Bapak mertua gua seorang yang sangat tegas. Masa kali pertama jumpa dia, gua beritahu yg gua
serius dgn anak dia.Gua cakap,
" Pakcik, saya betul2 suka kat Ita.Saya x
berharta mana.Tapi insya Allah kalau pakcik restu hubungan saya dgn ita, saya akan
jaga dia mcm nyawa saya".
Gua tak tahu dari mana keberanian tu datang. Tapi yang pastinya pada ketika itu gua berjaya membuatkan bapak mertua gua tersenyum.
First time berbual dengan bapak mertua gua, gua bukak cerita pasal silat. Mula-mula
gua ingat nak cerita pasal permainan catur.Tapi bila gua perati betul-betul muka dia, gua syak bapak mertua gua spesis yg tak terer main catur. Jadi gua tangguhkan saja lah niat murni gua itu.
Bapak Mertua gua org gomen yang dah mkn pencen. Abg Ipar
gua pulak org kanan Isa samad.
Jadi bila balik kampung bini gua, gua lebih banyak
berbual pasal sarang burung walit drpd berbual politik.
Dulu, segala buruk dan baik isteri gua bapak mertua gua lah yg pikul.Tapi selepas gua genggam erat tangan dia pada pukul 10.30am, 2hb June 2012, maka semua beban dan tanggung-jawab yg dipikul telah dipindahkan sepenuhnya kepada gua. Gua telah diberi kepercayaan untuk menjaga kehormatan, membimbing dan mencintai anak perempuan bongsunya dgn sepenuh hati.
Bapak Mertua...Terima kasih kerana mempercayai saya...
No comments:
Post a Comment