Mulakan.....



Di Kota Langit ini...Gua perlukan Kekuatan, Kebijaksanaan, Kemanusiaan ,Cinta dan nasik..

Sunday, June 5, 2011

ABAH : Orang Bawahan Yang Atasan


 Gua orang kampung. Nama Kampung Gua Desa.Berangan Enam. Pada asalnya nama kampung Gua, Kg.Solok Berangan Enam. Oleh kerana orang2 kampung Gua malu nak mengaku mereka orang solok, jadi mereka suruh Pengerusi JKKK kampung Gua tukar nama Solok Berangan Enam menjadi Desa Berangan Enam.Mungkin dengan menukar nama Solok ke Desa, mereka berasa lebih 'Cool ' dan lebih 'urban' .

Gua bukan datang dari Golongan atasan. Gua bukan anak Pengerusi JKKK, Ketua kampung, Tok Sidang, Pengerusi Belia 4B ataupun anak Tauke Kedai di kampung. Gua cuma anak orang bawahan di mana abah Gua hanyalah seorang Penjual ikan secara kecil-kecilan.

Pada asalnya, dulu Abah berniaga ikan di Pasar Besar. Tapi meniaga di sana ikan selalu tak laku. Abah kata pembeli2 ikan di pasar lebih suka membeli ikan daripada Tauke Cina. Mereka kata ikan Cina lebih baik dan murah. Walaupun pada hakikatnya harga ikan dan ikan yg dijual oleh Abah sama je mcm peniaga2 Cina yg lain. Oleh sebab ikan selalu tak laku, jadi Abah mengambil keputusan untuk berpindah tempat berniaga.Abah dengan selambernya membuka meja dan payung di depan pintu masuk Kg.Jawa.

Kg.Jawa adalah satu tempat membeli belah yg paling popular bagi golongan bawahan mcm kami. Alhamdulillah, bila Abah berniaga di sana ikan byk laku.Bila ikan banyak laku Abah dapat roling modal dan dapat bagi mak duit belanja dapur lebih skit. Bila mak dapat duit belanja dapur lebih sikit mak  akan beli lauk2 yg sedap2 utk masakkan kami. Bila kami makan lauk sedap2 yg di masak oleh mak, kami adik beradik jadi Happy.kadang2 untuk buat Gua lebih happy, mak akan bagi Gua 20 Sen. Bila Gua dapat 20 Sen Gua akan beli ais Krim Malaysia kat rumah Pak Andak.

Tapi berniaga pintu masuk Kg.Jawa mengundang satu masalah bagi Abah. Bila 'Geng Baju Biru' Datang, Semua ikan2 Abah akan kena angkut. Mereka cakap,  Abah berniaga secara tak sah kerana tak mohon lesen menjaja di situ.Jadi, kalau Abah balik dengan muka masam kami akan faham apa yg telah berlaku. Pernah satu ketika, ikan2 Abah diangkut semua oleh Geng Baju Biru sampai Abah takde modal langsung utk meniaga. Bila Abah tak meniaga maknanya Kami takde duit. Bila kami takde duit maknanya Mak akan meminimakan perbelanjaan rumah degan seminima yang mungkin. Oleh itu biasanya kami akan makan nasik lauk ikan masin dgn tempe sahaja.Kalau sehari mungkin sedap. Tapi kalau 2 minggu makan lauk yg sama, pasti kami akan jadi  'lebih hepi daripada biasa'.

Walaupun Abah penjual ikan, tapi Abah tak pernah jadi Selfish. Seluruh hidupnya dia dedicate utk kami sekeluarga. Abah akan buat apa saja utk bagi pendidikan yg sempurna kepada kami adik beradik.Abah disokong oleh seorang wanita hebat.Wanita Hebat yg menjadi Isteri Abah dan Ibu kami ini sependapat dengan Abah. Mereka percaya bahawa hanya pendidikan yang tinggi sahaja yang akan merubah status quo seseorang. Oleh itu, walau susah macam mana pun hidup, kebajikan untuk pendidikan kami takkan pernah mereka abaikan.
Mana tumpahnya Kuah kalau tak ke nasi -Abah Gua yg paling kacak sekali :)

Abah takkan libas tali pinggang kulit dia kat belakang badan Gua bila Gua tarik Tocang Rambut anak Cikgu Hashim.Abah takkan sebat Gua dengan kayu bila Gua cium pipi anak perempuan Pengerusi JKKK.Abah takkan tengking Gua sampai terkujat bila Gua cucuk mata Si Hisham Dolmat dengan Lidi, Abah takkan mengamuk dengan Gua bila Gua dihantar ke balai polis sebab pecahkan muka Si Halim Hamid. Tapi ...Abah pasti akan bagi Gua tali pinggang kulit, kayu, Tengking Gua sampai terkujat dan bagi Gua Amukan Jebat Derhaka kalau Abah dapat tahu yang Gua ponteng sekolah atau ponteng Mengaji di rumah Ustazah Sapiah Sujak.Kata Abah 'Itu adalah tanggung jawab Gua sebagai Anak'

Bila Gua kena sebat dengan Abah, Gua takkan menangis depan dia. Sebab Gua tahu Abah tak suka tengok Budak Lelaki menangis. Tapi bila Abah takde, senyap2 Gua akan sorokkan diri di belakang dapur dan nangis tersedu-sedu. Bukan sebab sakit, tapi sebab sedih.  Biasanya Mak akan datang mendamaikan hati Gua. Walaupun masa Abah sebat Gua, mak adalah orang yang paling bersungguh menyokong tindakan Abah.Mak akan cakap "Abah pukul sebab Abah Sayang " - Lepas tu Mak mesti akan bagi Gua satu pantun yg Gua hanya akan dengar selepas Gua kena sebat dengan Abah.

Anak Cina tocang tercacak
Pakai Baju Koyak Rabak
Kalau tak dengar cakap Mak Bapak
Di kaki lima badan tercampak

Biasanya bila Mak habis bagi Gua pantun tu Gua akan cakap "Mak, takde pantun lain ke? Asyik pantun ni je"
Pastu Mak Gua kan jawab balik " Satu Hari nanti Ali fahamlah pantun ni "

Berkat ketabahan ,kesungguhan dan kasih sayang Abah dan Mak Gua berjaya genggam segulung ijazah dari sebuah  IPTA. Namun, zaman Gua adalah zaman yang sangat mencabar. Segulung ijazah saje memang tak cukup untuk membuktikan diri bahawa kita ni bagus. Kemahiran insaniah yang tinggi saje yg mampu menjamin utk rembat kerja yg bagus. Oleh kerana Gua banyak habiskan masa dengan melibatkan diri dengan berbagai jenis manusia, jadi Gua berjaya develop Kemahiran Insaniah yg boleh tahanlah bagusnya. Jadi Gua mudah utk dapat kerja yg bagus2 dan Gaji yg berpatutan lah dengan pemegang ijazah.

Bila dah dapat keje yang bagus2, maka Gua mudah usung Makwe2 yg cun. Biasanya Makwe Cun yg Gua usung ni semua datang dari keluarga yang  makan nasik pakai sudu. Gua selalu ingatkan diri Gua, walau dengan sape pun Gua bergaul, Gua takkan jadi Orang lain. Gua akan cakap dengan makwe2 ni dari mana asal usul Gua. Gua cakap dengan diorang yang Gua ni Orang kampung.Asalnya datang dari satu keluarga yang duduk di rumah papan beratap nipah di tepi sawah. Gua ckp yang Abah Gua adalah Penjual Ikan. Tapi malangnya takde sorang pun yang percaya. Diorang cakap " Charlie, i tell you what, U boleh masuk Raja Lawak tau " .Sumpah....Bila Gua dengar diorang cakap macam tu, tiba2 Gua rasa mcm Lahanat sangat. Sebab, Org sekaran Lebih Susah sangat ke nak percaya Cerita yg Benar daripada percaya cerita bohongan.

Hari ni, walaupun Gua dah ada career, pergi kerja pakai tali petai, sarung baju designer brand, serta semburan wangi dari Kota London, Gua masih menganggap diri Gua tergolong di dalam golongan bawahan. Mungkin 30 tahun dahulu, orang yg macam Gua ni akan dianggap  sebagai golongan Menengah atas, tapi percaya atau tidak, zaman ini untuk menjadi Golongan Menengah atas , Gua mesti kena ada sebiji Ferari dan sebijik rumah Banglo atau Super Condo di Bukit Tunku. Gua masih lagi Golongan Bawahan yang tinggal di atas level 13 Menara 'O' dan memandu Satria 1.6 Tahun 2003.

Bagi Gua, Abah dah Mak dah berjaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai Ibu bapa. Tapi Gua, Gua masih gagal tunaikan tanggung jawab sebagai anak pada Abah dan Mak seluruhnya. Bukan sebab Gua takde Ferari ataupun Banglo di Bukit Tunku, tapi sebab Gua tak tahu nak explain macam mana kat Abah dan Mak tentang apa sebenarnya pengertian "Kejayaan di dalam Hidup " , bilamana gua rasa Ferari dan Rumah Banglo di Bukit Tunku itu bukanlah ukuran kejayaan yang sebenarnya.

Tika ini, Gua cuma yakin dan pasti bahawa tanggung-jawab seorang anak kepada Ibu bapa tu takkan pernah berakhir.Walaupun satu hari nanti mereka akan menyahut seruan ilahi. Namun, selagi mereka ada di depan mata, Gua akan cuba mengembirakan Mak dan Abah, walaupun dengan cara Orang bawahan yang tinggal di Level 13 Menara 'O'. Gua harap mereka faham, kenapa Gua jadi Lelaki yang sebegini. Bukan Gua terlalu taksub dengan falsafah hidup, Cuma...Bagi Gua hidup itu sebenarnya lebih besar daripada melakukan sesuatu yang hanya menjadi tanggapan dan ketetapan yang orang lain tentukan.

Friday, June 3, 2011

ROBOCOP dan MALAYSIA SPECIAL FORCE COMMANDO

Masa di sekolah Rendah dulu, Gua ada seorang kawan. Gua panggil dia ROBOCOP. Bukan sebab dia berbadan besi, tapi sebab cara dia jalan sebijik macam ROBOCOP. Oleh kerana dia nampak selenge dan wierd, maka dia selalu jadi mangsa buli Gua. Gua suka buli kawan2 yg nampak selenge. Walaupun dia nampak selenge tapi dia hensem. Kalau dia tak hensem Gua mmg tak kawan dgn dia. Sebab Gua cuma kawan dengan budak2 hensem je. keh!keh!keh!

Baru -baru ini Gua terjumpa dengan ROBOCOP balik. Selepas Gua masuk asrama penuh dan Universiti ,Gua tak pernah jumpa ROBOCOP lagi.Ada jugak dalam 20 tahun tak jumpe. Setelah berjumpa kembali, Gua dapat tahu Robocop adalah salah seorang anggota Malaysia Special Force Commando. Robocop dah layak untuk memakai Beri Hijau.Tapi Gua rasa pelik. Walaupun beliau adalah seorang Commando Gerak khas, Gua masih mempunyai perasaan yg sama.Iaitu, perasaan ingin membuli dia sama seperti dulu. Ini mungkin kerana, dia masih lagi berjalan seperti ROBOCOP dan masih kelihatan selenge macam Si Shermanator di dalam Filem American Pie.

Apabila Gua pandang muka Si Robocop perasaan ingin membuli tak dapat Gua bendung .Seperti ada suara halus yang membisik-bisik di telinga Gua "Buli lah dia-buli lah dia ". Tapi ...
Sekarang ni kalau Gua nak buli dia mcm di zaman sekolah dulu, mungkin dah tak sesuai. Dalam umur2 yg mcm ni lebih sesuai kalau Gua ajak Robocop Sparing. Lagi pun Gua dah lama tak rasa penumbuk Lelaki-lelaki hebat hinggap di muka.Bagi seorang lelaki yang bertumbuk itu adalah hobi, kadang-kadang kesakitan apabila ditumbuk itu boleh jadi gian.

Sebenarnya, Gua rasa sangat bangga dengan Robocop.Gua tak sangka ROBOCOP lembik yang Gua kenal masa di Sekolah Rendah dulu berjaya jadi Commando. Jujur, bukan semua lelaki mampu melakukannnya. Cuma Lelaki yang benar-benar lasak sahaja yang  akan berjaya melaluinya. Robocop kata, ramai yg datang sama-sama rekrut dulu otak dah jadi tak betul Sebab latihan asas utk menjadi Komando Gerak khas memang sgt men-tocer mental. Tahniah ROBOCOP. U make me proud to be orang yang pernah membuli Lu dulu :)

Hasrin Robocop                                          Shermanator American Pie
                                    


Thursday, June 2, 2011

Ceritera Phoenix 2 : Hari Bangkitnya Phoenix Dengan Chinta

Ini bukan kisah cinta. Bukan juga kisah lara. Bukan juga kisah yang boleh meng 'spark' kan amukan jiwa.
Ini cuma kisah Seorang Rokes yang tersedar dari asyiknya lena. Phoenix Sakti membangkitkan segalanya.

Walaupun Rock, namun Gua juga ada jiwa. Bila Gua ada jiwa maka pasti Gua akan ada cerita.
Gua ada cerita tentang  wanitanya wanita. Adam ada cerita tentang Hawa Wanita. Ibrahim ada cerita pengorbanan wanita. Musa ada cerita Ibunya wanita. Nuh ada cerita tentang ingkarnya wanita. Ayub ada cerita tentang rapuhnya hati wanita. Daud ada cerita tentang menakhluk wanita. Sulaiman ada cerita tentang kebijaksanaan wanita. Isa ada cerita tentang sucinya wanita dan Muhammmad S.A.W juga ada cerita tentang siapakah wanita.

Wanita. Kemampuan mereka sangat hebat. Mereka boleh mencairkan hati lelaki yg sekeras besi kersani dan raksa asli menjadi Summi Jelly yg lekat. Di dalam diri lelaki hebat adanya Naga Sakti. Di dalam diri wanita hebat, adanya Sang Phoenix Abadi.

Phoenix

Phoenix adalah burung Lagenda sakti yang membakar dirinya setiap 1000 tahun sekali dan 1000 tahun kemudiannya dia akan bangkit dari abu. Ceritanya dia berdiam di puncak Gunung Mahameru.Melihat dunia kita dari atas sana.

Untuk bertemu Phoenix, seseorang itu perlu bertapa di Gua Batu Hampar Pulau Besar Melaka. Apabila genap 40 hari 40 malam maka seorang Pendita Sakti akan muncul dan menurunkan ilmu sakti kepada pertapa. I lmu itu dikenali dengan nama Ajian Sakti KarmaWarjoko. Hanya mereka yang memiliki ajian sakti karmawarjoko sahaja yang dapat terbang ke puncak Gunung Mahameru. Phoenix tidak datang kepada orang sebarangan. Sebaliknya hanya mereka yang benar-benar Hebat sahaja yang layak berdamping dengan Phoenix.

Sebenarnya 10 Tahun lepas, Gua memang sudah bertemu dengan Phoenix. Pada waktu itu Gua tidak tahu lagi bahawa ia adalah Phoenix. Pada sangkaan Gua ia hanyalah burung burung biasa. Phoenix ini terbang dari bumbung  Rumah Seri Kandi Melayu iaitu Dang Anum. Sewaktu dia terbang betul-betul dekat dengan Gua, barulah Gua sedar bahawa Seri dan Aura Phoenix ini sehebat Aura Biru Nila kepunyaan Ji Fat. Terpana Gua sewaktu melihatkan auranya.

Gua cuba memikat Phoenix ini seperti memikat burung-burung biasa. Berumpankan buah-buhan manis dan kekacang. Hmm..Masakan Phoenix mahukan buah-buah dan kekacang. Phoenix terbang pergi. Tetapi peliknya sempat menoleh Gua di belakang. Kata bijak pandai, kalau sesuatu yang pergi kemudian menoleh semula di belakang, itu satu petanda yang baik. Sebermula dari saat itu, Gua sering berharap dan berdoa agar Gua akan mendapat peluang sekali lagi bertemu dengan Phoenix.

10 tahun berlalu. Setelah tamat bertapa di Pulau Mutiara, Gua berjaya memiliki Sakti Keramat penunduk Dewa . Untuk menuntut jurus hikmat ini, Gua harus menewaskan Seekor Naga.Naga itu menjaga buah pala yang akan menjadi ramuan sakti peningkat tenaga. Gua harus memiliki Buah Pala itu. Sebelum bertarung dengan Sang Naga Gua mesti melalui Jambatan Bata yg 17 batu jauhnya, Ianya satu pengembaraan yang sukar digambarkan. Namun berkat kegigihan dan kesabaran akhirnya Gua berjaya menyempurnakan perguruan Gua selama Tiga tahun setengah..Sepatutnya Tiga tahun sahaja, tetapi disebabkan Gua berat hati mahu meninggalkan Pulau Mutiara, Gua extend setengah tahun.

Setelah diberikan Bai'at daripada Pendita Guru, akhirnya Gua meninggalkan Pulau Mutiara. Pesan akhir Pndita Guru. JANGAN LUPAKAN NASI KANDAR. HANYA DENGAN MAKAN NASIK KANDAR SAHAJA 'SAKTI KERAMAT PENUNDUK DEWA' DAPAT DIKEKALKAN.

Pesan Guru Gua simpan ketat.Gua terus menuju ke Kota Langit. Kota Langit adalah satu utopia abadi. Kerana Gua tahu. Di sana pasti Gua akan berpeluang bertemu kembali Sang Phoenix. Gua yakin dan percaya. Dengan Sakti Keramat Penunduk Dewa yang Gua ada, kali ini Phoenix pasti akan menjadi milik Gua.Lagipn, Kota Langit juga punyai banyak resource untuk Gua terus mengekalkan kuasa ini. Kata Pendita Guru, di Kota Langit ada NASIK KANDAR KUDU. Untuk menambah kuasa dan menjadi lebih Rokes, Gua boleh ke sana.

Di pendekkan cerita. Pada satu hari, Gua masuk ke alam Facabuka. Alam Maya yang menempatkan jutaan manusia yang entah dari mana asal usulnya.  Betul kata orang, kalau jodoh tak ke mana. Dalam jutaan manusia di alam Facabuka, Gua bertemu dengan Sang Phoenix.  Namun pertemuan itu hanya seketika. Sang Phoenix hanya terbang sekilas di depan mata. Bila di risik-risik tahu lah Gua bahawa Phoenix kini tidak berdiam lagi di Gunung Mahameru. Dia kini berdiam di Puncak tertinggi di Kota Langit iaitu di dalam Menara Kembar Menjulang Tegak. Phoenix menjaga hasil utama kekayaan Kota Langit iaitu Emas Hitam yang hanya boleh dijumpai di dasar laut dan kunci untuk menjumpai emas hitam terdapat di dalam Menara Kembar Menjulang tegak, Dan rupa-rupanya kunci itu dijaga oleh Phoenix.

Sebermula dari saat itu, Gua mula mencari peluang bagaimanakah cara untuk Gua bertemu dengan Phoenix di Menara Kembar Menjulang Tegak....

Ini bukan kisah cinta. Cerita ini tentang wanita. Tapi cinta dan wanita itu sering muncul dalam cerita.
Adam ada cerita tentang Hawa.Ibrahim ada cerita Siti Hajar dan Sara. Musa ada cerita tentang Asiah. Nuh ada cerita tentang ingkarnya wanita. Ayub ada cerita tentang rapuhnya wanita. Daud ada cerita tentang menakluk 1000 wanita. Sulaiman ada cerita tentang Balqisnya. Isa ada cerita tentang redha dan tawadduknya Maryam dan Muhammmad S.A.W juga ada cerita tentang siapakah wanita.

Wanita sememangnya banyak cerita.Percayalah. Wanita boleh mencairkan hati lelaki yg sekeras besi kersani dan raksa asli menjadi Summi Jelly.

Hari ini 3 June 2011. Sebenarnya ia adalah hari di mana Phoenix bangkit dari Abu. Tapi bukan untuk ke 1000 kalinya, tapi....Untuk yang ke 27 kalinya.


PHOENIX - SELAMAT HARI JADI .TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN AKU RASA INI.


TERUSKAN....

Monday, May 30, 2011

Man.Utd Dan Perdana Menteri Bhutan

Gua adalah penyokong Setia Man.Utd. Bukan Penyokong fanatik.Menjadi Fanatik dan setia adalah dua hal yang berbeza. Penyokong Setia adalah penyokong yang akan senantiasa berada di belakang sesuatu yang disokongnya walaupun berada di dalam apa keadaan sekalipun.Penyokong setia biasanya akan memberikan satu gambaran yang baik pada sesuatu yang disokonginya  Penyokong Fanatik pula adalah penyokong yang selalu mendatangkan masalah kepada sesuatu yang di sokongnya.


SENARAI PENYOKONG2 SETIA DAN FANATIK PILIHAN GUA

Penyokong Setia :
1. Gua - Man.Utd  (Tetap bersama walaupun tewas memalukan di tangan Barcelona- Tak gesa pun tukar Coach mcm Penyokong2 Chelsea, Liverpool dan Arsenal) Keh! keh!keh!

2. Azizah - Anwar Ibrahim (Tetap bersama dan setia menyokong perjuangan walaupun suaminya dituduh, Peliwat, Penzina, Penipu dan lain2 PE)

3. Mah- Jib ( Ahli Politik Bhutan ini adalah pasangan sehati sejiwa. Walau apa pun yg berlaku, Jib sentiasa menyokong Suaminya Mah di dalam kerjaya politiknya di Negara yg terletak di tengah2 banjaran HiMalaya ini, Even, If Tomorrow never comes ) Keh!keh!keh!

Penyokong Fanatik :
1. Bakar Stadium -Penyokong Kelantan. Bakar Bendera -Penyokong N9 ( Bila Bola sepak negerinya maju, maka moral penyokong fanatik  bola sepak negeri ini juga mula maju macam Barbarian)

2. Holigans - England ( Bila Depa tengok bola sama-sama di Negara d
epa, elok je. Sopan santun tepuk tangan.Tak perlu pun bina pagar kawat tinggi-tinggi.Tapi bila Depa mai tempat oghang len.SIAPLAH. Tembok batu pun depa boleh runtuhkan. Kebanyakkan Holigans ni terdiri daripada geng ARA SKINHEAD dan Budak2 MOB)

3. PERKASA -Braheng Ali  ( Walaupun Braheng Ali suka lompat-lompat, dan tikam-menikam, geng2 PERKASA ini tetap akan berada di belakang beliau untuk mengangkat replika keris)

Baru-baru ini, Gua membaca akhbar Rasmi Negara Bhutan iaitu Bhutan Tribune melalui online. Bhutan Tribune online  melaporkan bahawa Perdana Menteri mereka iaitu Lyonchen Jigmi Y. Thinley adalah Penyokong setia Man.Utd. PM mereka telah bersama-sama menonton perlawanan Akhir di antara Man.Utd dan Barcelona di Banjaran Himalaya bersama-sama dengan warganegara belia Bhutan. Bhutan Tribune melaporkan lagi bahawa PM Mereka amat kecewa dengan kekalahan Man.Utd.

Gua tersenyum kambing sewaktu membaca akhbar Bhutan Tribune

Oleh itu Satu hal yang tidak boleh ditidakkan, Gua yakin bahawa - GUA DAN PERDANA MENTERI BHUTAN turut berkongsi rasa sakit hati dan bengang sewaktu menyaksikan Shot Pedro, Messi dan Villa membolosi Gawang Man.Utd.

Owh, walaupun PM BHUTAN sokong Man.UTD, Gua tetap setia dengan Man.UTD....Amacam ?

Gua memang Penyokong Setia bukan ? Keh!keh!keh!

INDAH KAN BANDAR BHUTAN ? TAPI SAYANG. KEINDAHAN INI TAKKAN KEKAL LAMA. DENGAR CERITA PERDANA MENTERI BHUTAN TELAH MENGARAHKAN DATO' BANDAR BHUTAN IAITU ROJO NING CHOK  UNTUK MENOLAK SEMUA RUMAH2 INI AGAR MEREKA DAPAT MEMAJUKAN PROJEK " GREATER BHUTAN "





Thursday, May 19, 2011

Hidup Jadi KUTU lagi Best

Dulu, masa Gua mula2 sampai KL,Gua menumpang duduk Rumah Kakak Gua di Sekolah Teknik (ERT) Setapak -Dengan berbekalkan segulung ijazah yg pointernya boleh lah cari makan, Gua cakap dalam hati, dalam masa 2 Tahun Gua akan sukses dan ada kerjaya yg menjamin masa depan- dah beli rumah Gua sendiri, kenyataannya sampai la ni, rumah LEGO pun Gua takdek.Cuma kerjaya je yg Gua rasa Gua dah ade.Dengan kerjaya Gua sekarang ni Gua rasa berani lah jugak nak pi meminang anak dara orang.

Tiba-tiba hari ini Gua rasa-Hidup Jadi KUTU BERAHAK JUAL BERGER Separuh masa lagi best daripada hidup terkejar-kejar tiap2 pagi. Pakai baju kemeja semat-semat dengan tali petai di leher dan pakai kasut kulit kilat-mengilat ni kadang-kadang rasa meluat juga.
Kata Org Penang rasa "Macam Haram "

Apa yg paling best dengan hidup sebagai KUTU BERAHAK tolak habuk ni bila time lapar.Kadang2 tu satu sen pun duit takdek nak makan nasik. Masa tu lah rasa nasik adalah makanan yg paling best di dunia. Kalau takdek duit sangat Gua akan pi Pelita Nasik Kandar.Buat Projek makan Free. Berkali-kali jugaklah Gua makan nasik kandar Pelita tak bayar.Lepas makan Ca Alip But. Tapi Bila Gua dah ada Sen, Gua akan datang balik dan cakap dengan mamak yg jaga cashier kat Pelita tu, yg muka macam Osama Laden tu "Hari tu Lupa lah nak bayar " Keh! keh!keh!

Selama Gua jadi KUTU kat Penang dulu, Gua tak pernah lah lagi sampai Kais Tong sampah :).Agak-agak rasa kebulur tahap dewa sampai, dan hati tak berapa kering nak Projek kat Pelita Gua akan telefon Izwan (Kwn baik Gua di Penang). Mcm biasalah, Gua harapkan nasik kandar je-Tapi Wan akan bawak Gua Soru kat Hotel Lima Bintang punya kelas.Wan memang kawan yg baik hati.He's my 'Bromance' kata Mat Salleh Urban :)

(Status - Gua Rindu dengan Zaman Rock&Roll Jadi KUTU SEPENUH MASA di PENANG )













Gua dan Joe -Masa ni Gua tolong Joe buat Bisnes Betulkan kasut dan Jual kasut Vintage di Wangsa Maju

Saturday, April 16, 2011

Kisah Gua dengan Sepasang Kelinci ajaib dan Seekor burung Nuri Bayan Jambul Biru.

Housemate Gua ialah seorang Mata-Mata ataupun dalam bahasa surat khabarnya dia adalah seorang Pegawai Polis yg berpakaian preman. Oleh kerana itu dia diamanahkan selaras pistol otomatik, seragam biru pekat dan kasut kulit subsidi yang berkilat. Sekaligus dia ada kuasa yang Gua tak dapat. Jadi mungkin dia rasa dia lebih hebat

Hobinya ialah memelihara binatang dan membawa tunangannya balik ke rumah bujang kami. Semalam sewaktu Gua sedang separuh bogel menonton Hidangan Fitnah TV3 Suku, dengan muka selamber dia dan tunangnya terjah masuk rumah. Gua terperanjat macam Kongkang yang dikejutkan dari tidur yang panjang. Gua tersipu-sipu malu berlari masuk ke dalam bilik untuk berpakaian lengkap. Tak sanggup Gua biarkan tunang org lain tengok Gua dalam keadaan separuh Bogel. Lainlah Kalau tunang dia yang bogel.Gua sanggup tengok. Tapi kalau housemate Gua yg bogel depan Gua pasti Gua akan muntah 7 hari 7 malam. Terlalu sexy macam 'Jerry The King Lawler'

Sebenarnya Gua bengang. Dah berapa kali dah Gua cakap kalau nak bawak tunang balik rumah  inform Gua dulu. Tapi dia tetap buat bodoh. Gua rasa Gua tak cukup power lagi untuk buat dia kesah apa yg Gua kesah. Owh, mungkin sebab Gua takde pistol macam dia. Sebab tu dia buat bodoh.

Dua minggu lepas dia telah membeli sepasang kelinci ajaib dan seekor burung Nuri Bayan jambul Biru. Sepasang Kelinci Ajaib dinamakan Didi dan Cici manakala BurungNuri Bayan berjambul biru dinamakan ROCKY. Katanya habis jugaklah Ringgit Malaysia Lima Riban. Katanya lagi Burung Nuri Bayan jambul Biru tu sahaja sudah mencecah RM3500 dan sepasang Kelinci Ajaib itu harganya RM1500. Entah Buaya entah katak, entah ye entah tidak. Kalau dia kencing Gua, maknanya Gua pun kencing Lu orang gak. Dengan pembelian haiwan-haiwan itu tadi maka dengan secara rasminya rumah Gua jadi mini Zoo.

Gua bukan dengki atau sakit hati sebab tak dapat nak beli binatang-binatang tu. Gua suka binatang tapi Gua bukan jenis yg suka pelihara binatang kemudian letakkan dalam sangkar kecil tambahan pula kediaman Gua bukanlah yg jenis boleh bela binatang. Jadi tak perlu Gua nak bazirkan duit Gua beli binatang dan menyeksa binatang.

Konflik berlaku.Bau dedak yg menjadi makanan kelinci ajaib housemate Gua mengganggu sistem pernafasan Gua. Selain tu Gua juga alergic dengan bulu Kelinci. Gua dah cakap dengan dia. Tapi dia buat bodoh. Hati Gua panas. Manakala Si burung Nuri Bayan yang bernama ROCKY yang kononnya pandai bercakap mempunyai tabiat yang sgt menyakitkan hati Gua. Burung ini akan bercakap satu perkataan sahaja selama berjam-jam dengan sangat kuat sehingga mengganggu Gua, housemate Gua yang lain serta jiran2 tertangga Gua.

Perkataan yg diucapkan oleh Si Burung Nuri Bayan yg bernama Rocky ini ialah " AAAAKKKK"" .

Kadang-kadang Gua confuse. Adakah ini yang dikatakan oleh Si Mata-mata bahawa Burungnya itu pandai bercakap. Gua jadi lebih confuse bila gaya percakapannya itu tak ubah seperti burung Gagak. Adakah burung Nuri Si Mata-Mata ini hybrid burung Gagak ?

Tetapi satu hal yg paling nyata, setiap kali dia berbunyi, Gua rasa macam nak lempang pipi burung tu 100 kali. Bila Gua fikir balik, bukan Si ROCKY yang bersalah dalam hal ni. Dia burung. mana tahu apa-apa. Itu mmg tabiat dia. Yang salah adalah housemate Gua. Jadi dia yang lebih layak ditempeleng 100 kali berturut-turut. Tapi, sebab Gua tahu dia ada pistol, Gua belum cukup berani nak tempeleng dia 100 KALI. Jadi untuk melepaskan geram Gua, Gua pi dapur masak Megi kari. Letak telur dengan Sawi. Bila siap masak Gua makan Megi dengan rakus sekali. Gendang gendut tali kecapi bila Gua sudah kenyang Gua suka hati. Jadi kuranglah panas hati.

Namun untuk menghadapi Keadaan ini setiap hari,  Gua memerlukan kesabaran yang lebih daripada biasa. Kalau Gua tak sabar sudah tentu Gua akan kena darah tinggi sebab hari-hari layan panas hati. Mungkin satu hari nanti Gua akan rembat pistol otomatik milik  Si Mata-mata dan lepaskan tembakan ke udara sebagai tanda protes dan geram.

Sebenarnya Gua tak panas hati sangat pasal bau dedak Sang Kelinci ajaib dan bunyi bising si Rocky. Apa yang buat Gua panas hati bila Gua memikirkan, kenapalah ada spesis manusia yang suka tengok binatang terkurung di dalam sangkar. Seronok sangat ke mengurung binatang ? Bukan ke sifat Sang Kelinci dan Sang Burung Nuri Bayan itu bebas di alam semulajadi. Mengapa harus dipelihara dan dipamerkan di dalam sangkar yang kecil ?  Cuba Gua tangkap Lu kemudian orang masukkan Lu dalam sangkar utk jadi bahan tatapan. Lu panas hati tak ?

Ceit !!!! Aparaaaaa ini worang............

P/S : GUA LEBIH PANAS HATI BILA TERTENGOK DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-9.
----- DEPA BUAT PESERTA AF9 TAK UBAH SEPERTI SI ROCKY BURUNG NURI BAYAN BERJAMBUL BIRU YANG ADA DI RUMAH GUA ----

                              
   SAMA TAPI TAK SERUPA

Wednesday, April 13, 2011

CLUBBING TAK HARAM DAN POCO-POCO HARAM...

Seumur hidup, Gua tak pernah menganjurkan pesta ataupun apa-apa Party. Samada party sambutan hari jadi, Party buih, pesta muda-mudi ataupun apa-apa sajalah yang menghidangkan gelak ketawa dan ruang untuk semua orang berfoya-foya. Bukan Gua tak nak buat tapi bagi Gua lah kan, daripada Gua habiskan duit Gua anjurkan party atau pesta, lebih baik Gua kumpul duit gua tu beli Maruah. Sekurang-kurangnya bila maruah Gua tergadai gua ada standby satu lagi maruah.

Tapi satu hal yang Gua pelik, Gua adalah individu yg sentiasa dijemput dan diperlukan di dalam mana-mana pesta yg Kaum2 Gua anjurkan.Kata mereka, kalau Gua takde Pesta itu pasti akan membosankan. Mereka kata Gua Rock. Gua Funny. Gua boleh bikin party yg dingin jadi panas...Owh Gua ni kan BEBAS.

2 tahun dulu, kalau kaum-kaum Gua ni berpesta tak sah kalau takde asap, bunyi muzik hinggar binggar, dan gadis-gadis rambut warna-warni yang terlompat-lompat dan terkinja-kinja sambil memegang botol air Soya Bean..( Soya Bean lah sangat...) Masa tu masing-masing rasa diri sendiri yang paling cool. Duduk dalam club dengan muka bangga dan angkuh seperti berfikir bahawa ianya akan menambahkan lagi pahala untuk mudah masuk syurga. Selaku orang penting, tugas Gua mudah. Biasanya Gua yg akan  Open Floor. Kegilaan, kelajuan, dan kerosakan moral di dalam  pesta itu bergantung kepada apa yg akan Gua mulakan. Kalau Gua mulakannya dengan Barbaric way, maka ia kan jadi barbaric. Kalau Gua mulakannya dengan penuh hormat dan sopan santun maka ianya akan jadi begitu lah. Seingat Gua,  Gua tak pernah pun open Floor dgn Surah Al-Fatihah. Pernah satu ketika Gua tempeleng muka seorang kawan Gua,  sebab dia baca 'Bismillah' masa nak togok 'Black Label'. Bagi Gua kalau nak jadi Setan, jadi Setan terus. JGN JADI setan dan Malaikat pada masa yg sama...

Dalam byk-byk pesta yang pernah Gua hadiri ada satu pesta yang tak mungkin Gua lupakan. Pesta tu Gua beri nama 'Pesta Bongok ' .Gua bagi nama Pesta Bongok sebab Gua rasa Gua memang cukup bongok mlm tu . Kebongokkan Gua bermula apabila Gua ter-SARGING bonser Club punya awek... Hasilnya Kepala Gua kena hentak dengan botol Sos (Botol sos lah sgt..) dan Gua kena pijak dengan Bonser-bonser yang badan besar macam babi tunggal.  Gua tetap kena lanyak dengan teruk sekali walaupun Gua ada belajar Tomoi dan Silat.Tuhan masih sayang dan mahu memberikan subsidi nyawa lagi untuk Gua.  Nasib baik Kaum2 Gua nampak Gua kena sebat kat belakang Club. Depa mai dtg tolong Gua.. Satu hari Gua pengsan. Gua rasa kalau depa tak mai mungkin hari ni Gua dah takde utk tulis post ni

Esoknya masa tersedar daripada pengsan Gua tengok EX-GF gua ada kat sebelah. Gua senyum. Gua cakap dengan dia...

"Nasib i hidup lagi kan, kalau tak mesti sekarang ni i meraung-raung kena bantai dengan Mungkar dan Nangkir "

Ex-GF  Gua buat muka blur. Then dia tanya Gua dengan bersungguh-sungguh.

" You-You, Mungkar dan Nangkir tu apa ? "

Gua senyum. Gua faham. Gua tahu ex-GF gua lebih mengenali 'Lucifer, Nukpana, dan Samael' daripada dia mengenali Mungkar dan Nangkir. Nak buat mcm mana. Dari kecik hanya Gospel dan Bible je yg dia tahu baca.

Itu Cerita dua tahun yang lepas...

Semalam, pukul 9 pm ada seorang kawan telefon. Dia ajak Gua berpesta. Gua rasa sejak Gua dah berhenti minum Soya Bean (Soya Bean lah sgt..) dan belajar untuk jadi Orang Melayu dan Orang yang baik-baik ni, hampir 2 tahun Gua dah tak berkunjung lagi ke mana-mana Club untuk berpesta. Jadi agak pelik bila ada seorang Mamat ni Call Gua untuk ajak Gua berpesta...Mungkin dia terlupa ataupun terlalu gian untuk berpesta cara Gua dulu....

Gua jawab

" Bro, Gua nak tidur. Lain kali lah "

Kawan Gua balas

" Ada pukul 9 pm dah nak tidur, TAK ROCK LAH LI "

Gua jawab

" ROCK Abah Lu, Kalau Gua mati  masa otw nak pi Club Lu rasa, Gua masuk Syurga tak ? "

Jawapan Orang konon-konon alim

Kawan Gua balas balik,

*BRO MENARI POCO-POCO HARAM. CLUBBING TAK HARAM* MUFTI TAK KECOH DAN KELUAR FATWA PUN KATA CLUBBING  TU HARAM*

Errkkkk....

Lu Orang rasa Salah siapa ni ???

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, April 5, 2011

Foto lama, Warkah lama dan Cerita lama....

Semalam Mak Gua telefon. Mak cakap masa mak Gua kemas bilik Gua di kampung, Mak gua jumpa satu kotak kasut yang penuh dengan surat dan gambar2 gadis. Mak Gua tanya Gua nak simpan lagi ataupun nak dibuangkan sahaja. Terperanjat Gua dengar apabila mak cakap nak buangkan harta karun Gua tu. Lama benor dah gua simpan, takkan nak dibuang mcm tu je.Hanya Gua je yang tahu harga sentimentalnya. Semua surat-surat tu masih tersusun elok di dalam sebuah kotak kasut Airwalk yg gua beli masa Gua Form 3. Kasut tu dah kena bakar dgn cikgu disiplin Gua. Husin Namen namanya. Makluk Asing dari Planet Nameth. Walaupun Kasut tu dah jadi abu tapi kotaknya mencipta sejarahnya yang tersendiri.

Surat pertama ialah masa Gua Form 1. Masa tu Gua belum pandai mengayat lagi beb. Gua belum menuntut ilmu lagi dari pick-up artist mcm Mystery, Neil Strauss ataupun David D'Angelo  dan tak pernah terbayang pun gua akan baca buku 'The game' ataupun terjebak dalam 'Lairs Pick-up artist. Tapi Gua Rock. Sebab Gua Rock, Form 1 lagi Gua dah ada Makwe. keh! keh ! keh !

Gua masih ingat lagi Mak cakap. "Cepat sangat nak jadi Hero Anak Mak ni". 

Bila Masuk je Sekolah Menengah,terus Gua rasa Gua dah cukup dewasa. Gua jalan dah berkepak dan pakai kasut putih diadora pi sekolah. Lepas tu jambul depan gua kasi simpan panjang. sideburn kasi tajam. Seluar sekolah tu kalau boleh bawah kaki nak besar-besar sampai boleh masukkan kepala. Masa tu gua ingat kalau takde makwe tak cukup Rock. So untuk jadi lebih rock Gua carilah makwe cepat2. Tambahan pula Brader-brader kat Kampung Gua cakap kalau dah pakai seluar sekolah hijau baru boleh ada makwe. keh keh keh!

Sekali-skala balik kampung,Gua akan baca balik semua surat2 yang disimpan tu. Terbahak-bahak ketawa sendiri bila baca balik ayat-ayat cinta budak Form 1 dan kadang-kadang bila teringatkan kenangan di sebalik surat-surat tu semua element sayu pun mencengkam jiwa raga. Cewah !

Gua tak pernah jemu berutus surat dengan Si Makwe.Daripada Gua form 1 sampailah Gua form 5. Walaupun pada masa tu kami duduk satu kawasan,tapi kami masih menggunakan Pak Posmen menjadi penghubung cinta monyet kami. Setiap minggu Gua sentiasa teruja menunggu pak Posmen datang ke rumah. Walaupun kadang-kadang surat yg ada satu baris ayat , ia masih mampu buat Gua senyum sampai telinga.

Masa tu Gua Form 2, surat Cinta Monyet Gua terkantoi dengan Ustaz Tabligh di sekolah. Ustaz Razak namanya. Masa buat spot check beg di padang perhimpunan(Biasalah, Gengster mmg akan selalau kena check) , dia terjumpa surat Makwe Gua yang warna pink dan ada bau bedak Baby Johnson. Dia marah Gua. Dia cakap, budak sekolah mana boleh ada Makwe. Gua tension.Dah lah sekolah Gua semua lelaki. Gua nak ada makwe kat luar pun dia nak marah. Takkan Gua nak rembat bapuk2 kat sekolah jadi makwe. Mana Rock. Sebab Gua rock, Gua buat bodoh je dengan amaran Ustaz Razak. Bagi Gua cinta monyet bukan salah pun. Dia nak bising buat apa. Kenapa tak bising kat bapuk-bapuk sekolah Gua yang bernafsu songsang di asrama tu. Mentang-mentanglah Gua Gengster Sekolah, apa je yg Gua buat semua salah.

Gua memang Gangster Sekolah yang selalu malang. Gua kantoi lagi dengan Ustaz Razak. Kali ni dalam kelas pulak. Dia buat spotcheck wallet pulak. Nak cari rokok yg terselit celah-celah wallet katanya. Sekali lain pulak yang dia jumpa. Dia jumpa Foto makwe gua yang putih gebu tu tengah senyum. Masa tu dalam hati cakap menyesal gua simpan foto dia dalam wallet.

Hari tu Ustaz Razak sangat bengang dengan Gua.Dulu Gua kantoi surat. Kali ni kantoi gambar plak. Dia suruh Gua koyakkan gambar tu. Gua tak nak. Mana boleh. Hilanglah Rock Gua. Sebab Gua rock, Gua melawan Ustaz Razak. Gua cakap, Gua bukan kacau orang pun. Gua cuma simpan gambar makwe dalam wallet je.Sikit pun tak langgar kod peraturan sekolah.

Hari tu, sebab Gua melawan dan tunjukkan yang Gua ni Rock, Gua kena libas 3 kali dengan ajian sakti karmawarjoko Ustaz Razak. Rotan panjang yang tak kenal mangsanya. Yang peliknya dia siap suruh Gua buat solat sunat taubat. Gua tanya dia ..

" Ustaz, takkan simpan foto makwe dlm wallet pun kena buat solat sunat Taubat " ?

Sampai hari ni Gua tak faham kenapa Gua kena buat solat Sunat Taubat. Keh keh keh!

Ketika ini, Gua sedang senyum macam Usop Wheelcha . Terfikir, kalau lah Makwe Gua dulu tu tahu,yang Gua pernah kena balun dengan rotan, dan buat solat sunat taubat sebab simpan foto dia dalam wallet, mungkin dia akan tahu betapa Rock nya Gua mempertahankan Cinta Monyet Gua kat dia dulu....

Keh!keh!keh!

"BERCINTA MONYET LEBIH BAGUS DARIPADA BERCINTA DENGAN MONYET"

Ini Baru Rock !!!

                                                                        
                                                                    Mulanya Di Sini ...

Friday, April 1, 2011

Jumaat di Masjid India...

Ada seorang Mamat perasan hensem ni, dengan Hip-Hopnya dia peluk pinggang Makwe Ranggi di depan jemaah jumaat yg berpusu-pusu mencari ruang untuk membentangkan sejadah di kaki lima masjid India. Dan dengan Dangdutnya dia lepak dekat medan selera depan masjid tanpa menghiraukan laungan iqamat dari Bilal Masjid ...dalam hati dia mungkin berkata " Ini baru Betul-betul Holiao !!! "

Muka mamat ni sebijik macam kerbau mandul yang dah tak tahan nak mengawan

Rock lah Lu Beb...
Lu tolong beri tips kat Gua sikit, macam mana nak ada hati kering macam Lu .

Thursday, March 31, 2011

Lorong Haji Taib 2


2:30 am .Empat Round lari kat Titiwangsa tadi tak berjaya nak buat mata Gua mengantuk.

Gua ingat nak pi ronda Lorong Haji Taib 2 lah. Lama benar Gua tak menyelami hati Sang Penjual2 diri yg bergelandangan di sana. Masa buat field work dulu depa lah yg byk membantu gua. Semalam Gua dengar, Pasaran Saham untuk harga diri melonjak naik. USD 15 untuk sekati harga diri. So, Gua nak Invest mlm ni. INI BARU ROCK!!!

Lorong Haji Taib masih lagi ROCK! Apa yg Gua nampak, Orang buat apa saja utk mati di sini, sama seperti mana orang sanggup buat apa saja untuk hidup dan...mensia-siakan Kehidupan.

INI BARU ROCK!!!

Tuesday, March 29, 2011

AIMAN DAN SURAT KHABAR LUCAH

Aiman adalah anak buah Gua  yg berumur 5 tahun. Aiman baru pandai membaca. Oleh itu minat Aiman untuk membaca apa sahaja yang boleh dibacanya amatlah tinggi. Aiman sangat gemar membaca surat khabar yg dibawa pulang oleh Abahnya. Pada suatu hari Aiman bertanya ;


Aiman : Abah,VIDEO LUCAH tu apa ?

ABAH : Gulppp..Terkedu dan terdiam ( Dalam hati berkata, SURAT KHABAR JUGA DAH JADI BAHAN LUCAH)
 
 
HMMM..LUCAH ? LUCAH TU APA YA ?
 
 
ADAKAH INI ?


INI ?


ATAUPUN INI ?


 INI BARU ROCK !!!


Sunday, March 27, 2011

Dia Sudah Kembali.......

Diam tak diam dah hampir 5 tahun Gua cari makan di Republik Kota Langit . Kadang-kadang Gua terlebih makan dan pernah juga tak cukup makan. Biasalah, orang muda. Jadi nafsunya tentu besar. Bila duit berada di tangan segala syurga nampak di depan mata.

Masa mula-mula Gua ambil keputusan nak meredah hidup di Kota Langit, Gua tinggalkan Pulau Mutiara dan seorang Gadis di Sungai Petani dengan janji bahawa satu hari nanti Gua akan kembali untuk membawa dia bersama-sama mendiami mimpi yang kami angani. Tapi Gua ingkar dengan ikrar janji . Republik Kota Langit membuatkan Gua terlupa diri dan menjadi seorang lelaki yang Gua sendiri tak kenali.

Hati Gadis yang Gua tinggalkan itu hancur. Gua menjadi kutukan yang teragung. Disumpahkan Gua agar takkan menemui dan  memperoleh kebahagiaan ke akhir masa. Gua tak pernah menyalahkan dia. Bagi Gua dia berhak membenci dan memberikan kutukan yang teragung itu kerana sememangnya Gua berhak untuk itu. Demi Ringgit Gua berubah. Demi Dunia Hedonisme Gua tersasar melakukan sesuatu perkara yang sepatutnya Gua lakukan. Demi masa sesungguhnya Gua memang tergolong di dalam orang-orang yang kerugian. Bagi Gua Kilauan lampu-lampu Neon dan Gedung-gedung yang menyajikan pesta  di Jalan P.Ramlee, Jalan Doraisamy , Jalan Changkat dan Jalan Telawi adalah sesuatu yang dapat menenangkan Gua. Gua Khayal dari matahari naik sampailah matahari muncul semula membawa sinar pagi. Khayal dengan suara-suara manja pari-pari malam, khayal dengan minuman syurga dunia dan khayal dengan biji-bijian yang merangsangkan kepala. Gua sangka itu kehidupan. Tanpa Gua sedar gua mula mencipta satu kehidupan yang berdingding kelam dan kedinginan.

Hari ini Gua melihat jauh ke dalam diri. Cuba mencari dan mengenali kembali lelaki yang sepatutnya berdiri dengan gagah berani untuk mengatakan benar kepada yang Hak dan mengatakan Tidak kepada yang batil. Manusia mana yang tak melakukan kesilapan. Nama pun manusia. Sudahlah Iman senipis kulit bawang lalu berani pula ingin menempatkan diri di dalam kumpulan-kumpulan Siluman dan Lucifer.Maka ia berevolusi dan merubah merubah bentuk kejadiannya lebih hina dan buruk daripada Siluman dan Lucifer.

'Masih belum terlambat...' Ringkas dan mudah bila di dengarkan. Tapi bila ia di dengari oleh diri yang sudah banyak terpalit dosa-dosa dan noda hitam ayat itu meremangkan bulu roma di tengkuk berhari-hari. Tiba-tiba Gua rasa ingin meraung apabila Gua tersedar  bahawa Subsidi Oksigen yang diberikan kepada Gua selama ini di korupkan oleh Gua dengan sewenang-wenangnya. Dia memerhati dan memberi peluang. Dengan Kuasanya bila-bila masa sahaja dia boleh menghantar  Malaikut Maut untuk  menarik segala Subsidi yang diberikan. Tetapi dengan keangkuhan Gua memikirkan bahawa Maut itu hanya mengenal batang tubuh bernyawa yang berusia 60 tahun ke atas. Bila sakit datang dan kesulitan datang menziarahi baru Gua mahu bentang tikar sejadah untuk ingat dia. Bila Ringgit dan keselesaan datang bermanja, gua kembali lupa dan ketawa berdekah-dekah dengan Si Syaitan Lucifer.

Gua percaya kehidupan ini adalah perjuangan. Kalau kita tak mampu untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam macam orang-orang di Palestin tu, BERJUANG UNTUK MENGISLAMKAN DIRI SENDIRI ITU ADALAH PERJUANGAN YANG PALING BESAR. Mujurlah Gua dilahirkan dari benih Ibnu Shams dan dari sejuk perut Hajah R. Maka Gua memperolehi nikmat Islam dengan secara automatik. ISLAM AUTOMATIK YANG SANGAT NIPIS IMANNYA. Setiap perjuangan akan ada penghujungnya. Cuma tu lah Beb, apabila memikirkan bagaimana penghujungnya itu amat menggelisahkan jiwa . Adakah Ianya akan memberikan Gua pengakhiran yang indah. Indah di mana boleh  Gua tersenyum dalam cahaya ataupun ia akan berakhir diwaktu Gua masih lagi sesat dan buta teraba-raba mencari cahaya di dalam terang.

Teruskan....

Thursday, March 17, 2011

Ceritera Phoenix ...

Pagi itu jiwa Gua sangat kacau. Gua layan  mandom dan menepekkan muka ketat saja daripada pagi Gua masuk kelas sehinggalah ke waktu rehat. Penghuni-penghuni Kelas 5 Dana seperti memahami Gua.Tak seorang pun yang berani buat lawak bodoh ataupun bergurau dengan Gua. Ini semua sebab Chempaka.  Chempaka masih lagi tak mahu memaafkan Gua. Katanya kesalahan Gua memang tak boleh dimaafkannya. Ye lah, awek mana yg tak sebal hatinya bila tahu Hero hati yang dipuja-pujanya sebenarnya adalah Player Agung. Gua kantoi. Sepupu Chempaka nampak Gua meranggi dengan awek Hot kat Town. Hmmm...Chempaka terus declare perang dengan Gua.

Semasa waktu rehat, Gua cuba cari Chempaka di Kelasnya iaitu 5 Beta. Satu-satunya awek kelas Sains yang nak layan Gua. Bila Mamat Cool dari kelas Sastera lalu je depan blok kelas budak2 Sains, masing-masing tunjuk muka paling Gengster. Macam lah Gua takut sangat dengan Lu org. Ada seorang mamat ni, namanya Halim, badan besar macam Kerbau Mandul. Dia telah melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Samseng Taik kucing kelas Sains. Selalu je tak puas hati dengan Gua. Bagi Gua dia tak cukup Handsome untuk jadi musuh Gua. Gua nak cari Chempaka. Bukan nak cari Gaduh. Mata Gua melilau mencari Chempaka. Hmm, tapi bila dia nampak je muka Gua dia terus blah. Tunjukkan muka bengang bersama dengan muncung yang boleh sangkut baju kat Gua. Nak sampaikan isyarat dan beritahu yang dia masih marah. Gua dah mula hilang sabar. dalam hati Gua cakap " Hmm, lantaklah..Gua cari Awek lain baru Lu tahu " . Tapi hati kecil je yg cakap macam tu. Hati besar tak sampai hati. Masakan Gua sampai hati nak tinggalkan Chempaka. Sejak umur Gua 13 Tahun, dia lah satu-satunya budak perempuan yang paling sabar dan tahan melayan kerenah Gua. Walaupun Gua mengaku, Gua memang banyak pasang sparepart, tapi Chempaka adalah calon pilihan
( Cheit!! Janggut pun baru nak tumbuh, dah siap buat planning tentang calon pilihan) .

Bila teringat reaksi Chempaka hati Gua jadi makin panas dan makin kacau. Gua gagal memujuk Chempaka lagi hari ini. Dengan langkah yang malas  Gua terus balik ke kelas. Gua usha kelas kosong. Kawan2 lain semua dah nyak  pi kantin mencekik. Satu orang umat pun takde dalam kelas. Gua dah mula mandom macam Kumbang Badak yang badannya terbalik. Tak senang duduk tak senang berdiri.. Jiwa kacau gila bila fikir  Gua gagal pujuk dan memenangi kembali hati Chempaka..

Dalam Gua melayan kekacauan hati , tiba-tiba Anak Wak Tenin dan Anak Pak Cik Bakau masuk kelas. Mereka  adalah rakan sekelas Gua. Satu Dang Anum tahu yang mereka berdua ini lah Awek Cun yang paling huru-hara. Tapi sangat baik di dalam berkawan. Anak Pak Cik Bakau bernama Nora, dan Anak Wak Tenin bernama Salila. Agaknya diorang pun dapat baca air muka Gua yg sedang kacau. Nora tegur Gua dan tanya kenapa Gua ni nampak macam Kumbang Badak yang terbalik. Gua control macho dan cakap degan diorang Gua tak ada masalah apa-apa.

Tiba-tiba, ada seorang awek yang sangat comel melangkah masuk ke dalam kelas Gua. Awek itu datang berjumpa dengan Nora. Gua terpana seketika sewaktu awek itu berjalan menuju ke arah Nora. Gua akui bahawa pada masa itu Gua rasa dialah awek yang paling comel yang pernah Gua nampak di Dang Anum. Awek tu berbual dengan Nora dan Ila. Gua asyik memandang gerak-geri awek tu dengan penuh minat. Gerak geri dan tingkah launya sungguh santun dan ayu.Ahhh...Tiba-tiba Gua rasa Jiwa kacau Gua hilang. Perghh..Hebat betul aura Awek ni. Susuk apa yang dia pakai ni?

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Awek comel tadi meminta izin daripada Nora dan Ila untuk kembali ke kelasnya. Pada masa yang sama kaum-kerabat 5 Dana dah memenuhi ruang kelas semula.
Hilang sahaja Gadis Comel itu daripada penglihatan, gua terus melompat ke meja Nora dan Ila.

Gua tanya Nora

"Sapa tu Beb ?
 Nora jawab
"Adik Angkat Aku. Phoenix namanya " .
  ...
"Nora, Gua nak berkenalan dengan dia boleh tak ? Lu tolong Gua ye ?.
...
." Okay, kau tulis surat nanti aku bagi kat dia di bilik asrama "

" Baiklah Nora :) , kalau dia layan Gua..Gua belanja Lu makan seminggu "

Awek Junior Comel itu rupanya adik angkat Si Nora. Budak Tingkatan 4 Kelas Alfa...
Phoenix.... Phoenix,  Lu tahu tak kecomelan Lu telah berjaya menghilangkan semua kekacauan Jiwa Gua pada hari ini ?

Kalaulah Chempaka tahu ni mesti dia akan cakap " Dasar Player !
Hehehe....

Pantas Gua rembat pen dakwat basah Komeng ( Komeng adalah Ketua Tingkatan Gua) dan jari-jemari Gua laju mengarang ayat-ayat power untuk mencairkan hati Phoenix ...

Phoenix, kalau dah jodoh tak ke mana :). Tak cuba tak dapat kan...

Bersambung ..... :)

Saturday, January 15, 2011

KEBAHAGIAN ITU ....

Kebahagiaan adalah sewaktu kita memberi, bukan menerima













Kebahagiaan adalah tanggungjawab





















Kebahagiaan adalah bila kita dapat melihat dan mengetahui




















Kebahagiaan adalah kejujuran





















Kebahagiaaan adalah Keluarga



















Kebahagiaan adalah kasih sayang



Tuesday, January 11, 2011

INTERLOK: JIKA MANIAM WUJUD, SUDAH DISELIGINYA SI THAMBI MURUHURU-HARA


INTERLOK merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

Mereka yg berfikiran jelas akan mentafsirkan INTERLOK sebagai satu karya seni dan sastera yang dapat menyatu padukan masyarakat...Hanya mereka yg tebal dgn perasan perkauman sahaja yang akan mentafsir sebaliknya.

Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok ini?

Bagi gua semua ini bermula dgn provokasi yg dibuat oleh seorang Thambi yg tak habis2 menimbulkan isu di Malysia ini. Thambi ini seringkali membangkitkan sentimen perkauman di Malaysia kita ini. Dulu, dia bertelagah dgn Kayveas PPP. Mereka berkronfrontasi ala Mafia lah jugak. Lepas tu kecoh pula cerita ttg khabar angin Surat khabar tempatan berkaitan dgn laporan polis terhadap seorang menteri yg didakwa menjadi bapak ayam yg sering supply ayam-ayam tonggeng kepada golongan VVIP. Kemudian nama Thambi ni terangkat lagi bila salah seorang kawannya telibat di dalam pembunuhan Dato' SOSILAWATI LAWIYA...Cepat-cepat dia buat sidang akhbar dan melawat ahli keluarga Darwah Dato Sosilawati.

Dari pemerhatian, Gua rasa Thambi ini lah akan jadi org yg akan memecah belahkan keharmonian di antara masyarakat India dan Melayu di Malaysia.Sudah tiba masanya Thambi ini diterajang keluar daripada arena Politik di Malaysia.Jangan disimpan ular yg berbisa di dalam rumah. Padah kan menimpa.

10 Januari yg lepas tengah sibuk2 kerja sempat jugak gua join Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara buat laporan Polis di Ibu pejabat polis Dang wangi berkaitan isu Pembakaran Novel INTERLOK di Kota Raja Klang.

Bagi gua tindakan ini memang dah lebih dan melampau.
Sudah lupakah mereka apa yg telah berlaku di Kampung Medan dan Kampung Rawa?

Ingat...Jangan Kejutkan Sang Naga yg sedang tidur...

Teruskan.

Friday, January 7, 2011

KARAM SINGH WALIA HINA ORANG MELAYU ?

Gua rasa confirm Karam Mabuk..Tapi dalam hal ni dia dah minta Maaf. So maafkan je lah..Tak perlu nak provok dan panjang-panjang kan cerita. Mat- Mat rempit ni je yg lebih-lebih...At least he's a real man..Man enough to make a confession of his mistake.

 Orang mabuk tak pandai menipu... So dia mmg mengaku yg ada ckp org Melayu kurang pintar dan bukan  dtg dari Indonesia ataupun Malaysia. Memaafkan lebih baik daripada menghukum...Tak perlu nak panjang-panjangkan cerita kononnya org melayu semua terhina. Patutnya org2 Melayu kat situ yg perlu rasa hina kerana bersikap bongkak dan sombong. Sedangkan Tuhan pencipta makhluk pun masih MENERIMA KEMAAFAN DAN TAUBAT mengapa tidak kita makhluk yg hina dina ini?

 Mungkin Sajak daripada Sasterawan Negara Usman Awang ini cukup sesuai gua tujukan buat Mat-Mat Rempit yang kononnya bangun untuk mempertahankan maruah Melayu ni..Harap Lu org boleh fahamkan pada setiap rangkap yg gua highlight kan....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:


“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya