Baru -baru ini Gua terjumpa dengan ROBOCOP balik. Selepas Gua masuk asrama penuh dan Universiti ,Gua tak pernah jumpa ROBOCOP lagi.Ada jugak dalam 20 tahun tak jumpe. Setelah berjumpa kembali, Gua dapat tahu Robocop adalah salah seorang anggota Malaysia Special Force Commando. Robocop dah layak untuk memakai Beri Hijau.Tapi Gua rasa pelik. Walaupun beliau adalah seorang Commando Gerak khas, Gua masih mempunyai perasaan yg sama.Iaitu, perasaan ingin membuli dia sama seperti dulu. Ini mungkin kerana, dia masih lagi berjalan seperti ROBOCOP dan masih kelihatan selenge macam Si Shermanator di dalam Filem American Pie.
Apabila Gua pandang muka Si Robocop perasaan ingin membuli tak dapat Gua bendung .Seperti ada suara halus yang membisik-bisik di telinga Gua "Buli lah dia-buli lah dia ". Tapi ...
Sekarang ni kalau Gua nak buli dia mcm di zaman sekolah dulu, mungkin dah tak sesuai. Dalam umur2 yg mcm ni lebih sesuai kalau Gua ajak Robocop Sparing. Lagi pun Gua dah lama tak rasa penumbuk Lelaki-lelaki hebat hinggap di muka.Bagi seorang lelaki yang bertumbuk itu adalah hobi, kadang-kadang kesakitan apabila ditumbuk itu boleh jadi gian.
Sebenarnya, Gua rasa sangat bangga dengan Robocop.Gua tak sangka ROBOCOP lembik yang Gua kenal masa di Sekolah Rendah dulu berjaya jadi Commando. Jujur, bukan semua lelaki mampu melakukannnya. Cuma Lelaki yang benar-benar lasak sahaja yang akan berjaya melaluinya. Robocop kata, ramai yg datang sama-sama rekrut dulu otak dah jadi tak betul Sebab latihan asas utk menjadi Komando Gerak khas memang sgt men-tocer mental. Tahniah ROBOCOP. U make me proud to be orang yang pernah membuli Lu dulu :)
Hasrin Robocop Shermanator American Pie
No comments:
Post a Comment