Selesai Solat Zuhur di Surau Universiti, gua terpandang seorang student yang berumur kira-kira 20 tahun sedang duduk di bangku sebelah rak kasut menyarungkan Dr.Marten Boot nya di kaki . Dia berseluar Levi's vintage yang koyak di lutut dan bekemeja corak kotak-kotak dan melilitkan scarf di leher. Gua tersenyum kerana gayanya persis gua.Berbagai persoalan muncul di dalam kepala.Gua tuju ke arahnya dan menyapa untuk berbual. Cuba mencari jawapan kepada soalan yang bermain di kepala.
" Assalamulaikum, takde kelas ke hari ni?
Takde Bang, kelas pagi je.
"Sempoi lah awak dressing, apa nama trend ni ek?
Dengan muka yang cukup bangga dia jawab...
"Ohh..ini Bohemian bang. knp bang?
"Bohemian tu apa dik?
Bohemian tu org yang dressing mcm ni lah Bang....Cool je nampak kan.
" Ohhhh."
Bohemian adalah merujuk kepada golongan yang mengamalkan gaya hidup tidak konvensional di mana mereka tidak suka terikat di dalam ikatan kehidupan yang ditentukan di dalam masyarakat semasa yang terikat di dalam pernilaian kejayaan materialistik dan terkongkong di dalam sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini mempunyai nilai kemanusian dan insaniah yang tinggi. Mereka juga digelar sebagi BOHO dan MODERN GYPSI.
Aliran fikiran, lontaran idea, luahan rasa dan rupa jiwa di ekspresi dan dieksperimentasikan melalui wadah seni seperti penulisan karya sastera , pementasan lakonan, muzik, seni lukis, seni arca dan sebagainya. Mereka memilih untuk hidup sebagai sebagai seorang pengembara, minimalist, seniman jalanan, dan ada juga rela untuk hidup bergelandangan demi mencapai kepuasan hidup daripada perspektif mereka. Bidang akademik juga ramai menghimpunkan golongan Bohemian ini. Ada di kalangan mereka yang menjadi Profesor-Profesor ternama di Universiti2 Terkenal dan ada juga di antara mereka yang lebih cenderung menghasilkan sesuatu idea yang merubah dunia.
Sejarah awal golongan ini berasal daripada Benua Eropah Timur iaitu di satu tempat yang bernama Bohemia Sloveia. Kemudian Istilah Bohemian ini digunakan di dalam Bahasa Perancis dan di popularkan di dalam Bahasa Inggeris pada abad ke 19 untuk menggambarkan gaya hidup non-tradisional dari seniman yang terpinggir dan miskin, penulis, wartawan, artisan, ahli muzik, dan pelakon di bandar-bandar besar Eropah.
Pendapat umum mengatakan bahawa mereka yang berada di dalam aliran Bohemian ini dikatakan sebagai ...
"Golongan yang penuh dengan pandangan dan kecenderungan astistik dan intelektual, yang hidup dan bertindak tanpa memerhatikan peraturan-peraturan perilaku konvensional."
Golongan ini diibaratkan bagai seekor burung yang lepas bebas. Sebaliknya burung bukanlah bebas seperti yang di sangka.Burung juga masih terikat dgn langit. Mereka bebas menetukan segala pilihan di dalam kehidupan kerana mereka tidak pernah terikat di dalam sistem masyarakat yang sedia ada.
SESETENGAH PENDAPAT MENGATAKAN BAHAWA GOLONGAN BOHEMIAN INI ADALAH GOLONGAN ANTI-ESTABLISHMENT YG MENOLAK KEMODENAN DAN KEMAJUAN. Pandangan ini sewajarnya didangkal kerana sebenarnya golongan Bohemian ini adalah agen kepada perubahan masyarakat. Mereka tidak pernah memilih untuk menolak kemajuan tetapi mereka memilih untuk menyeimbangkan kemajuan budaya dan kemodenan fizikal.Hal ini kerana bagi Sang Bohemian kejayaan hidup bukan diukur pada perolehan dan pencapaian material...Sebaliknya kebahagian dan kejayaan hidup yang sebenar apabila individu itu berjaya "HIDUP DENGAN SEADANYA"
Memahami sikap BOHO agak complicated kerana mereka ini sememangnya sukar dimengertikan.Tindak tanduk mereka selalu di luar dugaan. Namun sebaliknya golongan ini mudah memahami orang lain. Boho penggemar kepada gaya yang unik dan sesuatu yang punyai nilai-nilai seni yang tinggi. Mereka berpendapat bahawa kepentingan di dalam mempamerkan gaya berpakaian trend Bohemian adalah 20%, Tingkah-laku (attitude) 30%, dan kebebasan berfikir adalah 50%. Jadi jelas di sini golongan Bohemian yang Asli terdiri daripada kalangan orang-orang yang gemarkan pengembaraan fikiran. KEBANYAKKAN DARIPADA MEREKA TELAH MENGALAMI KEHIDUPAN YANG BERANJAU SEJAK DARI ZAMAN KANAK-KANAK.Oleh itu mereka sentiasa di dalam QUEST mengenali diri....Lebih kurang mcm lagu ni lah...
Mungkin ramai POSER Bohemian diluar sana tidak mengerti betapa kebebasan berfikir sgtlah penting di dalam dunia Bohemian. Dengan memakai Vintage Jeans Koyak di lutut , berkemeja corak kotak2, scarf di leher, Dr.Marten Boot atau pun Sneaker All-Star tidak bermakna seseorang itu Bohemian.Ia bukan lah disempitkan dengan trend berpakaian sahaja seperti yang difahami oleh ramai org pada hari ini. Sebaliknya Bohemian itu adalah satu trend gaya hidup yang sangat halus dan terlalu tinggi pengertiannya. Mereka bersahabat dan bersatu dengan alam.Namun berpakaian gaya Bohemian adalah satu kesempatan yang tepat bagi masyarakat moden yang tertarik untuk menjadi kreatif dan obses kepada feshen tanpa perlu mengorbankan identiti mereka....Mungkin akan kelihatan sedikit canggung bila anda nampak seperti Sang Bohemian tetapi anda mengatakan anda tidak suka kepad aktiviti MEMBACA ataupun anda tidak tahu TERUSAN SUEZ itu dimana.......
Mungkin ramai POSER Bohemian diluar sana tidak mengerti betapa kebebasan berfikir sgtlah penting di dalam dunia Bohemian. Dengan memakai Vintage Jeans Koyak di lutut , berkemeja corak kotak2, scarf di leher, Dr.Marten Boot atau pun Sneaker All-Star tidak bermakna seseorang itu Bohemian.Ia bukan lah disempitkan dengan trend berpakaian sahaja seperti yang difahami oleh ramai org pada hari ini. Sebaliknya Bohemian itu adalah satu trend gaya hidup yang sangat halus dan terlalu tinggi pengertiannya. Mereka bersahabat dan bersatu dengan alam.Namun berpakaian gaya Bohemian adalah satu kesempatan yang tepat bagi masyarakat moden yang tertarik untuk menjadi kreatif dan obses kepada feshen tanpa perlu mengorbankan identiti mereka....Mungkin akan kelihatan sedikit canggung bila anda nampak seperti Sang Bohemian tetapi anda mengatakan anda tidak suka kepad aktiviti MEMBACA ataupun anda tidak tahu TERUSAN SUEZ itu dimana.......
Teruskan.... :)
4 comments:
pehhh..baru gua tahu sebenarnya..kira gua pozer saja la sebelum ni..keh keh keh keh
bro..lu sangat rare..cara lu tulis,cara lu express setiap word,pehh
keep it up dude!
Bro Stifler,
Normal is boring... :)
-Fido Dido (7up)
Bahasa Melayu itu Bahasa tinggi...Ia Dinamik.Jika tidak masakan ianya mampu menjadi 'Lingua Franca' pada zaman kemashuran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka...
knocking on heavens door tu feveret aku!
Post a Comment