main mlm semalam ?
Keh! keh! keh!
Bulan-bulan Puasa ni kena jadi pemurah sikit.
Depa bagi kita Dua, kita bagi Depa TIGA !!!
Muka Wa ata senium :) 











Community Shield 2011 Champion

Hari ke-7 Ramadhan 2011

Hari ni Gua ....
1.Tak sabar nak berbuke (Bubur Lambok Resipi Mak yg di masak oleh Si Gadis)
2.Tak Sabar nak Maghrib, Isyak dan Tarawih
3.Tak sabar nak tengok Game Manchester Derby Community shield.




Bubur Lambuk Resipi Hajah Ramlah yg di masak oleh Si Gadis

Politikus-Politikus Bancau

Nampaknya Politikus -Politikus di Malaysia semakin terdesak ..Baik Geng Gerombolan mahupun Geng Gung Ho Rakyat. Rileks lah Geng, apa salahnya Lu orang cuti sebulan daripada mengharuk sana-sini. Geng, ingat ni je lah ..
" Lakum Di Nukum Wali Yadin" ...

Sunday, August 7, 2011

Ibu muda yang baru setahun mengenal Islam itu

Ibu muda yang baru setahun mengenal Islam itu ....
Bercakap  atas dasar pembalasan tuhan, dosa dan pahala.
Tapi Gua ...masih tersekat dengan pernilaian moral dan pandangan manusia.
Sepertinya,di Sekolah dahulu
dia yang belajar  subjek pendidikan Islam dan Gua belajar SubjekPendidikan Moral.
Gua mengakui.
Gua harus berasa malu.

Kata  Si Dewa Senja  " Bercakap is one thing geng, its her faith n belief that humbles me. 
Ternyata kita ni yg lahir dlm Islam bisa alpa dan ambil mudah "




















Semoga Allah s.w.t terus memancarkan cahaya dan  menguatkan iman mu temanku -Susila Abdullah

Hari Ke-enam Ramadhan 2011

Tibe-tibe Gua terbayang
Asam pedas ikan sembilang Parit Raja Batu Pahat,
Dimakan dengan nasik,
Berulamkan kacang botol,
dikuasakan dengan telur masin....

Perghhhhhhhhhh...Menitis-nitis dah air liur Gua ni
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah 6 hari Gua tak makan Nasik ...
Mampukah Gua bertahan 
lagi 24 hari.

Iklan Raya TV3 2011

Dengar Cerita
Iklan Hari Raya Aidilfitri TV3 tahun ni
Temanya,
Santa Claus pakai songkok sambil duduk bersila makan ketupat Nasik.
Keh! keh!keh!
1 Malaysia lah katakan
1 Malaysia my Arse...














Santa Melayu

Tiang Agama

Lelaki2 Urban yang kacak dan berani berjuang untuk hidup
Harus juga berani pergi Solat Jumaat.
Ayuh, Ke masjid kita :) .
Ini baru Rock!!!

Hari Ketiga Ramadhan 2011

petang semalam, masa Gua sedang Tendang Tiang Lampu kat Jalan Tun Razak,
Gua perasan Makwe yg drive HONDA CITY kat belakang kereta Gua tu,
tersenyum jambu je.
tapi ...
Sikit pun Gua tak heran.

Hari Kedua Ramadhan 2011

Hari ni kalau Jalan Tun Razak Jammed teruk lagi,
Gua akan keluar dari kereta dan tendang tiang lampu jalan kuat-kuat.

Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama Ramadhan 2011

Suatu petang di Pasar Ramadhan ...
SCV: Mak cik, roti jala ni berapa mak cik jual ?
Mak Cik : 5 Keping RM 2.00 nak ...
SCV : Mahalnya Makcik ...
Mak Cik : Barang dah mahal nak.Sekarang ni anak Dara orang pun dah harga 10 Ribu. Makcik dulu harga 600 je :) ..
SCV : (TERSENYAP -SEBAB POINT MAKCIK NI POWER SGT )