Seawal jam 3 pagi Gua bersahur. Pada mulanya niat hati ingin bersahur KFC depan Carrefour Wangsa maju tetapi tiba-tiba datang perasaan rindu sangat dengan suasana berpuasa semasa mengharungi zaman kampus di USM Penang dahulu.Gua menukar arah permanduan kereta ke Restoren nasi Kandar Pelita Jalan Ampang Kuala Lumpur.Keenakan nasi kandar di Pelita Jalan Ampang ternyata sama seperti yang ada di Penang.Diam tak diam sudah empat tahun gua meninggalkan Pulau Mutiara yang banyak menyimpan sejarah dan cerita zaman remaja dan sememangnya tika ini gua betul-betulkan rindukan segala yang ada di sana.Mungkin suasana di Restoren Pelita ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan pada Penang.
Ramadhan juga membuatkan gua rindukan suasana makan beramai-ramai bersama teman-teman sekampus di Masjid Al-Malik USM.Walaupun juadah yang disediakan di Masjid Al-Malik USM hanyalah sekadar nasi dan kari daging namun keberkatan apabila berbuka puasa beramai-ramai di masjid membuatkan segalanya istimewa.Gua juga rindukan pasar Ramadhan Gelugor dan Bayan Lepas dan pastinya gua tidak boleh menafikan bahawa gua sangat rindukan semua kenangan yang pernah dicipta di sana.Apabila Ramadhan Al-Mubarak muncul gua pasti akan teringat pada seorang sahabat baik dan teman seperjuangan semasa di Kampus yang sangat unik iaitu Safulnizan@ Pon .Gua jadi sayu apabila terkenangkan kami selalu mengidam mahu makan juadah yang sedap-sedap yang dijual di pasar Ramadhan tapi nak beli tak ada duit.Jadi kami telan air liur saja lah apabila tengok org lain makan sedap-sedap.Hmm..Rasanya seperti baru semalam Gua berada di Penang.
Selepas bersahur gua terus pulang ke rumah.Gua menuju ke bilik tidur dan capai buku Sejarah Melayu di atas meja komputer pantas memulakan pengembaraan fikiran.Sedar tak sedar gua dah tertidur.Bunyi nada dering telefon bimbit membuatkan gua terjaga. .Ianya Panggilan daripada seorang gadis yang mengingatkan gua supaya bangun bersahur..Cantik dan elok laku gadis ini.Namun Gua termanggu seketika.Dalam hati berkata Adakah dia yang akan menjadi bidadari yang akan menghiasi syurga yang bakal gua cipta, ataupun menjadi buah khuldi terlarang untuk gua. Wanita kadang ibarat syurga yang akan menjadi kerengkeng kepada neraka....
" Aku memohon keampunanmu dan petunjukmu ya Allah...Aku hanya manusia yang kau anugerahkan rasa ini. Kau kekalkan cinta yang aku rasa ketika ini jika ia tidak menggangu cinta aku pada-Mu. Kalau sebaliknya kau lemparkanlah ia sejauh-jauhnya supaya aku dapat terus merasakan apa yg aku rasa ketika aku rebah sujud menghadap-Mu.Aku mohon damaikanlah hati ini"
Gua bingkas bangun dan menuju ke bilik mandi.Gua basahkan wajah dengan kesegaran wuduk dan menunggu laungan azan berkumandang untuk gua berdiri menghadapkan wajah pada Pencipta Langit dan bumi dan bersujud hina di depan Yang Maha kuasa di pagi Subuh Ramadhan yang hening..Biarlah tahan mata ngantuk skit,Gua tak nak tidur berselimutkan kulit khinzir.Biarlah Gua selesaikan tanggungjwab ini dulu walaupun hakikatnya gua sedang melawan nafsu tidur yg kuat waktu itu.
Gua merancang hendak berbuka puasa di Masjid Kg.Baru hari ni..keenakan bubur lambuk di masjid Kg.Baru Kuala Lumpur menerjah di ruang tekak ..argghh !!! Tiba-tiba rasa mengidam bubur lambok Kampung Baru yang amat sangat pula ni...Tapi benar, penghuni Kota Langit yang tak merasa keenakan bubur Lambok Kampung Baru di bulan Puasa ibarat macam tak lengkap bulan puasa pada tahun tu...
Sungguh!! Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang paling indah bagi Gua..Bulan yang membolehkan Gua untuk belajar menjadi Orang Suci...Sudah macam manalah agaknya kotor hati Gua sekarang ni.Manalah tau ada NUR lailatul Qadar terbias sipi, lalu mampu membukakan Ainul Yakin...Amin.
Wallahu A'lam...Teruskan..
REPUBLIK KOTA LANGIT MASIH LAGI DI BAWAH SINAR BINTANG YANG PALING TERANG.....
3 comments:
ni yang semangat nk mkn bubur lambuk nie.
btw, tulisan bohemian nie cantik sangat la.
berkenan betul.
Fiq..Bubur Lambok Kg.Baru itu Lagenda :) ... Pukul 4:30 Dah habis...Nak mkn kena berbuka di Bersama di dalam MASJID ...
Tulisan juga umpama biasan rupa jiwa...
haa.. jiwa cantik la ni?
ok.. ;)
betullah telahan kamu. sang juragan sudah tertawan dek jelitanya goddess tu.
sangat bijak!
Post a Comment